Thursday, 14 April 2016

'BANK OF JOHOR' KHAS UNTUK RAKYAT JOHOR

'Bank Of Johor' adalah nama yang diberi ketika DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika mencadangkan kepada kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan bank sendiri dibawah kerajaan negeri Johor.

'Bank Of Johor' ini adalah cetusan idea Tuanku Sultan sendiri dengan harapan selepas ini semua rakyat Johor dapat memiliki rumah masing-masing. Selain dapat membiayai projek pembangunan dan menjadi salah satu bank simpanan rakyat.

Baginda memuji kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah berkerjasama dengan baik untuk membina banyak rumah mampu milik di Johor. Namun rakyat mempunyai kesukaran untuk membuat pinjaman bank bagi membeli rumah. Jadi dengan 'Bank Of Johor' ini kerajaan negeri dapat membantu memudahkan urusan pinjaman rakyat

Perkara ini dilihat tidak mustahil kerana rezab tunai kerajaan negeri mencecah RM3 billion dan pendapatan kerajaan syarikat milik kerajaan mencecah RM7.5 billion setahun. Dengan angka ini sudah tentu kerajaan negeri layak menjadi pemegang saham bagi 'Bank Of Johor bila ia ditubihkan kelak.

Selain kejayaan kerajaan negeri Johor mengekalkan rekod tiga tahun berturut-turut bagi nilai pelaburan tertinggi diluluskan di Malaysia. Sebanyak RM31.1 billion nilai pelaburan diluluskan sehingga tahun 2015 membabitkan 90 peratus pelabur tempatan dan 10 peratus pelabur asing.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang banyak menyokong dan membantu dalam pembangunan ekonomi apabila berjaya menarik minat pelabur untuk bertapak di negeri Johor. Hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk Johor.

Baginda percaya semua  kejayaan dan prestasi yang membrangsangkan ini didorong oleh urus takbir negeri dan kewangan yang cekap dan telus. Jadi jika apa yang ada sekarang ni (kerajaan yang sedia ada) dikekalkan tidak mustahil untuk Johor membuat apa sahaja pada masa akan datang.