Jika sebelum ini pementasan teater mendapat perhatian dari kerajaan kini giliran seni tenunan kain mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Johor sebagai salah satu warisan seni Negeri Johor.
Bukan sahaja di iktiraf malah di angkat sebagai salah satu warisan yang perlu dipelihara di Johor. Sehubungan itu Bengkel Tenun Johor telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor (YWJ).
Bengkel Tenun Johor ini ditempatkan di Komplek Yayasan Warisan Johor dibawah Majlis Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan Johor. Bengkel ini juga berperanan mengkaji corak serta motif yang melambangkan Negeri Johor seterusnya dapat mengembangkannya.
Dan ketika majlis pelancarannya bengkel tersebut, YWJ telah memperkenalkan 10 corak baharu yang melambangkan kemuafakatan rakyat Johor. Antara corak yang akan dipatenkan termasuk Songket Johor Jauhar dan Medini untuk Sultan Johor, Songket Maharani khas untuk Permaisuri Johor, Songket Tengku Mahkota Johor, Tenun Johor Tanjung Piai dan Tenun bercorak Renek untuk rakyat.
Semua ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi mengembalikan sejarah zaman kebanggaan tenunan negeri Johor. Selain memartabatkan kembali seni tenun Johor, usaha ini sekali gus dapat menjadikan tenun ini produk baru yang akan mengangkat nana Johor.
Bagi memastikan program ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat di negeri Johor, kerajaan negeri menerusi Exco Belia Dato Zulkurnain turut bercadang menjadikan bengkel ini pusat latihan bagi belia yang berminat. Dan sijil latihan ini boleh di gunakan untuk belia memulakan perniagaan PKS (Peruasaan Kecil dan Sederhana).
Tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato Seri Khaled Nordin kerana terus memartabatkan warisan-warisan negeri Johor walaupun kita tahu bahawa Johor sedang pesat membangun.