Tuesday 3 May 2016

KERAJAAN NEGERI JAMIN PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA TERPELIHARA

Kerajaan negeri melalui Exco Agama Negeri Johor Abd Mutalip Abd Rahim memberi jaminan bahawa Sekolah Agama di negeri ini akan terpelihara dan terus di bangunkan. Ini kerana pendidikan sekolah agama perlu selaras dengan Gagasan Johor Berkemajuan.

Bagi melancarkan lagi pembangunan sekolah agama di negeri ini. Pihak Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri telah berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) bagi membangunkan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).

Kerjasama ini membuahkan hasil yang positif apabila berjaya menyempurnakan projek 11 buah sekolah agama yang telah lama terbengkalai. Dan telah diserahkan kunci-kuncinya kepada guru besar setiap sekolah untuk digunakan.

Kerajaan Negeri Johor juga telah meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap transfomasi pendidikan islam melalui Plan Strategik Pendidikan Islam Johor. Plan ini diwujudkan bagi memberi nafas baru kepada SAKJ yang telah memjadi tradisi di negeri ini sejak berkurun lamanya.

Kejayaan projek ini disambut baik oleh guru-guru SAKJ kerana meraka tidap perlu lagi menumpang di sekolah kebangsaan kerana telah memiliki bangunan sekolah sendiri. Ini akan memberi leselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu agama.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama KPRJ juga akan sentiasa berusaha keras dan sentiasa mencari inisiatif terbaru untuk menaiktaraf dan menambaik setiap sekolah agama yang ada di negeri ini dari masa kesemasa. Supaya projek ini dapat menjadi satu model contoh pembentukan sahsiah dan intelektual umah di seluruh negara.

Dengan segala usaha dan plan yang ada ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor mahu pendidikan agama membangun selari dengan pembanguna lain di negeri ini. Agar ianya tidak pupus dan ditengelami zaman.