Monday, 25 April 2016

70 RANGKAIAN SELURUH JOHOR SEHINGGA AKHIR TAHUN INI

Bagi membuktikan Kedai Harga Patut Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) serius dalam hal membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan membekalkan barangan harian yang berkualiti dengan harga yang rendah, sasaran 70 kedai sehingga akhir tahun ini diletakkan.

Kawasan seterusnya yang bakal imCoop betapak dalam masa terdekat ini adalah Tenggaroh, Taman Pelangi Indah, Taman Daya, Taman Cendana, Taman Bayu Putri, Gelang Patah, Pontian dan Kulai Besar. Tujuh rangkaian baru ini merupakan sebahagian daripada 150 rangkaian dalam masa 3 tahun.

Sasaran ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan hidup rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga patut terutamanya mereka yang berpendapatan RM4,000 kebawah. Kerana ini adalah matlamat ianya di wujudkan.

imCoop juga menggalakkan koperasi lain yang ada di Johor untuk terlibat sebagai pelabur aktif. Setakat ini hanya Koperasi Peserta Rancangan Felcra Batu 2 1/2 Kluang Berhad menyertai dan memiliki satu rangkaian di Paloh.

Bagi mereka yang berminat tetapi mempunyai masalah kekangan kewangan imCoop akan membantu mendapatkan akses pembiayaan serta bantuan melalui SME Bank dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Mereka juga diberi pilihan sama ada mehu membuka rangkaian baru atau mengambil alih kedai sedia ada.

Peluang kerjasama perniagaan juga diberi kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka di semua rangkaian imCoop. Tetapi imCoop akan memastikan dahulu ianya menepati syarat seperti produk halal, bersesuaian dengan kehendak semasa pelanggan dan menepati keteria yang ditetapkan.

Setakat baru ada 27 pengusaha IKS yang menempatkan produk mereka di imCoop untuk di pasarkan.imCoop juga merancang untuk membuka rangkaian di Melaka dan Negeri Sembilan pada masa akan datang. Ini semua adalah plan jangka masa panjang imCoop.