Friday, 8 April 2016

PEMENTASAN TEATER NEGERI JOHOR MENDAPAT NAFAS BARU





Tahukah anda pada tahun 2016 ini ada lebih 10 teater yang bakal dipentaskan di Johor bermula pada bulan Mac hingga Oktober . Ini adalah hasil cetusan idea YAB Dato Khaled Nordin dan direalisasikam oleh YB Dato Zulkurnain kasminan selagu Exco Belia, Sukan dan Kesenian Negeri Johor.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM180,000 menerusi Bajet Johor 2016 untuk membantu para karyawan mementaskan idea masing-masing. Setiap NGO yang mementaskan teater akan diberi RM20,000 serta bantuan teknikal sebagai galakkan.

Program ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Teater ini bertambah menarik apabila bukan sahaja berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menonton. Tapi juga dapat melahirkan bakat baru didalam dunia teater dari pelakon hinggalah ke pengarahnya.

Sebanyak sembilan kumpulan telah terpilih untuk membuat enam pementasan di Dewan Komplek Yayasan Warisan Johor.  Manakala di Keluang, Muar dan Batu Pahat satu pementasan setiap daerah. Dan kesemua mereka adalah Karyawan anak Johor.

Kepada yang mempunyai bakat dalam dunia teater boleh lah jadikan program ini sebagai ruang untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan selain dapat mencungkil bakat-bakat baru anak muda Johor.

Jika berminat bolah datang terus ke pejabat urusetia di Dewan Komplek Yayasan Warisan Johor yang dulu di kenali sebagai Komplek MAWAR. Anda boleh mendapatkan pamplete berkenaan program ini. Pementasan biasanya berlangsung setiap hujung minggu.