Thursday, 9 June 2016

SILA LAPORKAN JIKA ANDA TAHU ATAU PERNAH MERASAI

Baru-baru ini telah viral kononnya berlaku jual beli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara 'undertable' oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan nama baik Kerajaan Johor.

Sehubungan itu Exco Perumahan Datuk Latif Bandi telah mengadakan sidang media bagi memperjelaskan isu berkenaan.

Seperti yang kita tahu kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Johor. Begitu juga dalam hal memproses pembelian RMMJ ini. Segala penambahbaikkan telah dilakukan dari masa ke semasa.

Jika kita lihat sistem pendaftaran dan cabutan nama untuk melayakkan anda dipilih sebagai pemmilik rumah RMMJ adalah menggunakan sistem online dan auto merit.

Di mana sistem ini dipercayai lebih telus berbanding mengisi borang. Kerana sistem ini akan berjalan secara auto dan memilih sesiapa saja yang layak tanpa mengira siapa latar belakang anda.

Sistem ini di tambahbaik kerana untuk mengelakkan berlaku gejala rasuah dalam urusan membeli rumah RMMJ ini.

Namun begitu dalam ucapan Datuk Latif Bandi di sidang media itu ada menegaskan dan menasihatkan kepada sesiapa saja yang tahu atau telah merasa sendiri tindakan salah laku sesetengah kakitangan awam dalam urusan jual beli rumah RMMJ ini agar tampil memberi keterangan atau terus membuat laporan ke SPRM & PDRM.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Johor sekarang ini tidak terlibat jika ianya benar-benar berlaku. Dan kerajaan Negeri Johor juga tegas dalam hal ini. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Khaled Nordin.