Tuesday, 29 August 2017

PEMBANGKANG DI JOHOR SEDANG MEMBERONTAK

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah mengumumkan secara rasmi jawatankuasa Pakatan Harapan di Johor. Melihat kepada struktur ini, maka inilah muka-muka pemimpin yang hampir pasti bertanding di Johor pada PRU14 yang akan datang.
Pelbagai perkara dilihat daripada pelbagai perspektif apabila jawatankuasa ini diumumkan. Sudah tentu bagi Pakatan Harapan mereka merasakan inilah barisan yang terkuat dalam cubaan menawan negeri Johor.
Agak memeranjatkan apabila Tan Sr Muhyiddin diumumkan sebagai Pengerusi Harapan di Johor. Ini perkara menarik untuk dibincangkan. TSMY kini merupakan Presiden PPBM. Sebuah parti yang paling cetek pengalaman dan tiada tenaga sebagai sebuah parti pembangkang berbanding parti-parti lain.
Parti seperti PKR, DAP dan PAN antara parti yang paling lama dalam perjuangan pembangkang. Malah parti seperti PKR juga lahir hasil daripada perjuangan reformasi yang menentang rejim Tun Mahathir suatu ketika dahulu.
Di Johor sahaja, parti seperti PKR, DAP dan PAN sudah lama menjalankan gerak kerja mereka di Johor. Senang kata, siang dan malam mereka bekerja sepenuh hati sebagai totok pembangkang. Nampak janggal apabila TSMY mewakili PPBM yang hanya mempunyai satu sahaja wakil di DUN Negeri Johor dipilih sebagai pemimpin de facto untuk menawan Johor.
Sedangkang, parti pembangkang yang lain mempunyai kerusi yang lebih banyak dan lebih berpegalaman. Contohnya DAP mempunyai 13 wakil rakyat manakala PKR dan PAN masing-masing mempunyai 1 wakil rakyat.
Pengumuman TSMY sebagai Pengerusi Harapan Johor benar-benar menjatuhkan air muka pemimpin seperti Aminolhuda, Hassan Karim, Salahuddin Ayub yang jauh lebih layak memimpin pembangkang di Johor. Ia jelas menggambarkan bahawa pembangkang di Johor sebenarnya tidak mempunyai calon pemimpin yang boleh ditonjolkan kepada rakyat. Mereka akhirnya terpaksa menagih kudrat TSMY semata-mata mahu mendapatkan sokongan di Johor.
Oleh sebab itu, apabila TSMY diumumkan sebagai Pengerusi Harapan di Johor rata-rata pelantikkan ini seperti tidak disambut oleh sebahagian besar pemimpin pembangkang di Johor. Semak dan lihatlah di mana portal berita, tiada satu pun pemimpin menyambut penuh gembira pelantikan TSMY. Kecuali hanya satu parti yang bersorak gembira, parti DAP.
DAP melihat kemasukkan TSMY ke dalam pembangkang sebagai satu bonus pada mereka. DAP seakan-akan sudah meraikannya awal. Pada 15 Ogos, Ahli Parlimen kontroversi Kluang melalui Roketkini mengumumkan TSMY sebagai Pengerusi Harapan Johor sedangkan struktur ini hanya diumumkan secara rasmi pada 23 Ogos yang lalu. Ia merupakan satu perancangan tersusun Dap tanpa persetujuan pemimpin pembangkang di Johor.
Melihat TSMY dan PPBM yang membawa imej parti Melayu menjadikan tugas DAP semakin mudah untuk memanipulasi pengundi Melayu di Johor. Strategi ini jelas menunjukkan DAP tidak merasakan rakan pemimpin yang lain tidak mampu membawa impak kepada Pakatan Harapan di Johor.
Perlu diingat, pelantikan TSMY sebagai pemimpin pembangkang utama di Johor merupakan satu kesilapan yang cukup besar. Beliau bukan individu yang mampu membawa tsunami politik di Johor. Bukan juga pemimpin yang mampu untuk menembus tembok permuafakatan yang utuh di Johor.
TSMY kembali ke semula ke Johor dengan imej dan kredibiliti yang cukup buruk sewaktu menjadi Menteri Besar Johor dahulu. Ditambah, Sultan Johor juga secara terang murka ketika beliau memimpin Johor. Beginikah kualiti dan sosok seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk memimpin Johor?
Sudah tentu kehadiran TSMY ke Johor menggambarkan bahawa wakil rakyat dan pemimpin pembangkang di Johor benar-benar rasa tidak dihargai di Johor. Paling tercabar dengan lantikan TSMY ini sudah tentu Salahuddin Ayub. Sejak beberapa bulan ini, beliau dilihat kerap muncul di Johor dan cuba menjadi juara dalam pelbagai isu yang cuba pembangkang mainkan di Johor.
Hinggakan pada satu ketika, Salahuddin sendiri tanpa segan silu mencadangkan diri beliau sendiri untuk jawatan Menteri Besar Johor. Sudahnya, Salahuddin Ayub bukan sahaja tidak dilantik sebagai Pengerusi Harapan Johor malah hanya dilantik sebagai sebagai Pengarah Pilihan Raya Harapan Johor.
Salahuddin Ayub juga seharusnya sedar. Beliau seolah-olah sedang dimalukan di Johor. Bukan oleh parti lawan, tetapi oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan sendiri. Sebagai Timbalan Presiden PAN Pusat, maruahnya sedang dirobek. Malah Aminolhuda Hassan yang juga seteru Salahuddin Ayub mendapat jawatan yang lebih tinggi sebagai Timbalan Pengerusi Harapan Johor.
Akhirnya jelas. Lantikkan TSMY sebenanrya membawa badai kepada pembangkang di Johor. Beliau dan DAP sebenanrnya sedang memalukan pimpinan pembangkang di Johor ayas segala usaha dan keringat mereka.
Jangan pernah lupa, Pengerusi Harapan Johor ini ialah totok UMNO. Ditoreh tangannya TSMY, nescaya darah UMNO yang keluar. Bukan rakyat yang cakap. TSMY yang cakap.

Fikri Allaudin
Aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor

Wednesday, 23 August 2017

JOHOR YANG MATANG BUKAN JOHOR CIPTAAN PAKATAN HARAPAN.

Terlebih dahulu tahniah kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagi negeri Johor. Kini beliau mengetuai gerakan pembangkang di Johor.

Saya amat kagum dengan dasar dan pendekatan PH. Mereka melantik pemimpin bukan atas dasar prinsip dan merit. 

Menunjukkan betapa ghairahnya mereka untuk menakluk kuasa pemerintahan di Johor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Perasaan kagum bercampur hairan ini lahir kerana hanya ada dua wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor. Setiap satu untuk kerusi di Parlimen dan DUN. 

Umum juga mengetahui bahawa kerusi PPBM di Johor dimenangi atas tiket UMNO/Barisan Nasional. Bermakna, mereka menang bukan atas asas merit, apatah lagi kepercayaan rakyat kepada institusi ataupun parti baru mereka kini.

Berbeza parti pembangkang yang lain. Yang menang di kawasan masing-masing atas asas merit (kecuali beberapa wakil PAN yang melompat dari PAS). Dan yang paling utama, mereka mempunyai bilangan kerusi yang lebih banyak berbanding rakan mereka dari PPBM.

Berbalik kepada pandangan YB Tan Sri Muhyiddin yang mengatakan bahawa Johor kini sudah matang. Kali ini saya ingin mengambil ketetapan untuk bersetuju dengan pandangan YB Tan Sri tersebut, atas beberapa faktor seperti di bawah.

Pertama. Ekonomi negeri Johor kini memang sudah matang, berbanding ketika YB Tan Sri menjadi Menteri Besar pada sekitar 1990-an. Matang dari segi pembangunan ekonominya sehingga menjadikan Johor negeri pilihan utama pelabur, berbanding Selangor dan Pulau Pinang. Ratusan ribu peluang pekerjaan baharu diwujudkan. 

Limpahan ekonomi dirasai rakyat di setiap peringkat dan golongan. Kadar kemiskinan di Johor kini berada pada kadar sifar peratus dan pendapatan rakyat melebihi kadar purata di peringkat nasional.

Apatah lagi semua kecemerlangan ekonomi dan kejayaan pembangunan di negeri ini tidak dapat dikecapi tanpa perancangan yang progresif dan tersusun hasil kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin dan barisan kepimpinan di negeri Johor.

Kedua. Pemikiran rakyat dan daya intelektual bangsa Johor kini juga sudah bertambah matang. Kesan dan hasil daripada usaha berterusan kerajaan sedia ada memperjuangkan agenda pendidikan dan pembangunan modal insan. 

Majoriti rakyat di Johor kini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Lahir dari puluhan institusi pendidikan yang berkualiti. Kemahiran dan produktiviti kebanyakan rakyat juga makin meningkat. Terus menjadi penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negeri. 

Aspek rohani dan pembentukan sahsiah bangsa tidak sesekali dilupai. Jumlah sekolah agama kini melebihi 570 buah di serata negeri.

Ketiga. Kualiti hidup dan tahap kesejahteraan rakyat di Johor kini juga sudah bertambah matang. Rakyat kini berpeluang memiliki rumah sebagai tempat berteduh dan membina kehidupan berkeluarga. Kemudahan awam dan infrastruktur asas juga bertambah baik dan matang. 

Baik yang duduk di kampung mahupun di bandar. Banyak juga kawasan penempatan setinggan yang telah diberi hak milik. Berbanding di era 1990-an yang banyak setinggan terpaksa diusir, dan tanah mereka diberikan kepada pemaju dan diswastakan. 

Integrasi jaringan pengangkutan awam di Johor juga bertambah baik. Rakyat kini berpeluang menaiki bas menuju ke pelbagai destinasi secara percuma. 

Kemajuan teknologi dirasai semua golongan dengan penyediaan wi-fi percuma di seluruh negeri. Kualiti air yang keluar dari setiap pili dan paip di setiap rumah juga bersih dan jernih. Rakyat bangsa Johor yang berbilang kaum hidup aman, damai dan sejahtera.

Kematangan yang dicapai oleh negeri Johor pada hari ini tidak berlaku secara automatik mahupun secara tiba-tiba. Ianya berlaku dan berjaya dicapai hasil perancangan rapi, pelaksanaan dan komitmen jitu, selain ‘political will’ kepimpinan dalam kerajaan sedia ada dalam semua perkara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Dan inilah takrifan sebenar Johor yang sudah matang. Rakyat Johor juga bijak menilai dan melihat pembangkang di Johor. 

Melihat mereka yang lebih banyak bercakap daripada bekerja. Mereka yang lebih banyak mengkritik tetapi tidak pernah membentangkan pelan yang lebih baik. Mereka yang lebih suka melihat Johor itu terus lemah berbanding melihat Johor itu kuat dan berjaya.

Selamat kembali TSMY,bekas MB Johor yang gagal ke negeri Johor. Johor tidak pernah lupa.

Fikri Allaudin
Aktivitis Persatuan Pemikir Muda Johor

KAMPUNG PUTERI MENANGIS NAIB JUARA ANUGERAH DESA PERDANA



Syukur Alhamdulillah Kpg Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian menjadi Naib Juara Anugerah Desa Perdana 2017 utk kategori Kpg Tradisi. Juara ialah Kpg Baru Kemasik, Kemaman, Tereongganu.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB DS Najib & YB DS Ismail Sabri Menteri KKLW di Dwn Tun Razak 1, PWTC, KL petang Selasa 22/8/17. Saya & Tn Hj On DO Pontian turut hadir bersama semua Ketua Kpg & semua Tok Penghulu.

YAB PM juga mengumumkan insurance khas kpd JKKK/JKKP/JKK Org Asli & Kad khas kpd JKKK/JKKP/JKKOA sbg pengiktirafan kepada kerja baik mereka selama ini untuk membangunkan kpg masing-masing.

Juara kategori Kpg Org Asli pula ialah Pengkalan Tereh, Sembrong, Johor. Logiknya sukar untuk 2 kategori dimenangi oleh negeri yg sama. Sebelum ini Kpg Permatang Duku, Benut, Pontian pernah menjadi Juara Anugerah Desa Lestari peringkat kebangsaan. Kpg Puteri Menangis adalah kpg kedua yang berjaya dlm kws Pontian di peringkat nasional. Terbaik !

Naib Juara menerima hadiah rm50 ribu tunai dan rm250 ribu berbentuk projek. Saya menaja 3 buah bas penduduk Puteri Menangis utk hadir ke Majlis penting ini. Sempat makan tengahari bersama mereka di Auditorium Bgn UMNO, PWTC. Saya berpesan bahawa kita telah berusaha dan berdoa, maka bertawakallah kepada ketentuan Allah.

Anugerah Desa Cemerlang ADC peringkat Parlimen Pontian adalah acara tahunan yang akan diteruskan pada tahun ini. Hadiah juara ialah rm25 ribu tunai dan rm150 ribu projek. Kpg Puteri Menangis pernah menang ADC parlimen sebelum ini. Tok Penghulu sedang membuat senarai pendek 2 kpg terbaik peringkat mukim untuk finalalist 10 kpg dari 5 mukim dalam kawasan parlimen Pontian.

Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Kpg Puteri Menangis. Terima kasih juga kepada Dato Hasni dan semua jabatan yang terlibat. Terima kasih khusus kpd Tuan DO Hj On, Tok Penghulu Zulkifli, ketua kpg Hj Ahmadon, ketua cawangan Sdra Sapari dan KEMAS Daerah Pontian.

"Puteri tidak menangis lagi" (walau Naib Juara) sebab bukan mudah utk menang daripada 16,000 kpg di seluruh negara dan 22,000 kpg jika termasuk kpg rangkaian. Sesuatu yang menarik di kpg kita ada Sekolah Kebangsaan Seri Senang Hati. Teruskan senang hati dan jangan menangis lagi. Teruskan kecemerlangan kpg kita untuk selamanya, menjadi contoh terbaik kepada semua.


Tuesday, 22 August 2017

PEJABAT SUK SELANGOR DISERBU SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) milik kerajaan Selangor bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.
Sepasukan 5 anggota SPRM dari Putrajaya berpakaian seragam tiba dengan 2 kenderaan rasmi di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan SUK di sini kira-kira 10.50 pagi tadi, sebelum naik ke tingkat 14.
Kunjungan SPRM ini hanya kurang sejam selepas serbuan di Unisel di Bestari Jaya dan Shah Alam, serta pejabat Jana Niaga.
Sumber memberitahu FMT, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kini di Mekah untuk mengerjakan haji, menyebabkan SPRM mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain.
Pada 25 Julai, MBI mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.
MBI sebelum ini menafikan membuat bayaran RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel berlaku salah.
Menurutnya, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar.
Susulan itu, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan MBI bila proses timbangtara dengan Jana Niaga akan dilakukan.
Ia selepas MBI menyatakan terdapat proses untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu.
Rizal meminta MBI menyatakan siapa yang terlibat dalam timbangtara itu, sambil berkata Unisel tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga, merujuk kepada dakwaan sebuah blog.

Monday, 21 August 2017

SEKOLAH AGAMA JOHOR TERUS DIBANGUNKAN

Komitmen berterusan Kerajaan Negeri dengan membina lebih banyak Sekolah Agama di negeri ini berjaya mencapai hasrat menjadi sebuah negeri yang Islami.
Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata kejayaan itu juga menyumbang kepada hasrat melahirkan masyarakat Melayu Islam Johor yang sangat bersederhana.
“Melalui sistem pendidikan agama yang berusia lebih 100 tahun, ia menyaksikan sistem itu berjaya menyumbang kepada menjadikan Johor negeri yang Islami serta masyarakatnya yang bersederhana.
“Jika tidak bersederhana masyarakat akan bermasalah kerana ia mengajar untuk kita saling hormat-menghormati, bertoleransi dan membantu pihak yang susah tanpa mengira apa juga latar belakang.
“Maka, inilah sumbangan Kerajaan Negeri yang akan terus diberikan tumpuan dan menjadi agenda utama bagi memastikan negeri Johor akan terus menjadi negeri yang Islami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor bagi Parlimen Pulai di Sekolah Agama Taman Anggerik, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abdul Mutalip Abdul Rahim; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Abd Razak Mohd Yusoff.
Beliau berkata hasrat menjadi sebuah negeri Islami bukan sekadar terletak apabila siapnya pembinaan sekolah agama, tetapi ia juga adalah selari dengan kehendak masyarakat.
“Kita ingin menyedarkan masyarakat terutama anak-anak kita yang beragama Islam supaya menjadi insan yang patuh, bertakwa dan terus kekal berada di jalan berlandaskan agama Islam.
“Maka, tidak mungkin kita dapat lakukannya kalau kita tidak mempunyai sistem pendidikan agama yang tersusun dan kemas seperti sekolah agama yang kita bina hari ini.
“Atas sebab itu kita akan memasuki fasa ke-5 pembinaan 30 buah sekolah agama
yang akan diserahkan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada majlis tersebut, tiga buah sekolah di Parlimen Pulai menerima kunci bangunan sekolah masing-masing.
Ia melibatkan Sekolah Agama Taman Anggerik dengan kos pembinaan sebanyak RM4.499 juta, Sekolah Agama Bukit Mewah sebanyak RM3.832 juta dan Sekolah Agama Taman Impian Emas sebanyak RM7.681 juta.

Friday, 18 August 2017

Johor MB aims for society-driven state

Johor Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin intends to instill volunteerism and charity as part of the Johor people’s culture, and not just as seasonal acts.
Mohamed Khaled said that the aim is to make volunteerism and charity as a way of life in Johor especially among the youth.
“All parties must think of kind acts that they can contribute to the people and to the state. All sides must come forward and contribute.
“We want Johor to be a state moulded and moved by the community and that does not depend fully on the government. A state driven by society,” he said when launching the Pertubuhan Ihsan Johor (Ihsan Johor) at KSL Resort Hotel here today.
Ihsan Johor, a non-government organisation (NGO) established in May 2016, is the brainchild of Mohamed Khaled.
Mohamed Khaled, who is also the Permas assemblyman, said that the Johor state government will also introduce a new agenda for next year, making next year as “a year of giving”.
“We will ensure that Johor and its community are generous to donate to those in need.”
Mohamed Khaled also announced a RM500,000 donation to Ihsan Johor as a sign of support and gratitude from the state government to the NGO’s cause.
He also said that the state government has agreed to contribute to the building of 20 houses this year under the Ihsan Johor programme, building houses for those really in need.
“And next year we agree to contribute 30 houses through Ihsan Johor,” added Mohamed Khalid.
Earlier, Ihsan Johor founding president Suhaimi Salleh said that the NGO has amassed RM1.5 million in donations from corporate bodies and individuals.
Suhaimi welcomes any organisations that want to collaborate with the NGO for charity projects or wish to donate to the body.
He also welcomes the community to be part of Ihsan Johor volunteers, dubbed the Ihsan Johor Rangers.

‘MALAY TSUNAMI’ an Opposition fantasy, says UMNO

The Opposition is daydreaming of capturing Putrajaya through a ‘Malay tsunami’, said the head of Special Affairs Department (Jasa) Mohd Puad Zarkashi.
Branding the ‘Malay tsunami’ talk as a psychological war from the Opposition, Puad, who is also an Umno supreme council member, said that DAP was diverting attention from the corruption scandal that has hit the DAP-led Penang government.
“Actually, the Malay tsunami will hit Pakatan Harapan as the Malays are losing confidence with the coalition that is being used as a puppet by DAP,” he said, adding that losing PAS as coalition partner had severely hit Pakatan Harapan’s Malay support.
In an apparent jibe at Umno splinter Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Puad said that he doubted the party could cause a Malay tsunami during GE14.
“There’s no possibility of a Malay tsunami when PPBM led by (Dr) Mahathir (Mohamad) failed to attract the Malay support.
“It is understood that PPBM has only 29,000 members. There’s no way that Malay tsunami would happen,” Puad, who is also Batu Pahat Umno division chief, said in a WhatsApp reply to Berita Daily.
He was commenting on DAP supremo Lim Kit Siang’s statement on Tuesday that Pakatan Harapan can win three more states in GE14 — Perak, Negeri Sembilan and Johor — should a 10% swing in the Malay votes along with 5% more non-Malay support go to the coalition.
Lim also said the Malay tsunami, which Pakatan is banking on to win Putrajaya, would see the coalition win 113 parliamentary seats nationwide to form the federal government.
Malays marginalised
Another Umno supreme council member Ab Aziz Kaprawi said that the Malays of Johor have seen how the Malays were marginalised by the Penang government in the northern state and will not vote for the DAP-led Opposition bloc in the next election.
He said even the PKR Malay rep, the Penanti assemblywoman Dr Norlela Ariffin, herself fumed over the treatment she received from the state government.
“So I believe that Johor Malays see what is happening and wouldn’t want to share the same fate,” said the Sri Gading lawmaker when contacted by Berita Daily.
He said Lim’s statement was his own assumption that the Malays will side with the Opposition.
The Malay tsunami, according to Ab Aziz, who is also the Sri Gading Umno division chief, is an attempt by the DAP to divide the Malay community.
“He has succeeded in breaking PAS into two (that gave birth to Amanah). Now he (Lim) wants to break Umno too. That is why he is in cahoots with Mahathir and also Muhyiddin (Yassin) despite the Opposition supporters’ hatred towards Mahathir.
“Lim wants the Malays to be divided, that is his goal. Then it will be easier for the DAP to take over the country’s leadership,” stressed Ab Aziz.
BN’s proven track record
Meanwhile, the people of Johor have been urged to vote against the Opposition bloc as it merely wanted to win seats to form the state government after the 14th general election, without serving the rakyat.
Johor Health, Environment, Information and Education Committee chairman Ayub Rahmat said that Johoreans can judge the performance of the BN state government led by the Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin since 2013.
Ayub said that the state government has recorded a surplus budget since 2013 and has proven that it is capable and effective in developing Johor.
“The state government has financial muscle. Through the surplus budget, Khaled has executed multiple projects that bring benefits to the people of Johor.
“I hope that the Malays can think ahead of the fate of the race. The Opposition only want to win seats for their own benefits, and not to serve the people,” Ayub said in a WhatsApp reply.
In his statement yesterday, Lim, who is also the Gelang Patah MP, said that Pakatan Harapan could win 39 state seats in Perak, 19 state seats in Negeri Sembilan and 36 state seats in Johor, through the Malay tsunami.
Johor offers 26 parliamentary seats and 56 state seats.

Thursday, 17 August 2017

JOHOR FUTURE DAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI ANAK MUDA JOHOR


Anak-anak muda dilihat masih lagi menyokong dan ingin bersama dalam setiap program kerajaan walaupun ada sesetangah pihak mengatakan bahawa anak muda sudah membenci kerajaan. Dalam beberapa program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor baru-baru jelas menunjukkan bahawa anak muda masih berminat terhadap program-program kerajaan.

Sebagai contoh dua program terbaru JOHOR FUTURE 2.0. Seramai lebih 3,000 orang anak muda bersama dalam program itu di Johor Bahru dan lebih 2,000 orang anak muda pula di Pontian. Mereka masing-masing menyertai aktiviti seperti larian, berbasikal, kecegasan, free market dan banyak lagi.

Manakala didalam program sukarelawan di setiap DUN pula. Anak muda bersama pasukan sekarelawan membaik pulih 5 buah rumah di setiap DUN dengan sasaran 300 buah rumah keseluruhannya.
 

Melihat sambutan ini kerajaan negeri menjangka lebih 30,000 anak muda akan bersama diseluruh Negeri Johor dalam setiap program kerajaan.

Sunday, 13 August 2017

LIM GUAN ENG MAKAN CILI KE ?

Reaksi balas Ketua Menteri Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa beliau terkesan dengan kenyataan Menteri Besar Johor baru-baru ini. Benarlah kata pepatah, Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.
Melihat kepada kenyataan terbaru beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mengakui bahawa Pulau Pinang kini memang tandus dengan nilai dan identiti bangsa & agama. Ini kerana, takrifan nilai dan identiti bangsa & agama di Pulau Pinang disamatarafkan dan disandarkan dengan jumlah angka peruntukan tahunan semata-mata.
Bagi kami di Johor, soal identiti sebagai sebuah bangsa dan agama ianya menjangkaui dari nilai - nilai yang boleh disukat oleh angka. Ianya tidak semurah wang ringgit. Tidak sama sekali boleh disamakan dengan apa jua bentuk material.
Bagi kami di Johor, senantiasa memikirkan dan berusaha untuk mencari formula, cara, pendekatan, serta strategi di dalam membentuk dan membangunkan nilai, identiti dan ketamadunan sebagai sebuah bangsa yang bermaruah.
Bangsa yang sentiasa berpegang kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan masing-masing sebagai asas kepada bangsa yang harmoni, sejajar dengan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Ianya supaya, perjalanan perjuangan membentuk sebuah ketamadunan bangsa tidak kosong dan songsang dengan fitrah semulajadi manusia.
Untuk itu, kami bertegas bahawa Johor sememangnya tidak akan dibiarkan menjadi Pulau Pinang kedua. Yang tandus dengan nilai, identiti dan ketamadunan akibat amalan dan pendekatan Kerajaan Negeri pimpinan DAP yang kononnya liberal lagi menindas.
Di Johor, kami tak sanggup menjadi Pulau Pinang kedua dengan usaha-usaha berikut:-
Orang Melayu akan terus hidup dan kekal tinggal di bandar. Untuk itu, setiap permasalahan penempatan setinggan diselesaikan dengan pemberian geran dan hak milik tanah kepada penduduk yang layak. Ini tidak berlaku di Pulau Pinang apabila satu demi satu penempatan setinggan akhirnya diusir oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk dijayakan agenda pembangunan berorientasikan keuntungan.
Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri Johor sedang giat berusaha untuk memastikan rumah-rumah mampu milik terus terbina termasuk dalam kawasan bandar. Data terkini menunjukkan sejak 2013, Kerajaan Negeri Johor telah berjaya memastikan lebih 11,300 buah unit rumah mampu milik terbina di seluruh pelusuk negeri Johor, yang mana harganya pula dikawal melalui pelaksanaan dasar dengan harga maksimum RM150,000.
Rizab Melayu di Johor kini hampir mencecah 30% daripada keluasan keseluruhan negeri. Komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk terus memelihara kepentingan orang Melayu dalam soal pegangan ekuiti hartanah di negeri ini.
Formula penyelesaian masalah setiap kaum di Johor pula pendekatannya tidak berasaskan konsep SAMA-RATA. Amalan yang diguna pakai adalah berasaskan ADIL DAN SAKSAMA. Bermakna, penyelesaian kepada permasalahan setiap kaum dinilai mengikut keperluan dan kepentingan setiap mereka. Bukannya one fits all solution semata-mata.
Samalah seperti di republik Singapura. Walaupun hak dan soal kepentingan orang Melayu tercatat dalam perlembagaan, namun ianya sekadar catatan tanpa sebarang makna kerana ianya tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk dasar dan pelaksanaan untuk membela nasib orang Melayu di negara republik itu. Dan inilah yang sedang dan sebenarnya cuba dilakukan di Pulau Pinang.
Ternyata, sikap defensif pimpinan negeri dan pendekatan tidak mengaku salah DAP dalam kes dakwaan rasuah terbaru melibatkan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga merupakan satu cerminan kepada ketandusan nilai dan identiti yang menjadi amalan mereka di Pulau Pinang.
Suka saya tegaskan bahawa ianya ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus walhal di dalam perihal integriti Ketua Menteri dan Exco kesayangannya, kini berdepan dengan dakwaan kes rasuah dan salah guna kuasa dan kedudukan.
Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor.

LIM GUAN ENG PANAS HATI DENGAN UCAPAN MB JOHOR


Akhir-akhir ini, ucapan Menteri Besar Johor, YAB Dato Mohamed Khaled Nordin mendapat liputan meluas dan sering kali menggegarkan kubu pembangkang, khususnya DAP. Selepas Akmal Nasir yang menjadi cacing kepanasan dek ucapan beliau di Johor Bahru semasa Konvensyen BN akhir bulan lalu, kini ucapan Khaled Nordin di Pagoh menjadikan Lim Guan Eng pula panas telinga. Tanpa berfikir panjang, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terus melatah dan menyelar  kononnya dakwaan Khaled bersifat perkauman dan tidak berasaskan fakta.

Dalam ucapan beliau ketika Persidangan UMNO Bahagian Pagoh itu, Khaled menegaskan Johor akan terus menjadi negeri maju dengan mengekalkan nilai-nilai Islam tanpa terperangkap dengan agenda liberal yang dibawa oleh DAP. Beliau memberi amaran bahawa Johor bukan Pulan Pinang kedua dan Johor tidak akan menjadi Pulau Pinang Kedua.

Khaled menggariskan beberapa hujah bagi menyokong dakwaannya. Antaranya kerana banyak perkara di Pulau Pinang dilihat terlalu liberal sehingga menghakis nilai hidup beragama dan berbudaya. Malah, kebanyakan perkara, menurut Khaled, diukur hanya dengan wang ringgit.

Yang mencuit hati kita adalah jawapan melulu dari Guan Eng. Selain tidak menjawab soalan, jawapan beliau sebenarnya semakin membuktikan dan membenarkan kebenaran kata-kata Khaled. 

Terdapat 6 kesilapan yang memalukan dalam jawapan melulu Guan Eng.

Pertama, dengan menyenaraikan peningkatan 84% peruntukan kewangan Kerajaan Negeri kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, iaitu RM457 juta untuk tempoh 2008-2015, jelaslah bahawa di mata DAP, kayu ukur sebenar pembangunan dan usaha mempertahankan agama hanya disandarkan dan dinilai dengan melihat seberapa banyak jumlah wang ringgit yang ditaburkan. Guan Eng nampaknya berpendirian, semakin banyak wang diberikan maka semakin baiklah usaha memartabatkan kehidupan berbudaya dan beragama. 

Kenyataan tersebut bukan sahaja tidak mematahkan alasan Khaled, malah menyerlahkan pemikiran materialistik Guan Eng yang kini seolah-olah mahu meletakkan harga dan ukuran ringgit pada semua perkara, termasuklah urusan agama.

Johor Sebagai Penang Kedua Idea Kit Siang

Kedua, kenyataan Khaled hanyalah rumusan kepada segala dakwaan yang pernah dibuat oleh DAP sendiri. Guan Eng lupa atau barangkali berlakon lupa bahawa idea mahu menjadikan ‘Johor sebagai Pulau Pinang Kedua’ adalah idea dan kenyataan asal oleh Lim Kit Siang pada 17 Jun 2017, yang turut dilaporkan oleh portal Malaysiakini; Kit Siang pushes for Johor as second 'Penang' in GE14. Pastinya Guan Eng tidak perlu diperkenalkan dengan siapa Kit Siang, melainkan kerana nafsu politik, kedua-dua beranak ini sudah tidak berhubung dan saling bertanya khabar.

Yang pastinya, kenyataan Khaled bukan rekaan atau dakwaan tidak berasas. Jawapan balas Guang Eng itu yang ibarat meludah ke langit. Atau lebih tepat meludah ke muka bapanya sendiri.

Ketiga, benarkah kebajikan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang benar-benar terjaga? Mari kita berikan beberapa fakta untuk Guan Eng hadam.

Pada 4 Mei 2016, melalui portal Malaysiakini, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk mendakwa keseluruhan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.41% dan peratusan itu dipercayai semakin mengecil. Prof. Emeritus Datuk Hood Salleh pula mendakwa bahawa pembangunan dan pemodenan di Pulau Pinang dilaksanakan dengan begitu terburu-buru sehingga melenyapkan kewujudan perkampungan Melayu.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff, mendedahkan terdapat kajian yang membongkar bahawa kebanyakan orang Melayu telah pun kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka dibina di atas tanah milik orang bukan Melayu seperti di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas. 

Pada masa yang sama, Edwin Michael yang merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman menyelar tindakan kepimpinan DAP Pulau Pinang yang gemar menyalahkan BN dan UMNO di atas kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang. Beliau turut mengkritik penjualan tanah secara drastik dan pengurusan ekonomi yang tidak mapan melalui penulisan yang disiarkan Free Malaysia Today pada 18 November 2014.

Jadi, benarkah orang Melayu Islam di Pulau Pinang benar-benar terbela? Sehingga ke hari ini, apakah dasar intervensi khusus Pulau Pinang kepada orang India di sana?

Keempat, memandangkan Guang Eng melihat kesungguhan mempromosikan kehidupan seimbang, berbudaya dan beragama itu dari perspektif wang ringgit, ada baiknya kita menyemak peruntukan dan sumbangan Kerajaan Negeri Johor dalam perkara ini dengan menilai 10 fakta berikut.

Pertama, melalui pengenalan Agenda Besar Johor Islami, Kerajaan Negeri Johor tidak menjadikan pengembangan syiar Islam sebagai satu usaha statik dan bersifat sehala. Titik sentuhan Bajet Johor 2017 memperuntukkan bahawa inisiatif yang diambil mestilah holistik. Agenda Johor Islami ini menerima peruntukan keseluruhan mencecah RM470 juta. 

Kedua, Johor telah memperkenalkan Tabung Waqf Rakyat Johor yang dilancarkan oleh Baginda Sultan Johor bagi pembinaan Hospital Pakar Waqf Johor yang mempunyai 280 katil di kawasan seluas 5.4 ekar serta pembinaan kemudahan awam yang lain seperti Dewan Serba guna Waqf Johor yang mempunyai kapasiti untuk 1,500 orang di atas tanah seluas 5.5 ekar. 

Ketiga, Johor memperuntukkan sebanyak RM141.1 juta bagi pembinaan sekolah-sekolah agama Johor fasa 5 yang melibatkan pembinaan sebanyak 25 buah sekolah baru di seluruh negeri. Keempat, Johor mempunyai hampir 600 buah Sekolah Agama Johor. Kelima, inisiatif kenaikan gaji bulanan bagi 154 orang guru Tadika Islam selaras dengan gaji minimum yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Keenam, Johor memperuntukkan RM2.3 juta bagi Program Pendidikan Islam Digital oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang melibatkan 4 buah sekolah, yang tidak ada di Pulau Pinang.

Ketujuh, sebanyak RM2 juta diperuntukkan oleh Johor bagi Program Kesihatan Asnaf dengan memperkenalkan satu skim bantuan kesihatan yang baharu khas kepada pesakit jantung. Bantuan ini akan diurus secara kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN), dan tidak ada di Pulau Pinang. Kelapan, terdapat sebanyak RM60 juta bantuan kesihatan yang lazim seperti pemakanan sihat, penyediaan kemudahan dialisis dan lain-lain rawatan perubatan pakar. Program sebegini juga tidak ada di Pulau Pinang.

Kesembilan, sebanyak RM26.5 juta diperuntukkan di bawah Program Pendidikan Asnaf dengan 9 Skim Bantuan Pendidikan di bawah MAINJ bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan anak-anak asnaf dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi yang melibatkan 70 ribu orang anak asnaf.

Kesepuluh dan terakhir, Johor memperuntukkan sebanyak RM22.02 juta bagi membina dan membaik pulih 11 buah masjid di seluruh Johor. 

Terbaharu, sebagai fakta bonus, Kerajaan Negeri memperuntukkan subsidi sebanyak RM25.6 juta bagi membina Taman Perbadanan Islam Datin Halimah yang dijual pada harga RM139 ribu sahaja seunit  dan Taman Perbadanan Islam Stulang Baru (PKJ A) yang dijual pada harga RM42 ribu sahaja seunit. 

Tidak cukup dengan itu, Johor akan terus membina sehingga 60 ribu rumah mampu milik Johor menjelang 2020. 

Jika benar Pulau Pinang serius dalam menjaga kebajikan orang Islam Melayu, Guan Eng harus tunjukkan berapa banyakkah rumah mampu milik berharga RM42 ribu yang telah dibina untuk orang Melayu dan orang Islam di sana.

Kepimpinan Berkesan

Kelima, Guan Eng mendakwa Johor kini ditadbir oleh pemimpin yang kurang berkesan lalu beliau menyatakan Johor akan lebih baik jika dipimpin oleh Muhyiddin Yassin dari Bersatu.  Perkara ini amat menggelikan hati. Kenyataan tersebut nyata merupakan isyarat jelas Guan Eng bahawa DAP akan hanya menyokong calon Bersatu berbanding Salehuddin Ayub dari PAN yang kini khabarnya turut mengidamkan jawatan yang sama.

Lebih penting, Guan Eng terlupa menyemak sejarah. Muhyiddin Yassin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari 1986 sehingga 1995, dan prestasi beliau adalah tidak baik dan berkesan daripada kepimpinan terkini. 

Faktanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri pernah menitahkan bahawa pembangunan negeri Johor amat berbeza jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu. Malah, Baginda pernah menyifatkan Muhyiddin sebagai sombong dan angkuh. 

Faktanya, Anwar Ibrahim juga pernah mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha sama dengan syarikat dari negara luar untuk menukar status tanah di Johor. Dakwaan tersebut terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya dan ada dikeluarkan dalam blog Anwar Ibrahim sendiri pada Ogos 23, 2009. Sungguh menghairankan bagi seseorang yang mementingkan fakta seperti Guan Eng, sebaik sahaja Muhyiddin menyertai pembangkang, Lim Guan Eng menjadi orang pertama yang membuang fakta dan melupakan segala kritikan dari Ketua Umum PKR yang kini dinaungi mereka dalam Pakatan Harapan.

Kita tidak pasti di Pulau Pinang, tetapi di Johor, inilah yang dinamakan lidah bercabang. 

Keenam, tidak puas dengan cerita peningkatan 84% peningkatan peruntukan kepada Majlis Agama, Guan Eng turut menyenaraikan seribu satu pencapaian Pulau Pinang yang kononnya lebih baik dari Johor. Berikut merupakan beberapa fakta lagi untuk dicerna oleh Guan Eng. 

Guan perlu meneliti fakta-fakta berikut.

Faktanya, rizab negeri Johor kini melebihi RM3 bilion, iaitu hampir 2 kali ganda rizab Pulau Pinang. Faktanya, Johor mencatatkan kemasukan pelaburan dalam pembuatan tertinggi di Malaysia selama 4 tahun berturut-turut dari 2013-2016 dengan pelaburan berjumlah RM66.6 bilion, iaitu 6 kali lebih tinggi dari Pulau Pinang!

Faktanya, Johor mencatatkan agihan pendapatan kedua terbaik di Malaysia dengan bacaan pekali Gini 0.324. Faktanya, Johor berada di tangga kelima dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar berbanding Pulau Pinang di tangga ke 14, iaitu kedudukan ketiga terakhir. Faktanya, Johor merupakan negeri pertama mempunyai Sistem Pemetaan Digital Jalan Kampung. Faktanya, Johor adalah negeri pertama membina taska OKU.

Faktanya, apabila ada EXCO Kerajaan Negeri Johor yang dituduh rasuah, mereka diarahkan bercuti dan meletak jawatan. Dan bukannya terus dibiar berkhidmat sekalipun sedang disiasat SPRM. Atau memarahi rakan EXCO yang lain yang membongkarkan salah laku tersebut.

Faktanya, di Johor, pendatang asing tidak dibenarkan menjaja. Di Pulau Pinang, penjaja Melayu yang dihalau dan dilayan seperti pendatang di negeri sendiri.

Terlajak kata.

Kali ini Guan Eng benar-benar terperangkap. Ibarat siapa makan cili dia terasa pedas. Selain meludah ke langit, Guan Eng yang benar- benar marah ini pastinya akan merah padam kerana telah menempelak bapanya sendiri. Lebih teruk, kenyataan dan jawapan beliau menunjukkan kepada semua sokongan DAP adalah kepada Bersatu dan bukannya PAN, sekalipun PAN amat-amat memerlukannya.

Jika inilah corak pemikiran Guan Eng, benarlah pendirian Khaled. Johor tidak seharusnya menjadi Pulau Pinang Kedua. Johor tidak akan menjadi Pulau Pinang Kedua.

Tuesday, 1 August 2017

TIADA PRU OKTOBER INI - SPR

KENYATAAN MEDIA:
SPR NAFI PRU OKTOBER INI
Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR)  ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR. 

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan  reputasi SPR.

Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.


SURUHANJAYA PILIHANRAYA 
PUTRAJAYA 

2 OGOS 2017