Wednesday, 30 November 2016

PAU 2016 - UCAPAN WAKIL PEMUDA UMNO JOHOR : MOHD HELMI BUANG

Pada hari ini, sekali lagi Allah-Hu Ta’ala, dengan izinnya telah menghimpunkan kita semua, dalam satu majlis yang dirahmati hendaknya.

Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda  UMNO Negeri Johor, atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya bagi mewakili Pemuda UMNO Negeri Johor.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para perwakilan yang hadir pada hari ini. Kehadiran perwakilan pada pagi ini membuktikan semangat parti UMNO masih mekar di dalam diri para perwakilan

Dikesempatan yang diberikan ini, saya akan usaha sehabis daya bagi membawa agenda besar Pemuda UMNO negeri Johor.

Hari ini kita berkumpul bagi menjayakan majlis yang keramat ini. Keramat dalam erti kata lain bermaksud sebuah majlis yang membawa kepada seribu makna, baik buruk kita bahaskan dan bincangkan disini. Hari ini juga adalah hari dimana permuafakatan antara pemimpin dan mereka yang dipimpin diraikan. Jurang yang diatas dan dibawah dirapatkan. Maka, pada hari ini jugalah pemimpin yang berada di atas dapat mendengar secara terus denyut nadi, keluh kesah dan rintihan rakyat khususnya anak muda yang sedang berhadapan dengan survival kehidupan pada ketika ini.

Pertamanya, saya menyambut baik ucapan dasar pemuda yang diamanatkan oleh YB Ketua Pemuda dan secara peribadi saya merasakan amanat tersebut perlu disambut oleh kesemua lapisan kepimpinan Pemuda UMNO baik di peringkat negeri, bahagian mahupun cawangan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada YB Ketua Pemuda yang juga merupakan salah seorang ahli Menteri Kabinet kerana  telah menjadi sebahagian usaha untuk memacu pembangunan negara agar Malaysia terus berada di landasan yang tepat ke arah negara berpendapatan tinggi.

Namun, saya menyeru perwakilan pada hari ini untuk tidak terlena dan asyik dengan terma “negara berpendapatan tinggi”. Apa guna menjadi negara berpendapatan tinggi jika rakyat terus dihimpit oleh tekanan kos sara hidup yang juga tinggi? Apa guna menjadi negara berpendapatan tinggi jika hasil kekayaan & kemakmuran negara hanya dinikmati oleh 1% populasi keseluruhan rakyat Malaysia? Jurang ekonomi ini hanya akan mencetuskan polarisasi kaum dan kesulitan kepada semua. Malaysia tidak boleh menjadi negara yang mempunyai jurang antara mereka yang kaya dengan kelas pekerja dan kelas menegah bawah yang begitu lebar.
Tuan Pengerusi Tetap

Oleh itu, pada hari ini saya ingin menegaskan dan mencadangkan suatu anjakan paradigma politik dilakukan. Anjakan ini saya gelarkan sebagai “Anjakan Politik Budaya Tinggi”. “Anjakan Politik Budaya Tinggi” merupakan sebuah anjakan kearah budaya politik baharu yang berasaskan kemuafakatan, kematangan & siasah politik yang sebenar yang berlandaskan kepada roh perjuangan UMNO itu sendiri.

*ANJAKAN PERTAMA : KEMUAFAKATAN ASAS PERPADUAN*

Soal kemuafakatan. Suka untuk saya mengajak para perwakilan untuk menyelusuri dan menjadikan suri tauladan terhadap gagasan dan konsep besar yang telah dibawa oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Johor bilamana beliau mengariskan peri pentingnya pemuafakatan sepertimana Gagasan Muafakat Johor yang telah menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan negeri Johor pada hari ini.

Melalui Gagasan Muafakat Johor, YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Johor telah menggariskan kepentingan untuk UMNO menjadi sebuah keluarga yang besar bagi yang sentiasa memanyungi penghuninya ahli keluarganya. Sebagai sebuah keluarga yang besar pastinya wujud sedikit persengketaan, pergeseran, cuit mencuit antara ahli keluarganya. Namun, kita harus menangani persengkataan dan pergeseran tersebut secara  berhemah agar permasalahan itu tidak mampu menganggu gugat kesejahteraan dan keharmonian keluarga.

Lantaran itu, saya ingin menyeru perwakilan pada hari ini untuk menghayati kembali falsafah perjuangan UMNO itu sendiri. Rentetan sejarah menceritakan bagaimana para pendiri bangsa kita yang terdahulu telah menubuhkan pergerakan politik pertama orang Melayu melalui UMNO di Istana Besar Johor Bahru. Pada ketika itu, agenda besarnya adalah untuk menjadikan  negara ini sebagai sebuah negara yang mandiri, merdeka dan ulung.

Namun pada hari ini, UMNO seharusnya menjadi sebuah parti yang bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara ulung, namun agendanya perlu lebih besar dari itu, iaitu melahirkan masyarakat yang berbudaya dan kaya dengan identiti sosial.

Tanggungjawab melahirkan masyarakat yang berbudaya itu harus menjadi keutamaan UMNO kini. Kita tidak lagi boleh berdolak dalih dalam menjayakan usaha ini.

Permuafakatan ini juga harus diterjemahkan dengan tindakan dan perbuatan.  Yang muda harus menghormati yang tua, yang tua pula harus memberi ruang dan peluang serta tunjuk ajar kepada yang muda. Itulah resepi keluarga bahagia.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengajak para perwakilan untuk bersama bergerak seiring sebagai sebuah parti. Menjadikan UMNO dan ahlinya sebagai tauladan kepada masyarakat.

Pada kepimpinan atasan, rajin-rajinlah turun ke lapangan, lihatlah sendiri survival kehidupan anak muda, rasailah jerih perih kesukaran bagi anak muda meneruskan kelangsungan hidup. Marilah kita utamakan keperluan masyarakat, lunaskanlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas. Jayakanlah harapan kami pada kalian pemimpin di atas sana.
Tuan Pengerusi Tetap

Polisi dan dasar yang dicaknakan harus bukan sahaja menyelesaikan permasalahan kerajaan, tetapi ianya juga harus dapat menyelesaikan permasalahan rakyat. Lebih memburukkan, kita selama ini telah dibelenggu oleh sistem kebajikan yang tidak menyelesaikan permasalahan rakyat.

Sebagai contoh, rasionalisasi subsidi adalah langkah fiskal bagi menyelesaikan masalah kerajaan namun ianya gagal menyelesaikan masalah rakyat. Rasionalisasi subsidi ini telah meringankan beban perbelanjaan kerajaan, namun bebanan ini dipindah kepada rakyat marhaen kesan daripada  kenaikan harga barang.

Maka, saya menggesa kepimpinan pada hari ini untuk lebih cakna dengan keperluan dan kehendak rakyat terutamanya orang muda. Bukakanlah peluang kerjaya kepada kami, bantulah kami bagi memulakan perniagaan, tingkatkanlah lagi kuota pemilikan belia dalam memiliki rumah mampu milik dan luaskan lagi senarai “zero-rated” GST bagi barang-barang keperluan asas yang lain.

Umum mengetahui, kewujudan GST akan menurunkan harga barangan bagi barang-barang tertentu terutamanya barang keperluan harian. Namun perkara ini tidak berlaku dan mengundang kemarahan khalayak. Sikap peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri menjadi punca dasar ini kurang berkesan. langkah yang drastik perlu ditangani oleh pihak berkuasa. Jika isu kekurangan penguatkuasa di lapangan, kerajaan memerintah harus peka dan menambah bilangan penguatkuasa atau menubuhkan pasukan sukarelawan khas yang boleh membantu masyarakat. Pasukan ini boleh terdiri daripada NGO atau kawasan rukun tertangga yang pada zahirnya sebuah badan yang paling hampir dengan khalayak.

*ANJAKAN KEDUA : MENDASARI BUDAYA POLITIK MATANG*

Dalam usaha untuk menjadikan UMNO terus kekal relevan, UMNO harus menunjukkan kematangannya dengan menjadi lebih inklusif.

UMNO tidak seharusnya menjadi parti yang begitu eksklusif dan tertutup kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Budaya cantas mencatas dan 'warlord' harus dihentikan serta merta bagi memastikan UMNO terus menjadi pilihan golongan muda kini yang lebih progresif dan berani dalam menzahirkan idea-idea mereka.

Justeru, sudah tiba masanya suatu ruang khusus disediakan untuk anak muda ini berpartisipasi bersama UMNO dan bersama-sama memacu wadah perjuangan parti keramat ini.

Oleh itu, tanggungjawab pemimpin pelapis yang saya gelarkan sebagai 'second layer leadership' amat penting. Dalam dunia pasca modenisme ini amat penting untuk kita mendapatkan sokongan anak muda tidak kira dengan apa cara sekalipun. Tanggungjawab ini haruslah digalas sebaik mungkin oleh 'second layer leadership ini'.

Politik feudalism dalam kalangan 'second layer leadership' tidak harus lagi berlaku. Ini kerana UMNO bukanlah sebuah parti elit yang hanya diwakili oleh golongan bangsawan. Sebaliknya, UMNO adalah parti rakyat yang diwakili oleh suara akar umbi.

Oleh itu, politik feudalism dalam kerangka UMNO haruslah dimansuhkan. Politik feudalism dalam konteks ini adalah amalan kronisme & nepotism. Ianya harus bersifat demokratik dan bebas serta benar-benar mewakili suara akar umbi.

*ANJAKAN KETIGA : SIASAH POLITIK SEBENAR*

Memetik kata-kata filusuf Prof Syed Naqiub Al-Attas yang menyatakan  bahawa pendefinisian Melayu itu tidak seharusnya disempitkan dalam kerangka etnik semata-mata. Ianya harus menjangkaui kepada aspek ketamadunan Melayu.

Maka, jika kita melihat Melayu itu sebagai sebuah ketamadunan, sudah semestinya kita akan dapat memahami falsafah sebenar perjuangan UMNO. Sudah semestinya kita dapat bersama-sama bergandingan bahu untuk melahirkan Malaysia Ulung dengan masyarakat yang berbudaya.

UMNO perlu memperlengkapkan ahlinya dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa bermuhasabah terhadap asas idelogikal UMNO agar ianya tidak lari dari landasan sebenar perjuangannya. Inilah kunci dan rahsia bagi pembentukan sahsiah politik tinggi.

Asas ideologikal dan siasah politik tinggi UMNO ini juga harus dizahirkan dalam pentadbiran kerajaan kini.

Suka untuk saya menyeru kepada barisan kepimpinan bahawa sudah sampai masanya kita memandang serius agenda parti menguasai kerajaan. Agenda ini adalah kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Bukan niat saya ingin menafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh kakitangan awam/kerajaan. Namun, dasar dan polisi yang mendirikan negara ini haruslah datangnya dari parti keramat, UMNO itu sendiri.

Untuk pengetahuan barisan kepimpinan, sudah menjadi suatu rahsia umum bahawa, terlalu banyak 'little napoleons' dalam sektor awam dan belum lagi saya mengambil contoh bagaimana isu rasionalisasi subsidi dan kenaikan harga barang tidak dibahaskan secara konstruktif dalam parti kita.

Kita membiarkan kakitangan awam, penasihat dan konsultan untuk memberi cadangan mengenai isu-isu tersebut tanpa perbincangan terlebih dahulu bersama ahli-ahli parti. Adakah ahli-ahli parti hari ini hanya berperanan bila berlakunya pemilihan parti semata-semata? Adakah ahli-ahli UMNO hanya sekadar menjadi jentera pilihanraya bagi memenangkan kerajaan pada hari ini?
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap

Suka untuk saya akhiri perbahasan saya pada hari ini dengan memetik nukilan kata yang telah diamanatkan oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Johor:-
“Orang Melayu mendambakan pemikiran besar dan berani dari UMNO. Jika tiada pemikiran besar dan berani, tentang masa depan bangsa Melayu, maka UMNO tersasar dari misi utamanya untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu.”

Masa akan berlalu pergi meninggalkan kita, kelalaian kita akan membinasakan umat Melayu. kelalaian kita akan melenyapkan landasan yang kita bina berpuluh tahun ini. Pilihan Raya menjadi penentu nasib kita. Ahli UMNO perlu menyiapkan diri berhadapan dengan Pilihan Raya 14 akan datang. Melayu perlu bersedia menerima perubahan. suka atau tidak, kita sedang berhadapan dengan perubahan. Perubahan yang belum tentu menyebelahi nasib kita. marilah kita meleraikan persengketaan yang ada. kita tidak mahu bahawa kita adalah generasi yang akan dipersalahkan pada masa hadapan.

UMNO perlukan wajah-wajah baru yang bersemangat, yang beridealisma, yang berani membicarakan idea. Keyakinan anak muda diluar sana ketika ini kian terhakis mengikut arus masa. mereka memberontak kerana idea kian terhalang.

Akhir kata, saya amat mendambakan Anjakan-Anjakan yang saya lontarkan sebentar tadi dapat dizahir dan dimurnikan. Suara kecil ini mungkin hanya dipandang sepi, namun apa yang saya utarakan sebenarnya, bertujuan menjawab permasalahan sebenar UMNO, yang wajar UMNO perjuangkan.

Saya juga sedar bahawa ini merupakan medan terbaik untuk UMNO membahaskan luah rasa, isi hati dengan tulus dan ikhlas.

Insha Allah, Pemuda UMNO Johor akan melakukan usaha kerja dengan lebih terancang selepas ini untuk menyebar luaskan agenda besar ini.  Agar ianya didukung sepenuh jiwa oleh seluruh orang Melayu insyallah.

Akhirnya, sekali lagi saya berterima kasih atas peluang dan ruang yang telah diberikan. Dan saya tingalkan sidang perwakilan dengan serangkap pantun:-

Dari Johor Terbang Ke Bandung;
Membawa Cinta Pada Si Sunda;
Luahan Rasa Yang Telah Dikandung;
Akhirnya Diluahkan Jua.

Saya berharap, kasih kita, cinta kita, ikhlas dan sayang kita pada bangsa Melayu, pada agama Islam dan pada tanahair ini akan terus subur!

Hidup Melayu...!!!
Hidup UMNO...!!!
Hidup Pemuda...!!!

Tuesday, 29 November 2016

PESANAN NAIB KETUA PEMUDA JOHOR

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Sahrihan Jani berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bakal berlangsung pada 29 November sehingga 3 Disember ini adalah satu medan terbaik bagi memastikan kelangsungan solidariti antara ahli kerana ia adalah aset terpenting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian negara ini.
Jelasnya, solidariti itu amat penting di terjemahkan kerana ia bukan sesuatu yang bersifat fizikal, sebaliknya melibatkan penyatuan hati, pemikiran dan permuafakatan antara setiap ahli parti.
“Sekarang ini mahu atau tidak kita terpaksa akui bahawa parti keramat kita ini sedang diserang dari pelbagai sudut sehinggakan kadangkala tidak ada ruang untuk menarik nafas lega.
“Apatahlagi kita bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14… maka pembangkang akan mencari apa sahaja peluru untuk menghancurkan kemuafakatan yang ada dalam UMNO.
“… kerana itulah Perhimpunan Agung UMNO ini merupakan pentas terbaik untuk kita kembali bersatu, kuatkan jentera dan semarakkan semangat agar kemuafakatan kita tidak boleh dirobek oleh pembangkang,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru, Sahrihan menyeru kepada semua ahli terutamanya jentera Pemuda agar terus memainkan peranan masing-masing dalam membantu Presiden bagi memartabatkan perjuangan parti.
“Sebagai sayap kanan parti, kita adalah harapan UMNO… kita memikut tanggungjawab yang berat khususnya di Johor kerana pembangkang tidak lagi berselindung menzahirkan harapan mereka untuk menawan negeri kita.
“Jika kita leka maka UMNO akan rebah di negeri kelahirannya… Namun saya yakin dan percaya, roh UMNO masih menebal dan kita tidak akan sama sekali membenarkan perkara ini terjadi.
“Namun dalam masa yang sama, kami Pemuda juga mengharapkan agar pemimpin tertinggi kepimpinan negara dapat menyelsaikan isu-isu nasional dengan segera dan tidak lagi mencipta isu baru yang boleh mencetuskan kegemparan orang ramai sehingga mendorong mereka membuat pilihan lain selain daripada BN semasa PRU nanti,” tambahnya.
Sumber : UMNO JOHOR ONLINE

JAWAPAN KETUA PEMUDA UMNO JOHOR KEPADA DAP JOHOR

Kenyataan yang diutarakan oleh saudara Mahdzir Ibrahim dari DAP Johor, dengan jelas membuktikan bahawa DAP Johor semakin terdesak untuk meraih perhatian rakyat di negeri ini.

Artikel beliau yang dimuatnaik di dalam portal Malaysiakini hari ini, adalah satu luahan yang penuh dengan retorik politik kebencian.

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dinyatakan oleh budak suruhan DAP Johor ini. Ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi melalui kenyataan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa ucapan YAB Menteri Besar tidak mempunyai substan. Saya merasakan wujud kemungkinan beliau lupa, khilaf atau kurang peka untuk meneliti dan menyatakan berkenaan 126 titik sentuhan Bajet Johor 2017 yang akan memberikan impak secara langsung kepada Bangsa Johor secara inklusif meliputi pelbagai kaum di negeri ini.

Kedua, beliau ada menyatakan bahawa BN Johor tidak mempunyai calon bukan Melayu yang meyakinkan untuk menang dan bertanding di Johor dalam PRU yang akan datang. Suka untuk saya ingatkan bahawa BN Johor mempunyai resepi tersendiri melalui Gagasan Muafakat Johor yang menzahirkan kesepakatan melalui dasar dan polisi kerajaan negeri.

Kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar sentiasa cakna dengan keperluan Bangsa Johor yang berbilang kaum. Jadi saya merasakan ini merupakan tuduhan melulu bagi mewujudkan persepsi songsang DAP terhadap usaha baik yang dijalankan oleh kerajaan BN Johor.

Tidak wujud soal ketandusan calon bukan Melayu kerana BN Johor mempunyai pelbagai lapisan kepimpinan masyarakat akar umbi yang boleh diangkat menjadi calon.

Ketiga, beliau juga menuduh bahawa exco bukan melayu kerajaan negeri dari parti MCA & MIC gagal menjalankan tanggungjawab sebagai exco dengan baik. Agak pelik dan janggal bilamana kenyataan ini dikeluarkan oleh DAP sendiri, sebuah parti yang kononnya multiracial yang bukan bersifat perkauman.

Jelas sekali, kenyataan beliau itu bersifat perkauman yang harus ditolak habis-habisan oleh bangsa Johor. BN Johor tidak pernah sesekali bersifat 'double standards' terhadap mana-mana exco kerajaan negeri.

Bahkan, kedua-dua exco kerajaan negeri ini diberikan portfolio penting bagi memacu kemajuan ekonomi Johor.

Beliau juga membuat cubaan untuk membangkitkan sentimen Bangsa Johor yang jelas gagal difahami oleh penulis. Konsep Bangsa Johor merupakan sebuah konsep yang telah lama dipegang oleh sekalian rakyat di negeri Johor.

Konsep ini telah menjadi teras kepada perpaduan kaum di Johor yang sememangnya kaya dengan identiti sosial yang telah dipegang turun temurun.

DAP Johor kenalah celik sejarah, dan menjiwai asal usul Johor. Konsep 'Bangsa Johor' ini telah wujud di negeri ini sejak 1920 lagi, dan ianya telah diperkenankan oleh Istana pada 1940-an, selaras dengan wawasan Almarhum Sultan Abu Bakar dan kemudian diteruskan oleh DYMM Sultan Ibrahim untuk membentuk rakyat Johor bawah satu nama, 'Bangsa Johor'.

Konsep 'Bangsa Johor' ini cukup jelas mendepani batas - batas parti politik, kerana ianya hadir dalam roh dan semangat setiap rakyat Negeri Johor

Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak pernah sedar, malangnya sehingga kini, belum pernah lagi saya melihat pelan atau cadangan polisi - polisi yang berkaitan pembangunan kaum India atau Melayu oleh DAP Johor malah DAP dimana peringkat sekalipun.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor
28 November 2017

Sunday, 27 November 2016

JPJ NAFI KENAIKKAN CUKAI JALAN


Pihak JPJ sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa berita yang tersebar dimedia sosial tetang kenaikkan harga cukai jalan (roadtax) sebanyak 25% bermula JAN 2017 adalah berita palsu.

Admin juga berharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tersebar di media sosial. Kerana jika lihat sebelum ini, setiap kali perkara seperti ini berlaku pasti ada pihak yang akan mengaut keuntungan.

Jadi jika anda dapat mesej seperti dibawah ini janganlah anda mudah percaya dan tunggu kenyataan rasmi dari jabatan yang berkenaan.

"*Info Terkini*
Kementerian pengangkutan telah mengumumkan bahawa Roadtax kereta bermula daripada 880cc dan ke atas naik sebanyak 25% bermula Jan 2017, ini bermakna kenaikan sebanyak Rm 168.50 dan kenaikan ini termasuklah jumlah bayaran insuran yang secara automatiknya juga naik dalam 25%.
#syukurmalaysiamasihaman"
     

JPJ NAFI KENAIKKAN CUKAI JALAN


Pihak JPJ sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa berita yang tersebar dimedia sosial tetang kenaikkan harga cukai jalan (roadtax) sebanyak 25% bermula JAN 2017 adalah berita palsu.

Admin juga berharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tersebar di media sosial. Kerana jika lihat sebelum ini, setiap kali perkara seperti ini berlaku pasti ada pihak yang akan mengaut keuntungan.

Jadi jika anda dapat mesej seperti dibawah ini janganlah anda mudah percaya dan tunggu kenyataan rasmi dari jabatan yang berkenaan.

"*Info Terkini*
Kementerian pengangkutan telah mengumumkan bahawa Roadtax kereta bermula daripada 880cc dan ke atas naik sebanyak 25% bermula Jan 2017, ini bermakna kenaikan sebanyak Rm 168.50 dan kenaikan ini termasuklah jumlah bayaran insuran yang secara automatiknya juga naik dalam 25%.
#syukurmalaysiamasihaman"
     

PERINGATAN MENTERI BESAR JOHOR KEPADA DAP!

Saya ingin sekali mengambil kesempatan ini memberi peringatan dan nasihat baik kepada semua, khususnya wakil rakyat DAP.

Barisan Nasional telah memimpin negara ini dengan cara yang sangat sederhana. Model kita telah teruji. Semua kaum mempunyai tempat yang selayaknya dalam Malaysia yang berubah ini. BN telah menjadikan Malaysia ini sebuah negara kesepakatan yang berjaya.

Sedangkan DAP selama ini dilihat hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja, iaitu kepentingan masyarakat Cina. Sepanjang kewujudan DAP, sehinggalah hari ini, DAP tidak pernah sekali pun mengemukakan pencerahan dan cadangan bagaimana mereka akan membantu bangsa Melayu dan India untuk lebih berdaya saing.

Lihat sahaja kesenjangan di Pulau Pinang. Jurang antara orang Cina dan orang Melayu dan India bukan sahaja semakin melebar, malah membahayakan. Ia menyumbang kepada polarisasi dan polarisasi adalah ancaman kepada keselamatan. Dan kerana itulah, saya yakin DAP tidak akan sesekali dapat menarik sokongan orang Melayu dan India di Johor ini.

Sifat perkauman yang sangat menebal dalam agenda dan sikap politik DAP adalah sebab paling utama kenapa DAP mesti ditolak di Johor. DAP dan agendanya tidak sesuai dengan aspirasi Bangsa Johor dan Muafakat Johor. Dan pastinya tidak secocok dengan Agenda Johor Berkemajuan.

Apakah kepimpinan DAP beranggapan bahawa dengan menarik hanya beberapa remaja Melayu yang rupawan dan jelita, maka ia terus menjadikan mereka parti yang ‘multiracial’ serta mampu mewakili kepentingan Melayu?

Kita boleh tanya ahli-ahli Pembangkang dari PAS. Mereka pernah tidur sebantal dengan DAP. Jadi saya yakin mereka boleh memberi pencerahan akan sikap sebenar DAP dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang India dan pastinya nasib agama Islam.

Jadi, dalam Dewan ini saya berikrar yang saya akan melakukan apa yang BN Sarawak telah berjaya lakukan. Iaitu menjadikan perwakilan DAP sekadar kenangan sahaja di Dewan yang mulia ini.

Petikan ucapan pergulungan Bajet Johor 2107 pada 27.11.16 oleh DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN, MB Johor.

ADUN PENGKALAN RINTING SYOK SENDIRI

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mempertahankan bahawa Bajet Negeri Johor, sememangnya mencatatkan lebihan atau surplus sejak saya Menjadi Menteri Besar.

Cuma, dalam hal ini, saya sedikit kesal. Kerana pertikaian oleh Pengkalan Rinting berhubung dengan perkara ini tidak dilakukan di dalam Dewan yang Mulia ini secara bersemuka. Sebaliknya, Pengkalan Rinting memilih untuk sekadar membuat bising di luar Dewan.

Menurut beliau, Bajet Surplus Negeri Johor kononnya adalah ‘bajet syok sendiri’ kerana kita sebenarnya merekodkan bacaan defisit selepas ditambah dengan jumlah bajet tambahan.

Pertama, fakta bahawa kita membuat pembentangan bajet tambahan belum membuktikan secara automatik bahawa kita telah berbelanja melebihi apa yang dirancang atau melebihi hasil sebenar yang dikutip.

Ini kerana, sepanjang tahun kewangan tersebut, tidak mustahil yang hasil kutipan kita melebihi jangkaan atau sasaran awal.

Misalnya bagi tahun 2014, kita berjaya memperolehi hasil 45.01% melebihi sasaran. Maka, walaupun dengan tambahan perbelanjaan sebanyak 11.47% berbanding anggaran dalam perbelanjaan asal, akaun kerajaan negeri bukan sahaja kekal lebihan seperti yang dibentangkan, tetapi mencatatkan lebihan yang tinggi iaitu sebanyak RM359,411,936.07. Jumlah ini lebih tinggi berbanding sasaran asal lebihan dalam anggaran bajet iaitu RM2,024,000.00.

Kedua, wujud keadaan di mana peruntukan tambahan dibuat bukan kerana terlebih berbelanja. Sebaliknya, adalah untuk menggunakan peruntukan asal kepada sesetengah jabatan yang dijangka tidak akan habis dibelanjakan dan diberikan kepada jabatan-jabatan lain yang dilihat memerlukan peruntukan tambahan. Dalam situasi ini, sekali lagi, walaupun wujud pembentangan bajet tambahan, ia masih tidak melebihi jumlah kutipan hasil, sekaligus mengekalkan keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebagai surplus.

Ketiga, dan yang ini adalah paling mudah. Untuk menentu sahkan sama ada bajet kita defisit atau lebihan, semak dan lihat sahajalah laporan oleh Ketua Audit Negara. Dan jika dibandingkan antara laporan rasmi Ketua Audit Negara dan pengiraan sendiri oleh Pengkalan Rinting, wujud perbezaan yang jelas.

Pada tahun 2014, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM129,407.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM359,411,936.07.

Pada tahun 2015 pula, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM200,719.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM153,833,122.41.
Jadi, berpeganglah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Pastinya ini merupakan rekod rasmi yang sah dan diperakui. Melainkan Pengkalan Rinting beranggapan, Ketua Audit Negara juga bersekongkol dengan Kerajaan Negeri untuk memutar belitkan laporan Audit Negara.

Inilah masalahnya apabila kita terlalu yakin menggunakan teori sendiri, cara sendiri dan pengiraan sendiri sehingga mengenepikan segala rekod dan laporan rasmi negara. Maka, hasil yang kita perolehi pastinya akan salah. Dan kalau itulah pendekatan yang digunakan oleh Pengkalan Rinting, itu baru namanya ‘syok sendiri’. Jadi, saya tegaskan kembali bahawa bajet surplus yang diumumkan oleh Negeri Johor adalah sah, tepat dan rasmi.

Namun, saya ingin tegaskan, surplus atau defisit bajet kita, tidak pernah menjadi isu atau fokus utama dalam perancangan bajet negeri. Sebaliknya, bajet kita sentiasa disusun dengan mengutamakan dan mengambil kira keperluan rakyat. Dan inilah yang lebih kita pentingkan.

Petikan ucapan pergulungan Bajet Johor 2017 pada 27.11.16 - DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Thursday, 24 November 2016

JOHOR BAKAL JADI HUB PENDIDIKAN ISLAM


Kerajaan Negeri mahu menjadikan Johor sebagai Hub Pendidikan Islam Antarabangsa sebagai langkah pengukuhan kecemerlangan pendidikan Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Johor telah lama mendahului dalam pendidikan Islam di Malaysia dan rantau ini apabila mewujudkan sistem pendidikan agama yang yang teratur, kemas dan sistematik telah wujud hampir 100 tahun dahulu.
“Kerajaan Negeri kini sedang giat menyusun strategi dan memusatkan tenaga bagi mengangkat dan meletakkan negeri Johor sebagai hub pendidikan Islam antarabangsa.
“Pihak pentadbiran sedang dalam proses berunding dengan beberapa buah institusi pendidikan Islam di Turki dan Australia untuk datang ke Johor dan membuka sekolah pengajian Islam di sini.
“Kita ingin menjadikan Johor pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam dan pusat pendidikan Islam terkemuka di rantau ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan  merasmikan Pelancaran Bantuan  Makanan Sihat Pelajar Sekolah Agama Negeri Johor  dan Bangunan Sekolah Agama Al-Imtiyaz, Seri Kota Puteri, Masai di sini semalam. Katanya, pendidikan Islam di Johor bukan sekadar suatu legasi atau rutin yang perlu diteruskan sebaliknya perlu diangkat ke satu tahap yang jauh lebih baik. Sekolah agama kita mesti menjadi pilihan bukan sahaja pelajar terbaik dari Johor, tetapi juga dari seluruh Malaysia mahupun dari luar negara.
“Kita perlu berikhtiar menjadikan ia sistem pendidikan pilihan utama. Juga mengantarabangsakannya dengan membantu membangun kurikulum pendidikan Islam di Cambodia, di selatan Thailand dan di pelbagai negara lain berdasarkan kurikulum kita yang sistematik,” katanya.
Mengenai projek pembinaan sekolah agama, Mohamed Khaled, berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan pembinaan 95  sekolah agama di seluruh negeri melalui syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Katanya, sebelum ini Kerajaan Negeri menggunakan kaedah penswastaan dalam membina sekolah agama.
“Dahulu ada pendekatan untuk bina sekolah melalui penswastaan, tetapi hari ini ada beberapa masalah yang Kerajaan Negeri cuba selesaikan, dan untuk itu kita berpendapat untuk peringkat-peringkat yang lain kita tidak akan teruskan secara penswastaan tetapi kita akan serahkan kepada KPRJ untuk membina sekolah-sekolah agama seperti yang saya katakan,” katanya.

25 BUAH SEKOLAH AGAMA BAKAL DIBINA TAHUN DEPAN

Sebanyak 25 buah Sekolah Agama Johor bakal dibina di negeri itu, membabitkan peruntukan dana permulaan sebanyak RM8 juta.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM320.32 juta yang diperuntukkan bagi pembangunan syiar Islam. Pembinaan baru itu melibatkan pembinaan enam buah sekolah, masing-masing di Kulai dan Johor Bahru, Kluang (empat), masing-masing tiga di Tangkak dan Pontian dan satu di Batu Pahat.
Ketika memberitahu perkara itu pada sesi pembentangan Bajet Johor 2017, Mohamed Khaled turut mengumumkan kenaikan gaji bulanan dari RM800 kepada RM1,000 kepada 154 orang guru Tadika Islam. Bagi meningkatkan mutu pengajaran matapelajaran Islam secara moden, sebanyak RM2.3 juta disediakan melalui Program Pendidikan Islam Digital (JPID) di beberapa buah sekolah di Johor.
Mengenai Tabung Waqaf Rakyat Johor yang dilancarkan baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata, sehingga kini sejumlah RM12 juta berjaya dikumpul.
“Pemerkasaan instrumen wakaf ini membolehkan agenda Johor Islami dilaksanakan dengan lebih meluas dan lebih inovatif.
“Ini termasuklah melalui pembinaan Hospital Pakar Waqf Johor di Bandar Baru Uda, Dewan Serbaguna Waqf Johor di Jalan Datin Halimah dan Skim Wakaf Saham Larkin Sentral.
“Dengan penerimaan sebanyak RM12 juta hasil sumbangan pelbagai pihak, ia dapat membantu menjayakan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dirancang, di samping menggalakkan budaya wakaf di kalangan masyarakat Johor,” katanya.
Johor turut mengumumkan penubuhan skim bantuan kesihatan bagi golongan asnaf di kalangan pesakit jantung, dengan peruntukan berjumlah RM2 juta.
Skim itu dijangka memberi manfaat kepada 1,000 pesakit dari golongan itu.
“Selain itu, bantuan kesihatan yang lazim seperti pemakanan sihat dan rawatan dialisis  akan diteruskan dengan perbelanjaan keseluruhan RM60 juta.
Usaha meningkatkan akses dan kualiti pendidikan anak-anak Asnaf Zakat melalui Program Pendidikan Asnaf dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi juga akan diteruskan melalui sembilan Skim Bantuan Pendidikan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
“Ia merangkumi bantuan pakaian sekolah, makanan sihat, yuran sekolah, pengangkutan, dermasiswa luar negara, pinjaman pendidikan luar negara, tambang ke pusat pengajian tinggi dan yuran pendaftaran di IPT.
“Keseluruhan skim itu melibatkan peruntukan sebanyak RM26.5 juta, dan bakal memberi manfaat kepada lebih 70,000 anak asnaf,” katanya.

Mohamed Khaled juga mengumumkan peruntukan RM22.02 juta bagi pembinaan dan membaik pulih 11 buah masjid di Batu Pahat, Segamat, Tangkak, Muar, Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Wednesday, 23 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - RMMJ MELEGAKAN RAKYAT

Jelasnya, bajet Johor kali ini menfokuskan penyelesaian beberapa masalah rakyat, melihat kemakmuran pembangunan material dan memastikan jati diri bangsa Johor diperkukuhkan.
“Dewasa ini kita sedar, masalah memiliki rumah adalah satu perkara yang memang membelengu rakyat. Dengan memperkemaskan lagi pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sudah pasti memberikan kelegaan kepada rakyat negeri ini.
“Malah golongan ORang Kelainan Upaya (OKU) juga tidak ketinggalan untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Johor.
Justeru beliau melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri yang tidak mengenepikan keluhan rakyat khususnya di dalam isu pemilikan rumah ini.
“Saya pasti rakyat Bangsa Johor berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan ini kerana ia cukup merangkumi segala manfaat kepada rakyat negeri ini,” katanya lagi.

Sumber : UMNO JOHOR ONLINE

BAS PERCUMA MUAFAKAT JOHOR DI SELURUH NEGERI TAHUN DEPAN

Sambutan memberangsangkan daripada rakyat tem­patan terhadap Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) membolehkan perkhidmatan itu diperluaskan ke semua daerah di Johor mulai tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Suhairi Hashim berkata, perkhidmatan itu akan diperluaskan kepada semua PBT melibatkan 50 laluan di seluruh negeri.

“Ketika ini perkhidmatan itu disediakan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) serta Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan akan diperluaskan kepada semua PBT di Johor.
“Kawasan-kawasan yang telah dan akan terlibat termasuk Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khamis lalu, menerusi Bajet Johor 2017, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penambahan jumlah perjalanan dan jarak laluan BMJ melibatkan peruntukan RM21 juta. Peruntukan itu merupakan sumbangan kerajaan negeri dan PAJ bertanggungjawab menyedia, menyelaras dan memantau satu-satunya perkhidmatan bas percuma khusus untuk warganegara.
Semasa diperkenalkan pada April 2016, perkhidmatan berke­naan hanya melibatkan 15 laluan di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Menurut Suhairi, langkah tesebut merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dalam mengurangkan beban sara hidup rakyat seperti diumumkan dalam bajet berke­naan.
“Perkhidmatan ini juga mampu meningkatkan jaringan pengangkutan awam yang selesa serta efisien di seluruh Johor,” kata­nya sambil menambah kerajaan ne­geri tetap komited untuk terus memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat.

Sunday, 20 November 2016

PEMBANGKANG PUJI KERAJAAN NEGERI JOHOR

Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.


ADUN DAP (Penggaram) yang juga merupakan ketua pembangkang DUN Johor, YB Gan Peck Cheng telah menyuarakan sokongan terhadap Bajet Johor 2017 yang dibentang oleh Menteri Besar Khaled Nordin pada hari khamis  lalu.

Dalam ucapannya, beliau berkata tema Belanjawan Johor Berkemajuan Rakyat Sejahtera adalah perancangan belanjawan negeri yang terbaik. Selain itu beliau juga ada memuji apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Khaled Nordin selama ini.


Ini melihatkan bahawa seolah oleh ADUN pembangkang ini setuju bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang terbaik dalam segala hal. Jadi kenapa kita perlu tukar kerajaan jika kerajaan yang ada sekarang ini terbaik.

Jika DAP sendiri kelihatan seperti sudah mati akal dan kehilangan nafsu untuk untuk menjadi kerajaan kenapa kita perlu beri mereka peluang lagi. kita perlu biarkan mereka sebagai pembangkang sahaja sampai bila-bila. Kerana mereka menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan baik selama ni.

Mereka juga tidak pasti sama ada boleh melakukan apa yang telah Menteri Besar Khaled Nordin lakukan selama ini untuk rakyat johor. Adakah kita sebagai rakyat ingin mengambil risiko ini?  Adakah kita sebagai rakyat inginkan kerajaan yang seperti ini?

Saturday, 19 November 2016

JANGAN INGKAR TITAH TUANKU ATAU TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL



Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar titah Sultan Johor supaya sebarang demonstrasi jalanan tidak dianjurkan di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk menahan dan menangkap mereka yang terlibat.



"Kita bersiap sedia dan sentiasa pantau sekiranya ada pihak menganjurkan Bersih 0.5 di Johor," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa bertitah dalam Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang pada 3 November lalu melarang sebarang demonstrasi jalanan di negeri ini.

Titah baginda, ini kerana demonstrasi jalanan mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej tidak baik selain menyifatkannya sebagai budaya sesat.

- See more at: https://m.utusan.com.my/berita/terkini/bersih-5-0-jangan-derhaka-titah-sultan-johor-1.409433#sthash.8SqEgIcL.dpuf

Thursday, 17 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada para penjawat awam negeri sebagai menghargai komitmen mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemberian insentif itu turut diberikan kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang.

"Bonus ini diberikan susulan Johor telah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan dan usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.

“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor," katanya yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet Johor 2017 pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berharap budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan.
Difahamkan, seramai 11 000 penjawat awam negeri bakal mendapat manfaat bagi pemberian bonus tersebut.
Pengumuman bagi tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak.

Dengan pengumuman ini, ia bermaksud bahawa ADUN PEMBANGKANG juga akan menerima bonus yang sama. Walaupun kita tahu mereka ini (ADUN PEMBANGKANG) kurang bekerja untuk rakyat tetapi mereka tetap akan meneria bonus yang sama seperti penjawat awam yang banyak berkhidmat untuk rakyat. Adakah mereka akan menolak cadangan ini ketika pembahasan sidang Dewan Undangan Negeri Johor minggu depan.

PEMUDA UMNO JOHOR MENYOKONG BAJET JOHOR 2017

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, menyambut baik pembentangan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2017 oleh, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, pada hari ini, di mana teras utama bajet negeri kali ini berpaksikan “Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera”.

Bajet negeri kali ini distruktur dengan baik, cakupannya seimbang dan menyeluruh, serta mempunyai misi yang cukup jelas, iaitu membangunkan kemakmuran material, mewujudkan kesejahteraan sosial, dan memperkasa potensi insan di Negeri Johor.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, senada dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, di dalam memacu negeri ini kearah kuasa besar ekonomi selatan.

Sektor keusahawanan diperkukukah terus ke akar umbi, di mana fokus bajet negeri kali ini, memberi satu roh yang baru kepada usahawan kecil dan sederhana untuk terus tampil kompetitif, sejajar dengan permintaan global.

Strategi ini dapat diihat di dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ), di mana cakupannya meliputi 10 daerah di Negeri Johor dengan 10 inisiatif fokus, agar setiap daerah di Johor membangun dengan rancak, sesuai dengan kebitaraan masing-masing.

Strategi memperkasa keusahawanan di negeri ini diperkukuhkan lagi dengan program - program serta inisiatif berikut;

a) Program Pembangunan Usahawan Hiliran Minyak dan Gas (PPUHM), yang mensasarkan pengwujudan 29 syarikat baharu serta 500 pekerjaan baru di Pengerang, Johor.
b) Program Inisiatif Jenama Johor(IJJ), yang mensasarkan akan melahirkan 20 usahawan perintis yang akan menjadi duta produk Johor di pasaran luar Johor.
c) Program Indienomics, mensasarkan penglibatan usahawan belia seramai 50 orang di dalam mempromosi dan memperkukuhkan konsep ekonomi merdeka di Negeri Johor.
d) Program Usahawan Digital, yang akan dijalankan dengan kerjasama MaGICX di dalam melahirkan usahawan digital yang berpotensi melahirkan Smartphone apps, Animation dan Mobile Game yang setaraf dengan pemain industri digital dunia.
e) Netprenuer Wanita, melalui program ini seramai 200 usahawan wanita akan dikenalpasti untuk diberikan kursus strategi pemasaran produk atas talian menggunakan laman sosial dan internet.
f) Kawasan Perniagaan Berkonsep, di mana Youth Fashion and Lifestyle Street di Taman Mutiara Rini yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan fesyen mengikut trend dan jenama terkini. Manakala, Johor Local Brand Street di Taman Setia Eco Cascadia, yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan berasaskan produk negeri Johor.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga menyambut baik cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam mewujudkan pekerjaan bermutu untuk rakyat Johor, di mana program seumpama Iskandar Malaysia Professional Fund (IMProF) ini mampu melatih tenaga mahir di Iskandar Malaysia mengikut keperluan semasa dan akan datang.

Kami juga menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam cadangan beliau untuk mengwujudkan Tabung Latihan Kemahiran Johor. ini adalah bertujuan mengukuhkan agenda pendidikan TVET, dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, yang akan melibatkan 2,500 pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut-institut kemahiran dalam negeri Johor.

Tidak ketinggalan yang turut menerima limpahan manafaat daripada Bajet Negeri 2017 kali ini adalah golongan belia. Pergerakan Pemuda UMNO Johor sebulat suara menyokong cadangan Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, di dalam pembangunan belia di negeri ini melalui program - program dan insentif berikut;

a) Pengenalan 10% kuota pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada golongan belia.
b) Merancakkan platform kesukarelawan dengan memperuntukkan sebanyak RM150 ribu pada tahun hadapan bagi menyokong penubuhan 10 kumpulan sukarelawan yang menggunakan modul projek mahasiswa INSTEDT di seluruh daerah negeri Johor.
c) Membangunkan Platform Atas Talian Untuk Rangkaian Pembangunan Belia Johor, di mana ia akan melibatkan 2,500 hingga 5,000 belia dan mensasarkan penglibatan 50 hingga 80 perusahaan IKS di negeri Johor melalui platform atas talian.

Terima kasih kerajaan negeri yang tidak pernah jemu mendengar keluhan rakyat, khususnya berkenaan isu pemilikan rumah. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, di mana sehingga kini sebanyak 8,766 unit rumah telah disiapkan manakala 11,049 unit lagi sedang dalam pembinaan. Baki 40,022 unit daripada sasaran 60,000 unit akan mula dibina pada tahun hadapan sehingga 2020.

Selain daripada itu, kami juga turut menyambut baik cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di mana sebanyak 2,877 unit rumah akan dibina di Mersing, Kluang, Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, di dalam meneruskan inisiatif Program Rumah Mesra Rakyat Johor dengan pemberian subsidi pembinaan rumah atas tanah sendiri. Di mana Kerajaan Negeri akan membantu membina 200 unit rumah lagi dalam sasaran menjadikan kesemuanya 3000 unit menjelang tahun 2018 nanti.

Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di dalam pembentangan bajet negeri yang cukup terangkum dan padat dengan limpahan manafaat kepada rakyat di Negeri Johor.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor
17hb November 2016

BAJET JOHOR 2017 - KERAJAAN JOHOR TERUS CATAT BELANJAWAN LEBIHAN

 Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan belanjawan lebihan buat kali ketujuh berturut-turut sejak tahun 2011.
Anggaran lebihan sebanyak RM1.303 juta itu diumumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam pembentangan Bajet Johor 2017 pada Sidang Dewan Negeri Johor di sini, hari ini.
“Kutipan hasil negeri pada tahun 2017 dijangka mencapai RM1,609 juta, peningkatan sebanyak 12.86 peratus daripada anggaran hasil dalam Bajet Johor 2016.
Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan belanjawan pembangunan yang tertinggi dalam sejarah negeri itu, iaitu sebanyak RM763.3 juta.
Ia meliputi 47 peratus daripada peruntukan keseluruhan bajet kali ini.
Johor merupakan pemangkin pertumbuhan ketiga terpenting untuk Malaysia dan menyumbangkan 0.5 mata peratusan kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang pada kadar lima peratus bagi tahun 2015.
Bajet Johor 2017 bertemakan ‘Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera’ yang dibentangkan Mohamed Khaled turut menghuraikan tiga misi utama yang menjadi teras pelaksanaannya.
Ia terdiri daripada mewujudkan kemakmuran material, membawa kesejahteraan sosial dan memperkasakan bakat, potensi dan kemandirian setiap rakyat Johor melalui agenda pendidikan dan kemahiran.
Tambahnya, ekonomi negeri itu digerakkan menerusi kekuatan pelbagai sektor dan tidak terlalu tertumpu kepada hanya satu sektor semata-mata.
“Kita masih negeri ketiga terbesar dalam semua sektor utama negara dan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2010 hingga 2015 telah melepasi kadar kebangsaan setiap tahun, dengan purata 5.9 peratus pertumbuhan berbanding 5.3 peratus bagi Malaysia,” katanya.
Pencapaian kewangan semasa kerajaan negeri sehingga 16 November 2016 pula mencatatkan kutipan hasil hampir RM1.37 bilion, bersamaan 96 peratus kadar prestasi, manakala rizab semasanya berjumlah RM3.43 bilion.
Bajet 2017 juga memfokuskan kepada usaha memperkukuh dan menambah baik pelaksanaan tujuh Agenda Besar yang telah kita perkenalkan pada tahun ini, iaitu Johor Mahir, Johor Prihatin, Johor Lestari, Johor Islami, Johor Inovatif dan Digital, Keusahawanan Johor, dan Johor Berbudaya.

Wednesday, 16 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - MEMPERKUKUH 7 AGENDA BESAR

MEMPERKUKUH 7 AGENDA BESAR

Johor Mahir
60. Tabung Latihan Kemahiran Johor melibatkan 2,500 pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut-institut kemahiran dalam Negeri Johor (RM5 juta).
61. Pewujudan 5 buah Pusat Jaya Diri di Johor Bahru, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat bagi menyediakan kursus serta latihan peningkatan kemahiran diri khusus kepada golongan ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah dan golongan wanita OKU (RM500 ribu).
62. Pemantapan pengurusan dan pembangunan modal insan yang lestari oleh Unit Swadaya Insan (RM3.5 Juta).
63. Program Johor Bio Talent akan diteruskan (RM500 ribu).
64. Pemberian insentif yang melalui Tabung Pendidikan Sarjana PDT dipertingkatkan kepada 200 penerima dengan setiap seorang menerima RM5 ribu (RM1 juta).
65. Penglibatan 400 orang pelajar baru bagi Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) yang diteruskan khusus untuk pelajar baru manakala syarat permohonan bagi pendapatan ibubapa / penjaga ditambahbaik daripada RM1,500 ke bawah kepada RM2,000 ke bawah bagi memperluas peluang kepada pelajar (RM300 ribu).
66. Program Duta Jauhar akan diperkemaskan melalui versi 4.0 dalam usaha memberi platform kepada mahasiswa menyumbang idea dan sokongan dalam mentransformasikan masyarakat dengan sasaran penglibatan seramai 450 mahasiswa pada tahun 2017 (RM1.5 juta).
67. Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di bawah program English Language Camp/Program Pengayaan Bahasa Inggeris (RM500 ribu).
68. Kem Kepimpinan Generasi Ta'zim akan diteruskan dan dijenamakan sebagai Karisma Ta'zim bagi mendedah bakat kepimpinan mahasiswa dengan sejarah kepimpinan tokoh Johor serta dasar-dasar semasa pentadbiran Kerajaan Johor seperti Johor Berkemajuan (RM 500 ribu).
69. Program Kepimpinan Muda diteruskan dan dikenali sebagai Johor Youth Leadership Camp khusus untuk pelajar sekolah menengah yang menerima bantuan BKDO dan merupakan Ketua Pengawas Sekolah dengan sasaran seramai 440 pelajar (RM500 ribu).
70. Pengukuhan karakter pelajar dalam pembelajaran abad ke-21
(RM800 ribu)
71. Penyertaan kursus-kursus jangka pendek kepada Penjawat Awam Johor akan diperluaskan kepada Guru-guru KAFA melalui Tabung Latihan Kemahiran Penjawat Awam Johor (RM500 ribu)
72. Program Inklusif Masyarakat India yang dipertanggungjawabkan kepada Yayasan Sultanah Rogayah (RM6 juta):
i. Keusahawanan - RM2.5 juta
ii. Pendidikan - RM1.5 juta
iii. Kebajikan - RM2 juta; dan
Baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM1 juta.
73. Bagi pembangunan masyarakat Cina (RM4 juta)
i. Baik pulih prasarana Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di Johor (RM2 juta)
ii. Disalurkan melalui Yayasan Sultanah Fatimah - pendidikan golongan miskin kaum Cina (RM1 juta), skim pinjaman kepada peniaga kecil Cina. (RM1 juta)
74. Bantuan kepada Kolej Universiti Selatan Bagi menyokong pendidikan peringkat tinggi masyarakat Tiong Hua di Johor (RM500 ribu).
75. Penubuhan Taska Orang Kelainan Upaya di YPJ Youth Center, Bukit Senyum, khusus untuk OKU Pekak dan Bisu (RM300 ribu).
Johor Prihatin
76. Menjadikan Sukarelawan Darul Ta’zim sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dengan melibatkan, sebagai permulaan, 56 Sekolah Menengah dari pelbagai DUN.
77. Penganjuran secara dwi tahunan Jambori Sukarelawan Darul Ta’zim. sebagai satu pengiktirafan peranan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, mendidik belia berorganisasi dan meningkatkan jati diri mereka
(RM100 ribu)
78. Satu gerakan sukarelawan akan ditubuhkan bagi memastikan kesinambungan usaha murni mereka, menyokong 10 kumpulan sukarelawan yang menggunakan model projek mahasiswa INSTEDT di negeri Johor (RM150 ribu).
79. Pengurusan persatuan belia kepada Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah dan Pertubuhan Belia 4B Negeri Johor (RM210 ribu).
80. Pemberian geran bagi menggerakkan pelbagai NGO di Johor dengan lebih aktif bagi menghargai pergerakan sivil yang aktif dan progresif dalam menghakupayakan rakyat (RM2 juta).
81. Penempatan satu pusat aktiviti pelajar yang dinamakan Johor Youth Profesional Academic Center yang akan dijadikan Hab Aktiviti Pelajar, yang antara lain, bertujuan meningkatkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan program Duta Jauhar.
82. Pembinaan Pusat Jagaan dan Pengupayaan Anak-anak Yatim di Bandar Tenggara bernilai RM2 juta yang mempunyai kapasiti menampung 50 penghuni (2017: RM500 ribu).
83. Kerajaan Negeri akan menyediakan khairat kematian sebanyak RM300 seorang kepada semua kaum.
84. Bagi pelaksanaan program–program kesedaran, peruntukan-peruntukan berikut akan diberikan:
i. RM1 juta untuk usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.
ii. RM1 juta untuk pencegahan wabak denggi.
85. Peruntukan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi meningkatkan tahap keprihatinan dan keselamatan lingkungan (RM500 ribu)
Johor Lestari
86. Rangka Tindakan dan Pelan Hala Tuju Biorosot dan Biokompos Johor akan dijalankan (RM250 ribu).
87. Program Community in River (COIR 2017) yang memberi tumpuan khusus pada Sungai Skudai bagi melahirkan sifat tanggungjawab bersama dalam pemeliharaan sungai (RM200 ribu).
88. Pewartaan sebuah lagi Taman Negara di Negeri Johor di Bukit Tukau, Bukit Belading dan Reban Kambing yang dikenalpasti sebagai kawasan yang kaya dengan tumbuhan spesifik yang tiada di tempat lain seperti Cycas Cantafonia (Pakis Berlagu) - (RM1.5 juta)
89. Pelan tindakan menyeluruh bagi meningkatkan potensi dan seterusnya mentransformasikan Kampung-kampung Tradisional yang terletak dalam Wilayah Iskandar Malaysia (RM1 juta)
90. Pemperuntukan sebanyak RM17.153 juta secara keseluruhannya bagi menjadikan Johor tempat pelancongan yang lebih menarik:
i. Pembangunan infrastruktur dan agro pelancongan (RM7 juta);
ii. Pelbagai program promosi XPLORE JOHOR (RM8 juta); dan
iii. Perbelanjaan mengurus Tourism Johor (RM2.153 juta).
91. Penganjuran Johor Tourism Award 2017.
92. Satu Kursus Pemandu Pelancong yang komprehensif akan dijalankan bertujuan melahirkan pemandu pelancong yang terlatih, mahir dengan salah silah, budaya serta tempat bersejarah di Johor dengan sasaran melahirkan seramai 100 orang pemandu pelancong.
93. Perluasan Konsep Agro Stay sebagai salah satu tarikan pelancongan dalam negeri Johor (RM1.867 juta).
94. Pelan Transformasi Kota Tinggi - Program Kembara Wangsa Fasa 1B (2016-2019), berjumlah RM10.5 juta yang merangkumi:
i. Pembinaan ‘amphitheatre’ berhampiran Pusat Informasi Pelancong (PIP),
ii. Pembinaan jeti terapung di tebing sungai berhampiran PIP,
iii. Lagenda Laksamana Bentan ‘showcase’, dan
iiii. Jeti terapung di Lagenda Laksamana Bentan showcase
95. Pembukaan Caravan Park secara berperingkat di 14 lokasi berikut (RM200 ribu):
i. Pantai Air Papan, Pantai Tanjung Leman, Pantai Sekakap, Pantai Penyabong dan Hutan Lipur Gunung Arong di Daerah Mersing,
ii. Pantai Punggai, Pantai Tanjung Sedili dan Hutan Lipur Panti di Daerah Kota Tinggi,
iii. Hutan Lipur Gunung Pulai, di Daerah Kulai,
iiii. Tanjung Piai di Daerah Pontian,
v. Hutan Lipur Sungai Bantang, di Daerah Segamat,
vi. Hutan Lipur Gunung Ledang di Daerah Tangkak,
vii. Hutan Lipur Gunung Sago di Daerah Batu Pahat,
viii. Hutan Lipur Gunung Belumut di Daerah Kluang.
Johor Islami
96. Pembinaan Hospital Pakar Waqf Johor yang mempunyai 280 katil di kawasan seluas 5.4 ekar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
97. Pembinaan Dewan Serbaguna Waqf Johor yang mempunyai kapasiti untuk 1,500 orang di atas tanah seluas 5.5 ekar di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.
98. Pelancaran Skim Wakaf Saham Larkin Sentral sebagai model bagi membolehkan penglibatan orang ramai dalam mengembangkan peranan institusi wakaf.
99. Pembinaan Sekolah-sekolah Agama Johor Fasa 5 melibatkan pembinaan sebanyak 25 buah sekolah baru keseluruhannya berjumlah RM141.1 juta (2017: RM8 juta):
i. 2 di Muar,
ii. 6 di Kulai,
iii. 4 di Kluang,
iiii. 3 di Tangkak,
v. 6 di Johor Bahru,
vi. 3 di Pontian, dan
vii. 1 di batu Pahat.
100. Kenaikan gaji bulanan bagi 154 orang guru Tadika Islam dari RM800 kepada RM1,000 selaras dengan gaji minimum bulanan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
101. Program Pendidikan Islam Digital akan diteruskan pelaksanaannya oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melibatkan sebuah sekolah di Kluang dan 4 buah sekolah di Johor Bahru (RM2.3 juta).
102. Program Peningkatan Pendapatan Asnaf yang bertujuan untuk membantu mereka berniaga agar mereka dapat keluar daripada kategori asnaf melalui penyediaan 10 unit Lori Penjaja Bergerak (RM3 juta).
103. Program Kesihatan Asnaf akan memperkenalkan satu skim bantuan kesihatan yang baharu khas kepada pesakit jantung. Bantuan ini akan diurus secara kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan 1,000 pesakit Muslim berdaftar sahaja yang akan layak menerima bantuan ini. (RM2 juta).
104. Bantuan-bantuan kesihatan yang lazim seperti pemakanan sihat, dialisis dan lain-lain rawatan perubatan akan diteruskan (RM60 juta).
105. Program Pendidikan Asnaf - meneruskan 9 Skim Bantuan Pendidikan di bawah MAINJ bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan anak-anak Asnaf Zakat dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi melibatkan 70 ribu anak asnaf (RM26.5 juta).
106. Membina baharu dan membaik pulih 11 buah masjid di seluruh Johor, seperti berikut (Kerajaan Persekutuan - RM22.02 juta):
i. Masjid Jamek Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat berharga RM2.22 juta,
ii. Masjid Felda Pemanis Dua, Segamat berharga RM2 juta,
iii. Masjid Jamek Kampung Seri Jaya, Tangkak berharga RM1.5 juta
iiii. Membaik pulih Masjid Al-Taqwa, Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar berjumlah RM200 ribu,
v. Membina Masjid Habib Hassan Alattas di Johor Bahru berharga RM3 juta,
vi. Masjid Parit Kerimon, Benut, Pontian berharga RM1.8 juta,
vii. Masjid Al Mukminin, Jalan Chengal, Bandar Putra, Kulai berharga RM2.6 juta,
viii. Masjid Parit Sulaiman, Pontian berharga RM1 juta
ix. Masjid Jamek Irsyadiah Batu 16 Air Hitam, Muar berharga RM2.5 juta,
x. Masjid Parit Masjid, Pontian berharga RM1 juta,
xi. Masjid Taman Pulai Indah, Kangkar, Pulai berharga RM4.2 juta, dan

Keusahawanan Johor
107. Program Usahawan Digital akan diperkenalkan dengan kerjasama MAGICX, bagi meningkatkan kapasiti dan persaingan dalam kalangan usahawan digital di Johor.
108. Program Inisiatif Jenama Johor (IJJ) akan diperkenalkan bagi menyediakan platform kepada para usahawan memperkenalkan produk mereka sebagai sebahagian indentiti Johor dengan sasaran 20 orang usahawan.
109. Kawasan Perniagaan Berkonsep Youth Fashion and Lifestyle Street di Taman Mutiara Rini yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan fesyen mengikut trend dan jenama terkini.
Johor Local Brand Street di Taman Setia Eco Cascadia, yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan berasaskan produk Negeri Johor.
110. Netpreneur Wanita - Seramai 200 usahawan wanita akan dikenalpasti untuk diberikan kursus strategi pemasaran produk atas talian menggunakan laman sosial dan internet.
111. Indienomics akan memberi perhatian kepada 50 usahawan muda terpilih yang berminat memajukan perniagaan mereka.
112. Johor Corporation akan meneruskan aktiviti keusahawanan BISTARI pada tahun 2017 (RM1 juta).
113. Program Pembangunan Usahawan Belia Islam akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM2 juta yang disumbangkan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan akan dipecahkan kepada 4 program utama, iaitu:
b. Program Bantuan Usahawan Belia Islam, RM1 juta,
c. Program Bantuan Mengembangkan Perniagaan Usahawan Belia Islam (Indienomics Challenge), RM400 ribu,
d. Program Kursus Kewangan dan Rancangan Perniagaan Usahawan Belia Islam, RM500 ribu, dan
e. Program My Home Shop, RM100 ribu
114. Johor Desaprenuers Food & Beverages Product Improvement Program akan dijalankan melalui peruntukan dan kerjasama daripada SME Corp yang akan memilih 100 usahawan IKS untuk dilatih bagi menerima 4 jenis sijil perakuan
115. Program keusahawanan dalam industri perkayuan dengan kerjasama Malaysian Timber Industry Board (MTIB) akan dilaksanakan. Ini termasuklah:
i. Program Pembangunan Vendor melibatkan kerjasama antara KPRJ dan MTIB untuk projek-projek KPRJ termasuklah pembinaan sekolah-sekolah agama di Johor;
ii. Pembangunan Rekabentuk Baru Perabot Sekolah Agama Johor,
iii. Program Rekabentuk Perabot (Branding),
iiii. Latihan praktikal graduan rekabentuk perabot di kilang-kilang perabot yang terletak di Muar, dan
v. Proses sumbang saran (brainstorming) Pembangunan Bangunan Tinggi berasaskan kayu dengan menggunakan teknologi CLT.
116. Program ‘Youth To Biz’ berbentuk Geran Padanan ini diberikan kepada perniagaan yang berkonsepkan ‘Mobile Business’ dan ‘Business Shared Facilities’ di Iskandar Malaysia (RM4.3 juta).
117. Penyediaan Kedai Mampu Milik berharga RM200 ribu seunit, yang akan ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk berniaga dengan sasaran sebanyak 4,850 unit menjelang tahun 2020.
118. Kerajaan Negeri dengan kerjasama SKM akan menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Koperasi Negeri Johor 2017-2021.
Johor Berbudaya
Pelbagai program pembangunan, pemeliharaan dan promosi warisan dan budaya Johor (RM7.95 juta):
119. Penganjuran Festival Antarabangsa Zapin dan Ghazal dalam usaha untuk memelihara dan mengetengahkan warisan Johor selari dengan usaha untuk menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu serantau
120. Program Permata Warisan Johor untuk mencungkil bakat belia di dalam bidang seni dengan penubuhan orkestra.
121. Semarak Seni Muafakat Johor merupakan program yang berteraskan rakyat agar masyarakat terlibat aktif dalam persembahan seni budaya.
122. Insentif RM 200 ribu sebagai galakan kepada persatuan-persatuan sejarah Johor agar terus bergiat aktif dalam menyediakan bahan penulisan ilmiah di Pusat Dokumentasi Johor.
123. Yayasan Warisan Johor 'Summer Camp' akan dijalankan pada 2017. Ia merupakan program kursus kebudayaan jangka pendek sebagai pendedahan awal kepada anak-anak muda berkenaan seni budaya Johor.
124. Penubuhan satu pasukan penyelidik (research team) bagi menyediakan pelan induk atau roadmap, Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa telah dikenalpasti, yang akan diusahakan oleh sekumpulan penyelidik universiti awam (RM250 ribu).
Johor Inovatif dan Digital
125. Perluasan kemudahan Johor Wifi ke luar bandar dengan pemasangan 50 hotspot di daerah-daerah dan tambahan 20 hotspot baharu di kawasan-kawasan PBT sedia ada. Kapasiti kelajuan talian di 135 lokasi Johor Wifi sedia ada dinaiktaraf (RM4.31 juta).
126. Penubuhan Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ)
Mempertingkat Industri Hiliran Sumber Mineral Johor.
Projek ini bertujuan mengenalpasti dan mempertingkatkan sebanyak 10% nilai tambah sumber mineral secara kejuruteraan bagi perkembangan industri hiliran. Ia akan turut mencari peluang industri hiliran bagi industri berasaskan sumber mineral. Kerjasama antara Jabatan Mineral dan Galian dan Jabatan Alam Sekitar (RM50 ribu)
Pengenalan Sistem Pengawasan Pengangkutan Awam Pintar Untuk Negeri Johor.
Membangunkan aplikasi Internet of Things (IoT), kerjasama antara PAJ dan IRDA (RM90 ribu).
e-Pembelajaran untuk Mualaf (e-Mualaf) bagi Institut Latihan Saudara Baru Johor.
Membangunkan satu sistem e-Pembelajaran untuk Mualaf bagi memudahkan mereka mendapat akses pendidikan Islam yang tepat dan berkualiti dengan kerjasama antara MAIJ dan JAINJ (RM50 ribu).
Pengurusan dan Penggunaan Sisa Sawit Yang Lebih Baik
Melaksana proses pengurusan sisa sawit yang menerapkan prinsip Waste-To-Wealth, kerjasama antara J-BIOTECH dan Johor Corporation (RM50 ribu).
Membangunkan Proses Pengayaan Gas Metana Menggunakan Kaedah Anaerobic Sequencing Batch Reactor (ASBR).
Projek ini adalah satu dari kaedah masa depan dalam penghasilan gas metana dari rawatan cecair buangan minyak kelapa sawit, kerjasama antara J-BIOTECH dan Johor Corporation (RM50 ribu).
Membangunkan Platform Atas Talian Untuk Rangkaian Pembangunan Belia Johor.
Projek ini akan melibatkan 2,500 hingga 5,000 belia dan mensasarkan 50 hingga 80 perusahaan IKS di Negeri Johor melalui platform atas talian, kerjasama antara Johor Youth Development Centre (JOYDEC) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (RM50 ribu).
Membangunkan Dasar dan Garis Panduan Senibina Masjid Johor.
Melibatkan lebih 400 masjid di seluruh Negeri Johor dalam membentuk satu dasar dan garis panduan senibina masjid berasaskan senibina Johor dan patuh syariah, kerjasama antara MAIJ, JAINJ dan YWJ (RM80 ribu).
127. Pemberian Insentif setengah bulan gaji semasa kepada semua kakitangan kerajaan negeri Johor dan Ahli dewan Undangan Negeri Johor.
20