Monday 8 August 2016

KERAJAAN JOHOR LANCAR PROGRAM RMRJ

Program Rumah Mesra Rakyat Johor adalah satu lagi inisiatif kerajaan Johor memberi peluang bagi rakyat Johor yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah di atas tanah mereka di kawasan bandar atau luar bandar
Subsidi akan diberikan bergantung kepada harga dan keluasan rumah tersebut iaitu;
1)bantuan RM10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit dengan keluasan 750kps.
2)Kedua, Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit dengan keluasan 850kps.
3)Bantuan RM15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit dengan keluasan 1000kps.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 Juta sebagai subsidi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjadi kontraktor yang bertanggungjawab dalam membina 3000 RMRJ menjelang 2018.


SYARAT-SYARAT KELAYAKKAN PESERTA.

*Warganegara Malaysia dan menetap di Johor
*Sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas
*Pendapatan kasar isi rumah RM750-RM3000 (perlu akuan sumpah)
*Pemohon/pasangan tidak memiliki rumah sendiri/ rumah yang usang/ tidak sempurna
*Pemohon mestilah tuan tanah/ salah seorang tuan tanah bersama/ surat hakmlik
*Tapak/ tanah mestilah bersesuaian dan bebas sekatan dan perlu dapat kebenaran jika milik bersama
*Minimun keluasan tanah tidak kurang daripada 3,500 kaki persegi (tertakluk pada reka benuk)
*Tertakluk kepada kelulusan pinjaman bank/ institusi kewangan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi KPRJ di talian : 07-2358377