Dato' Zulkurnain, " Belia negeri Johor perlu lebih kreatif dalam memilih bidang perniagaan yang di ceburi supaya dapat mengikut trend masa kini".
Datuk Latif Bandi, " Semua PBT di negeri Johor telah di berikan arahan supaya menyediakan ruang dan tempat untuk peniaga-peniaga bergerak seperti 'Food Truck'.
Jika kita lihat kenyataan dari dua Ecxo iaitu Exco Belia dan Exco Kerajaan Tempatan Negeri ini jelas sekali bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi ruang kepada rakyat Johor untuk berniaga bagi membantu menangani masalah kos sara hidup.
Hari ini admin nak cerita tentang 'Food Truck' yang kian mendapat tempat dihati rakyat Johor yang sentiasa dahagakan kelainan dalam hidupan seharian mereka.
Jadi kita sepatutnya bukan sahaja rasa seronok tapi kita juga perlu rebut peluang yang ada. Kita perlu keluar dari kotak kehidupan kita dan cuba benda yang baru. Jangan bila disebut tentang berniaga makanan kita akan memikirkam untuk membuka restoran.
'Food Truck' ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti tiada kekangan kawasan perniagaan. Anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut kemahuan anda.
Dari segi modal pula 'Food Truck' jauh lebih rendah dari membuka sebuah restoran. Anggaran minimum sebuah 'Food Truck' yang sudah siap diubah suia RM100,000 dan anda boleh membuat bayaran secara bulanan.
Kerajaan negeri juga telah menyediakan pinjaman dan bantuan melalui agensi-agensi tertentu sebagai galakkan. Sebagai contoh kerajaan negeri melalui PIJ telah menyediakan gran bantuan sebanyak RM5,000 untuk setiap rakyat johor yang menceburi bidang 'food truck' pada tahun 2016.
Dapat dilihat bahawa kerajaan negeri telah membantu dari pelbagai aspek. Kini terpulang kepada rakyat Johor sendiri bagaimana untuk menikmati segala bantuan itu. Yang jelas semua bantuan ini khas untuk rakyat Johor sahaja.