Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.
ADUN DAP (Penggaram) yang juga merupakan ketua pembangkang DUN Johor, YB Gan Peck Cheng telah menyuarakan sokongan terhadap Bajet Johor 2017 yang dibentang oleh Menteri Besar Khaled Nordin pada hari khamis lalu.
Dalam ucapannya, beliau berkata tema Belanjawan Johor Berkemajuan Rakyat Sejahtera adalah perancangan belanjawan negeri yang terbaik. Selain itu beliau juga ada memuji apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Khaled Nordin selama ini.
Ini melihatkan bahawa seolah oleh ADUN pembangkang ini setuju bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang terbaik dalam segala hal. Jadi kenapa kita perlu tukar kerajaan jika kerajaan yang ada sekarang ini terbaik.
Jika DAP sendiri kelihatan seperti sudah mati akal dan kehilangan nafsu untuk untuk menjadi kerajaan kenapa kita perlu beri mereka peluang lagi. kita perlu biarkan mereka sebagai pembangkang sahaja sampai bila-bila. Kerana mereka menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan baik selama ni.
Mereka juga tidak pasti sama ada boleh melakukan apa yang telah Menteri Besar Khaled Nordin lakukan selama ini untuk rakyat johor. Adakah kita sebagai rakyat ingin mengambil risiko ini? Adakah kita sebagai rakyat inginkan kerajaan yang seperti ini?