Wednesday, 13 April 2016

MILIKI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) DENGAN RM1

Pada 23 Mac yang lepas DYMM Sultan Ibrahim (Sultan Johor) telah berkenan melancarkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor Yayasan Sultan Ibrahim, Yang mana skim ini khas untuk rakyat Johor.

Bagi menjayakan Skim Pembiayaan ini Yayasan Sultan Ibrahim telah bekerjasama dengan Bank Rakyat. Yayasan Sultan Ibrahim telah  memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi membiayai 6,000 rumah mampu milik di Johor.

Melalui Skim Pinjaman ini mereka yang layak hanya perlu membayar deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah mampu milik. Ini adalah kadar kompititif dan menarik bagi golongan yang berpendapatan rendah.

DYMM Sultan Johor juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri yang akan menentukan kelayakkan untuk mendapatkan Skim Pembiayaan ini. Kerana ianya memerlukan penelitian yang telus bagi memastikan yang menerima adalah mereka yang benar-benar layak.

Ini menunjukkan DYMM Sultan Johor percaya bahawa kerajaan negeri yang ada sekarang dapat menjalankan tugas dengan baik dan telus.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau memohon skim ini. Boleh rujuk ke Bahagian Perumahan di Pejabat SUK Negeri Johor.