Tuesday, 26 April 2016

JOHOR NEGERI PERTAMA ADA INDEKS BELIA DAERAH

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan melancarkan plan kajian Indeks Belia Johor bermula bulan depan sebagai perancangan jangka masa panjang.
Kajian ini akan dilakukan disetiap daerah bagi menyediakan generasi muda yang terbaik untuk negeri Johor. Pelaksanaan ini akan menjadikan Johor negeri pertama yang mempunyai indek daerah di Malaysia.

Indek ini meliputi 12 perkara iaitu  pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti, kesihatan, pitensi diri, penggunaan media, waktu senggang, benas tingkah laku tidak normal, kesejahteraan ekonomi, pendidikan, keselamatan dan politik anak muda Johor.

Kajian yang melibatkan sukarelawan sebagai pembanci it u akan dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan 10,000 responden di seluruh Johor meliputi semua kaum sama ada dibandar atau luar bandar.

Hasil kajian ini akan dijadikan sebagai garis panduan dan asas dalam membentuk Plan Strategik Pembangunan Belia Johor. Dengan itu ianya diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan belia.

Selain itu sasaran 300 program sukarelawan ditetapkan untuk tahun ini berbanding 138 program yang dilaksanakan tahun lepas. Ini sebagai galakkan belia Johor melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan sejajar dengan hasrat kerajaan.

Bagi memberi lagi galakkan kepada belia untuk melakukan aktiviti sukarelawan, Kerajan akan laksanakan inisiatif Skim Bantuan Sukarelawan. Skim akan diberikan kepada persatuan-persatuan berdaftar dan juga tidak berdaftar untuk menjalankan kerja-kerja sukarela.

Ini semua menunjukkan bahawa kerajaan negeri Johor tidak pernah mengabaikkan golongan belia. Malah suara mereka sentiasa didengari melalui Exco Belia Sukan Dan Kebudayaan (Tok Jun).