Pada suku ketiga tahun ini, Johor bakal menerima pelaburan dari tiga syarikat Jepun dengan nilai pelaburan mencecah RM1.3 billion kesemuanya.
Syarikat yang berorentasikan industri hiliran gas dan minyak, pembuatan serta kemudahan itu bakal beroperasi di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan Kawasan Perindustrian Johor Corporation (JCorp) berdekatan Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan (RAPID) di Pengerang Kota Tinggi.
Jika dilihat pada rekod, Johor telah menerima dua pelaburan berlainan latar belakang dari Jepun yang bernilai RM500 juta yang bakal beoperasi di Tanjung Langsat baru-baru ini.
Dan setakat ini sudah ada kira-kira 144 syarikat Jepun beroperasi di Johor dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.48 billion dengan 59 peratus daripadanya beroperasi di kawasan perindustrian Jcorp.
Kesemua syarikat ini telah menyediakan sebanyak 27,289 peluang pekerjaan kepada perkerja mahir dan separuh mahir yang terdiri daripada rakyat Negeri Johor.
Antara faktor utama yang menarik minat pelabur ke Johor adalah kedudukan Johor yang strategi dan menjadi destinasi popular pelabur di Malaysia. Selain itu kebolehupayaan menyediakan pekerja mahir dan separuh mahir kepada industri terlibat. Kedaulatan dan sentimen yang positif juga memainkan peranan penting.
Kita sebagai Bangsa Johor (rakyat Johor) perlu mengekalkan kemuafakatan yang ada di Johor ini dibawah pentadbiran kerajaan sedia ada supaya dapat menarik lebih banyak pelabur luar pada masa akan datang. Kerana setiap manfaatnya pasti akan kembali kepada rakyat Johor akhirnya.