Wednesday, 18 May 2016

KEMBARA MAHKOTA JOHOR SATUKAN PIHAK ISTANA, KERAJAAN DAN RAKYAT

Kembara Mahkota Johor 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 18 Mei lalu. Dalam jelajah KMJ itu Tuanku Sultan Johor telah berjaya pergi kesemua daerah yang ada di dalam Negeri Johor.

Sebenarnya kembara ini bukan sahaja peluang rakyat bersemuka dan bermesra dengan Tuanku Sultan Johor. Tapi ada banyak lagi manfaat yang terdapat dalam progran KMJ ini kerana Pihak Istana, Kerajaan Negeri dan rakyat dapat duduk bersama dalam satu masa.

Dengan adanya peluang seperti ini secara tidak langsung rakyat bole terus menyuarakan masalah setempat terus kepada pemimpin atasan dan Tuanku Sultan. Ini mungkin dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terlepas pandang oleh pihak berkuasa tempatan.

Jelalah KMJ juga sangat baik kerana Tuanku Sultan dan pemimpin atasan dapat melihat sendiri keadaan semua daerah yang dilawati. Secara tidak langsung akan memastikan sama ada semua Pihak Berkuasa Tempatan melakukan tugas dengan baik atau tidak.

Selain itu Jelajah KMJ kali ini ditambahkaik dengan kerjasama Majlis Agama Islam. Dengan ini Tuanku Sultan dapat menyerahkan terus agihan zakat melalui bantuan golongan asnaf dan bantuan-bantuan lain kepada golongan sasaran.

Dengan kejayaan Jelajah KMJ ini telah membuktikan bahawa slogan "Muafakat Johor" yang dibawa oleh Meteri Besar Khalid Nordin adalah sangat berjaya. Kerana kita dapat lihat kemuafakatan antara Pihak Istana, Kerajaan Negeri dan rakyat sangat baik.

Semoga Jelajah KMJ akan diteruskan setiap tahun. Sudah semestinya rakyat Johor sentiasa menanti saat itu.