Thursday, 28 April 2016

BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL JOHOR

Kerana ada yang bertanya tentang bantuan untuk ibu tunggal di Johor. Hari ini admin akan menulis sedikit sebanyak berkenaan perkara itu. Harap dapat membantu golongan ibu tunggal ini.

Exco yang di pertanggungjawabkan dalam hal ini adalah Puan Hajah Asiah Md Arif selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor yang juga ADUN Johor Lama Kota Tinggi.

Banyak sebenarnya bantuan yang telah disediakan untuk golongan ibu tunggal di Johor ini. Tidak kira dari segi bantuan wang ehsan sara hidup atas kursus-kursus bagi mereka yang ini menceburi bidang perniagaan. Semua ini di pecahkan kepada Agensi dan Jabatan berkaitan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) lazimnya membantu dalam hal berkaitan agama. Ini termasuk tuntutan nafkah dan juga wang ehsan sara hidup melalui program E-Kasih. Melalui program ini ibu tunggal yang layak akan mendapat bnnntuan bulanan.

Manakala KEMAS dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim banyak membantu dalam hal meningkatkan pendapat melalui bimbingan dan kursus-kursus keusahawanan yang di sediakan. Mereka juga sedia membantu mendapatkan pinjaman bagi modal permulaan melalui TEKUN, MARA, dan Agensi yang berkenaan.

JUITA pula adalah sebuah pertubuhan isteri-isteri Adun Negeri Johor. JUITA ini akan membantu dari segi melakukan ativiti keagamaan, pendidikan, ekonomi dan sosial. Mereka juga akan membantu dalan kerja-kerja amal yang nerkaitan dengan ibu tunggal.

Anda sebagai ibu tunggal sebenarnya boleh rujuk kepada Ketua Kampung@Pengerusi JKKK, Pemimpin Politik setempat atau ADUN kawasan anda bagi mendapatkan bantua-bantuan ini. Atau anda bole terus ke pejabat-pejabat Agensi dan Jabatan yang admin sebutkan tadi.

Admin juga sertakan laman web rasmi Jabatan yang berkenaan.

WWW.YPKDT.ORG.MY
WWW.JKN.GOV.MY
WWW.MAIJ.GOV.MY
WWW.JUITAJOHOR.COM

Wednesday, 27 April 2016

TIADA HALANGAN BECERAMAH DI JOHOR

Ramai antara kita tidak faham tapi sibuk macam faham berkenaan isu 16 penceramah dihalang berceramah di Johor dan tambah pula isu konon Sultan Johor tidak benarkan Dr Zakir Naik datang ke Johor.

Pertama sekali semua perkara yang berkaitan agama di negeri Johor ini akan dirujuk kepada Sultan Ibrahim selaku ketua agama negeri ini. Manakala Majlis Agama Islam Negeri Johor hanya bertindak sebagai penasihat. Dan sesuatu perkara akan dibincangkan bersama sebelum keputusan dibuat.

Jadi apa saja kenyataan yang di keluarkan oleh YB Mutalip sekalu Exco Agama Negeri Johor adalah hasil perbincangan dan persetujuan dari semua pihak yang terlibat termasuk pihak Istana Johor. Dan seharusnya tiada isu disitu.

Ini bermakna keputusan perlu mendapatkan tauliah terlebih dahulu daeipada MAINJ sebelum boleh berceramah di Johor bukanlah hanya keputusan kerajaan negeri khususnya Exco Agama.

Sebenarnya Johor tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk berceramah berkaitan agama islam di negeri ini. Cuma mereka terlebih dahulu perlu mendapatkan tauliah daripada JAINJ sebelum berceramah. Dan 16 penceramah yang dihalang itu kerana gagal mendapatkan tauliah.

Keputusan supaya sesiapa sahaja yang mahu berceramah di negeri ini perlu mendapatkan tauliah dibuat kerana ingin mengekalkan kemuafakatan yang ada di Johor. Kerana 'Bangsa Johor' terdiri dari pelbagai kaum. Untuk mengekalkannya kita perlu saling menghormati satu sama lain.

Hasil perbincangan itu telah menetapkan beberapa syarat yang tidak boleh ada didalam tajuk atau isi ceramah iaitu isu perkauman, menyentuh agama lain, menyentuh peribadi individu, membawa fahaman lain dan politik.

Berkenaan isu Dr Zakir Naik dihalang dari memasuki negeri Johor pula adalah fitnah terhadap Sultan Johor dari sebuah portal yang tidak bertanggungjawab. Kerana seperti di artikel admin yang lepas, Sultan Ibrahim tidak pernah bertitah seperti itu.

Tuesday, 26 April 2016

JOHOR NEGERI PERTAMA ADA INDEKS BELIA DAERAH

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan melancarkan plan kajian Indeks Belia Johor bermula bulan depan sebagai perancangan jangka masa panjang.
Kajian ini akan dilakukan disetiap daerah bagi menyediakan generasi muda yang terbaik untuk negeri Johor. Pelaksanaan ini akan menjadikan Johor negeri pertama yang mempunyai indek daerah di Malaysia.

Indek ini meliputi 12 perkara iaitu  pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti, kesihatan, pitensi diri, penggunaan media, waktu senggang, benas tingkah laku tidak normal, kesejahteraan ekonomi, pendidikan, keselamatan dan politik anak muda Johor.

Kajian yang melibatkan sukarelawan sebagai pembanci it u akan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan 10,000 responden di seluruh Johor meliputi semua kaum sama ada dibandar atau luar bandar.

Hasil kajian ini akan dijadikan sebagai garis panduan dan asas dalam membentuk Plan Strategik Pembangunan Belia Johor. Dengan itu ianya diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan belia.

Selain itu sasaran 300 program sukarelawan ditetapkan untuk tahun ini berbanding 138 program yang dilaksanakan tahun lepas. Ini sebagai galakkan belia Johor melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan sejajar dengan hasrat kerajaan.

Bagi memberi lagi galakkan kepada belia untuk melakukan aktiviti sukarelawan, Kerajan akan laksanakan inisiatif Skim Bantuan Sukarelawan. Skim akan diberikan kepada persatuan-persatuan berdaftar dan juga tidak berdaftar untuk menjalankan kerja-kerja sukarela.

Ini semua menunjukkan bahawa kerajaan negeri Johor tidak pernah mengabaikkan golongan belia. Malah suara mereka sentiasa didengari melalui Exco Belia Sukan Dan Kebudayaan (Tok Jun).

IMCOOP TURUT CIPTA PELUANG UNTUK RAKYAT JOHOR

Kita semua tahu imCoop adalah sebuah koperai yang menyediakan Kedai Harga Patut Muafakat Johor yang menjual barangan keperluan harian pada harga patut di negeri Johor.

Tapi kita kurang tahu bahawa imCoop juga memberi peluang-peluang seperti peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan peluang kerjasama perniagaan.

Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan diberi kepada semua rakyat Johor yang minat dan layak untuk mengisi kekosongan dari jawatan tertinggi hingga ke jawatan pembantu jualan. Anda boleh semak peluang ini boleh di dapati di career@imcoop.my.

Peluang Perniagaan

Peluang perniagaan dibuka kepada individu atau badan koperasi yang berminat untuk menjadi pelabur aktif. Kadar pelaburan bermula dari RM 30,000 hingga RM 500,000. Dengan menjadi pelabur aktif anda layak untuk membuka sebuat outlet.

Peluang Kerjasama Perniagaan

Peluang kerjasama perniagaan biasanya berkait rapat dengan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang bertapak di Johor. Dengan kerjasama ini pengusaha IKS dapat menambah pasaran produk mereka.

Semua rantaian ini sejajar dengan tujuan imCoop ini ditubuhkan pada tahun 2014 lalu untuk memberi tumpuan kepada tiga teras strategi iaitu - golongan miskin dan memerlukan, pembangunan negara terutama di Iskandar Malaysia dan membantu memanjukan warga Johor.

Jadi sebagai anak Johor ada harus merebut salah satu peluang yang ada mengikut minat, kelayakkan dan memampuan diri ada. Segala terma dan syarat boleh di dapati di laman rasmi imCoop (www.imcoop.com.my).

Monday, 25 April 2016

70 RANGKAIAN SELURUH JOHOR SEHINGGA AKHIR TAHUN INI

Bagi membuktikan Kedai Harga Patut Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) serius dalam hal membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan membekalkan barangan harian yang berkualiti dengan harga yang rendah, sasaran 70 kedai sehingga akhir tahun ini diletakkan.

Kawasan seterusnya yang bakal imCoop betapak dalam masa terdekat ini adalah Tenggaroh, Taman Pelangi Indah, Taman Daya, Taman Cendana, Taman Bayu Putri, Gelang Patah, Pontian dan Kulai Besar. Tujuh rangkaian baru ini merupakan sebahagian daripada 150 rangkaian dalam masa 3 tahun.

Sasaran ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan hidup rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga patut terutamanya mereka yang berpendapatan RM4,000 kebawah. Kerana ini adalah matlamat ianya di wujudkan.

imCoop juga menggalakkan koperasi lain yang ada di Johor untuk terlibat sebagai pelabur aktif. Setakat ini hanya Koperasi Peserta Rancangan Felcra Batu 2 1/2 Kluang Berhad menyertai dan memiliki satu rangkaian di Paloh.

Bagi mereka yang berminat tetapi mempunyai masalah kekangan kewangan imCoop akan membantu mendapatkan akses pembiayaan serta bantuan melalui SME Bank dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Mereka juga diberi pilihan sama ada mehu membuka rangkaian baru atau mengambil alih kedai sedia ada.

Peluang kerjasama perniagaan juga diberi kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka di semua rangkaian imCoop. Tetapi imCoop akan memastikan dahulu ianya menepati syarat seperti produk halal, bersesuaian dengan kehendak semasa pelanggan dan menepati keteria yang ditetapkan.

Setakat baru ada 27 pengusaha IKS yang menempatkan produk mereka di imCoop untuk di pasarkan.imCoop juga merancang untuk membuka rangkaian di Melaka dan Negeri Sembilan pada masa akan datang. Ini semua adalah plan jangka masa panjang imCoop.

JAWATANKUASA KHAS BANK OF JOHOR DITUBUHKAN

Kerajaan negeri Johor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memperhalusi pelan cadangan penubuhan Bank of Johor.
“Kerajaan negeri berasa bertuah kerana Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpandangan jauh dan sentiasa memikirkan masa depan negeri serta rakyat".

“Oleh itu, kerajaan negeri akan memperhalusi secara serius titah Sultan Johor yang mengusulkan penubuhan Bank of Johor,” MB Khaled Nordin.

Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab mengkaji semua aspek supaya penubuhan Bank Of Johor nanti tidak mempunyai masalah dan berjalan lancar serta memepati sasaran seperti yang di titahkan oleh Sultan Johor.

Tugas jawatankuasa ini juga termasuk seperti berbincang dengan Bank Negara Malaysia bagi memdapatkan syarat dan kelayakkan untuk menubuhkan sebuah bank.

Selain itu ia juga perlu mendapatkan nasihat dari pihak yang mempunyai kepakaran untuk melantik konsultan bagi penubuhan Bank Of Johor nanti.

Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri bukan memandang serius titah DYMM Sultan Johor tapi pantas bertindak dalam hal yang memberi manfaat kepada rakyat.

Semoga dengan kewujudan jawatankuasa ini dapat melancarkan proses merealisasikan hasrat Tuanku Sultan Johor untuk mewujudkan Bank Of Johor itu.

Sunday, 24 April 2016

TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN

MB Khaled Nordin telah menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang telah menyuarakan sokongan kepada beliau dan barisan pimpinannya semalam.

"Saya dengan rendah diri ingin menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim atas sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap saya sebagai Menteri Besar Johor" MB Khaled Nordin.

Beliau berkata nasihat dan pandangan bernas Tuanku Sultan yang sentiasa berfikiran jauh dan mementingkan rakyat membolehkan beliau dan semua barisan exco menjalankan tugas dengan baik, sesuai dengan amanah yang diberi.

"Sesungguhnya perkenan dan dokongan dari DYMM Sultan Johor dan pihak Istana memberi memberi makna yang amat besar kepadanya" kata MB Khaled Nordin ketika dalam ucapan penggulungan di Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri Johor 24 April lalu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang setia menyokong dan percaya pada kepimpinannya selama ini. Kerana dengan sokongan semua ADUN yang ada dapat mudahlah urusan pentadbiran Negeri Johor.

Tidak lupa juga sokongan dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat Johor kedapanya untuk terus menjadi Menteri Besar Johor sekali gus dapat terus menjalankan amanah dalam memajukan negeri Johor dan membantu rakyat.

MB Khaled Nordin percaya semua sokongan dan kepercayaan yang disuarakan kepada nya bukanlah secara membuta tuli. Ini kerana dia tahu Bangsa Johor adalah Bangsa yang berani, setia dan bijak.

MB KHALED TUBUH (IMEG) BAGI MENGATASI PENGANGGURAN

Menteri Besar Khaled Nordin telah mengumumkan satu lagi inisiatif IRDA iaitu penubuhan  Iskandar Malaysia Employment Grant (IMEG) atau Dana Penempatan Pekerja Iskandar Malaysia.

Ia merupakan geran padanan (matching grant) untuk menggalakkan peluang pekerjaan khusus kepada 7 (tujuh) golongan sasar yang telah dikenalpasti seperti graduan (CGPA bawah 2.5) yang masih menganggur, pekerja yang telah diberhentikan kerja (retrenched worker), graduan yang mempunyai sijil atau diploma dalam bidang teknikal dan perkhidmatan, pekerja kemahiran terhad (limited skill worker) atau drop-outs dan tidak mempunyai kelulusan, wanita, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesara.

  Melalui IMEG, Kerajaan Negeri akan membantu sebanyak 50% daripada bayaran gaji mereka selama 6 bulan, dengan geran maksima sebanyak RM 2,500 sebulan bagi setiap pekerja yang diambil oleh majikan. 86 buah syarikat sedia berkerjasama menjayakan program ini.

  Selain daripada geran berbentuk gaji ini, kerajaan juga akan memberi geran latihan ‘one-off’ bersamaan sebulan geran gaji yang diluluskan supaya pekerja yang diambil itu dapat menjalani latihan peningkatan kemahiran semasa bekerja dalam industri. Geran ini disediakan untuk semua rakyat tempatan tanpa mengira bangsa, agama serta terbuka kepada pelbagai industri di Iskandar Malaysia.

Ini semua merupakan usaha kerajaan johor yang komited dalam membantummengurangkan kadar penganguran di negeri ini. Secara tidak langsung dapat membantu rakyat dalam kelangsungan hidup.

Syarat - syarat dan kelayakkan akan di umumkan dalam masa terdekat setelah selesai penelitian yang tepat. Ini agar usaha ini berjaya dan menepati golongan sasaran.

MAAF SAJA TIDAK CUKUP UNTUK ADUN DAP SKUDAI

Selepas didesak dan dikecam oleh  pelbagai pihak khususnya rakyat Johor kerana kenyataan yang berbaur fitnah keatas JCorp. Akhirnya Dr Boo ADUN DAP Skudai tampil memohon maaf di laman facebook nya hari ini.

Dr Boo juga akhirnya mengakui bahawa semua bukti yang diberi oleh MB Khaled Nordin adalah benar bahawa JCorp tidak mempunyai masalah kewangan selepas JCorp bekerjasama melabur dalam program Bas Percuma Muafakat Johor.

Dengan tindakan Dr Boo ini, sekali gus membuktikan kenyataan MB Khaled Nordin bahawa dakwaan Dr Boo itu tidak berasa sama sekali dan jelas cuna memfitnah JCrop.

Persoalannya adakah cukup dengan hanya meminta maaf dan menganggap semuanya selesai selepas cubaan beliau memfitnah JCorp dengan tujuan ingin menjatuhkan JCorp itu.

Adakah semua permintaan maaf ADUN pembangkang begitu bernilai hingga boleh menutup apa saja kesalahan yang dilakukannya. Kerana ini lah mereka sewenang wenangnya memfitnah dan menyebarkan berita palsu.

Admin berharap Dr Boo di kenakan tindakan tegas atau dilucutkan dari jawatan ADUN Skudai supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa saja yang cuba memgganggu kestabilan negeri Johor.

Mari kita lancarkan kempen halau Dr Boo dan DAP dari negeri ini Demi Bangsa Johor.

Saturday, 23 April 2016

DAP JOHOR CUBA JATUHKAN JCORP

Dr. Boo Cheng Hau ADUN DAP Skudai dalam kenyataannya mengatakan bahawa JCorp mengalami masalah kewangan dan sedang berdepan krisis.

MB Khaled Nordin menyangkal dakwaan Dr. Boo itu dan menyifatkan tidak berasas dan lebih kepada sifat iri hati dan dengki DAP.

Disini admin nak terangkan kenapa DAP dengki dan iri hati pada JCorp seperti yang dikatan oleh MB Khaled Nordin.

JCorp adalah sebuah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor. Ia dibentuk pada 1968 sebagai program tindakan pengesahan kerajaan untuk menstruktur kembali masyarakat pelbagai its multi-ehnik membasmi ketidakseimbangan ekonomi antara melayu dan bukan melayu.

JCorp juga banyak membangunkan wakaf-wakaf seperti klinik, masjid,surau bagunan-bangunan untuk kegunaan orang islam diseluruh negeri Johor melalui keuntungan yang diperolehi dari pembangunan-pembangunan yang dilaksanakan.

JCorp juga telah memubuhkan Tabung Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam yang dikenali sebagai Al-Salam REIT pada febuari lalu. Penubuhan tabung amanah ini bagi membantu anak-anak syarikat JCorp yang terdiri daripada bumiputra dan anak Johor.

Penubuhan JCorp ini telah menepati sasaran awalnya bagi memecah monopoli ikatan birokratik sebuah jabatan kerajaan dan menjadi satu cabang pelaburan berorentasikan komersial.

Dengan semua kejayaan ini sudah jelaslah bahawa JCorp tidak mengalami masalah kewangan. Dr Boo yang juga ADUN DAP skudai sengaja memfitnah JCorp bertujuan memberi imej buruk dengan harapan dapat menghancurkan satu badan pembangunan yang banyak membantu syarikat bumiputra dan orang melayu.

Adakah orang seperti ini ingin dijadikan pemimpin Johor pada masa akan datang. Dan ini jugalah sebabnya kenapa rakyat Johor harus menolak kepimpinan pembangkang khususnys DAP.

Friday, 22 April 2016

APA ITU MUAFAKAT JOHOR : MB KHALED NORDIN

Beberapa tahun belakangan ini, kita berhadapan dengan cabaran kesepaduan nasional yang semakin rapuh dan meluntur. Kelunturan ini berpunca daripada banyak faktor. Ada yang berkisar tentang perselisihan politik, kesenjangan status ekonomi, prejudis dan prasangka perkauman. Malah, kes kecurian yang jelas satu kes jenayah pun boleh dan pernah dijadikan isu perkauman.

Perkembangan ini menjelaskan bahawa cabaran paling utama Malaysia dekad ini, bukan semata-mata pada usaha memastikan kelestarian dan kebingkasan ekonominya. Akan tetapi, ia juga terletak pada usaha menangani polarisasi kaum dan mengukuhkan kesepaduan nasional yang semakin diancam pergeseran dan perselisihan.

Kita amat bertuah kerana sejarah pembangunan negara diasaskan dengan semangat permuafakatan. Malah, kemerdekaan negara yang kita kecapi pada tahun 1957 adalah hasil muafakat pemimpin antara kaum ketika itu yang berjiwa besar. Justeru, sikap muafakat ini perlu kita perteguh dan lestarikan pada setiap sanubari rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, semangat muafakat tidak boleh dicapai melalui paksaan dan penguatkuasaan undang-undang. Ini kerana kesetiaan pada tanah air lahir daripada kepercayaan dan keyakinan terhadap negara dan masa depannya.

Oleh kerana itu, kita perlu menentukan pendekatan terbaik bagi menyemai benih muafakat di kalangan rakyat di negara. Ini bukan tugas yang mudah tetapi ini sahajalah satu-satunya jalan untuk Malaysia. Dan Johor ingin memimpin jalan ini dengan mengetengahkan lima pendekatan yang memberi makna pada agenda muafakat yang diperjuangkan.

Lima pendekatan muafakat;

Pertama, Muafakat bermakna penolakan kepada ‘Ektremisme’.

Kita mesti menolak ideologi yang menghalang kita meraikan perbezaan dan kemajmukan. Kita menolak sebarang fahaman yang ekstrem, radikal, sempit dan bercanggah dengan kepentingan dan perpaduan nasional. Di Johor, tiada tempat bagi mereka yang menyuntik dan menyebar kebencian pada kaum, agama, asal usul dan golongan tertentu. Tiada tempat juga bagi mereka yang menutup keterbukaan dan hanya menerima pandangan sendiri sebagai satu kebenaran.

Kedua, Muafakat mengiktiraf kerencaman budaya.

Kita menerima dan menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam. Kita akur bahawa Malaysia memang sebuah negara yang berwajah majmuk dan kemajmukan ini adalah asas pembentukan Malaysia.

Ketiga, Muafakat mengajak kepada toleransi, tolak ansur dan pendekatan sederhana.

Malaysia percaya kepada kesaksamaan antara kaum. Adat bernegaranya matang dan bersusila tinggi. Yang lemah dibantu dan upayakan, yang terbuang dilindungi dan dibela, yang buntu dipimpin dengan jalan keluar yang bermaruah.
Tidak mengapa kita berbeza dan berlainan. Akan tetapi, amat penting untuk kita melakukan bertimbang rasa. Inilah falsafah sebenar muafakat. Kita percaya, tiada keamanan tanpa tolak ansur. Tiada kesejahteraan tanpa toleransi yang tinggi. Tiada kesepaduan nasional tanpa mengambil pendekatan yang sederhana.

Keempat, Muafakat adalah instrumen merekayasa sosial dan inklusiviti.

Sejak awal pentadbiran, saya sering menekankan tentang keperluan kita membangun berasaskan inklusiviti atau keterangkuman. Semua orang mesti terlibat dan mendapat manfaat. Tiada yang ketinggalan atau ditinggalkan. Melalui semangat muafakat, kita susun agenda dan membentuk kerjasama pelbagai pihak demi kebaikan. Kemiskinan umpamanya, akan kita basmi melalui usahasama pelbagai pihak.

Cerdik pandai bangsa menyumbang pemikiran dan idea. Pergerakan sivil sebagai pelaksana. Golongan hartawan menyalurkan sumbangan dan dana. Golongan profesional menyalurkan kepakaran teknikal. Pelajar universiti menjadi sukarelawan. Media menjadi platform menyebar luaskan maklumat dan hebahan.

Kelima, Muafakat adalah identiti Johor.

Kita mendambakan Johor menjadi sebuah masyarakat yang sangat bersatu padu. Kita percaya bahawa cara Johor, yang telah membolehkan kita memerintah dengan baik dan berkesan mesti dilestarikan melalui pembangunan ekonomi yang rancak, inklusif dan berketahanan.

Di Johor, apa jua masalah, ia tidak akan biarkan tanpa penyelesaian yang inklusif. Dan ini akan menjadi identiti Johor. Bila disebut Johor, pendekatannya ialah bermuafakat dan inklusif. Inilah jenama sebenar Johor. Sebuah negeri dan masyarakat yang saling mengukuh antara satu sama lain. Ibarat kuku dengan isi, ibarat aur dengan tebing. Tiada yang ditolak ke tepi, semuanya dibela sama penting.

Pelan Strategik Muafakat Johor
Bagi menzahirkan lima tafsiran muafakat ini dalam bentuk tindakan yang jelas, saya telah mengumumkan Penyediaan Pelan Strategik Muafakat Johor. Pelan strategik ini bertujuan memastikan persefahaman dan muafakat pelbagai kaum di negeri ini sentiasa berkekalan. Ia akan diletakkan pada enam landasan utama, iaitu, Permuafakatan Ekonomi, Permuafakatan Pendidikan, Permuafakatan Sosio Budaya, Permuafakatan Keharmonian dan Persefahaman Antara Penganut Agama, Permuafakatan Kesejahteraan dan Keselamatan Komuniti dan Permuafakatan Politik.
Pendekatan permufakatan secara holistik ini akan menyediakan satu ekosistem kehidupan bermasyarakat dan bernegara lebih bermakna khususnya di Johor. Malah, dalam politik sekalipun, permuafakatan akan menjadi penstabil agar ia dapat menghindari perseteruan yang merugikan.

Sesungguhnya, permuafakatan adalah asas penting bagi kita menentukan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Ini kerana apalah erti kemajuan jika kita gagal menggapai kesepaduan nasional dan kesejahteraan yang sebenar. Marilah sama-sama kita menyuburkan muafakat kerana ia bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, atau tugas wakil rakyat mahupun guru semata-mata. Ini tugas kita semua dan percayalah, muafakat itu berkat, sepakat dan selamat.

NELAYAN DAN PETANI DIJOHOR MENARIK NAFAS LEGA

Para petani dan nelayan di negeri Johor juga tidak terlepas dari kesan fenomina elnino yang sedang melanda negera sekarang ni. Sudah pasti ianya menjejaskan hasil dan pendapatan mereka.

Namun kini mereka boleh menarik nafas lega kerana kerajaan negeri Johor pantas menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas. Tindakan pantas kerajaan ini dilihat sangat membantu mereka.

Petani.

Bantuan untuk petani ketika musim kemarau ini berupakan bantuan dari dalam bentuk penyedian pam air dan tangki mudah alih bagi mengatasi masalah kekurangan air. Ini kerana air sangat penting bagi sektor pertanian.

Bantuan ini telah melibatkan kawasan seluas 600 ekar dan 120 orang petani dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta setakat ini. Selain itu Jabatan Pertanian juga telah membantu dari segi ihsan berbentuk input pertanian.

Nelayan.

Bagi nelayan pula, kerajaan negeri telah melantik perunding dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi penyelidikkan jangka masa panjang. Ini merangkumi kesan-kesan alnimo dan juga pembangunan dikawasan perairan selatan Johor.

Juga telah dibangunkan beberapa bidang seperti agro dagang bagi produk dan perkhidmatan pertanian dan perikanan. Ini bagi memudahkan para nelayan memasarkan hasil mereka. Selain memperkenalkan agro belia berciri moden kepada anak-anak nelayan.

Terima kasih ini harus diberikan kepada kerajaan negeri Johor khususnya YB Ismail Mohamad selaku Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri. Kerana dengan keprihatianan dan tindakan pantasnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh petani dan nelayan dinegeri ini.

Wednesday, 20 April 2016

'FOOD TRUCK' PELUANG BARU RAKYAT JOHOR CEBURI PERNIAGAAN

Dato' Zulkurnain, " Belia negeri Johor perlu lebih kreatif dalam memilih bidang perniagaan yang di ceburi supaya dapat mengikut trend masa kini".

Datuk Latif Bandi, " Semua PBT di negeri Johor telah di berikan arahan supaya menyediakan ruang dan tempat untuk peniaga-peniaga bergerak seperti 'Food Truck'.

Jika kita lihat kenyataan dari dua Ecxo iaitu Exco Belia dan Exco Kerajaan Tempatan Negeri ini jelas sekali bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi ruang kepada rakyat Johor untuk berniaga bagi membantu menangani masalah kos sara hidup.

Hari ini admin nak cerita tentang 'Food Truck' yang kian mendapat tempat dihati rakyat Johor yang sentiasa dahagakan kelainan dalam hidupan seharian mereka.

Jadi kita sepatutnya bukan sahaja rasa seronok tapi kita juga perlu rebut peluang yang ada. Kita perlu keluar dari kotak kehidupan kita dan cuba benda yang baru. Jangan bila disebut tentang berniaga makanan kita akan memikirkam untuk membuka restoran.

'Food Truck' ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti tiada kekangan kawasan perniagaan. Anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut kemahuan anda.

Dari segi modal pula 'Food Truck' jauh lebih rendah dari membuka sebuah restoran. Anggaran minimum sebuah 'Food Truck' yang sudah siap diubah suia RM100,000 dan anda boleh membuat bayaran secara bulanan.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan pinjaman dan bantuan melalui agensi-agensi tertentu sebagai galakkan. Sebagai contoh kerajaan negeri melalui PIJ telah menyediakan gran bantuan sebanyak RM5,000 untuk setiap rakyat johor yang menceburi bidang 'food truck' pada tahun 2016.

Dapat dilihat bahawa kerajaan negeri telah membantu dari pelbagai aspek. Kini terpulang kepada rakyat Johor sendiri bagaimana untuk menikmati segala bantuan itu. Yang jelas semua bantuan ini khas untuk rakyat Johor sahaja.

DAP JOHOR HILANG ARAH

Oleh:​Noor Azleen Bin Ambros
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Pada 19 April 2016 yang lepas dalam portal rasmi parti DAP, Saudara Mahdzir Ibrahim telah membuat hujahan balas terhadap komen dan pandangan yang telah diutarakan oleh Tan Sri Shahrir Samad mengenai dakwaan YB Liew Chin Tong bahawa Pakatan Harapan boleh memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 kerusi Parlimen di Johor pada pilihanraya umum akan datang.

DAP Johor Kekeringan Idea?

Pertama, polemik yang dicetuskan ini adalah hasil manifestasi kerisauan Pengarah Pendidikan Politik DAP terhadap prestasi semasa DAP Johor itu sendiri yang seolah-olah sudah kekeringan idea. Ia dapat dilihat melalui hujahan-hujahan dangkal oleh sesetengah ADUN DAP di Johor termasuklah desakan pemberhentian Projek RAPID di Pengerang akibat kejatuhan harga minyak global. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh DAP Johor yang hanya ingin membangkitkan isu tanpa memahami asas dan selok-belok industri minyak dan gas (oil & gas) kerana rantaian bekalan (supply chain) bagi industri minyak dan gas adalah berdasarkan mekanisme huluan (upstream) dan hiliran (downstream).

Masalah kekeringan idea ini juga dapat dilihat ketika perbahasan di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini di mana pihak DAP seolah-olah terdesak untuk mengambil kredit daripada hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional Johor memperkenalkan bas percuma Muafakat Johor. Keterdesakkan ini telah memaksa YB Liew Chin Tong untuk memberikan ‘suntikan semangat’ kepada DAP Johor bagi mencari wadah perjuangan yang lebih jelas.

Calon atau parti?

Kedua, saudara Mahdzir Ibrahim dalam penulisannya ada menyatakan bahawa rata-rata kerusi yang dimenangi DAP khususnya di Johor bukanlah atas faktor ketokohan calon (kecuali Gelang Patah), sebaliknya atas sokongan kepada parti politik. Beliau menambah banyak kerusi DUN yang dimenangi DAP yang mana calon-calonnya di bawah usia 35 tahun yang tiada pengalaman luas seperti calon Barisan Nasional.

Ini jelas menunjukkan sikap bongkak DAP dengan memandang rendah kematangan pengundi di Johor. Hasil kebongkakan inilah lahirnya wakil rakyat daripada parti DAP yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai seorang wakil rakyat, sebaliknya hanya menempel nama terhadap usaha-usaha yang telah Kerajaan Barisan Nasional Johor lakukan selama ini dan lebih parah lagi wakil rakyat DAP ini gagal untuk bekerja dan memberikan hujahan yang bersifat konstruktif di Dewan Undangan Negeri.

Sedar akan permasalahan ini, DAP Johor dilihat cuba untuk mencari formula baru dalam usaha untuk mengagalkan agenda besar yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional Johor termasuklah kritikan tanpa asas terhadap Pelan Pertumbuhan Strategik Johor yang kelak akan memberikan limpahan ekonomi yang lebih inklusif ke serata Johor.
Bagaimana dengan PKR, Amanah?

Dilema yang dihadapi oleh DAP Johor ini sedikit sebanyak dirasai oleh kedua-dua parti pembangkang yang lain iaitu PKR dan Amanah yang kini seakan-akan kehilangan arah tuju. Sudah jelas selama ini Pakatan Harapan Johor didominasi oleh parti DAP. Ketakutan dan kekeliruan parti seperti PKR dan Amanah jelas apabila mereka hanya bergantung harap kepada DAP sahaja untuk menjalankan gerakan politik di Johor. Amanah yang sepatutnya mengambil alih tugas PAS untuk menarik pengundi-pengundi Melayu jelas gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Ini juga adalah akibat daripada masalah dalaman parti yang dialami oleh DAP Johor akibat penyingkiran Pengerusi DAP Johor, YB Dr Boo Cheng Hau. YB Dr Boo dalam kenyataan medianya jelas menyatakan beliau telah ditikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam partinya sendiri. Selain itu, YB Dr Boo sendiri menyatakan bahawa beliau tidak sanggup lagi menjadi kuda tunggangan kepada individu tertentu yang cuba merosakkan keharmonian politik di Johor.

Maka, tekanan yang diberikan oleh YB Liew Chin Tong kepada PKR dan Amanah dilihat sebagai senjata sulit beliau bagi memastikan jentera PKR dan Amanah bekerja keras untuk menyumbang sembilan lagi kerusi yang dinyatakan oleh beliau sendiri. Ketika ini, DAP Johor dilihat bersendirian tanpa suatu ikatan yang jelas dengan pergolakan dalaman parti DAP itu sendiri. Tindakan ini adalah hasil ketidak percayaan YB Liew Cing Tong terhadap rakan-rakan parti komponennya sendiri.

Dan saya yakin dan percaya bahawa rakyat dan pengundi masih waras dalam membuat keputusan untuk memberi mandat kepada satu perikatan yang utuh, jelas ideologi perjuangannya iaitu Barisan Nasional di Johor.

Muafakat Johor

Jika saudara Mahdzir Ibrahim mengakhiri penulisan beliau dengan melontarkan persoalan berkenaan pilihan BN Johor samada ingin bersama Presiden atau Parti? Persoalan sebegini sering kali dibangkitkan oleh DAP dalam usaha mereka untuk memecah belahkan kemuafakatan Bangsa Johor yang telah sekian lama wujud. DAP perlu sedar bahawa kemuafakatan BN Johor bukan disebabkan oleh kepentingan politik semata-mata tetapi ianya merangkumi aspek perjuangan dan kemandirian Bangsa Johor sebagai satu bangsa yang bertamadun. Ketamadunan Bangsa Johor inilah menjadi asas perjuangan BN Johor selama ini.

Tika DAP Johor sedang sibuk berpolitik, melontarkan fitnah dan membangkitkan isu-isu yang dilihat tidak relevan, Kerajaan Barisan Nasional Johor terus kukuh berusaha menjamin ketamadunan Bangsa Johor dapat dimajukan di samping menyediakan penyelesaian konkrit terhadap pelbagai isu serta permasalahan semasa.

Tuesday, 19 April 2016

PORTAL WOWBERITA.ORG CUBA FITNAH SULTAN JOHOR

Beberapa hari lepas timbul satu portal yang menggunakan nama WOWBERITA.ORG telah menggunakan gambar Tuanku Sultan Ibrahim. Walaupun artikel didalamnya tiada kaitan langsung dengan Tuanku.

Dengan tajuk 'Kita ada ulama sendiri, kenapa perlu jemput Dr Zakir' yang terpampang dihadapan seolah-olah itu adalah kenyataan dari Tuanku. Perkara jelas sekali boleh menyebabkan nama baik Tuanku Sultan Johor tercemar. 

Admin sebagai rakyat Johor berasa sangat marah kerana Sultan Johor yang kita kenali bukanlah seperti yang digambarkan. Tuanku sentiasa bersikap terbuka dalam segala hal. Perkara ini juga boleh diaggap sebagai memfitnah Tuanku.

Admin juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat khususnya Bangsa Johor sendiri yang turut sama menyebarkan artikel itu di media sosial. Kita sepatutnya memastikan isi kandungan artikel itu dulu sebelum menyebarkannya. Sepatutnya kita sebagai bangsa Johor harus pertahankan Sultan kita dari difitnah.

Apa pun admin ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Exco Agama Negeri Johor yang tampil dengan kenyataan bahawa Negeri Johor tidak mempunyai masalah untuk menerima Dr. Zakir berceramah di Johor. Namun beberapa perkara yang telah di tetapkan seperti mendapatkan tauliah dari MAINJ perlu dipetuhi.

Perkara ini termasuk tajuk dan isi kandungan ceramah bagi menjaga kemuafakatan Bangsa Johor. Perkara ini telah pun diputuskan pada awal tahun setelah perbincangan diantara Exco Agama, MAINJ dan pihak Istana Johor dimana ianya ditetapkan kepada semua penceramah bebas yang ingin berceramah di Johor.

Jadi tiada isunya kenapa Negeri Johor ingin memghalang Dr Zakir dari berceramah di Johor. Akhir sekali admin ingin menegaskan kepada semua bahawa menyebarkan berita yang berunsur fitnah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Monday, 18 April 2016

TERIMA KASIH KERAJAAN JOHOR KERANA MENDENGAR KELUHAN RAKYAT

Apabila DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim menitahkan supaya kerajaan negeri Johor menubuhkan bank negeri iaitu 'Bank Of Johor', ini sudah membuatkan rakyat Johor berasa gembira atas keperihatinan Tuanku.

Namun rakyat Johor bartambah lega dan gembira bila kerajaan Johor dibawah pimpinan MB Khaled Nordin mengumumkan sedia mempertimbangkan dan merialisasikan apa yang di titahkan oleh Tuanku Sultan berkenaan penubuhan 'Bank Of Johor' untuk membantu rakyat Johor.

Perkara ini di zahirkan sendiri oleh MB Khaled Nordin apabila beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik titah Sultan Johor dan sedia memperhalusi cadangan itu agar merangkumi faktor keberkesanan serta mematuhi syarat dan peraturan Bank Negara Malaysia. Dan seterusnya dapat melaksanakan apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan itu.

Kami sebagai rakyat Johor sememangnya amat berterima kasih kepada Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan kerajaan Negeri khususnya MB Khaled jika perkara ini terlaksana kelak. Kerana keluhan kami selama ini dalam menghadapi masalah memiliki rumah sendiri telah didengari.

Sememangnya kita tahu kerajaan Johor banyak membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Rumah PR1MA di negeri ini bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri dengan harga yang amat berpatutan.

Tapi masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ni adalah dari segi memdapatkan pinjaman membeli rumah ada dan juga wang pendahuluan sebanyak sepuluh peratus seperti yang telah ditetapkan oleh bank-bank sedia ada.

Jadi dengan tertubuhnya 'Bank Of Johor' ini nanti diharapkan dapat memudahkan rakyat Johor mendapat pinjaman membeli rumah dan mendapat kelulusan seratus peratus dengan kadar faedah yang berpatutan. Itu sememangnya harapan besar kami sebagai rakyat Johor apatah lagi jika bank ini khas untuk rakyat Johor sahaja.

ADUN DAP JOHOR CUBA BURUKKAN IMEJ MB KHALED

Beberapa hari lepas ADUN pembangkang yang diketuai ADUN DAP cuba membuat publisiti murahan dengan mendesak MB dan kerajaan negeri Johor supaya meluaskan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ke seluruh negeri Johor.

Admin sebagai rakyat Johor berasa sangat marah kerana tindakkan ini dilihat sengaja untuk memburukkan imej MB Johor Dato Khaled Nordin. Ini semua cuma tindakan terdesak ADUN DAP yang ke tandusan idea kerana kerajaan pimpinan MB Khaked adalah yang terbaik.

ADUN pembangkang ini juga boleh dianggap ingkar titah Sultan kerana sebelum ini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim telah menzahirkan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan MB Khaled. Tuanku Sultan juga bertitah supaya jangan ada musuh dalam selimut didalam Dewan Undangan Negeri Johor kerana kerajaan sedia ada berada dilandasan yang betul.

Mereka kelihatan seperti kehabisan idea kerana desakan supaya perkhidmatan Bas Percuma Muafakat Johor diperluaskan ke seluruh Johor adalah matlamat asal program itu. Cuma sekarang ini ianya dilakukan secara berperingkat supaya tidak berlaku ketirisan dan menepati matlamat awalnya.

Dan perkara ini sememangya sudah di suarakan awal-awal lagi oleh pemimpin UMNO setiap bahagian agar semua rakyat dapat merasai perkhidmatan ini. Dan MB Khaled Nordin telah memberi jaminan ianya akan dilaksanakan mengikut keperluaan tempat tersebut.

Sepertimana kita semua tahu bahawa negeri Johor telah banyak membangun dan banyak membantu rakyat dibawah pimpinan MB Khaled. ADUN pembangkang sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajan UMNO Johor khususnya MB Khaled dalam berkhidmat untuk rakyat dan bukannya hanya pandai mempertikaikan apa yang sudah kerajaan Johor lakukan.

Dengan ini admin menyeru semua rakyat Johor bersama-sama pertahankan apa yang kerajaan Johor dibawah pimpinan MB Khaled Nordin telah lakukan untuk rakyat Johor. Dan kita tolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang yang dibawa oleh DAP ke negeri ini 'Demi Bangsa Johor'.

Friday, 15 April 2016

KEBAJIKAN SENTIASA DIUTAMAKAN KERAJAAN JOHOR SEIRING DENGAN KEMAJUAN

MAINJ dibawah Exco Agama Yb Abd Mutalib Abd Rahim telah menyediakan 24 unit rumah pangsa Bandar Seri Alam  sebagai rumah transit asnaf di negeri Johor khususnya kawasan Bandaraya Johor bahru, Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor Bahru Tengah, Senai dan Kulai.

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukan kepada MAINJ 24 unit rumah pangsa Bandar Seri Alam (Jalan Tasek 64) bagi dijadikan sebagai rumah transit untuk didiami oleh asnaf fakir dan miskin yang tidak berkemampuan dan menghadapi masalah tempat tinggal.

Usaha ini adalah salah satu daripada langkah mengatasi masalah kemiskinan dalam bandar yang kebiasaannya mereka tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah.

Konsep rumah transit ialah memberi golongan yang memerlukan rumah tinggal secara percuma dalam tempoh tertentu dan sekiranya mereka telah terkeluar dari garis kemiskinan maka mereka akan keluar dan memberi peluang kepada asnaf lain yang masih memerlukan.

Antara kriteria yang layak memohon rumah transit ini ialah berpendapatan di bawah kadar Had Kifayah, mempunyai tanggungan yang besar dan tidak mempunyai kediaman yang sepatutnya.

Walaupun mereka telah diberi rumah transit pihak MAINJ akan memantau keluarga tersebut termasuklah memastikan keluarga tersebut mempunyai pekerjaan bagi menampung kos sara hidup harian.

Hadir pada Majlis Pelancaran pada petang ini ialah YAB Menteri Besar Johor yang turut menyaksikan tandatangan perjanjian sewabeli antara MAINJ dan Perbadanan SUK Johor.

Usaha kerajaan ni dilihat sangat baik kerana dapat memastikan golongan asnaf ni tidak tertinggal dalam kemajuan yang sedang berlaku di Negeri Johor.

Thursday, 14 April 2016

KERAJAAN JOHOR MAHU SENI TENUN JOHOR DIJADIKAN SATU INDUSTRI

Jika sebelum ini pementasan teater mendapat perhatian dari kerajaan kini giliran seni tenunan kain mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Johor sebagai salah satu warisan seni Negeri Johor.

Bukan sahaja di iktiraf malah di angkat sebagai salah satu warisan yang perlu dipelihara di Johor. Sehubungan itu Bengkel Tenun Johor telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Bengkel Tenun Johor ini ditempatkan di Komplek Yayasan Warisan Johor dibawah Majlis Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan Johor. Bengkel ini juga berperanan mengkaji corak serta motif yang melambangkan Negeri Johor seterusnya dapat mengembangkannya.

Dan ketika majlis pelancarannya bengkel tersebut, YWJ telah memperkenalkan 10 corak baharu yang melambangkan kemuafakatan rakyat Johor. Antara corak yang akan dipatenkan termasuk Songket Johor Jauhar  dan Medini untuk Sultan Johor, Songket Maharani khas untuk Permaisuri Johor, Songket Tengku Mahkota Johor, Tenun Johor Tanjung Piai dan Tenun bercorak Renek untuk rakyat.

Semua ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi mengembalikan sejarah zaman kebanggaan tenunan negeri Johor. Selain memartabatkan kembali seni tenun Johor, usaha ini sekali gus dapat menjadikan tenun ini produk baru yang akan mengangkat nana Johor.

Bagi memastikan program ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat di negeri Johor, kerajaan negeri menerusi Exco Belia Dato Zulkurnain turut bercadang menjadikan bengkel ini pusat latihan bagi belia yang berminat. Dan sijil latihan ini boleh di gunakan untuk belia memulakan perniagaan PKS (Peruasaan Kecil dan Sederhana).

Tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato Seri Khaled Nordin kerana terus memartabatkan warisan-warisan negeri Johor walaupun kita tahu bahawa Johor sedang pesat membangun.

'BANK OF JOHOR' KHAS UNTUK RAKYAT JOHOR

'Bank Of Johor' adalah nama yang diberi ketika DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika mencadangkan kepada kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan bank sendiri dibawah kerajaan negeri Johor.

'Bank Of Johor' ini adalah cetusan idea Tuanku Sultan sendiri dengan harapan selepas ini semua rakyat Johor dapat memiliki rumah masing-masing. Selain dapat membiayai projek pembangunan dan menjadi salah satu bank simpanan rakyat.

Baginda memuji kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah berkerjasama dengan baik untuk membina banyak rumah mampu milik di Johor. Namun rakyat mempunyai kesukaran untuk membuat pinjaman bank bagi membeli rumah. Jadi dengan 'Bank Of Johor' ini kerajaan negeri dapat membantu memudahkan urusan pinjaman rakyat

Perkara ini dilihat tidak mustahil kerana rezab tunai kerajaan negeri mencecah RM3 billion dan pendapatan kerajaan syarikat milik kerajaan mencecah RM7.5 billion setahun. Dengan angka ini sudah tentu kerajaan negeri layak menjadi pemegang saham bagi 'Bank Of Johor bila ia ditubihkan kelak.

Selain kejayaan kerajaan negeri Johor mengekalkan rekod tiga tahun berturut-turut bagi nilai pelaburan tertinggi diluluskan di Malaysia. Sebanyak RM31.1 billion nilai pelaburan diluluskan sehingga tahun 2015 membabitkan 90 peratus pelabur tempatan dan 10 peratus pelabur asing.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang banyak menyokong dan membantu dalam pembangunan ekonomi apabila berjaya menarik minat pelabur untuk bertapak di negeri Johor. Hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk Johor.

Baginda percaya semua  kejayaan dan prestasi yang membrangsangkan ini didorong oleh urus takbir negeri dan kewangan yang cekap dan telus. Jadi jika apa yang ada sekarang ni (kerajaan yang sedia ada) dikekalkan tidak mustahil untuk Johor membuat apa sahaja pada masa akan datang.

Wednesday, 13 April 2016

JANGAN ADA MUSUH DALAM SELIMUT : TITAH SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Johor hari ini menzahirkan kepercayaan penuh terhadap barisan kerajaan negeri yang ada sekarang di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato Khaled Nordin.

Tuanku Sultan bertitah, MB Johor Khaled Nordin bukan sahaja berjaya membawa nama Johor di dalam negara malah di rantau Asia dan dunia.

Pelbagai kemajuan yang di capai dibawah kepimpinan MB Khaled Nordin membolehkan Johor terus melangkah jauh kedepan dalam usaha menjadikan Johor sebagai hab  ekonomi utama rantau ini.

" Saya berharap tiada ahli didalam dewan ini cuba menjadi musuh dalam selimut dan mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini" titah Tuanku Sultan Ibrahim.

Titah ini dikeluarkan ketika baginda berkenan berangkat merasmikan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di bangunan Sultak Ibrahim di Bukit Timbalan Johor.

Ia turut disaksikan oleh Tungku Mahkota Johor, Tungku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Dalam titah Sultan Ibrahim juga baginda mengingatkan supaya jangan ada yang menyamakan Johor dengan negeri lain. Ini kerana Bangsa Johor setia pada Agama, Bangsa dan Tanah Air,  berani kerana benar, bersatu menghadapi cabaran dan bermuafakat dalam mencari keberkhatan.

Ini boleh dikatakan isyarat jelah bahawa tindakan cuba menggulingkan Khaled Nordin dari kerusi Menteri Besar Johor adalah tindakan yang sia-sia.

imCOOP KEDAI HARGA PATUT MUAFAKAT JOHOR

Johor telah melahirkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor Koperasi Iskandar Malaysia BHD (imCoop) pada November tahun lalu. Yang kini telah menjadi pilihan popular untuk membeli belah barangan harian di empat lokasi iaitu Larkin Idaman, Paloh, Setia Tropika dan Masai.

Konsep Keusahawanan Koperasi ini adalah cetusan idea menteri besar yang pernah menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi suatu ketika dahulu. Ini merupakan inisiatif pelaksanaan Plan Suara Hati Johor. Ianya untuk membantu menangani kos sara hidup rakyat.

Malah empat outlet awal ini boleh dikatakan berjaya memenuhi kehendak rakyat untuk berbelanja barangan harian kerana jualan harian mencecah RM10,000 sehari bagi setiap outlet.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi membiayai kad keahlian imCoop. Kad imCoop ini akan membolehkan pemegangnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah menikmati diskaun 3% ketika membeli keperluan harian. Dan sebanyak 6,500 kad imCoop ini telah diberikan secara percuma kepada golongan yang layak.

Manakala dana sebanyak RM12 juta disediakan bagi membangunkan keseluruhan outlet imCoop. RM2 juta suntikan khas kerajaan negeri dan selebihnya adalah daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Selain daripada pengguna dapat menikmati faedah harga rendah yang ditawarkan. Pembangunan outlet imCoop juga menyediakan 1,300 peluang pekerjaan baru kerana ia bernaung dibawah 60 buah koperasi dengan seramai 40,000 orang anggota ahli sekaligus dapat meningkatkan kerjaya keusahawanan.

imCoop ini memang sesuai dijadikan kedai pilihan untuk berbelanja kerana ia menyediakan pelbagai barangan keperluan harian dan beroperasi 24jam.

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT BANTU ORANG MELAYU TERUS KEKAL DIBANDAR

Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menempatkan penduduk dari lapan buah kampung yang terbabit dengan pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) adalah komitmen Kerajaan Negeri bagi memastikan orang Melayu dapat terus bermastautin di kawasan bandar. Projek PPR ini membabitkan 2,932 keluarga serta membabitkan kos berjumlah RM302 juta untuk membina 2,720 unit pangsapuri kos rendah.

Apa yang menariknya, Rumah yang ditawarkan kepada mereka yang terlibat dengan penyusunan semula itu adalah pada kadar harga RM35,000 seunit (bagi pemegang tol) dan RM50,000 seunit bagi penyewa beli. Harga ini jelas lebih rendah dari kos pembinaan dan nilaian tanah mengikut harga pasaran semasa yang mampu mencecah RM140,000 seunit.

Antara kampung-kampung yang terlibat dengan projek PPR ini adalah Kampung Desa Jaya, Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Tengah & Bunga Raya, Kampung Toksiak, Kampung Bekantik, Kampung Datuk Hajah Hasnah dan Kampung Bakar Batu. Dengan terlaksananya projek ni maka tiada sebarang pengusiran, walaupun jumlah penduduk yang terlibat adalah besar.

Kejayaan projek ini adalah hasil usaha pelbagai pihak khususnya wakil rakyat di kawasan Johor Bahru yang sentiasa memperjuangkan hak penduduk kampung. Ditambah dengan kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Ini kerana daripada peruntukan RM302 juta itu, sebanyak RM202 juta adalah dalam bentuk gran, manakala baki sebanyak RM100 juta berbentuk pinjaman Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.

Peruntukan tersebut akan dibayar secara ansuran sebanyak RM10 juta setahun hingga selesai. Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar selama dua tahun. Dan bagi pemilik yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, Kerajaan Negeri telah menyediakan Skim Sewa Beli dimana seramai 94 orang telah layak menerima Skim itu.

Kepimpinan Umno bahagian juga akan mengesan golongan kurang berkemampuan dan asnaf untuk dibantu melalui program bantuan sewa rumah dibawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang di amalkan oleh Kerajaan Johor bagi memastikan rakyat terbela seharusnya di jadikan contoh oleh negeri lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

MILIKI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) DENGAN RM1

Pada 23 Mac yang lepas DYMM Sultan Ibrahim (Sultan Johor) telah berkenan melancarkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor Yayasan Sultan Ibrahim, Yang mana skim ini khas untuk rakyat Johor.

Bagi menjayakan Skim Pembiayaan ini Yayasan Sultan Ibrahim telah bekerjasama dengan Bank Rakyat. Yayasan Sultan Ibrahim telah  memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi membiayai 6,000 rumah mampu milik di Johor.

Melalui Skim Pinjaman ini mereka yang layak hanya perlu membayar deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah mampu milik. Ini adalah kadar kompititif dan menarik bagi golongan yang berpendapatan rendah.

DYMM Sultan Johor juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri yang akan menentukan kelayakkan untuk mendapatkan Skim Pembiayaan ini. Kerana ianya memerlukan penelitian yang telus bagi memastikan yang menerima adalah mereka yang benar-benar layak.

Ini menunjukkan DYMM Sultan Johor percaya bahawa kerajaan negeri yang ada sekarang dapat menjalankan tugas dengan baik dan telus.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau memohon skim ini. Boleh rujuk ke Bahagian Perumahan di Pejabat SUK Negeri Johor.

KEMUAFAKATAN JOHOR TARIK MINAT PELABUR JEPUN

Pada suku ketiga tahun ini, Johor bakal menerima pelaburan dari tiga syarikat Jepun dengan nilai pelaburan mencecah RM1.3 billion kesemuanya.

Syarikat yang berorentasikan industri hiliran gas dan minyak, pembuatan serta kemudahan itu bakal beroperasi di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan Kawasan Perindustrian Johor Corporation (JCorp) berdekatan Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan (RAPID) di Pengerang Kota Tinggi.

Jika dilihat pada rekod, Johor telah menerima dua pelaburan berlainan latar belakang dari Jepun yang bernilai RM500 juta yang bakal beoperasi di Tanjung Langsat baru-baru ini.

Dan setakat ini sudah ada kira-kira 144 syarikat Jepun beroperasi di Johor dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.48 billion dengan 59 peratus daripadanya beroperasi di kawasan perindustrian Jcorp.

Kesemua syarikat ini telah menyediakan sebanyak 27,289 peluang pekerjaan kepada perkerja mahir dan separuh mahir yang terdiri daripada rakyat Negeri Johor.

Antara faktor utama yang menarik minat pelabur ke Johor adalah kedudukan Johor yang strategi dan menjadi destinasi popular pelabur di Malaysia. Selain itu kebolehupayaan menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir kepada industri terlibat. Kedaulatan dan sentimen yang positif juga memainkan peranan penting.

Kita sebagai Bangsa Johor (rakyat Johor) perlu mengekalkan kemuafakatan yang ada di Johor ini dibawah pentadbiran kerajaan sedia ada supaya dapat menarik lebih banyak pelabur luar pada masa akan datang. Kerana setiap manfaatnya pasti akan kembali kepada rakyat Johor akhirnya.

Friday, 8 April 2016

PEMENTASAN TEATER NEGERI JOHOR MENDAPAT NAFAS BARU





Tahukah anda pada tahun 2016 ini ada lebih 10 teater yang bakal dipentaskan di Johor bermula pada bulan Mac hingga Oktober . Ini adalah hasil cetusan idea YAB Dato Khaled Nordin dan direalisasikam oleh YB Dato Zulkurnain kasminan selagu Exco Belia, Sukan dan Kesenian Negeri Johor.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM180,000 menerusi Bajet Johor 2016 untuk membantu para karyawan mementaskan idea masing-masing. Setiap NGO yang mementaskan teater akan diberi RM20,000 serta bantuan teknikal sebagai galakkan.

Program ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Teater ini bertambah menarik apabila bukan sahaja berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menonton. Tapi juga dapat melahirkan bakat baru didalam dunia teater dari pelakon hinggalah ke pengarahnya.

Sebanyak sembilan kumpulan telah terpilih untuk membuat enam pementasan di Dewan Komplek Yayasan Warisan Johor.  Manakala di Keluang, Muar dan Batu Pahat satu pementasan setiap daerah. Dan kesemua mereka adalah Karyawan anak Johor.

Kepada yang mempunyai bakat dalam dunia teater boleh lah jadikan program ini sebagai ruang untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan selain dapat mencungkil bakat-bakat baru anak muda Johor.

Jika berminat bolah datang terus ke pejabat urusetia di Dewan Komplek Yayasan Warisan Johor yang dulu di kenali sebagai Komplek MAWAR. Anda boleh mendapatkan pamplete berkenaan program ini. Pementasan biasanya berlangsung setiap hujung minggu.

Wednesday, 6 April 2016

JOHOR TOLAK DAP: MP GELANG PATAH RISAU ANAKNYA DITANGKAP





Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak perlu bimbang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan ditangkap dan didakwa jika anaknya itu tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan skandal pembelian banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis, kata Azizi Safar.

“Kit Siang, jika anak anda tidak tidak melakukan apa-apa rasuah mengapa perlu bimbang? Atau anda tahu dia telah melakukan sesuatu yang tidak betul?,” soal Azizi yang juga Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dalam Twitter nya.

Azizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kit Siang yang bimbang anaknya itu bakal ditangkap dan didakwa berkaitan isu tersebut.

“Beliau (Guan Eng) telah dituduh rasuah dalam pembelian banglo RM2.8 juta itu.

“Ada kempen-kempen pembohongan mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan pembelian banglo Guan Eng,” kata Kit Siang yang tidak memberikan bukti kempen-kempen pembohongan tersebut.

Taktik Kit Siang menafi tanpa bersandar bukti sama seperti kes Penasihat DAP menafi penglibatan anaknya, Guan Eng terlibat dalam rundingan dengan pihak Israel berkaitan dengan penyaluran dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada mulanya, Kit Siang mahu menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman, namun sehingga ke hari ini, DAP tidak mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap pihak yang didakwa berbohong yang membocorkan maklumat (Razali) tersebut.

Tuesday, 5 April 2016

BAS MUAFAKAT JOHOR HANYA UNTUK WARGANEGA MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT JOHOR



Perkhidmatan Bas Muafakat Johor hanya boleh dinikmati oleh WARGANEGARA MALAYSIA amnya dan BANGSA JOHOR khususnya. Hal ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup warga bandar dalam memberi kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan awan kepada rakyat di laluan-laluan yang dikenal pasti.

Untuk permulaan perkhidmatan ini diperkenalkan pada 15 laluan iaitu Wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Senai, Kulai dan Pasir Gudang. Dan seterusnya akan di perkenalkan di semua bandar-bandar utama Negeri Johor.

Walaupun selepas pelancarannya ada pihak yang mendesak supaya perkhidmatan ini di buka kepada semua orang tidak kira warganegara atau pun tidak, Kerajaan Johor tetap dengan pendirian awalnya supaya perkhidmatan ini dihadkan kepada warganegara.

Sesungguhnya rakyat Johor menyambut baik apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya YAB Dato Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor. Ini kerana selain dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian, Rakyat Johor dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tanpa berkongsi dengan warga asinng.

Mengenai Bas Muafakat Johor ini merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negari Johor melalui 4 Pihak berkuasa Tempatan yang terlibat serta dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awan Johor (PAJ). Sebanyak 30 buah bas yang dilengkapi Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan kemudahan Internet Percuma (WIFI).

Bagi mereka yang belum mendaftar,  boleh mendapatkan kad tersebut sepanjang roadshow yang diadakan ataupun di semua pejabat rasmi PAJ. Bagi yang ingin mendaftar secara online boleh ke laman wed www.basmuafakatjohor.com. Dan sehingga kini lebih daripada 10,100 pengguna telah mendaftar.

Ayuh semua khususnya Bangsa Johor di Iskandar Malaysia gunakanlah  perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini segera. Sesungguhnya ramai lagi terutama rakyat negeri lain mengidamkan apa yang Kerajaan Negeri Johor lakukan untuk rakyat Johor ini.


Monday, 4 April 2016

Bantuan Belia Islam Johor Untuk Usahawan dan Persatuan Belia Berniaga


Syarat Bantuan Penjaja Kecil
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENJAJA KECIL
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama islam dan anak jati Negeri Johor
- Lahir di Negeri Johor. Status Kad Pengenalan 01/23 dan mesti menetap di Negeri Johor 5 tahun beturut dari tarikh permohonan dibuat.
2. Pendapatan kasar bulanan permohonan dan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
3. Perniagaan yang diceburi mestilah berlandaskan syariah islam dan mematuhi undang -undang pihak berkuasa dan telah ada permis perniagaan sendiri. Keutamaan kepada pemohon yang menjalankan perniagaan bagi tempoh setahun kebawah.
4. Pernah menjalankan kegiatan perusahaan atau perniagaan yang berhubung kait dengan tujuan pemohonan bantuan.
5. Perniagaan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pihak Berkuasa Tempatan
6. Belia Islam berumur 18 hingga 40 tahun.
7. Dokumen sokongan yang WAJIB disertakan adalah berikut:
i. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan.
ii. Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (sijil pendaftaran / lesen mestilah atas nama pemohon) yang disahkan.
iii. Salinan Buku Bank / Penyata Bank yang memamparkan No.Akaun Bank
iv. Salinan pendapatan atau surat akaun pendapatan yang disahkan.
8. Pengesahan hanya boleh disahkan oleh :
i. Slip Permohonan dan Dokumen sokongan Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu
ii. Sokongan Tambahan (Jika ada) Pemimpin Masyarakat
9. PIJ berhak menolak permohonan sekiranya Slip Permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.
10. Cetakan Slip yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada:
Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor.
Aras 6,Bangunan PIJ Holdings,
No.8, Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
11. Jika berjaya, permohonan akan diberikan bantuan sebanyak RM500.00 melalui akaun pemohon.
12. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu sahaja program tajaan.
13. PIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan.

JOM TINGGALKAN ASTRO



Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang dilancarkan Jun ini dilihat bakal menjadi pesaing kepada ASTRO tidak lama lagi.
Siaran televisyen ini akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio secara percuma kepada rakyat Malaysia dengan 45 siaran yang menggunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD - high Definition)
Siaran ini juga akan menyajikan gambar dan suara dalam format digital yang jauh lebih baik daripada sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton yang baru kepada pengguna.
Bayaran yang dikenakan hanya RM200 untuk satu dekoder tanpa bayaran bulanan. Kepada penerima BR1M pula boleh mendapatkannya secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.
Pada peringkat permulaan siaran ini boleh dinikmati oleh kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya akan diperluaskan ke Sabah, Serawak serta Kawasan Utara dan Selatan Semenanjung.
Siaran ini ada melalui fasa-fasa tertentu dengan matlamat dapat meliputi 98 peratus muka bumi Malaysia dengan DTTB yang menyediakan 80 siaran TV dan 40 siaran Radio secara percuma menjelang akhir 2017. 
Jadi kita pengguna yang bijak kenapa perlu menggunakan siaran yang dibayar tiap-tiap bulan dengan harga yang mahal. Pilihan ditangan anda dan buatlah pilihan yang bijak dan tepat.

SELEPAS ABC KINI GILIRAN WALL STREET JOURNAL (WSJ) PULA MENGAKU SILAP

"Hari ini, untuk pertama kalinya, Wall Street Journal akhirnya terpaksa mengakui bahawa sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Y.A.B Perdana Menteri adalah dari Saudi Arabia," Menurut Datuk Seri Tengku Sariffudin, Setiausaha Akhbar kepada Y.A.B Perdana Menteri.
Beliau juga menambah yang WSJ mengambil masa hampir setahun untuk menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Saudi Arabia dan membuat serangan balas terhadap mereka yang tidak menyebelahi pihak mereka.
Hal ini termasuklah Peguam Negara yang juga menjadi mangsa keadaan mereka setelah kerja keras beliau yang terpaksa melakukan pelbagai penyiasatan menyeluruh ke atas bukti-bukti, termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga diRaja Saudi yang akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada keluarga diraja Saudi Arabia.
Walaupun bukti-bukti siasatan daripada pihak berkuasa negara dan pengakuan daripada Menteri Luar Saudi Arabia telah mengukuhkan lagi bahawa kebenaran berpihak kepada Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, namun ini tidak cukup untuk menyekat serangan berniat jahat WSJ terhadap kredibiliti Perdana Menteri.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa WSJ bersifat berat sebelah dalam menyampaikan laporannya, dan membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas kerana ianya bukanlah berniat untuk memberikan fakta. Malahan, laporan palsu tersebut seolah-olah menjadi tunjang kepada kempen Anti-Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir.
Kegagalan mereka untuk menerima fakta bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada keluarga diraja Saudi Arabia seperti yang dibuktikan melalui siasatan lengkap dan pengakuan khas, menyebabkan mereka semakin teruja untuk mengaibkan pihak yang benar sebagai cara menutup kesilapan yang telah mereka lakukan.
Beliau juga menekankan bahawa hari ini adalah titik tolak yang menjadi pemangkin untuk WSJ akhirnya bakal berkata benar dan mengakui bahawa selama ini mereka telah berada di pihak yang salah dan bahawa laporan mereka adalah tidak berasas sama sekali.