Thursday, 26 May 2016

DAP SEMAKIN BERANI MENGHINA ISTANA

Polis Johor manahan seorang lelaki yang menggunakan identiti Kluang Man@The Kluang Man atau nama sebenarnya Muhammad Masyhur Bin Abdullah selepas mengeluarkan mesej bertujuan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi laman sosial Twitter pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, berikutan perkataan yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim, suspek ditahan di Jalan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada jam 10.50 pagi.

Katanya, suspek didapati memuatnaik penghantaran mesej terbabit dalam akaun Twitter dan di bawa ke Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

"Tindakan menahan suspek susulan laporan polis dibuat ekoran penghantaran mesej berbentuk jelik pada jam 10.30 pagi 23 Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, turut dirampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim.

Suspek yang juga  Penolong Setiausaha DAP Bukit Bintang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, suspek akan direman pagi ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan.

"Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menghantar mesej jelik yang menyusahkan dan menyakiti orang," katanya.

Wednesday, 18 May 2016

KEMBARA MAHKOTA JOHOR SATUKAN PIHAK ISTANA, KERAJAAN DAN RAKYAT

Kembara Mahkota Johor 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 18 Mei lalu. Dalam jelajah KMJ itu Tuanku Sultan Johor telah berjaya pergi kesemua daerah yang ada di dalam Negeri Johor.

Sebenarnya kembara ini bukan sahaja peluang rakyat bersemuka dan bermesra dengan Tuanku Sultan Johor. Tapi ada banyak lagi manfaat yang terdapat dalam progran KMJ ini kerana Pihak Istana, Kerajaan Negeri dan rakyat dapat duduk bersama dalam satu masa.

Dengan adanya peluang seperti ini secara tidak langsung rakyat bole terus menyuarakan masalah setempat terus kepada pemimpin atasan dan Tuanku Sultan. Ini mungkin dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terlepas pandang oleh pihak berkuasa tempatan.

Jelalah KMJ juga sangat baik kerana Tuanku Sultan dan pemimpin atasan dapat melihat sendiri keadaan semua daerah yang dilawati. Secara tidak langsung akan memastikan sama ada semua Pihak Berkuasa Tempatan melakukan tugas dengan baik atau tidak.

Selain itu Jelajah KMJ kali ini ditambahkaik dengan kerjasama Majlis Agama Islam. Dengan ini Tuanku Sultan dapat menyerahkan terus agihan zakat melalui bantuan golongan asnaf dan bantuan-bantuan lain kepada golongan sasaran.

Dengan kejayaan Jelajah KMJ ini telah membuktikan bahawa slogan "Muafakat Johor" yang dibawa oleh Meteri Besar Khalid Nordin adalah sangat berjaya. Kerana kita dapat lihat kemuafakatan antara Pihak Istana, Kerajaan Negeri dan rakyat sangat baik.

Semoga Jelajah KMJ akan diteruskan setiap tahun. Sudah semestinya rakyat Johor sentiasa menanti saat itu.

Monday, 16 May 2016

HUBUNGAN ANTARA JMF DAN ATM ADALAH BAIK

Ramai yang tidak faham keadaan sebenar tetapi membuat persepsi sendiri tentang hubungan baik antara Istana Johor dengan Pihak Kerajaan. Sebenarnya hubungan antara kedua pihak ini berada didalam keadaan baik.

Dan begitu juga hubungan antara dua pihak tentera iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Setia Negeri Johor (JMF) adalah baik.

Mereka juga sering melakukan latihan di udara, darat dan air bersama. Dan sentiasa berkongsi maklumat dan pendapat bagi melindungi kedaulatan negara.

Jika dilihat didalam titah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim juga melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor kerana banyak membantu dalam mengukuhkan JMF.

Dengan usaha dari kedua pihak kerajaan ini, kini Anggota JMF dapat menikmati kadar gaji yang sama seperti Anggota ATM. Malah Kerajaan Pusat juga telah meluluskan penambahan Anggota JMF.

Dalam titah itu juga, DYMM Sultan Johor menitahkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memggunakan khidmat Anggota JMF ini dalam hal menjaga bangunan-bangunan milik kerajaan negeri.

Ini kerana jika di jaga oleh Anggota JMF mungkin keadaan akan lebih selamat berbanding pengawal keselamatan yang dibayar oleh pihak ketiga. Dan ini guna dapat memberi peluang kepada Anggota JMF untuk berkhidmat untuk Bangsa Johor.

Tuesday, 10 May 2016

ISTANA JOHOR SAKSI LAHIRNYA UMNO

Para pengasas UMNO, di Istana Besar Johor pada tahun 1946. Di sinilah UMNO dilahirkan hampir 7 dekad yang lalu.

Walaupun ramai antara mereka telah pergi meninggalkan kita, tetapi  semangat perjuangan yang mereka terapkan masih kekal utuh, sekukuh bangunan Istana Besar Johor dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia.

Inilah semangat perjuangan murni yang semua ahli-ahli UMNO akan terus semarakkan dalam hati sanubari ahli-ahli UMNO buat selama-lamanya. Dan akan terus dipelihara sampai bila-bila.

Biarpun zaman kian maju tetapi perjuangan UMNO tidak pernah berubah dan luntur. Biarpun pemimpin silih berganti namun UMNO terus dihati.

Kita tidak perlu bersusah payah tempuhi apa yang pengasas ini lalui. Tapi kita tetap perlu berusaha bagi memastikan UMNO terus kekal relevan dan tidak lari dari landasan perjuangan asalnya.

Kerana UMNO sahajalah satu-satunya parti yang benar-benar membela nasib orang melayu. Jika hilang UMNO dimana lagi orang melayu ingin mengadu domba.

Jadi mari kita rapatkan saf perjuangan supaya UMNO terus gah. Jangan kita mudah termakan hasutan anasir-anasir luar.

Monday, 9 May 2016

MAINJ FOKUS RUMAH TRANSIT ASNAF JOHOR

Kerajaan Johor melalui Jawatan Kuasa Agama Islam Negeri Johor dan  Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mensasarkan sebanyak 1,000 buah unit rumah transit asnaf seluruh Johor menjelang 2018.

Kejayaan membina 32 unit fasa pertama rumah transit asnaf di mersing membuatkan MAINJ yakin sasaran 1,000 unit menjelang 2018 dapat dicapai.

Fasa kedua di mersing sebanyak 35 unit sedang dibangunkan. Manakala 30 unit lagi di Bukit Kepong bakal dibina setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Tempatan.

Seterusnya ialah Simpang Rengam dan Gemerih dimana kedua dua projek ini sedang dalam proses mendapatkan kebenaran Pejabat Daerah. Manakala di Masai MAINJ telah membeli satu blok rumah pangsa.

Rumah transit untuk menempatkan keluarga asnaf yang layak. Dengan adanya rumah ini diharap dapat memberi penempatan sementara yang selesa sehingga mereka mampu membeli atau menyewa rumah sendiri.

Rumah transit ini bukan hak milik kekal kerana ketika mereka didalam program transit ini mereka akan di ajar untuk mencari nafkah. Ini antara kebaikkan program transit ini kerana bukan sahaja memberi perlindungan kepada golongan asnaf tapi turut membantu mereka merubah hidup mereka.

Kelayakkan dan tempoh setiap asnaf untuk menduduki rumah transit ini adalah ditentukan oleh unit amal MAINJ setiap daerah agar golongan sasar mendapat manfaat. Ianya juga agar lebih telus dan saksama.

DAP ADALAH JELMAAN KOMUNIS DIZAMAN MODEN

Perang Sabil Sungai Manik,Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas org Melayu oleh Cina komunis MPAJA melalui proksi terancang sehingga mencetuskan kemarahan org Melayu.

Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke 2 dan cina komunis Bintang 3 memerintah Tanah Melayu selama 14 hari..

Kekejaman cina komunis ini tak beza dgn kegiatan ahlong masa kini yg menyiksa mangsa hutang tanpa belas kasihan..Kerana kegiatan jenayah terancang mrka ini diwarisi turun temurun melalui kongsi gelap yg menjadi tulang belakang Dewan Perniagaan Cina di seluruh dunia.

Kisah diatas adalah cara komunis menghancurkan orang melayu. Tetapi pendekatan yang berbeza telah digunakan oleh DAP dalam politik di Malaysia sekarang. Cara sahaja berbeza tetapi matlamat tetap sama.

Jika kita lihat sekarang ini DAP menanamkan sifat benci sesama melayu dengan menyebarkan fitnah. Dan fitnah-fitnah ini disebarkan sendiri oleh orang melayu DAP yang telah dibayar.

Jadi kita boleh lihat yang DAP ini adalah jelmaan komunis di zaman moden. Jika tidak ditangani dengan segera pasti akan hancurlah melayu di negara ini. Buktinya telah berlaku di Singapura.

Dan yang sedihnya orang melayu dulu bermandi darah cuba halau Komunis ini dari Tanah Melayu (Malaysia). Tetapi anak generasi kini bermati-matian membela DAP.

Wednesday, 4 May 2016

PEMANDU BIADAP SUDAH DITANGKAP

Pemandu kereta Mercedes-Benz S400 bernombor pendaftaran Singapura yang tindakannya memandu secara melulu viral di laman sosial Facebook (FB), Isnin lalu, ditahan reman dua hari sehingga esok.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Mohammad Salehudin Abd Sani selepas membenarkan permohonan reman daripada pegawai penyiasat Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) untuk melakukan siasatan lanjut terhadap suspek.

Suspek berusia 46 tahun yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba bersama peguamnya, Datin Freda Sabapathy di mahkamah kira-kira 3 petang dengan menutup mukanya menggunakan baju-T putih.

Lelaki warga tempatan yang memiliki status penduduk tetap (PR) Singapura itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana disyaki memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Harap pihak berberkuasa kenakan tindakan sewajarnya. Jika tidak keterlaluan halang suspek memasuki Johor selepas ini. Pengajaran seperti ini perlu untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain. Jika tidak mereka akan terus menunjukkan besar kepala.

Tuesday, 3 May 2016

KERAJAAN NEGERI JAMIN PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA TERPELIHARA

Kerajaan negeri melalui Exco Agama Negeri Johor Abd Mutalip Abd Rahim memberi jaminan bahawa Sekolah Agama di negeri ini akan terpelihara dan terus di bangunkan. Ini kerana pendidikan sekolah agama perlu selaras dengan Gagasan Johor Berkemajuan.

Bagi melancarkan lagi pembangunan sekolah agama di negeri ini. Pihak Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri telah berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) bagi membangunkan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).

Kerjasama ini membuahkan hasil yang positif apabila berjaya menyempurnakan projek 11 buah sekolah agama yang telah lama terbengkalai. Dan telah diserahkan kunci-kuncinya kepada guru besar setiap sekolah untuk digunakan.

Kerajaan Negeri Johor juga telah meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap transfomasi pendidikan islam melalui Plan Strategik Pendidikan Islam Johor. Plan ini diwujudkan bagi memberi nafas baru kepada SAKJ yang telah memjadi tradisi di negeri ini sejak berkurun lamanya.

Kejayaan projek ini disambut baik oleh guru-guru SAKJ kerana meraka tidap perlu lagi menumpang di sekolah kebangsaan kerana telah memiliki bangunan sekolah sendiri. Ini akan memberi leselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu agama.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama KPRJ juga akan sentiasa berusaha keras dan sentiasa mencari inisiatif terbaru untuk menaiktaraf dan menambaik setiap sekolah agama yang ada di negeri ini dari masa kesemasa. Supaya projek ini dapat menjadi satu model contoh pembentukan sahsiah dan intelektual umah di seluruh negara.

Dengan segala usaha dan plan yang ada ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor mahu pendidikan agama membangun selari dengan pembanguna lain di negeri ini. Agar ianya tidak pupus dan ditengelami zaman.

ATLET LOMPAT TINGGI JOHOR DAPAT UCAPAN TAHNIAH DARI SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada Nauraj Singh Randhawa, atlet kelahiran negeri ini yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil Ogos ini.

Baginda bertitah, kejayaan tersebut adalah hasil usaha pemenang pingat emas acara lompat tinggi Sukan SEA 2013 itu yang berlatih gigih selama tiga bulan di Australia sehingga berjaya melepasi ketinggian 2.29 meter, sekali gus melayakkannya beraksi di Rio.

“Rekod ini membuktikan anda adalah pelompat tinggi terbaik di negara ini dan kedua terbaik di dunia. Johor sangat berbangga dengan anda! Beraksilah dengan penuh keyakinan dan lakukanlah yang terbaik. Kami doakan yang terbaik untuk anda di Sukan Olimpik,” demikian titah Sultan Johor dalam akaun Facebook rasmi baginda.

Nauraj Singh, 24, memahat sejarah muncul atlet lompat tinggi pertama Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik secara merit sejak sukan tersebut diperkenalkan di negara ini pada 1906.

Had kelayakan ke Olimpik adalah 2.29 meter dan Selasa lalu atlet itu melepasi ketinggian tersebut dalam Kejohanan Olahraga Singapura di Stadium Nasional, sekali gus memecah rekod kebangsaan.

Beliau memadam rekod lama milik Lee Hup Wei iaitu 2.27m yang dilakukan dalam kejohanan Terbuka China di Beijing pada 2008.

POLIS JOHOR NAFI ADA KAITAN

Pemandu warga Singapura yang menjadi viral sejak semalam kerana dikatakan memandu secara melulu, didapati mempunyai 13 saman tertunggak di negara ini.

Ia termasuk 12 saman kerana memandu melebihi had laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

"Kalau nak repot polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya, apa u orang boleh buat sebab tiada kesan langgar pada kenderaan dan tiada bukti langgar, u ingat I tak tau law," kata pemandu kereta yang menjadi viral di media sosial Facebook (FB) selepas dikatakan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Susulan video viral, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan selepas turut menerima laporan saksi yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Johor, Superintendan Baharudin Mat Taib, turut menafikan polis mempunyai sebarang kaitan dengan suspek, malah akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan lalu lintas.

"Polis ingin menegaskan di sini bahawa walaupun (lelaki itu) tidak terbabit dalam kemalangan, cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Polis tidak mempunyai sebarang kaitan (dengan lelaki terbabit) dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharudin berkata, semakan menerusi Sistem Cops mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman yang belum dijelaskan termasuk 12 saman berkaitan kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Beliau turut meminta lelaki terbabit supaya tampil memberi keterangan bagi memudahkan polis menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi IPK Johor di 07-2212999 atau FB Polis Johor.

Monday, 2 May 2016

SISTEM PERUMAHAN JOHOR (RUMAH MAMPU MILIK JOHOR)

Jumlah keseluruhan permohonan baru (yang masih menunggu) yang direkodkan di dalam portal bermula tahun 2013 hingga tahun 2016 adalah berjumlah 90,419 permohonan.

Jumlah besar yang direkodkan ini  dijangka dapat dikurangkan menjelang tahun 2019  kerana kerajaan negeri telah pun merancang dan mensasarkan bekalan sebanyak 60 ribu Rumah Mampu Milik Johor  yang akan siap dibina di seluruh negeri Johor.

Dan bermula 16 Ogos 2015, segala permohonan Rumah Mampu Milik Johor telahpun menggunakan sistem perumahan johor yang dapat diakses di portal erumah.johor.gov.my.

Sistem yang telah ditambah baik ini  dapat membolehkan pengguna untuk menggunakan akaun yang dicipta  untuk menghantar permohonan rumah mampu milik, rumah kedai kos sederhana rendah dan boleh menyemak status permohonan terus secara online.

Adalah dicadangkan bagi mereka yang telah beberapa lama menghantar permohonan secara manual untuk mengisi semula maklumat atau memperbaharui permohonan rumah mampu milik secara online agar pejabat SUK Bahagian Perumahan mempunyai data terkini berkaitan maklumat permohonan oleh pemohon.

Maklumat yang diisi dalam permohonan ini amatlah penting kerana pemohon boleh memohon lokasi yang dijangka akan ada pembinaan  dan pelaksanaan rumah mampu  milik dan seterusnya akan menjamin peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan tawaran.
Bagi memastikan proses penawaran rumah mampu milik dikeluarkan mengikut saluran dan kaedah yang telus,  beberapa syarat dan prosedur baru telah diperkenalkan, antaranya;

1. Pemohon hanya perlu memastikan semua maklumat lengkap diisi semasa menghantar permohonan secara online.

2. Setiap permohonan akan diproses dan disaring berdasarkan merit yang dijana secara dalam sistem. sistem merit ini akan mengambil kira semua maklumat yang terlibat  seperti bujang/kahwin, jumlah pendapatan keluarga, pilihan kawasan dan lain-lain.

3. Bagi permohonan yang mendapat merit yang tinggi dan layak, mereka perlu datang (setelah dihubungi) ke pejabat suk bahagian perumahan untuk semakan dokumen.

4. Jika dokumen yang dibawa semua didapati adalah betul dan tepat seperti yang diisi, sijil akan dikeluarkan. Caj RM 10 akan dikenakan bagi satu sijil tawaran yang dikeluarkan.

5. Bagi setiap projek, akan ada sessi balloting kelayakan mendapat sijil tawaran dan balloting lot ptd khususnya diadakan didalam acara-acara rasmi.

Semoga dengan penerangan ini dapat membantu anda dalam proses memiliki rumah sendiri.