A TRUE CHINESE MALAYSIAN DNA : MUAFAKAT KAUM YANG TIDAK PERNAH PADAM
Baru-baru ini, viral di seluruh negara tentang kejadian hon di Masjid Seri Austin, Johor. Saya kira tidak perlu diulas kisah di sebalik peristiwa tersebut. Pada hematnya, semua orang telah maklum mengapa kejadian tersebut berlaku yang akhirnya telah membangkitkan sentimen orang Islam pada ketika itu.
Persoalanya, adakah tahap permuafakatan dan intergrasi di antara kaum kita pada tahap yang kritikal?
Secara peribadinya, masalah ini tidak menunjukkan kita mempunyai masalah intergrasi dan permuafakatan yang kritikal kerana hal ini berlaku tidak mencerminkan keadaan sebenar. Pada masa yang sama ia merupakan ideologi serta permainan politik sentimen yang cuba di mainkan oleh pihak tertentu yang akhirnya telah berjaya meresap ke pemikiran golongan seperti ini.
Justifikasinya? Pertama, ia bukan perkara pertama seumpama ini yang berlaku. Pembangkang di Malaysia antara faktor utama bagaimana cubaan mengganggu gugat keharmonian kaum cuba dimainkan. Jika kita masih ingat, kaum Cina merupakan peserta paling ramai bagi perhimpunan BERSIH.
Mengapa? Adakah kaum Cina kaum yang paling miskin ataupun kaum tertindas dari segi ekonomi atau lain-lain perkara? Tidak. Ia sebenarnya medan terbaik DAP khsusnya untuk mengajar segelintir minoriti orang Cina menjadi biadap yang di sokong oleh segelintir Melayu.
Lihat bagaimana peserta BERSIH dengan bangganya mengangkat sepanduk, ‘MAHAFIRAUN : WE STILL REMEMBER WHAT YOU DID LAST TIME’ yang tepat ditujukan kepada Tun Mahahir. Lupakah?
Itu belum lagi menunjukkan kebiadapan Alvin Tan yang menguji kesabaran orang Islam melalui mesej mari berbuka puasa bersama Bak Kut Teh serta pelbagai kebiadapan yang beliau lakukan. Selepas Namawee, muncul pula individu seperti Hew Kuan Yau yang acap kali menghina dan cuba memainkan sentimen perkauman yang sering kali menguji kesabaran orang Melayu.
Mungkin kisah pegawai MBSA yang dimalukan dan dihalang tugas oleh pasangan Cina merupakan noktah terakhir. Sebaliknya baru-baru ini seorang DJ kelab malam mempertikaikan tugas Polis trafik dengan caci maki dan sebagainya. Dimanakah nilai dan maruah anggota keselamatan ini di mata golongan ini?
Adakah kesemua ini mencerminkan sikap orang Cina di Malaysia?
TIDAK DAN TIDAK SAMA SEKALI.
Itu hanyalah minoriti kecil sedangkan majoritinya ‘A True Chinese Malaysian DNA’. Mana mungkin Malaysia ini dipersada dunia jika tiada individu seperti Datuk Lee Chong Wei yang mengerah kudrat tanpa prejudis untuk sebuah negara bernama Malaysia.
Kita juga bersyukur wujud individu seperti Mr. Kentang @ Kuan Hee Cheng yang membantu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Mungkin ramai lagi seperti beliau berada diluar sana.
Kes hon di Masjid Austin Perdana bukan kayu ukur kita melihat tiada toleransi antara kaum, buktinya pada suatu masa dahulu kita dapat melihat mahasiswa UNIMAP berbangsa Cina bersama yang lain sanggup berhujan demi membantu penuntut beragama Islam untuk bersolat ketika mengikuti program di hutan.
Kami berharap agar semua pihak memainkan peranan dalam sentiasa mengeratkan perpaduan dan intergrasi antara kaum. Kepada DAP dan Melayu yang mudah lupa, berhenti memainkan sentimen yang akhirnya akan merugikan negara ini. Asas dan permuafakatan yang telah lama dibina ini jangan dimusnahkan dek kerana mengejar kuasa.
Walau apa pun, kita semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian kaum dan akan terus menolak perbuatan adu domba yang boleh mencetuskan perkauman dan perpecahan dalam masyarakat.
*Fikri Allaudin*