Apabila DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim menitahkan supaya kerajaan negeri Johor menubuhkan bank negeri iaitu 'Bank Of Johor', ini sudah membuatkan rakyat Johor berasa gembira atas keperihatinan Tuanku.
Namun rakyat Johor bartambah lega dan gembira bila kerajaan Johor dibawah pimpinan MB Khaled Nordin mengumumkan sedia mempertimbangkan dan merialisasikan apa yang di titahkan oleh Tuanku Sultan berkenaan penubuhan 'Bank Of Johor' untuk membantu rakyat Johor.
Perkara ini di zahirkan sendiri oleh MB Khaled Nordin apabila beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik titah Sultan Johor dan sedia memperhalusi cadangan itu agar merangkumi faktor keberkesanan serta mematuhi syarat dan peraturan Bank Negara Malaysia. Dan seterusnya dapat melaksanakan apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan itu.
Kami sebagai rakyat Johor sememangnya amat berterima kasih kepada Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan kerajaan Negeri khususnya MB Khaled jika perkara ini terlaksana kelak. Kerana keluhan kami selama ini dalam menghadapi masalah memiliki rumah sendiri telah didengari.
Sememangnya kita tahu kerajaan Johor banyak membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Rumah PR1MA di negeri ini bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri dengan harga yang amat berpatutan.
Tapi masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ni adalah dari segi memdapatkan pinjaman membeli rumah ada dan juga wang pendahuluan sebanyak sepuluh peratus seperti yang telah ditetapkan oleh bank-bank sedia ada.
Jadi dengan tertubuhnya 'Bank Of Johor' ini nanti diharapkan dapat memudahkan rakyat Johor mendapat pinjaman membeli rumah dan mendapat kelulusan seratus peratus dengan kadar faedah yang berpatutan. Itu sememangnya harapan besar kami sebagai rakyat Johor apatah lagi jika bank ini khas untuk rakyat Johor sahaja.