Wednesday 24 August 2016

NASIHAT UNTUK TUN M DARI DYMM SULTAN JOHOR

SULTAN JOHOR NASIHAT TUN M SUPAYA TUTUP MULUT !
Sultan Johor telah menegur Tun Mahathir Mohamad kerana tidak setuju dengan konsep Bangsa Johor.
Menurut laporan media, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir kononnya 'konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat'.
"Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.

                      
"Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.
"Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya," titah Sultan.
Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa 'Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan'.
"Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu," titah Sultan.
"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut."
"Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.
"Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.
Ketegasan Sultan Johor ini perlu dinilai sendiri oleh rakyat. Dan sebagai rakyat negeri Johor, TS Muhyiddin Yassin mesti tampil ke hadapan untuk menegur Dr Mahathir, itu pun jika beliau berani.
Dr Mahathir sendiri telah mengekang kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan untuk menjadikan sesuatu akta itu sebagai undang-undang.
                       
Dan apa pula pendirian puak pembangkang dan pro-tun tentang titah Sultan Johor ini. Seperti yang kita sedia maklum, parti PKR dan DAP pernah dimurkai oleh Sultan Selangor semasa 'langkah kajang' mereka.