Ramai antara kita tidak faham tapi sibuk macam faham berkenaan isu 16 penceramah dihalang berceramah di Johor dan tambah pula isu konon Sultan Johor tidak benarkan Dr Zakir Naik datang ke Johor.
Pertama sekali semua perkara yang berkaitan agama di negeri Johor ini akan dirujuk kepada Sultan Ibrahim selaku ketua agama negeri ini. Manakala Majlis Agama Islam Negeri Johor hanya bertindak sebagai penasihat. Dan sesuatu perkara akan dibincangkan bersama sebelum keputusan dibuat.
Jadi apa saja kenyataan yang di keluarkan oleh YB Mutalip sekalu Exco Agama Negeri Johor adalah hasil perbincangan dan persetujuan dari semua pihak yang terlibat termasuk pihak Istana Johor. Dan seharusnya tiada isu disitu.
Ini bermakna keputusan perlu mendapatkan tauliah terlebih dahulu daeipada MAINJ sebelum boleh berceramah di Johor bukanlah hanya keputusan kerajaan negeri khususnya Exco Agama.
Sebenarnya Johor tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk berceramah berkaitan agama islam di negeri ini. Cuma mereka terlebih dahulu perlu mendapatkan tauliah daripada JAINJ sebelum berceramah. Dan 16 penceramah yang dihalang itu kerana gagal mendapatkan tauliah.
Keputusan supaya sesiapa sahaja yang mahu berceramah di negeri ini perlu mendapatkan tauliah dibuat kerana ingin mengekalkan kemuafakatan yang ada di Johor. Kerana 'Bangsa Johor' terdiri dari pelbagai kaum. Untuk mengekalkannya kita perlu saling menghormati satu sama lain.
Hasil perbincangan itu telah menetapkan beberapa syarat yang tidak boleh ada didalam tajuk atau isi ceramah iaitu isu perkauman, menyentuh agama lain, menyentuh peribadi individu, membawa fahaman lain dan politik.
Berkenaan isu Dr Zakir Naik dihalang dari memasuki negeri Johor pula adalah fitnah terhadap Sultan Johor dari sebuah portal yang tidak bertanggungjawab. Kerana seperti di artikel admin yang lepas, Sultan Ibrahim tidak pernah bertitah seperti itu.