Selepas didesak dan dikecam oleh pelbagai pihak khususnya rakyat Johor kerana kenyataan yang berbaur fitnah keatas JCorp. Akhirnya Dr Boo ADUN DAP Skudai tampil memohon maaf di laman facebook nya hari ini.
Dr Boo juga akhirnya mengakui bahawa semua bukti yang diberi oleh MB Khaled Nordin adalah benar bahawa JCorp tidak mempunyai masalah kewangan selepas JCorp bekerjasama melabur dalam program Bas Percuma Muafakat Johor.
Dengan tindakan Dr Boo ini, sekali gus membuktikan kenyataan MB Khaled Nordin bahawa dakwaan Dr Boo itu tidak berasa sama sekali dan jelas cuna memfitnah JCrop.
Persoalannya adakah cukup dengan hanya meminta maaf dan menganggap semuanya selesai selepas cubaan beliau memfitnah JCorp dengan tujuan ingin menjatuhkan JCorp itu.
Adakah semua permintaan maaf ADUN pembangkang begitu bernilai hingga boleh menutup apa saja kesalahan yang dilakukannya. Kerana ini lah mereka sewenang wenangnya memfitnah dan menyebarkan berita palsu.
Admin berharap Dr Boo di kenakan tindakan tegas atau dilucutkan dari jawatan ADUN Skudai supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa saja yang cuba memgganggu kestabilan negeri Johor.
Mari kita lancarkan kempen halau Dr Boo dan DAP dari negeri ini Demi Bangsa Johor.