Wednesday 13 April 2016

imCOOP KEDAI HARGA PATUT MUAFAKAT JOHOR

Johor telah melahirkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor Koperasi Iskandar Malaysia BHD (imCoop) pada November tahun lalu. Yang kini telah menjadi pilihan popular untuk membeli belah barangan harian di empat lokasi iaitu Larkin Idaman, Paloh, Setia Tropika dan Masai.

Konsep Keusahawanan Koperasi ini adalah cetusan idea menteri besar yang pernah menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi suatu ketika dahulu. Ini merupakan inisiatif pelaksanaan Plan Suara Hati Johor. Ianya untuk membantu menangani kos sara hidup rakyat.

Malah empat outlet awal ini boleh dikatakan berjaya memenuhi kehendak rakyat untuk berbelanja barangan harian kerana jualan harian mencecah RM10,000 sehari bagi setiap outlet.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi membiayai kad keahlian imCoop. Kad imCoop ini akan membolehkan pemegangnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah menikmati diskaun 3% ketika membeli keperluan harian. Dan sebanyak 6,500 kad imCoop ini telah diberikan secara percuma kepada golongan yang layak.

Manakala dana sebanyak RM12 juta disediakan bagi membangunkan keseluruhan outlet imCoop. RM2 juta suntikan khas kerajaan negeri dan selebihnya adalah daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Selain daripada pengguna dapat menikmati faedah harga rendah yang ditawarkan. Pembangunan outlet imCoop juga menyediakan 1,300 peluang pekerjaan baru kerana ia bernaung dibawah 60 buah koperasi dengan seramai 40,000 orang anggota ahli sekaligus dapat meningkatkan kerjaya keusahawanan.

imCoop ini memang sesuai dijadikan kedai pilihan untuk berbelanja kerana ia menyediakan pelbagai barangan keperluan harian dan beroperasi 24jam.