Friday 15 April 2016

KEBAJIKAN SENTIASA DIUTAMAKAN KERAJAAN JOHOR SEIRING DENGAN KEMAJUAN

MAINJ dibawah Exco Agama Yb Abd Mutalib Abd Rahim telah menyediakan 24 unit rumah pangsa Bandar Seri Alam  sebagai rumah transit asnaf di negeri Johor khususnya kawasan Bandaraya Johor bahru, Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor Bahru Tengah, Senai dan Kulai.

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukan kepada MAINJ 24 unit rumah pangsa Bandar Seri Alam (Jalan Tasek 64) bagi dijadikan sebagai rumah transit untuk didiami oleh asnaf fakir dan miskin yang tidak berkemampuan dan menghadapi masalah tempat tinggal.

Usaha ini adalah salah satu daripada langkah mengatasi masalah kemiskinan dalam bandar yang kebiasaannya mereka tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah.

Konsep rumah transit ialah memberi golongan yang memerlukan rumah tinggal secara percuma dalam tempoh tertentu dan sekiranya mereka telah terkeluar dari garis kemiskinan maka mereka akan keluar dan memberi peluang kepada asnaf lain yang masih memerlukan.

Antara kriteria yang layak memohon rumah transit ini ialah berpendapatan di bawah kadar Had Kifayah, mempunyai tanggungan yang besar dan tidak mempunyai kediaman yang sepatutnya.

Walaupun mereka telah diberi rumah transit pihak MAINJ akan memantau keluarga tersebut termasuklah memastikan keluarga tersebut mempunyai pekerjaan bagi menampung kos sara hidup harian.

Hadir pada Majlis Pelancaran pada petang ini ialah YAB Menteri Besar Johor yang turut menyaksikan tandatangan perjanjian sewabeli antara MAINJ dan Perbadanan SUK Johor.

Usaha kerajaan ni dilihat sangat baik kerana dapat memastikan golongan asnaf ni tidak tertinggal dalam kemajuan yang sedang berlaku di Negeri Johor.