Tuesday, 10 May 2016

ISTANA JOHOR SAKSI LAHIRNYA UMNO

Para pengasas UMNO, di Istana Besar Johor pada tahun 1946. Di sinilah UMNO dilahirkan hampir 7 dekad yang lalu.

Walaupun ramai antara mereka telah pergi meninggalkan kita, tetapi  semangat perjuangan yang mereka terapkan masih kekal utuh, sekukuh bangunan Istana Besar Johor dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia.

Inilah semangat perjuangan murni yang semua ahli-ahli UMNO akan terus semarakkan dalam hati sanubari ahli-ahli UMNO buat selama-lamanya. Dan akan terus dipelihara sampai bila-bila.

Biarpun zaman kian maju tetapi perjuangan UMNO tidak pernah berubah dan luntur. Biarpun pemimpin silih berganti namun UMNO terus dihati.

Kita tidak perlu bersusah payah tempuhi apa yang pengasas ini lalui. Tapi kita tetap perlu berusaha bagi memastikan UMNO terus kekal relevan dan tidak lari dari landasan perjuangan asalnya.

Kerana UMNO sahajalah satu-satunya parti yang benar-benar membela nasib orang melayu. Jika hilang UMNO dimana lagi orang melayu ingin mengadu domba.

Jadi mari kita rapatkan saf perjuangan supaya UMNO terus gah. Jangan kita mudah termakan hasutan anasir-anasir luar.