Monday 9 May 2016

MAINJ FOKUS RUMAH TRANSIT ASNAF JOHOR

Kerajaan Johor melalui Jawatan Kuasa Agama Islam Negeri Johor dan  Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mensasarkan sebanyak 1,000 buah unit rumah transit asnaf seluruh Johor menjelang 2018.

Kejayaan membina 32 unit fasa pertama rumah transit asnaf di mersing membuatkan MAINJ yakin sasaran 1,000 unit menjelang 2018 dapat dicapai.

Fasa kedua di mersing sebanyak 35 unit sedang dibangunkan. Manakala 30 unit lagi di Bukit Kepong bakal dibina setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Tempatan.

Seterusnya ialah Simpang Rengam dan Gemerih dimana kedua dua projek ini sedang dalam proses mendapatkan kebenaran Pejabat Daerah. Manakala di Masai MAINJ telah membeli satu blok rumah pangsa.

Rumah transit untuk menempatkan keluarga asnaf yang layak. Dengan adanya rumah ini diharap dapat memberi penempatan sementara yang selesa sehingga mereka mampu membeli atau menyewa rumah sendiri.

Rumah transit ini bukan hak milik kekal kerana ketika mereka didalam program transit ini mereka akan di ajar untuk mencari nafkah. Ini antara kebaikkan program transit ini kerana bukan sahaja memberi perlindungan kepada golongan asnaf tapi turut membantu mereka merubah hidup mereka.

Kelayakkan dan tempoh setiap asnaf untuk menduduki rumah transit ini adalah ditentukan oleh unit amal MAINJ setiap daerah agar golongan sasar mendapat manfaat. Ianya juga agar lebih telus dan saksama.