Sunday 24 April 2016

MB KHALED TUBUH (IMEG) BAGI MENGATASI PENGANGGURAN

Menteri Besar Khaled Nordin telah mengumumkan satu lagi inisiatif IRDA iaitu penubuhan  Iskandar Malaysia Employment Grant (IMEG) atau Dana Penempatan Pekerja Iskandar Malaysia.

Ia merupakan geran padanan (matching grant) untuk menggalakkan peluang pekerjaan khusus kepada 7 (tujuh) golongan sasar yang telah dikenalpasti seperti graduan (CGPA bawah 2.5) yang masih menganggur, pekerja yang telah diberhentikan kerja (retrenched worker), graduan yang mempunyai sijil atau diploma dalam bidang teknikal dan perkhidmatan, pekerja kemahiran terhad (limited skill worker) atau drop-outs dan tidak mempunyai kelulusan, wanita, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesara.

  Melalui IMEG, Kerajaan Negeri akan membantu sebanyak 50% daripada bayaran gaji mereka selama 6 bulan, dengan geran maksima sebanyak RM 2,500 sebulan bagi setiap pekerja yang diambil oleh majikan. 86 buah syarikat sedia berkerjasama menjayakan program ini.

  Selain daripada geran berbentuk gaji ini, kerajaan juga akan memberi geran latihan ‘one-off’ bersamaan sebulan geran gaji yang diluluskan supaya pekerja yang diambil itu dapat menjalani latihan peningkatan kemahiran semasa bekerja dalam industri. Geran ini disediakan untuk semua rakyat tempatan tanpa mengira bangsa, agama serta terbuka kepada pelbagai industri di Iskandar Malaysia.

Ini semua merupakan usaha kerajaan johor yang komited dalam membantummengurangkan kadar penganguran di negeri ini. Secara tidak langsung dapat membantu rakyat dalam kelangsungan hidup.

Syarat - syarat dan kelayakkan akan di umumkan dalam masa terdekat setelah selesai penelitian yang tepat. Ini agar usaha ini berjaya dan menepati golongan sasaran.