Thursday, 23 June 2016

MELAYU MUDAH TERPENGARUH DENGAN DRAMA

So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler..  hehe.. I have nothing against the video. It’s the fellas’ money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..

But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..

Babe, you are 28 and your boyfriend of 5 years never buys you flowers? Apa bunga sekuntum pon takde??

You are 36 years old and your husband never celebrates your birthday? Takde LIMO, makan malam kat KLCC bagai apatah lagi indoor celebration kat Majestic Hotel?? Hehe..

So now let’s go to the reality of life.

Its been a few years, perasaan ini telah terpendam lama tapi hari ni I’m gonna let it all out. I don’t watch TV a lot. You won’t see me waiting for dramas or anything setiap kali menjelang Maghrib. Why? Because personally I believe, drama banyak mempengaruhi mindset kita dalam kehidupan berkeluarga. Its not good, especially for youngsters.

My favourite TV show would be, The Big Bang. Takde cintan cintun, science kelakar kelakar and the reality of life, hidup ini susah kalau takde kerja takde pitih nak bayar sewa rumah pun masalah.

MAK MAK PAK PAK..

Let’s not biasakan anak-anak kita dengan reality kehidupan dalam TV sebaliknya, ceritakan the real life scenario.. tell them what u see in the TV is not real life expectation.. growing up, my dad didn’t let me watch Hindustan movie and all those too melodramatic dramas. Why? Now I understand, because being young, u tend to put a benchmark, an expectation.. u expect life to be the way it is potrayed to you.. So when things dont fall into places like how u want it to be, u go crazy.. Ada bf baik, u tinggalkan utk yg kaya tapi perangai mcm hantu.. Ataupun u sedaya upaya adakan apa yg takde hatta menyusahkan orang sekeliling sampai mak pak kena bergadai tanah nak buat majlis kawin 5 star u.. Ha macam tu lah antaranya..

Drama Malaysia hakikatnya, semua orang anak Tan Sri Dato Sri. Umur 23 dah drive BMW. Hakikatnya kehidupan is not like that. Not even close.. Kenapa la takde orang buat movie yang tak berapa cliché.. Apa kata tunjuk kehidupan orang kerja kilang, duduk PPRT.. I mean normal life struggle.. nak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. yang terbeban kereta kena tarik, bulan ni kena bayar roadtax, maka kena menabung, etc.. tak banyak cerita macam ni la rasanya, yang lagi banyak ialah kisah cinta tengku dan anak orang susah. Atau anak Dato’ Sri kaya dan kisah cinta antara dua darjat..

Let me tell you youngsters out there. Semua tu hanya lakonan. Berlanggar bahu dengan anak Tan Sri terus jatuh cinta love at first sight tu lakonan dik. Anak Tan Sri tu jadi secret admirer hantar bunga tu pun dalam TV je dik..

Hakikat kehidupan ialah pergi kerja pukul 9 pagi dan kerja macam nak gila, by the time balik you look like a monster, muka berminyak boleh buat goreng ikan, baju bau rokok kawan sekerja, dan lain-lain lagi.. maka janganlah berangan anak Tan Sri, hatta dapat boyfriend pun kau dah bertuah.. ( akak nasihatkan cari la zaman Universiti hehe masa tu kau lawa sikit )..

I never like watching kisah cinta raja sehari at whatever show yang tunjuk wedding besar grand2, anak Tok ni kawin dengan Tok tu.. bukan sebab jealous, nope not at all.. tapi sebab kesian.. kesian dekat budak-budak muda yang letak semua ni as benchmark kebahagiaan.. haa amek kau, gaji dua ribu sebulan tapi kau nak kawin kat Dutchess Place.. pastu merepek lah dua sejoli pergi minta loan sana sini untuk finance wedding.. belum masuk wedding planner kau bayar harga kereta sebijik.. lepas kawin, hidup susah, nak bayar loan lepas tu ada baby pulak, nak beli susu anak pun cukup2 makan.. kenapa jadi macam tu? Get me? Again, wrong benchmark..

I always suarakan to my husband, apsal orang tv ni sekali sekala tak cover orang kampong punya wedding, or orang kawin kat PPRT.. Apa tu semua bukan cinta sejati ke? Tv stations, what are u trying to achieve by instilling all this in the minds of the next generation? Kawin humble2 takde masa depan yang cemerlang ke?

Apa kata filem melayu daripada tunjuk semua benda out on the surface, kita pertontonkan hakikat sebenar kehidupan? Hakikat sebenar masyarakat kita.

U know what matters in a relationship? Kejujuran. Tanggung jawab dan kerjasama. My husband always instill in me, love is not just feeling but also commitment. Bunga sejambak  tak membantu dik bila kau ada baju segunung atas sofa kena lipat.. Bila rumah kau macam kapal karam tapi mak kau nak datang sekejap lagi, belon setinggi Broga tu pun tak membantu.. Time2 macam tu yang paling berharga sekali ialah pasangan yang sama-sama kelam kabut siap rumah.. itu baru cinta sejati bawa ke mati dik.. Life is more than materials.

So jangan kecewa kalau cinta hati u tak datang bawak LIMO masa birthday u..Atau suami tak bagi IPHONG 6S dalam kotak KFC.. dia nak tolong hantar ambil balik kampong masa semester break, ataupun sidai kain sebeban masa weekend tu pun kira best dah.. ataupun jaga baby malam2 and biar u tidur.. syukur wei syukur.. itulah baru pwiincess sebenar..

Just so u youngsters know, true love is more than all materials put together..

Read something like this somewhere, ‘u suka bila orang bagi u RM100, tapi u taktau dalam Maybank dia ada RM 100,000, bila I bagi u RM 10 u tengok seblah mata, hakikatnya tu lah last RM10 I sampai gaji hujung minggu ni’..

So janganlah mintak bukan2 tak sesuai dengan budget bulanan pasangan u.. Takkan nak dia buat loan pulak sebab birthday u ye tak.. Lagi teruk kalau dia pinjam Ah Long saya cuma nak tolong sempena birthday u yg julung2 kali tu.. Nanti ada boyfriend romantic tapi dalam kenangan je sbb dah kena lenyek dengan Ah Long.

Tuesday, 21 June 2016

RM1 JUTA SETIAP ASNAF

Viral baru-baru ini satu posting facebook seperti gambar di bawah. Maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan

Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan. Dan pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.

Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami menyimpannya untuk sebarang kepentingan.

#tabayyundulusebelumviral
#zakatfitrah

Sungguh luas ilmu Zakat itu.. Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bukan Ilmu Zakat.. Kita ada Al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan Matematik nya..
=====================================
Kalau RM70 juta dibahagi satu juta seorang kepada 70 orang asnaf,

Bagaimana pula dengan penerima seramai hampir 30,000 yang menerima bantuan secara bulanan dari MAIWP?

Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru KAFA?

Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk belajar?

Jadi kesimpulannya jangan campuri atau memandai dalam urusan yang kita sendiri tidak faham. Hal orang islam biar orang islam sahaja yang tentukan.

Friday, 17 June 2016

KAMPUNG TRADISI DI JOHOR AKAN TERUS DIPELIHARA

Ketika melawat Kampung Kuala Masai yang akan dijadikan projek perintis dalam program pelaksanaan pemerkasaan kampung-kampung tradisional sebelum diperluaskan ke setiap parlimen dalam Iskandar Malaysia.

MB Johor Khaled Nordin berkata Kerajaan Negeri sedar dengan hanya meluluskan peruntukkan, membesarkan jalan, surau dan sebagainya sahaja tidak cukup jika tidak mempunyai perancangan secara menyeluruh terhadap kewujudan kampung itu yang merupakan sebahagian daripada proses pembangunan di Iskandar Malaysia.

Kita perlu lakukannya sebagai rancangan proaktif kerajaan dan tidak mahu menjadi reaktif. Apabila sudah terhimpit macam Kampung Baru (Kuala Lumpur) mungkin sudah terlambat dan tidak boleh hendak buat apa-apa.

Jadi sebelum terlambat, satu langkah awal dan pantas perlu diambil supaya kita dapat terus memelihara kampung-kampung tradisi ini. Dan satu plan strategi perlu dilaksanakan supaya ianya lebih tersusun dan berjaya.

Semoga projek ini berhasil dan boleh dijadikan contoh kepada kampung-kampung lain di Negeri Johor ini. Dengan harapan kampung tradisi di Johor ini terus kekal walaupun Johor pesat membangun.

Kerajaan Johor akan sentiasa memastikan pembagunan di bandar dan luar bandar seimbang disamping terus memelihara ciri-ciri kampung tradisi yang ada agar tidak hilang ditelan oleh arus kemodenan.

Jadi bagi memastikan segala yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Johor ini berjalan lancar. Kita perlu memastikan kerajaan yang ada sekarang ini terus memerintah. Kerana apa yang telah dirancang akan mengambil masa bertahun dan jika kita menukar kerajaan sekarang sudah pasti keadaan akan jadi kucar kacir.

Thursday, 16 June 2016

TIADA CATUAN AIR SEPANJANG AIDILFITRI

Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) akan menghentikan sementara bekalan air berjadual di Mersing mulai 29 Jun hingga 10 Julai ini bagi memberikan keselesaan kepada 15,000 pengguna yang akan menyambut Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Wahab Abdul Hamid berkata selepas tempoh itu, bekalan air berjadual bagaimanapun akan diteruskan dan dijangka berakhir pada 16 Julai. Pihaknya faham apabila tiba musim perayaan, ramai warga kota akan pulang ke kampung dan ini menyebabkan penggunaan air meningkat kepada 300 peratus daripada kapasiti penggunaan biasa.

Dalam tempoh tersebut, kita perlu memastikan tiada gangguan terhadap bekalan air dan pengguna juga harus menggunakan air dengan berhemah. Setakat semalam, paras air yang direkodkan di Empangan Congok, Mersing adalah 3.63 meter berbanding paras kritikalnya, 4.88 meter manakala Sungai Mersing (12.08 meter berbanding paras amaran, 11.70 meter.)

Walaupun paras air di Empangan Congok adalah di bawah tahap kritikal, namun, ia disokong oleh air di Sungai Mersing. SAJ juga telah mengepam air dari Sungai Jemari sejak 13 Jun untuk meningkatkan paras air di Empangan Congok.

Dan bagi pemulihan jangka masa panjang pula kerajaan negeri telah mendapat dana bantuan sebanyak RM100 Juta dari kerajaan pusat. Dana ini bagi membina empangan baru yang dijangka siap pada 2018 nanti.

Langkah ini dilakukan kerana kerajaan negeri faham kesulitan yang dihadapi oleh pengguna kerana catuaan penggunaan air sejak akhir-akhir ini. Kerajaan negeri berharap pengguna dapat bersabar kerana langkah-langkah pemulihan jangka masa pendek dan panjang telah diambil oleh kerajaan negeri.

Langkah-langkah ini diambil kerana kerajaan negeri begitu komited dalam memastikan segala kemudahan asas di negeri ini berada ditahap terbaik. Kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri kepada rakyat Johor.

Tuesday, 14 June 2016

PENANTIAN 105 PENDUDUK BERAKHIR

Setelah berpuluh tahun memperjuangkan hak tanah mereka. Akhirnya penantian 105 penduduk berakhir dengan berita gembira apabila mereka telah diberikan geran tanah masing-masing menjelang aidilfitri nanti.

Penduduk yang terlibat adalah dari tiga buah kampung iaitu Kampung Sri Bahagia, Kampung Rumah Sepuluh dan Kampung plentong. Kesemua kampung ino terletak dikawasan Pasir Gudang.

Sambil menyifatkan ini adalah hadiah aidilfitri yang terbaik. Mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin tempatan khususnya Menteri Besar Johor, Khalid Nordin kerana berjaya menyelesaikan isu yang telah tertangguh puluhan tahun ini.

Mereka juga berkata sokongan padu yang di berikan kepada Menteri Besar Khaled Nordin selama ino bukanlah tindakan sia-sia.Ini. Kerana MB Khaled Nordin hampir melunaskan kesemua manifesto PRU13 yang lepas.

MB Khaled Nordin yang juga ADUN Permas Jaya sangat disenangi dan mudah didedati. Dia juga sentiasa bersedia mendengar apa juga permasalahan masyarakat dikawasan itu.

Mereka juga berasa sangat beruntung kerana mendapat pemimpin seperti MB Khaled Nordin dikawasan mereka. Kerana dia juga telah banyak membawa kemajuan di kawasan Pasir Gudang khususnya dan di Johor amnya.

Mereka berharap MB Khaled Nordin akan terus menjadi pemimpin dan terus membela nasib mereka juga seluruh rakyat Johor.

Thursday, 9 June 2016

SILA LAPORKAN JIKA ANDA TAHU ATAU PERNAH MERASAI

Baru-baru ini telah viral kononnya berlaku jual beli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara 'undertable' oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan nama baik Kerajaan Johor.

Sehubungan itu Exco Perumahan Datuk Latif Bandi telah mengadakan sidang media bagi memperjelaskan isu berkenaan.

Seperti yang kita tahu kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Johor. Begitu juga dalam hal memproses pembelian RMMJ ini. Segala penambahbaikkan telah dilakukan dari masa ke semasa.

Jika kita lihat sistem pendaftaran dan cabutan nama untuk melayakkan anda dipilih sebagai pemmilik rumah RMMJ adalah menggunakan sistem online dan auto merit.

Di mana sistem ini dipercayai lebih telus berbanding mengisi borang. Kerana sistem ini akan berjalan secara auto dan memilih sesiapa saja yang layak tanpa mengira siapa latar belakang anda.

Sistem ini di tambahbaik kerana untuk mengelakkan berlaku gejala rasuah dalam urusan membeli rumah RMMJ ini.

Namun begitu dalam ucapan Datuk Latif Bandi di sidang media itu ada menegaskan dan menasihatkan kepada sesiapa saja yang tahu atau telah merasa sendiri tindakan salah laku sesetengah kakitangan awam dalam urusan jual beli rumah RMMJ ini agar tampil memberi keterangan atau terus membuat laporan ke SPRM & PDRM.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Johor sekarang ini tidak terlibat jika ianya benar-benar berlaku. Dan kerajaan Negeri Johor juga tegas dalam hal ini. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Khaled Nordin.

KERAJAAN JOHOR SENTIASA BERI RUANG KEPADA ANAK MUDA

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan penubuhan Institut Inovasi Strategik Johor atau dikenali sebagai IISJ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Penubuhan IISJ mempunyai kaitan dengan usaha Kerajaan Negeri Johor untuk memacu pertumbuhan ekonomi Johor di bawah Gagasan Johor Berkemajuan dan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor. Apa yang menarik, Menteri Besar Johor telah menjalankan insiatif penubuhan IISJ dengan kerjasama beberapa buah universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej yang terdapat di Johor.

Sebenarnya Mohamed Khaled mempunyai hubungan yang mesra dan sentimental dengan universiti. Beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada Mei 2013. Sebab itulah kelibatnya sering berada di kampus-kampus universiti, walaupun sibuk dengan tugas-tugas rasmi menerajui Kerajaan Negeri Johor.

Oleh kerana kedudukan kampus UTM berdekatan dengan Iskandar Puteri, beliau sering ke UTM untuk merasmikan pelbagai acara dan membuat engagement bersama mahasiswa. Beliau juga berkunjung ke kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat bagi pelancaran program mahasiswa Johor yang dijenamakan sebagai Duta Jauhar dan merasmikan Makmal Kajian Biodiesel dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC).

Di kawasan Parlimennya sendiri, Mohamed Khaled sentiasa berkunjung dan memantau perkembangan pusat pengajian tinggi di Seri Alam dan Pasir Gudang, yang melibatkan kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Selain itu, Kerajaan Johor juga menjalankan kerjasama dengan beberapa buah universiti tempatan yang lain. Kesemua ini menunjukkan betapa rasa dekatnya hati pemimpin Johor itu dengan bidang pendidikan tinggi.

Mohamed Khaled pernah mengakui bahawa pengalamannya mentadbir pelbagai kementerian, namun tugasnya sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah yang paling meninggalkan kesan yang signifikan pada dirinya. Hal ini disebabkan beliau sering berurusan dengan institusi pendidikan tinggi negara dan membuat engagement dengan barisan Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) serta dengan para profesor universiti, termasuklah Majlis Profesor Negara.

Justeru, beliau amat teruja dan berharap bagaimana sesebuah universiti, apatah lagi yang terletak di negeri Johor boleh memainkan peranannya dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan agama, bangsa dan tanahair. Beliau berpendapat universiti adalah institusi pendidikan yang unik dan istimewa. Ia memancarkan ketinggian peradaban dalam sistem pendidikan negara di peringkat nasional dan global.

Sebenarnya gagasan Johor Berkemajuan dan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor mesti berhubungkait dengan pendidikan. Hal ini dimanifestasikan dalam pembangunan sesebuah peradaban, apabila asas kejayaannya ialah bidang pendidikan.

Mohamed Khaled sendiri mengkagumi sejarah pendidikan di Johor. Sejak akhir abad ke-19, Johor merupakan di antara negeri yang paling awal mewajibkan serta memartabatkan pendidikan formal di kalangan rakyat.

Bermula tahun 1902, almarhum Sultan Ibrahim mewartakan suatu enakmen yang mewajibkan kanak-kanak berusia tujuh tahun mendapat pendidikan di Johor. Dalam enakmen tersebut, setiap ibu bapa akan didenda sebanyak $25 sekiranya gagal menghantar anak mereka ke sekolah.

Natijahnya, Johor telah memperkasa pendidikan di seluruh daerah sejak awal abad yang ke-20. Johor juga memberi peluang kepada rakyatnya untuk mendapat pendidikan Inggeris di High School yang terdapat di lima buah daerah.

Keunikan Johor terserlah apabila pada tahun 1880-an, negeri itu telah menawarkan Biasiswa Kerajaan Johor untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Hal ini menggambarkan betapa futuristiknya kepimpinan terdahulu iaitu almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim untuk membangunkan negeri Johor yang bertunjangkan keilmuan dan pendidikan.

Mohamed Khaled mempunyai pemikiran yang kritis terhadap peranan universiti. Menurutnya, institusi pendidikan tinggi adalah sebuah institusi dan instrumen pengislahan bangsa yang paling penting bagi sesebuah negara. Menerusi universitilah, sesebuah bangsa dapat menonjolkan ketinggian ilmu dan daya keintelektualan untuk dimasyarakatkan.

Jelasnya, kewujudan sesebuah universiti perlu menterjemahkan sinar dan impaknya kepada rakyat jelata. Dalam banyak pertemuan, Menteri Besar Johor itu sering mengingatkan bahawa sesebuah universiti perlu memainkan tiga peranan hakiki yang utama iaitu mendidik anak bangsa, merekayasa ilmu-ilmu baharu menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan berkongsi keilmuan dengan khalayak masyarakat.

Sehubungan itu, para ilmuan tidak boleh memonopoli ilmu yang mereka miliki. Mereka tidak boleh menyembunyikan ilmu yang banyak di dalam dada. Para ulama selalu menasihatkan bahawa golongan ilmuwan yang tidak berkongsi ilmunya, dibimbangi mereka umpama “pohon yang tidak berbuah”.

Dalam konteks inilah Kerajaan Negeri Johor sentiasa bersama dan bersinergi dengan IPTA dan IPTS yang terdapat di seluruh negara, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri yang inklusif. Sebab itulah Mohamed Khaled lebih cenderung mengaitkan universiti dengan istilah Menara Ilmu berbanding istilah Menara Gading.

Menurutnya, universiti adalah Menara Ilmu yang memercikkan keilmuannya, kepakarannya dan kemahirannya kepada rakyat keseluruhannya. Tambahan pula IPTA dibangun dan diurus menerusi dana rakyat. Perhatikanlah pencapaian Malaysia umumnya dan Johor khususnya sejak tahun 1970. Segala pencapaian yang memberangsangkan tersebut adalah ekoran daripada ikhtiar para pendiri dan pemimpin bangsa kita.

Selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baharu, pihak kerajaan membuka seluas-luasnya peluang dalam pendidikan tinggi. Negeri Johor tidak terkecuali. Kita melahirkan ramai pemimpin tersohor seperti Dato’ Abdul Rahman Andak, Dato’ Onn Jaafar, Tan Sri Noah, Tun Dr. Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam, Tun Sardon Jubir, Tun Dr. Awang Hassan, Prof. Ungku Omar, Prof. Ungku Aziz dan ramai lagi.

Berkat kepimpinan terdahulu, Johor turut mencipta kejayaan ekonomi yang hebat, kebangkitan bangsa yang bermaruah dan kemunculan negeri yang disegani, melahirkan bakat terbaik bangsa Johor yang mendapat pelbagai pengiktirafan.

Jelasnya, kita semua mendapat manfaat dan berkatnya dari perjuangan kepimpinan terdahulu untuk memartabatkan pendidikan tinggi. Justeru, kita jangan lupa bahawa kejayaan kita masa kini adalah hasil idea dan keringat kepimpinan terdahulu.

Dalam konteks inilah, Mohamed Khaled mempunyai hubungan yang amat akrab dengan pusat pengajian tinggi. Ini membolehkan pihak universiti dan Kerajaan Negeri berganding bahu dan bersinergi demi pembangunan rakyat.

Masa depan negara dan bangsanya bergantung pada kemanfaatan ilmu pengetahuan. Jelasnya pencapaian dan pertumbuhan ekonomi amat bergantung kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan rakyat.

Cerita tentang bagaimana mana kehidupan manusia dalam alam digital bergabung dan saling berkait. Pada masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah landskap ekonomi, politik dan sosial. Kesemua ini sebenarnya menunjukkan peranan besar yang perlu dimainkan oleh sesebuah universiti. Atas dasar inilah, beliau menyeru bahawa kita harus sentiasa menjadikan universiti kita sebagai institusi yang terbaik untuk rakyat.

Persoalannya, bagaimana menjadikan universiti kita menjadi sebuah institusi terbaik bangsa? Mohamed Khaled berpendapat terdapat banyak cara untuk membangunkan universiti. Universiti terbaik adalah universiti yang mencurahkan segala usahanya untuk amal dan bakti. Universiti bukan mengutamakan martabat atau upacara. Misi serta segala sumbernya mesti digembleng untuk membantu penyelesaian masalah manusia sejagat.

Universiti tidak perlu mengejar gelaran dan prestij. Universiti mempunyai tanggungjawab besar kepada masyarakat, pada semua kaum, semua lapisan masyarakat. Yang miskin, yang berbeza aliran kepercayaan dan politik.

Masyarakat sekeliling dan negara ini harus menerima manfaat dari limpahan khazanah ilmu universiti. Universiti, secara tradisinya adalah institusi yang paling berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.

Timbul pula persoalan kenapa dan bagaimanakah universiti berinovasi? Mohamed Khaled berpendapat IPT perlu dikenali di peringkat nasional dan global adalah melalui penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi. Empat komponen yang dikenal pasti menyumbang kepada aspirasi tersebut adalah hasil ilmiah, elemen inovasi dan pengkomersialan, kepimpinan penyelidikan dan sistem pengurusan penyelidikan.

Dalam pada itu, kepimpinan penyelidikan merupakan komponen paling kritikal. Kepimpinan penyelidikan melibatkan urusan membimbing dan mengurus bakat penyelidik yang ada di IPT. Bagi merealisasikan strategi dan komponen yang dicadangkan di atas, usaha sama erat di antara pelbagai pemegang taruh (stakeholder) amatlah diperlukan, khususnya di antara dua kumpulan sasaran utama iaitu pihak industri dan komuniti.

Hasil penyelidikan berimpak tinggi boleh dinilai sumbangannya dari tiga aspek berikut iaitu pertama, ilmu dan penemuan baharu serta kepakaran yang memberi manfaat dalam bidang ilmu yang diterajui; kedua, pendekatan penyelesaian masalah global melalui penglibatan multidisiplin dan transdisiplin kepakaran; dan ketiga, pemindahan ilmu kepada komuniti. Jelasnya, universiti mampu menyumbang kepakaran secara berterusan untuk pembangunan rakyat.

Inilah yang Mohamed Khaled cita-citakan untuk membangunkan Johor dan rakyatnya secara inklusif di bawah gagasan Johor Berkemajuan. Pelan Suara Hati Rakyat digunakan dengan semaksimumnya untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. Tambahan pula Pelan Pertumbuhan Strategik Johor memastikan pembangunan Johor meliputi kesemua 10 buah daerah.

Sebab itu, Mohamed Khaled amat mengalu-alukan kerjasama yang kukuh di antara universiti dan Kerajaan Negeri Johor untuk memperkasa penyelidikan dan inovasi demi memacu pertumbuhan strategik negeri Johor. Pada akhirnya, limpahan ilmu tersebut memberi sinar terang dalam menyuluh kehidupan bangsa Johor.

Saturday, 4 June 2016

RUMAH ASNAF SIAP DIDUDUKI AWAL RAMADHAN

Ramadhan kali ini penuh makna buat 32 penerima yang berkelayakan sedia duduki Baitul Rahmah (rumah transit MAINJ ) di Mersing apabila menyambut Ramadhan dan Syawal akan datang nanti di rumah sendiri.

32 penerima ini adalah golongan asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan Mersing. Mereka telah di nilai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan benar-benar layak.

Projek rumah transit yang mula dibina akhir tahun lalu kini siap dibina dan siap diduduki awal Ramadhan ini. Dan majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Agama Negeri Johor, YB Haji Abd Mutalip Bin Abd Rahim awal bulan lalu.

Kejayaan projek ini sekali gus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri begitu komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat Johor. Dan bukan sekadar kata-kata manifesto pilihanraya.

Projek Rumah transit ini tidak terhenti disini sahaja. Bahkan ianya adalah permulaan yang baik dimana boleh dijadikan contoh untuk dua projek seterusnya di Segamat dan Bentong.

Semoga dengan adanya kediaman yang selesa dan dilengkapi kemudahan beribadat ini. Mereka dapat menunaikan ibadah puasa dan tarawih dengan sempurna.

YB Tn Hj Abd Mutalib bin Abd Rahim Exco Agama Negeri Johor juga sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada penerima ketika menyerahkan kunci rumah tersebut.

1. Rumah ini adalah amanah pembayar zakat maka peliharalah sebaik mungkin.
2. Makmurkan surau yang disediakan kerana ianya menandakan kesyukuran atas nikmat Allah ini.
3. Jaga perhubungan sesama jiran tetangga.
4. Sentiasa berusaha untuk perbaiki tahap kehidupan dan seterusnya dapat keluar dari status asnaf.