Tuesday 5 April 2016

BAS MUAFAKAT JOHOR HANYA UNTUK WARGANEGA MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT JOHOR



Perkhidmatan Bas Muafakat Johor hanya boleh dinikmati oleh WARGANEGARA MALAYSIA amnya dan BANGSA JOHOR khususnya. Hal ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup warga bandar dalam memberi kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan awan kepada rakyat di laluan-laluan yang dikenal pasti.

Untuk permulaan perkhidmatan ini diperkenalkan pada 15 laluan iaitu Wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Senai, Kulai dan Pasir Gudang. Dan seterusnya akan di perkenalkan di semua bandar-bandar utama Negeri Johor.

Walaupun selepas pelancarannya ada pihak yang mendesak supaya perkhidmatan ini di buka kepada semua orang tidak kira warganegara atau pun tidak, Kerajaan Johor tetap dengan pendirian awalnya supaya perkhidmatan ini dihadkan kepada warganegara.

Sesungguhnya rakyat Johor menyambut baik apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya YAB Dato Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor. Ini kerana selain dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian, Rakyat Johor dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tanpa berkongsi dengan warga asinng.

Mengenai Bas Muafakat Johor ini merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negari Johor melalui 4 Pihak berkuasa Tempatan yang terlibat serta dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awan Johor (PAJ). Sebanyak 30 buah bas yang dilengkapi Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan kemudahan Internet Percuma (WIFI).

Bagi mereka yang belum mendaftar,  boleh mendapatkan kad tersebut sepanjang roadshow yang diadakan ataupun di semua pejabat rasmi PAJ. Bagi yang ingin mendaftar secara online boleh ke laman wed www.basmuafakatjohor.com. Dan sehingga kini lebih daripada 10,100 pengguna telah mendaftar.

Ayuh semua khususnya Bangsa Johor di Iskandar Malaysia gunakanlah  perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini segera. Sesungguhnya ramai lagi terutama rakyat negeri lain mengidamkan apa yang Kerajaan Negeri Johor lakukan untuk rakyat Johor ini.