Wednesday, 23 August 2017
KAMPUNG PUTERI MENANGIS NAIB JUARA ANUGERAH DESA PERDANA
Syukur Alhamdulillah Kpg Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian menjadi Naib Juara Anugerah Desa Perdana 2017 utk kategori Kpg Tradisi. Juara ialah Kpg Baru Kemasik, Kemaman, Tereongganu.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB DS Najib & YB DS Ismail Sabri Menteri KKLW di Dwn Tun Razak 1, PWTC, KL petang Selasa 22/8/17. Saya & Tn Hj On DO Pontian turut hadir bersama semua Ketua Kpg & semua Tok Penghulu.
YAB PM juga mengumumkan insurance khas kpd JKKK/JKKP/JKK Org Asli & Kad khas kpd JKKK/JKKP/JKKOA sbg pengiktirafan kepada kerja baik mereka selama ini untuk membangunkan kpg masing-masing.
Juara kategori Kpg Org Asli pula ialah Pengkalan Tereh, Sembrong, Johor. Logiknya sukar untuk 2 kategori dimenangi oleh negeri yg sama. Sebelum ini Kpg Permatang Duku, Benut, Pontian pernah menjadi Juara Anugerah Desa Lestari peringkat kebangsaan. Kpg Puteri Menangis adalah kpg kedua yang berjaya dlm kws Pontian di peringkat nasional. Terbaik !
Naib Juara menerima hadiah rm50 ribu tunai dan rm250 ribu berbentuk projek. Saya menaja 3 buah bas penduduk Puteri Menangis utk hadir ke Majlis penting ini. Sempat makan tengahari bersama mereka di Auditorium Bgn UMNO, PWTC. Saya berpesan bahawa kita telah berusaha dan berdoa, maka bertawakallah kepada ketentuan Allah.
Anugerah Desa Cemerlang ADC peringkat Parlimen Pontian adalah acara tahunan yang akan diteruskan pada tahun ini. Hadiah juara ialah rm25 ribu tunai dan rm150 ribu projek. Kpg Puteri Menangis pernah menang ADC parlimen sebelum ini. Tok Penghulu sedang membuat senarai pendek 2 kpg terbaik peringkat mukim untuk finalalist 10 kpg dari 5 mukim dalam kawasan parlimen Pontian.
Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Kpg Puteri Menangis. Terima kasih juga kepada Dato Hasni dan semua jabatan yang terlibat. Terima kasih khusus kpd Tuan DO Hj On, Tok Penghulu Zulkifli, ketua kpg Hj Ahmadon, ketua cawangan Sdra Sapari dan KEMAS Daerah Pontian.
"Puteri tidak menangis lagi" (walau Naib Juara) sebab bukan mudah utk menang daripada 16,000 kpg di seluruh negara dan 22,000 kpg jika termasuk kpg rangkaian. Sesuatu yang menarik di kpg kita ada Sekolah Kebangsaan Seri Senang Hati. Teruskan senang hati dan jangan menangis lagi. Teruskan kecemerlangan kpg kita untuk selamanya, menjadi contoh terbaik kepada semua.