Wednesday, 13 April 2016

JANGAN ADA MUSUH DALAM SELIMUT : TITAH SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Johor hari ini menzahirkan kepercayaan penuh terhadap barisan kerajaan negeri yang ada sekarang di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato Khaled Nordin.

Tuanku Sultan bertitah, MB Johor Khaled Nordin bukan sahaja berjaya membawa nama Johor di dalam negara malah di rantau Asia dan dunia.

Pelbagai kemajuan yang di capai dibawah kepimpinan MB Khaled Nordin membolehkan Johor terus melangkah jauh kedepan dalam usaha menjadikan Johor sebagai hab  ekonomi utama rantau ini.

" Saya berharap tiada ahli didalam dewan ini cuba menjadi musuh dalam selimut dan mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini" titah Tuanku Sultan Ibrahim.

Titah ini dikeluarkan ketika baginda berkenan berangkat merasmikan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di bangunan Sultak Ibrahim di Bukit Timbalan Johor.

Ia turut disaksikan oleh Tungku Mahkota Johor, Tungku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Dalam titah Sultan Ibrahim juga baginda mengingatkan supaya jangan ada yang menyamakan Johor dengan negeri lain. Ini kerana Bangsa Johor setia pada Agama, Bangsa dan Tanah Air,  berani kerana benar, bersatu menghadapi cabaran dan bermuafakat dalam mencari keberkhatan.

Ini boleh dikatakan isyarat jelah bahawa tindakan cuba menggulingkan Khaled Nordin dari kerusi Menteri Besar Johor adalah tindakan yang sia-sia.