Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Shah membidas pengkritik hospital kerajaan dengan dakwaan perkhidmatan kesihatan negara berada ditakuk lama.
Menerusi akaun facebook peribadinya, Raja Zarith berkongsi semula status yang dimuatnaik baginda pada tahun 2013 berhubung lawatan ke hospital kerajaan sempena Hari Bulan Sabit Merah.
Didalam status berkenaan, Raja Zarith berkata, hospital kerajaan hanya mengenakan caj rawatan yang murah sungguhpun menjalani pesakit pembedahan disamping menggunakan menggunakan ubat-ubatan yang mahal.
"Salah seorang pakar sakit puan berkata, negara memiliki salah satu sistem perubatan kerajaan terbaik, dan untuk membuktikannya beliau memberitahu saya, terdapat seorang pesakit (wanita Cina) yang mengalami pendarahan teruk dan diberikan lebih 20 liter darah.
"Mereka (pihak hospital) melakukan pembedahan keatasnya dan semasa pembedahan, ubat-ubatan yang diberikan berharga lebih RM200,000. Dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 42 hari. Bil hospitalnya? RM180.
"Jika dia ke hospital swasta suaminya perlu membayar puluhan atau ratusan ribu (ringgit)," tulis baginda. https://www.facebook.com/sofiahidriss