Friday 17 June 2016

KAMPUNG TRADISI DI JOHOR AKAN TERUS DIPELIHARA

Ketika melawat Kampung Kuala Masai yang akan dijadikan projek perintis dalam program pelaksanaan pemerkasaan kampung-kampung tradisional sebelum diperluaskan ke setiap parlimen dalam Iskandar Malaysia.

MB Johor Khaled Nordin berkata Kerajaan Negeri sedar dengan hanya meluluskan peruntukkan, membesarkan jalan, surau dan sebagainya sahaja tidak cukup jika tidak mempunyai perancangan secara menyeluruh terhadap kewujudan kampung itu yang merupakan sebahagian daripada proses pembangunan di Iskandar Malaysia.

Kita perlu lakukannya sebagai rancangan proaktif kerajaan dan tidak mahu menjadi reaktif. Apabila sudah terhimpit macam Kampung Baru (Kuala Lumpur) mungkin sudah terlambat dan tidak boleh hendak buat apa-apa.

Jadi sebelum terlambat, satu langkah awal dan pantas perlu diambil supaya kita dapat terus memelihara kampung-kampung tradisi ini. Dan satu plan strategi perlu dilaksanakan supaya ianya lebih tersusun dan berjaya.

Semoga projek ini berhasil dan boleh dijadikan contoh kepada kampung-kampung lain di Negeri Johor ini. Dengan harapan kampung tradisi di Johor ini terus kekal walaupun Johor pesat membangun.

Kerajaan Johor akan sentiasa memastikan pembagunan di bandar dan luar bandar seimbang disamping terus memelihara ciri-ciri kampung tradisi yang ada agar tidak hilang ditelan oleh arus kemodenan.

Jadi bagi memastikan segala yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Johor ini berjalan lancar. Kita perlu memastikan kerajaan yang ada sekarang ini terus memerintah. Kerana apa yang telah dirancang akan mengambil masa bertahun dan jika kita menukar kerajaan sekarang sudah pasti keadaan akan jadi kucar kacir.