Ramadhan kali ini penuh makna buat 32 penerima yang berkelayakan sedia duduki Baitul Rahmah (rumah transit MAINJ ) di Mersing apabila menyambut Ramadhan dan Syawal akan datang nanti di rumah sendiri.
32 penerima ini adalah golongan asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan Mersing. Mereka telah di nilai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan benar-benar layak.
Projek rumah transit yang mula dibina akhir tahun lalu kini siap dibina dan siap diduduki awal Ramadhan ini. Dan majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Agama Negeri Johor, YB Haji Abd Mutalip Bin Abd Rahim awal bulan lalu.
Kejayaan projek ini sekali gus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri begitu komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat Johor. Dan bukan sekadar kata-kata manifesto pilihanraya.
Projek Rumah transit ini tidak terhenti disini sahaja. Bahkan ianya adalah permulaan yang baik dimana boleh dijadikan contoh untuk dua projek seterusnya di Segamat dan Bentong.
Semoga dengan adanya kediaman yang selesa dan dilengkapi kemudahan beribadat ini. Mereka dapat menunaikan ibadah puasa dan tarawih dengan sempurna.
YB Tn Hj Abd Mutalib bin Abd Rahim Exco Agama Negeri Johor juga sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada penerima ketika menyerahkan kunci rumah tersebut.
1. Rumah ini adalah amanah pembayar zakat maka peliharalah sebaik mungkin.
2. Makmurkan surau yang disediakan kerana ianya menandakan kesyukuran atas nikmat Allah ini.
3. Jaga perhubungan sesama jiran tetangga.
4. Sentiasa berusaha untuk perbaiki tahap kehidupan dan seterusnya dapat keluar dari status asnaf.