Tuesday, 19 April 2016

PORTAL WOWBERITA.ORG CUBA FITNAH SULTAN JOHOR

Beberapa hari lepas timbul satu portal yang menggunakan nama WOWBERITA.ORG telah menggunakan gambar Tuanku Sultan Ibrahim. Walaupun artikel didalamnya tiada kaitan langsung dengan Tuanku.

Dengan tajuk 'Kita ada ulama sendiri, kenapa perlu jemput Dr Zakir' yang terpampang dihadapan seolah-olah itu adalah kenyataan dari Tuanku. Perkara jelas sekali boleh menyebabkan nama baik Tuanku Sultan Johor tercemar. 

Admin sebagai rakyat Johor berasa sangat marah kerana Sultan Johor yang kita kenali bukanlah seperti yang digambarkan. Tuanku sentiasa bersikap terbuka dalam segala hal. Perkara ini juga boleh diaggap sebagai memfitnah Tuanku.

Admin juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat khususnya Bangsa Johor sendiri yang turut sama menyebarkan artikel itu di media sosial. Kita sepatutnya memastikan isi kandungan artikel itu dulu sebelum menyebarkannya. Sepatutnya kita sebagai bangsa Johor harus pertahankan Sultan kita dari difitnah.

Apa pun admin ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Exco Agama Negeri Johor yang tampil dengan kenyataan bahawa Negeri Johor tidak mempunyai masalah untuk menerima Dr. Zakir berceramah di Johor. Namun beberapa perkara yang telah di tetapkan seperti mendapatkan tauliah dari MAINJ perlu dipetuhi.

Perkara ini termasuk tajuk dan isi kandungan ceramah bagi menjaga kemuafakatan Bangsa Johor. Perkara ini telah pun diputuskan pada awal tahun setelah perbincangan diantara Exco Agama, MAINJ dan pihak Istana Johor dimana ianya ditetapkan kepada semua penceramah bebas yang ingin berceramah di Johor.

Jadi tiada isunya kenapa Negeri Johor ingin memghalang Dr Zakir dari berceramah di Johor. Akhir sekali admin ingin menegaskan kepada semua bahawa menyebarkan berita yang berunsur fitnah boleh dikenakan tindakan undang-undang.