Wednesday, 6 April 2016

JOHOR TOLAK DAP: MP GELANG PATAH RISAU ANAKNYA DITANGKAP





Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak perlu bimbang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan ditangkap dan didakwa jika anaknya itu tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan dengan skandal pembelian banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis, kata Azizi Safar.

“Kit Siang, jika anak anda tidak tidak melakukan apa-apa rasuah mengapa perlu bimbang? Atau anda tahu dia telah melakukan sesuatu yang tidak betul?,” soal Azizi yang juga Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dalam Twitter nya.

Azizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kit Siang yang bimbang anaknya itu bakal ditangkap dan didakwa berkaitan isu tersebut.

“Beliau (Guan Eng) telah dituduh rasuah dalam pembelian banglo RM2.8 juta itu.

“Ada kempen-kempen pembohongan mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan pembelian banglo Guan Eng,” kata Kit Siang yang tidak memberikan bukti kempen-kempen pembohongan tersebut.

Taktik Kit Siang menafi tanpa bersandar bukti sama seperti kes Penasihat DAP menafi penglibatan anaknya, Guan Eng terlibat dalam rundingan dengan pihak Israel berkaitan dengan penyaluran dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada mulanya, Kit Siang mahu menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman, namun sehingga ke hari ini, DAP tidak mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap pihak yang didakwa berbohong yang membocorkan maklumat (Razali) tersebut.