MB Khaled Nordin telah menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang telah menyuarakan sokongan kepada beliau dan barisan pimpinannya semalam.
"Saya dengan rendah diri ingin menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim atas sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap saya sebagai Menteri Besar Johor" MB Khaled Nordin.
Beliau berkata nasihat dan pandangan bernas Tuanku Sultan yang sentiasa berfikiran jauh dan mementingkan rakyat membolehkan beliau dan semua barisan exco menjalankan tugas dengan baik, sesuai dengan amanah yang diberi.
"Sesungguhnya perkenan dan dokongan dari DYMM Sultan Johor dan pihak Istana memberi memberi makna yang amat besar kepadanya" kata MB Khaled Nordin ketika dalam ucapan penggulungan di Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri Johor 24 April lalu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang setia menyokong dan percaya pada kepimpinannya selama ini. Kerana dengan sokongan semua ADUN yang ada dapat mudahlah urusan pentadbiran Negeri Johor.
Tidak lupa juga sokongan dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat Johor kedapanya untuk terus menjadi Menteri Besar Johor sekali gus dapat terus menjalankan amanah dalam memajukan negeri Johor dan membantu rakyat.
MB Khaled Nordin percaya semua sokongan dan kepercayaan yang disuarakan kepada nya bukanlah secara membuta tuli. Ini kerana dia tahu Bangsa Johor adalah Bangsa yang berani, setia dan bijak.