Wednesday, 16 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN SUKAN BERTARAF DUNIA



Pembangunan dan Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia
Sektor sukan (RM32.16 juta), inisiatif-inisiatif berikut:
51. Program pembangunan jangka panjang yang dikenali sebagai Johor Gemilang 2020.
52. Suntikan dana RM505 ribu bagi tujuan mencungkil dan membangunkan bakat atlet muda.
53. Tawaran biasiswa pendidikan kepada 5 atlet berkelayakan di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap atlet berkelayakan akan diberikan biasiswa bernilai RM7 ribu setahun yang dipecahkan kepada RM3.5 ribu bagi setiap semester.
54. Pembangunan bola sepak khususnya di peringkat akar umbi (RM10 juta):
i. Program pembangunan bola sepak 17 tahun ke bawah di bawah Akademi Johor Darul Ta’zim, yang melibatkan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Borusia Dortmund (BVD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Di bawah program ini sebanyak 12 Pusat Latihan Daerah (DTC) telah diwujudkan bagi menempatkan para pemain yang terpilih, yang menjadi pusat latihan dan perlawanan persahabatan. Bagi para pemain terpilih pula, mereka turut diberikan pendedahan latihan dan perlawanan persahabatan di luar negara.
ii. Program Pembangunan Bola Sepak Belia (Bawah 19 Tahun), yang merupakan pasukan amatur yang menyertai Pertandingan Piala Malaysia FAM setiap tahun.
iii. Pembangunan Pasukan Bola Sepak Bawah 21 Tahun, yang merupakan pasukan amatur yang menyertai pertandingan Piala Presiden FAM setiap tahun.
55. Pembinaan Kompleks Sukan 'Lee Chong Wei International Sports City' (RM100 juta).
56. Pembinaan Stadium Sport City yang terletak di kawasan Mount Austin Johor Bahru (RM89 juta)
MENGUKUH AGENDA KEBOLEHSAINGAN MELAYU, BUMIPUTERA DAN ORANG ASLI
57. Program Kontraktor Patuh Syariah akan dijalankan bagi melatih 500 kontraktor Bumiputera secara kursus, peperiksaan dan persijilan (RM1.625 juta).
58. Program Pembangunan Komuniti Orang Asli bersama Yayasan PBT (RM300 ribu).
MENGUKUH KONSEP BANGSA JOHOR DAN MUAFAKAT JOHOR SEBAGAI JALAN PERPADUAN
59. Penjenamaan semula satu kawasan di Pusat Bandaraya Johor Bahru sebagai The Street Of Harmony atau Jalan Muafakat Bangsa Johor
(RM5 juta)

BAJET JOHOR 2017 - PERUMAHAN JOHOR

Perumahan Johor
31. Pengambilan tanah di Kem Tebrau seluas 330 ekar oleh Johor Corporation bagi menyelesaikan isu hak milik tanah kepada 171 penduduk Desa Perwira seluas 32 ekar. Kampung Desa Perwira ini akan dijadikan Rizab Melayu. Baki daripada tanah tersebut, antara lain, akan dibina rumah mampu milik dan ditawarkan kepada setinggan yang layak, yang berada di atas tanah tersebut ketika ini - Unit-unit yang akan dibina terdiri daripada 132 unit Perumahan Komuniti Johor A, 263 unit Perumahan Komuniti Johor B, dan 635 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
32. Pembukaan dua Kawasan Pertumbuhan dan Perumahan Baru di Kota Tinggi melibatkan Johor Corporation di Sungai Papan dan YPJ Holdings di Kledang.
i. Sungai Papan - keluasan berjumlah 7,900 ekar dan akan memberi tumpuan kepada pembangunan berkonsepkan eko yang mempunyai pelbagai komponen pembangunan seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, pendidikan dan penyelidikan (R&D). Projek ini mensasarkan penjanaan 95,000 peluang pekerjaan dan 60,000 unit kediaman.
ii. Kledang - akan melibatkan tanah berkeluasan 1500 ekar dengan sasaran pembinaan sebanyak 6000 unit RMMJ.
33. Pembinaan perumahan bagi pekerja-pekerja ladang di bawah Kulim Berhad di Ladang REM, Kota Tinggi.
34. Pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan-kawasan berikut:
i. Mersing, 355 unit.
ii. Kluang, 910 unit
iii. Tangkak, 130 unit,
iiii. Muar ,1040 unit, dan
v. Batu Pahat, 442 unit.
35. Program Rumah Mesra Rakyat Johor –pembinaan 200 unit rumah lagi dalam sasaran menjadikan kesemuanya 3000 unit menjelang 2018.
Subsidi pembinaan rumah ini berdasarkan skala berikut:
a. Subsidi RM10 ribu kepada rumah berharga RM64 ribu,
b. Subsidi RM12, 500 kepada rumah berharga RM72, 500.
c. Dan subsidi berjumlah RM15 ribu kepada rumah berharga RM85 ribu.
36. Membina pelbagai lagi rumah di seluruh negeri Johor oleh GLC-GLC:
i. PIJH - 2 buah Taman Perbadanan Islam:
a. Segamat - keluasan 20 ekar, 81 unit rumah PKJ A dan PKJ B dan 105 unit RMMJ.
b. Pagoh, Muar - keluasan 30 ekar, 210 unit RMMJ (berkonsep Townhouse) dan 180 unit rumah Teres 2 Tingkat.
ii. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) - 1,743 unit rumah secara keseluruhannya, seperti berikut:
a. 760 unit rumah teres RMMJ, iaitu sebanyak 88 unit di Sagil, Tangkak, 192 unit di Batu 6, Tenglu, Mersing dan 480 unit di Kong-kong Masai, Tebrau.
b. 813 unit rumah pangsa PKJ A iaitu 520 unit di Kampung Hjh. Hasnah, Johor Bahru dan 293 unit rumah pangsa di Kampung Senibong, Permas Jaya.
c. 170 unit rumah pangsa PKJ B iaitu di Sungai Lunchoo B, Plentong.
iii. Johor Corporation akan membina:
i. 70 unit Projek Perumahan Komuniti Johor di Lenga, Muar.
ii. 168 unit RMMJ, 72 unit Rumah Kos Sederhana Rendah dan 17 unit Kedai Kos Sederhana Rendah di Kong kong, Masai.
iiii. Pembinaan PRIMA sebanyak 21,540 ribu unit rumah di seluruh negeri Johor. Kesemua unit ini akan ditawarkan pada harga dalam lingkungan RM150 ribu sehingga RM350 ribu. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
a. Kota Tinggi - 1,595 unit
b. Johor Bahru - 1,284 unit dalam pembinaan dan 9,561 unit akan dibina,
c. Pasir Gudang - 2,665 unit dalam pembinaan, dan 475 unit akan dibina,
d. Segamat - 1,323 unit
e. Kluang - 2,323 unit
f. Simpang Renggam - 700 unit
g. Batu Pahat - 455 unit
h. Gelang Patah - 968 unit
37. Memperkemas kuota pemilikan RMMJ:
i. Pengenalan 10% kuota pemilikan kepada golongan belia.
ii. Pengenalan 10% kuota kepada golongan OKU dan keutamaan akan diberikan dalam pemilikan rumah aras bawah atau aras satu bagi kediaman strata.
38. Skim Sewa Beli - Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membeli rumah mampu milik berharga RM42 ribu dan RM80 ribu yang akan seterusnya ditawarkan kepada mereka yang layak.
39. Pengurniaan hak milik tanah di kawasan-kawasan berikut:
i. Johor Bahru - 392 pemohon ke atas tanah seluas 53 ekar yang merentasi Kampung Pulai Sungai Kim-Kim, Kampung Desa Bakti, Kampung Sentosa dan Kampung Cahaya Baru di Mukim Plentong serta Kampung Bukit Tempurung di Mukim Jelutong.
ii. Kulai -195 pemohon ke atas tanah seluas 364 ekar, meliputi Kampung Rahmat di Bukit Batu, Kampung Sungai Besoi, Kampung Pengkalan Indah dan Kampung Baru Bukit Batu dalam Mukim Sedenak serta Kampung Sri Paya, di Mukim Kulai.
iii. Batu Pahat - 125 pemohon ke atas tanah seluas 1378 ekar meliputi Parit Sri Wangi dalam Mukim Sri Medan dan Kampung Sri Semangat dalam Mukim Tanjung Sembrong.
iiii. Kluang - 641 pemohon ke atas tanah seluas 1123 ekar meliputi Kampung Ilham dan Kampung Sri Cahaya dalam Mukim Kluang, Kampung Isnin Maarof dalam Mukim Machap dan Kampung Sri Pekan dalam Mukim Layang-layang.
v. Mersing - 81 pemohon ke atas tanah seluas 979 ekar merentasi Felda Tenggaroh 4.
vi. Tangkak - 54 pemohon ke atas tanah seluas 88 ekar di Sawah Ring Blok 16 di Mukim Grisek dan Kampung Gemeh di Mukim Tangkak.
vii. Kota Tinggi - 134 pemohon ke atas tanah seluas 239 ekar meliputi Kampung Sri Aman di Mukim Ulu Sungai Johor dan Kawasan Batu 15 di Mukim Ulu Sungai Sedili Besar.
Kemudahan dan Pengangkutan Awam
40. Cadangan meluaskan perkhidmatan Bas Muafakat Johor di daerah-daerah lain menggunakan sebahagian hasil Vehicle Entry Permit (VEP) yang baru sahaja dilaksanakan.
41. Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) yang bernilai RM1 bilion dengan peruntukan awal daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk tahun 2017. Bagi IMBRT Fasa 1, ia terdiri daripada 3 jajaran melibatkan:
i. Johor Bahru Central Business District (JB CBD) ke Hab Desa Jaya – 18.2 kilometer
ii. JB CBD ke Hab UTM - 19.6 kilometer
iii. JB CBD ke Hab Iskandar Puteri – 25.1 kilometer
42. IRDA akan memulakan Design Detail Engineering melalui pendekatan Tender Terbuka pada tahun 2017.
43. Penubuhan Jawatankuasa Pengangkutan Awam Johor.
44. Pembangunan infrastruktur pengangkutan awam seperti menaik taraf perhentian bas, tempat letak kereta, dan laluan pejalan kaki (RM6.1 juta).
45. Membina dan menaik taraf ruang-ruang perniagaan (RM24.6 juta). Ini termasuklah:
i. Membina gerai baharu di Taman Teratai Skudai (RM2.5 juta),
ii. Membina dan menaiktaraf Konsep Ruang Niaga Gerai dan pasar di Pasar Awam Senai (RM700 ribu),
iii. Membina 6 unit gerai di Jalan Johor, Kota Tinggi (RM300 ribu).
46. Membina dan menaiktaraf Taman Rekreasi dan Riadah (RM45.6 juta):
i. Melakukan kerja-kerja menaiktaraf Taman Permainan Kanak-kanak Jalan Abdul Aziz di Kota Tinggi (RM200 ribu)
ii. Menaiktaraf Hutan Bandar Kulai dengan memasukkan, antaranya, Extreme Park dan Kompleks Penempatan Penjaja (RM2 juta)
iii. Menaiktaraf Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai (RM500 ribu).
47. Pembinaan dan Penambahbaikan Bangunan, Pejabat dan Dewan (RM87.9 juta):
i. Membaik pulih dan menaik taraf Dewan Orang Ramai Semerah, Parit Raja, Senggarang dan Rengit (RM2.5 juta),
ii. Membina Dewanraya di Taman Scientex, Kulai (RM250 ribu),
iii. Membina Dewan Utama Ke-2, Kulai (RM1.5 juta)
iiii. Menaiktaraf Muzium Layang-layang di Pasir Gudang (RM500 ribu).
48. Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan dengan menaiktaraf PBT berikut:
i. Majlis Bandaraya Johor Bahru, dinaiktaraf kepada Dewan Bandaraya Johor Bahru;
ii. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, dinaiktaraf ke Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah; dan
iii. Majlis Daerah Segamat, dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Segamat
49. Program Tandas Sejahtera melibatkan pembinaan, baik pulih dan sistem pengurusan tandas awam yang lebih sempurna oleh PBT terlibat dengan peruntukan sehingga RM300 ribu setiap satu.
50. Projek pembangunan taman awam yang dikenali sebagai SIREH Park @ Iskandar Puteri (RM16 juta)

BAJET JOHOR 2017 - PRASARANA TERBAIK UNTUK SEMUA

PRASARANA TERBAIK UNTUK SEMUA
Air
19. Peruntukan infrastruktur air (RM79.7 juta). Termasuk 14 inisiatif:
i. Projek Pemindahan Air Mentah Dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok (RM65 juta),
ii. Pembinaan 2 buah telaga tiub di iaitu di Kota Tinggi (RM1 juta),
iii. Penyelenggaraan kawasan tadahan Empangan Layang Hulu dan Layang Hilir (RM900 ribu),
iiii. Melaksanakan projek pemasangan sistem pemantauan kualiti air di Sungai Johor (RM1 juta),
v. Melaksanakan pelan pengurusan kawasan tadahan air (Water Catchment Management Plan) di Sungai Gembut, Kota Tinggi (RM600 ribu),
vi. Melaksanakan pemetaan udara menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV), dengan izin, di kawasan tadahan Empangan Linggiu dan cadangan Empangan Ulu Sedili Besar dengan (RM700 ribu)
vii. Perlaksanaan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM) di Sungai Johor (RM10 juta) – RM2 juta setahun.
viii. Pembenihan awan di kawasan tadahan air dengan kekerapan penerbangan sebanyak 10 kali dengan peruntukan (RM400 ribu)
ix. Projek pemasangan paip dari Outfall Sungai Johor ke Empangan Upper Layang (RM3.5 juta),
x. kerja-kerja pembaikan dan pemasangan peralatan pengukuran gegaran di Loji Rawatan Air Gunung Pulai (RM500 ribu)
xi. Kajian kebolehupayaan bagi pembinaan Empangan Pantai (Coastal Reservoir) di Muara Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Mersing (RM1.8 juta),
xii. Mewartakan Kawasan Tadahan (Enakmen Air 1921 – Pindaan 2014) dan Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Akta 298) - RM500 ribu,
xiii. Penyediaan Pelan Kecemasan Empangan (ERP) bagi Empangan Juaseh dan Lebam (RM800 ribu)
xiiii. Melakukan Kajian Kebolehupayaan Sumber Air Bawah Tanah dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - RM1 juta.
20. Penganjuran Johor Water Forum 2017 dan memperkasa forum ini sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai penasihat kepada Majlis Sumber Air Negeri Johor (RM300 ribu).
Peruntukan Kerajaan Pusat:
21. Projek Penyaluran Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM) berharga RM560 juta dengan peruntukan permulaan sebanyak RM5 juta.

22. Pembinaan Loji Rawatan Air Kahang (RM125 juta). Pembinaan satu saluran pemindahan air sementara yang menghubungkan Empangan Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong Timur (RM15 juta)
23. Menaik taraf Empangan Congok di Mersing dengan kos RM7 juta. (2017: RM3 juta).
24. Meningkatkan hasil melalui penguatkuasaan lesen jeti dan penambakan laut oleh Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ).
Pengurusan Banjir
25. Peruntukan Kerajaan Persekutuan (RM37.8 juta):
Kerja-kerja menaik taraf parit di Kampung Paya Pupuk dan Parit
Othman;
pembinaan Tebatan Banjir di Kampung Sialang Dalam;
projek pemuliharaan Muara Sungai Kesang;
penambakan pemecah ombak di Pengkalan Sri Menanti, Muar.
Rancangan Tebatan Banjir - Peruntukan Kerajaan Negeri (RM4.7 juta):
Kampung Sungai Lui, Segamat;
Kampung Melayu Sengkang, Kulai; dan
Mersing
Rancangan Saliran Bandar melibatkan daerah Johor Bahru, Segamat, Kulai dan Muar (RM13.5 juta).
Rangkaian Projek Rel Berskala Besar
26. Pembinaan landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru yang berharga RM9 bilion (Kerajaan Persekutuan, 2017: RM400 juta).
27. Projek Tren Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura. 70% pelaksanaan projek ini akan melibatkan Johor kerana ia akan melalui beberapa bandar utama di Johor dan dijangka mula dilaksanakan apabila persetujuan dicapai antara kedua-dua negara kelak.
Jalan Luar Bandar
28. Menambah baik penyelenggaraan jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung dan perabot jalan, seperti papan tanda dan ramp, lampu jalan serta pengukuhan bahu jalan melalui Sistem Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), (RM650 juta).
29. Pembinaan pelbagai jalan dan jambatan negeri (RM79.2 juta). Ia termasuklah:
• Jalan raya
i. Pembinaan jalan-jalan baharu di Jalan Sri Dayong ke Sejagong; dan laluan merentasi Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading di Batu Pahat; dan
ii. menaiktaraf Jalan Parit Ibrahim dan Jalan Parit Jawa di Pontian.
iii. Pelebaran Jalan Pagoh-Muar dengan menjadikannya laluan empat hala.
• Jambatan
i. ​Penggantian Jambatan Sungai Gunung Pulai di Kulai;
ii.​Penggantian jambatan sempit di Jalan Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, dan di Jalan Endau-Penyabong di Mersing;
iii.​Pelebaran persimpangan di Gelang Patah ke Pendas.
Bandar Pintar Iskandar (Iskandar Smart City)
30. Pembangunan projek Iskandar Malaysia Urban Observatori (IMUO) akan dibangunkan bagi merangka model pengurusan bandar, serta memantau pembangunan dan infrastruktur pintar seperti keadaan lalu lintas dan kualiti udara dan air (USD570 ribu oleh pihak UNDP dan RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan).

BAJET JOHOR 2017 - STRATEGI KHUSUS MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP

STRATEGI KHUSUS MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP.

14. Memperbanyak penubuhan koperasi imCoop di seluruh negeri Johor (RM2 juta) - geran padanan tambahan bernilai RM100 ribu daripada Kerajaan Negeri untuk 20 buah koperasi yang menerima bantuan kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan berminat untuk membuka kedai harga patut iMCoop.
15. Perluasan Program Pertanian Rakyat melibatkan 37 buah sekolah, 3 buah universiti dan 37 taman perumahan (RM400 ribu).
16. Meneruskan bantuan kewangan sebanyak RM2 ribu kepada 1,800 orang nelayan berdaftar dan layak (RM3.6 juta).
17. Perluasan Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (RM14.5 juta) - pertambahan jarak daripada 813.6 km yang ada sekarang kepada 1,357 km pada tahun hadapan.
18. Perluasan Program Air Percuma melalui Syarikat Air Johor (SAJ) kepada golongan sasar di seluruh Johor dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk, iaitu peningkatan seramai 2,108 penerima berbanding 2892 penerima pada tahun ini (RM3 juta).

BAJET JOHOR 2017 - JOHOR SEBAGAI KUASA EKONOMI SELATAN



BAJET NEGERI JOHOR 2017
‘Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera’
JOHOR SEBAGAI KUASA EKONOMI SELATAN
Strategi Pertama: Melaksanakan Pelan Pertumbuhan Ekonomi Johor Secara Besar-Besaran
1. Pelaksanaan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ)
(RM5 juta):
a. Batu Pahat – membangunkan kebitaraan dalam rantaian nilai industri pembuatan ringan
b. Johor Bahru – menjayakan inisiatif pelabuhan hijau selari dengan Rancangan Malaysia Ke-11 dan mengetengahkan Johor Bahru dalam landskap pelancongan kesihatan Malaysia
c. Kluang – memperkenalkan pakej bersepadu bagi eko-pelancongan dan pertanian serta promosi pensijilan buah-buahan dan sayur-sayuran organik
d. Kota Tinggi – penubuhan satu portal khas tentang pelbagai tarikan pelancongan serta penghakupayaan penduduk tempatan untuk terlibat dalam industri pelancongan
e. Kulai – melakukan promosi antarabangsa tentang tarikan perkhidmatan logistik bersama-sama dengan pihak Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
f. Mersing – membangunkan Kampung Tradisi Johor
g. Muar - membangunkan Pusat Kecemerlangan Kayu dan Produk Berasaskan Kayu
h. Pontian - menaik taraf jeti-jeti di Pontian bagi tujuan penambah baikan aktiviti pelancongan dan perikanan
i. Segamat - memperkenal dan mempromosi pelbagai produk tempatan Segamat yang berkualiti tinggi berdasarkan kedudukan geografi
j. Tangkak - menganjurkan siri Karnival Pelancongan Ledang.
Strategi Kedua: Menggariskan Strategi Khusus Menarik Pelaburan Asing dan Domestik
2. Memantapkan peranan Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) sebagai pemudahcara pelaburan dengan menggunakan jenama “The Johor Way”.
Strategi Ketiga: Mewujudkan Pekerjaan Bermutu Untuk Rakyat Johor
3. Pewujudan Pusat Latihan Semula dan Peningkatan Kemahiran GBS ISKANDAR. Pusat ini akan melatih seramai 3000 peserta sepanjang lima tahun untuk diserap ke industri GBS di Iskandar Puteri.
4. Pelancaran (IMProF) menerusi dana RM20 juta yang diperuntukkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi melatih tenaga mahir di Iskandar Malaysia.
Strategi Keempat: Mengurangkan Kebergantungan Pekerja Asing
Strategi Kelima: Membangunkan Johor Sebagai Hab Halal, Hab Bio-Ekonomi dan Hab Kecukupan Makanan
5. Pembangunan Johor Halalan Toyyiban Roadmap (JHTR) bagi memangkin pertumbuhan Johor sebagai sebuah hab halal (RM500 ribu)
Johor akan menjadi Panel Makmal Halal bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang diakreditasikan mengikut standard tertentu dalam menyediakan perkhidmatan analisis makmal.
Pewujudan Johor Toyyiban Laboratories Sdn Bhd (JTLab)
(RM5 juta).
6. Pewujudan pelan induk DNA Bioekonomi Johor (DNA BJ) bagi memperkasa industri bioteknologi secara inklusif dan inovatif (RM700 ribu)
7. Pembangunan rangkaian usahawan Bumiputera dalam rantaian halal bagi industri ayam pedaging berskala besar (RM37.98 juta).
8. Pembangunan Agro Mix Farm (kebun nukleus) di Segamat
(RM1.25 juta)

Strategi Keenam: Mengurus Kesenjangan Ekonomi Dan Melebarkan Kemakmuran Untuk Semua
9. Pelan induk dan rangka kerja Pembangunan Sosial Iskandar Malaysia. melalui Skim Sokongan Pekerjaan dan juga Skim Bantuan Generasi Kedua yang tertumpu kepada aspek pendidikan anak-anak (RM4 juta)
10. Memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Hiliran Minyak dan Gas (PPUHM) bagi membolehkan limpahan pembangunan di kawasan Pengerang turut dinikmati oleh penduduk di sekitarnya.
11. Pewujudan Pusat Pembangunan Kapasiti Kontraktor bagi merealisasikan pelan induk pembangunan kontraktor melalui peningkatan keupayaan, peningkatan peluang dan peningkatan persekitaran industri (RM2.575 juta)
12. Projek Tanaman Fertigasi (RM700 ribu). RM80 ribu diperuntukkan khusus kepada golongan OKU untuk memberi dorongan, latihan dan semangat agar mereka terlibat dalam sektor pertanian. Melibatkan 64 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan enam sekolah-sekolah Pendidikan Khas di seluruh Johor.
13. Menaiktaraf Bengkel Sampul Surat Orang Kurang Upaya di Batu Pahat (RM200 ribu).

Tuesday, 15 November 2016

RAHSIA JADI JUTAWAN MUDA

Hanya Satu Juta ...bolih percaya ??? Kereta mewah 3 ...!
Walaupun banglo miliknya digambarkan seperti Disneyland, Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly menjelaskan harga kediamannya itu hanya RM1 juta sahaja, bukan RM7 juta seperti didakwa sesetengah pihak .

Menurutnya, bank menjual rumah tersebut kepadanya dalam keadaan terbengkalai dan bukan beliau membuat reka bentuk banglo itu seperti ‘Disneyland’
adam-rosly-zuraida“Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta.  Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.

“Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik tetapi (akhirnya) jadi viral dan fitnah pada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan  Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menyatakan Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti PKR.

Turut mengukuhkan fakta berkenaan, Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamarudin pada semalam mendedahkan yang Adam bukan sahaja memiliki banglo itu, malah juga mempunyai beberapa buah rumah lagi yang lain.

Bagaimanapun, Zuraida menafikan yang kekayaan luar biasa Adam itu bukan kerananya, tetapi kerana bapa Adam yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Dalam masa sama, Adam turut menjelaskan yang kekayaannya itu bukan suatu perkara pelik kerana rama lagi anak muda kaya sepertinya.

adam-rosli“Kenapa (umur) 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat Datuk.

“Saya nak maklumkan saya dapat Datuk sebaris dengan Datuk Jamal. Saya sebaris dengan dia di depan Tuanku.

“Kalau dia pertikai kenapa saya dapat gelaran Datuk. Dia (Jamal) dapat Datuk tahun ini dan Datuk Seri tahun ini. Jangan tekan dan aibkan orang,”ujarnya.

Adam juga bersedia kesnya itu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya dimaklumkan daripada media, beliau berikrar untuk turun ke rumah saya, naik helikopter, mungkin rumah saya itu (luas) 10 hektar, mungkin ada kebun kelapa sawit, ada dinosaur, kolam ikan atau kolam renang.

“Saya minta Jamal dan ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo buat laporan polis atau laporkan pada SPRM. Saya bersedia beri kerjasama baik untuk beri keterangan dan jaga amanah di negeri Selangor,” katanya.

Jamal pagi tadi membawa sekumpulan petugas media menaiki helikopter bagi meninjau banglo milik Adam yang Jamal dakwa turut mempunyai kolam renang.

https://www.bnbbc.my/adam-dakwa-banglo-disneyland-hanya-rm1-juta/

SOROTAN PENCAPAIAN BAJET JOHOR (2014-2016)

Salam Muafakat Johor.
Esok Menteri Besar Johor Dato Kaheld Nordin akan membentangkan Bajet Johor 2017. Jadi hari ini admin akan bawakan sedikit sorotan pencapaian Bajet Johor 2014-2016 untuk tatapan semua.
Dengan ini anda boleh lihat dan nilai pencapaian Bajet Negeri Johor selama dibawah pemerintahan Menteri Besar Khaled Nordin.
Segala maklumat tentang pembentangan Bajet Johor dari tahun 2014-2016 dapat lihat disini. Ia termasuk titik-titik sentuhan Bajet Johor terdahulu.
Untuk melihat lebih lanjut lagi sila ke link

PENCAPAIAN 3 TAHUN BAJET JOHOR (2014-2016)
http://muafakatjohor.com/bajet-johor-2017/
Sebarkan kepada semua.

GURU-GURU BAKAL MENGAJAR DITEMPAT ASAL MEREKA ?

Kementerian Pendidikan bercadang temu duga pengambilan guru dilakukan pada peringkat negeri berdasarkan kepada keperluan di negeri berkenaan. Ketika ini, temu duga pengambilan guru dilaksanakan secara berpusat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu bertujuan mengurangkan masalah guru duka lara akibat berjauhan dengan keluarga kerana mereka yang berjaya akan ditempatkan di negeri masing-masing.

"Contohnya, jika di Perak pada tahun itu 400 guru akan bersara. Jadi, mereka boleh membuat temu duga dan mengambil 400 guru baharu dan jika tak mencukupi, mereka boleh mengambil guru dari sempadan negeri berkenaan.

Cadangan jangka panjang "Ia (cadangan itu) untuk jangka masa panjang. Temu duga pengambilan guru baharu sesuai untuk dilaksanakan mengikut negeri dan ditempatkan di negeri berkenaan," katanya selepas majlis perasmian Program Guru Bersama Masyarakat, Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Segari di sini, semalam.

Mahdzir berkata, melalui cadangan itu, urusan pengambilan masih di bawah tanggungjawab SPP, cuma proses temu duga yang akan dilakukan pada peringkat negeri mengikut negeri pemohon. Katanya, perkara itu sudah dibincangkan pada peringkat kementerian dan akan dibawa kepada SPP untuk tindakan lanjut.




Monday, 14 November 2016

LEBIH RAMAI KHALED NORDIN DIPERLUKAN ?

Masih terngiang-ngiang ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor merangkap Menteri Besar Johor semasa Konvensyen UMNO Johor 2016 kali ini. Namun bukan mudah untuk berubah atau diubah jika individu tersebut tidak mahu melakukan perubahan.
        
Beliau berkata, "Pendirian UMNO Johor mudah. Kita percaya, telah tiba masanya bangsa Melayu diselamatkan. Diselamatkan dari sikap dan cara berfikir yang tidak betul. Dari cara kerja yang tidak kompetetif dan tidak berdaya saing. Dari budaya suka meminta-minta.
Dan caranya ialah dengan mengubah pemikiran dan sikap orang Melayu ini.
Kerana, sekalipun UMNO ditolak dalam pilihanraya akan datang, tiada jaminan bahawa keadaan orang Melayu akan menjadi lebih baik. Jika sikap dan pemikiran sebegini ini tidak diubah. Tukarlah kepada apa parti sekalipun.
Dan kalau boleh diibaratkan. Seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez, BMW. Tetapi kalau pemandu itu adalah pemandu yang tidak cekap, yang lalai, yang tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.
Jadi, yang perlu ditukar, bukan kereta. Tetapi sikap dan cara pemandu itu.
Begitu jugalah dengan kita. Yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang".

Malah hari ini FreeMalaysiaToday juga mengeluarkan artikel bahawa perlu lebih ramai pemimpin seperti Khaled Nordin. Untuk artikel penuh rujuk di link ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/11/13/more-leaders-like-khaled-nordin-needed/

PEMBANGKANG TERUS CUBA BURUKKAN IMEJ TMJ

Salam Muafakat Johor.
Tujuan admin menulis artikel ini adalah untuk meluahkan rasa kesal terhadap pengguna Facebook yang bernama Otai Bersih. Ini kerana laman facebook berkenaan terus terusan menyebarkan berita twitter palsu tentang Tengku Mahkota Johor.

Seperti yang kita tahu TMJ telah menutup semua laman sosialnya pada tahun 2012. Dan TMJ hanya menggunakan Page Johor Southern Tiger sebagai laman sosial rasmi baginda. Jadi amat pelik jika tersebar sama ada twiter atau apa saja laman sosial lain yang berkaitan dengan TMJ. Dan lebih pelik lagi ramai yang masih percaya dengan agenda jahat pembangkang ini walaupun sebelum ini TMJ sendiri telah membuat pengumuman.
Tidak salah jika berlainan ideologi politik dan menjadi pembangkang. Tetapi perlulah menjadi pembangkang yang "bersih". Bukan menggunakan politik menghasut supaya RAJA, KERAJAAN dan RAKYAT saling membenci. Kerana ini akan hanya menyebabkan kehancuran san merugikan semua.

Jadi admin ingin menyeru semua rakyat Malaysia dan khususnya Bangsa Johor sendiri menolak bersih tetapi kita perlu juga tolak semua pemimpin pembangkang yang menjadi tulang belakang BERSIH.

Jika kita ingat balik di dalam titah TUANKU SULTAN JOHOR didalam perhimpunan bangsa johor baru-baru ini juga ada menyebut bahawa parit baru (PPBM) adalah parit politik yang memecah belahkan perpaduan. Harus di inngat parti politik tersebut adalah salah sebuah parti politik didalam pakatan pembangkang.

Admin juga ingin mengajak semua Bangsa Johor agar sama-sama 'report' akaun Facebook OTAI BERSIH. Kerana jika dibiarkan ianya akan menyebabkan nama baik TMJ tercemar bukan saja dimata rakyat Malaysia tetapi juga dimata dunia.
Jika kita sebagai Bangsa Johor tidak mengambil tindakan dan membela Istana Johor, siapa lagi akan lakukan.

Jom tolak BERSIH dan Pembangkang di Johor.

CAJ HOSPITAL KERAJAAN DIJANGKA NAIK 50% ?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.


Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.
Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

Saturday, 12 November 2016

BANGSA JOHOR PERLU HAYATI KONSEP MUAFAKAT JOHOR

 Konsep Muafakat Johor yang dibawa oleh Kerajaan Negeri harus difahami, dipegang, diamalkan dan dipertahankan oleh seluruh rakyat di negeri ini bagi menjayakan gagasan Johor Berkemajuan.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, antara perkara penting dalam konsep Muafakat Johor adalah kesanggupan bekorban, berkompromi dan berlebih kurang antara satu dengan yang lain.
“Kita mahu dalam konsep Muafakat Johor, setiap anak Johor sanggup berkorban, berlebih kurang dan berkompromi antara satu dengan yang lain kerana manfaatnya banyak dan ada untuk semua kaum.
“Muafakat Johor itu merupakan permuafakatan yang dibina atas dasar bertolak ansur, mendapat sesuatu dan pada masa yang sama melepaskan sesuatu.
“Kena faham apa itu makna muafakat ada kompromi ada tolak ansur ada dapat sesuatu, kene lepaskan sesuatu, masyarakat kaum lain ada dapat juga (bantuan) daripada Kerajaan Negeri, orang Melayu kene sokong, begitu juga kaum Melayu dapat sesuatu, kaum lain juga kena sokong,” katanya.
Jelas beliau, bagaimanapun pengorbanan itu bukan bermaksud mengorbankan segala-galanya yang ada pada sesuatu kaum.
“Setiap orang diminta membuat pengorbanan tetapi tidak ada seorang atau mana-mana etnik pun yang diminta mengorbankan semua sekali. Itulah yang dimaksudkan dengan Muafakat Johor pada hari ini, dalam usaha menjayakan Johor Berkemajuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program YDP Turun Padang, Muafakat Mesra Zon Mawar di Taman Mawar, hari ini. Mohamed Khaled berkata, konsep muafakat adalah kekuatan Johor dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa-masa yang mencabar selain membawa negeri ke tahap yang lebih baik.
“Kalau kita dapat lahirkan muafakat di semua tempat maka saya percaya kita akan dapat membina kekuatan.
“Kedua, kita perlu melonjak pencapaian kita. Johor berada pada asas yang baik dan kukuh tetapi tidak cukup, kita mesti lonjakkan pencapaian kita dan muafakat antara rakyat sangat penting,” katanya.
Ujar beliau lagi, konsep muafakat itu tidak boleh dipandang ringan dan mudah kerana jika ia tidak dihayati dan diamalkan boleh mencetuskan bencana kepada negeri. Katanya, jika tidak dihayati, perkara yang boleh mengancam permuafakatan antara kaum boleh berlaku tanpa mengira tempat dan masa.
“Kita perlu usahakan dan sarankan nilai muafakat ini sepanjang masa kerana kita tahu soal-soal yang boleh mengancam kerjasama dan muafakat antara kaum ini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa.
“Ada sesetengah tempat ia kuat dan kukuh, ada setengah tempat ia rapuh. Misalnya malam tadi berlaku di Endau, pergaduhan antara belia Melayu dan belia Cina. Jadi muafakat, perpaduan kerjasama ini tidak datang secara automatik. Kadang-kadang di sesetengah tempat ia rapuh. Atas sebab itu kita tidak boleh ambil mudah.
“Apabila sudah menjadi satu gagasan Kerajaan Negeri, setiap masa perlu menghayati dan sentiasa berusaha mencapai dan menjayakan perkara ini. Jika ambil mudah, boleh berlaku (pergaduhan) di kalangan masyarakat,” katanya.

Thursday, 10 November 2016

KONVENSYEN UMNO JOHOR 2016 : UCAPAN MB JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor
                 
Tuan-tuan dan Puan-puan

1. Pertamanya, saya berasa amat bersyukur kerana sekali lagi kita dapat bersama sempena Konvensyen UMNO Johor untuk tahun 2016. Dan tahun ini ianya bersejarah kerana dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO.

2. Marilah kita sama-sama mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO, ke Konvensyen UMNO Johor 2016 pada hari yang berbahagia ini.

3. Pastinya kehadiran YB Dato’ Seri Hisham sangat bermakna kepada UMNO Johor. Bagai sirih pulang ke gagang, Dato’ Seri Hisham adalah tokoh besar Johor.

4. Inilah tanah asalnya. Di Johor inilah keluarga besarnya berasal dan berbakti.

5. Dan UMNO inilah parti yang diasaskan oleh nendanya, Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar. Inilah juga parti yang pernah dipimpin oleh Almarhum ayahandanya, Tun Hussein Onn.

6. Kepada YB Dato’ Seri Hisham, UMNO Johor senantiasa mengalu-alukan kehadiran Dato’ Seri. Johor ini adalah medan politik tuan yang sebenar-benarnya.

7. Doa kami, agar Dato’ Seri dapat terus memberikan kepimpinan terbaik pada UMNO di peringkat Pusat. Insya-Allah kami di Johor akan terus mendukung siapa jua tokoh Johor di peringkat nasional.

8. Agar Johor senantiasa diwakili dengan berkesan sama ada dalam Majlis Tertinggi mahupun dalam Kabinet.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

9. Saya juga mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Yang datang dari seluruh pelusuk Johor.

10. Doa saya agar pertemuan kita kali ini, memanfaatkan parti, bangsa dan tanahair. Kerana inilah akhirnya tujuan sebenar kita berhimpun.

11. Kita ingin mendengar suara hati akar umbi parti. Memahami keluh kesah rakyat dan pendukung kita di seluruh Johor.

12. Kerana tanpa sumbang saran para wakil parti, UMNO ini tidak punyai apa-apa. Nadi sebenar UMNO adalah akar umbinya.

13. Dan jika akar umbi memilih untuk sekadar menjadi akar, dan tidak memberikan buah fikiran, maka UMNO hanya akan menjadi sebatang pokok tua. Yang hidup segan mati tak mahu.

14. Justeru saya percaya, para peserta telah gunakan medan dan pentas konvensyen ini sebaiknya di sebelah siang tadi. Semua pandangan yang cerdas dan bernas tersebut, Insya-Allah menjadi pedoman untuk kita memperbaiki parti, bangsa dan negara.
Hadirin hadirat para Perwakilan sekalian,

15. Tahun ini genaplah 70 tahun usia UMNO. Dalam tempoh yang panjang ini, sumbangan UMNO kepada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair, sangat luar biasa.

16. Biar dari perspektif manapun kita menilainya, tiada siapa yang boleh menafikan. Betapa selama UMNO memerintah negara dan bangsa ini, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan berjaya.

17. UMNO membidani kelahiran Malaysia moden. Dan kejayaan UMNO paling menyerlah ialah mambantu bangsa Melayu. Sangat konsisten dan berhasil. Malah, sangat radikal dan terlihat.

18. Dasar-dasar UMNO telah membebaskan Melayu dari kemiskinan dan kemunduran. Kadar kemiskinan negara kita waktu ini, hanya 0.6 peratus.

19. Jutaan Melayu kini menjadi kelas menengah semenjak UMNO memerintah.

20. Jutaan Melayu telah mendapat pendidikan, bergelar graduan dan berkemahiran tinggi.

21. Kini, ramai sekali Melayu yang telah menguasai perniagaan besar. Menjadi pengurus yang berjaya. Meneraju bank, mengepalai syarikat multinasional, menyertai pertubuhan antarabangsa, menggerakkan NGO, menghidupkan industri, menjadi tokoh agama. Namakan sahaja.

22. Tetapi, di sebalik semua hasil yang besar dan baik ini, mari kita mengambil masa dan bertanya dengan jujur. Adakah UMNO sebenarnya semakin berpengaruh dan diyakini di kalangan orang Melayu?

23. Adakah UMNO akan terus kekal menjadi pilihan orang Melayu untuk memerintah? Dan memenangi pilihanraya akan datang?

24. Saya pasti, dalam setiap sanubari kita, wujud pengakuan, bahawa dari sehari ke sehari, UMNO semakin jauh dari hati orang Melayu. UMNO sudah tidak berada dalam kedudukan seperti sebelumnya.

25. Benar UMNO masih berkuasa dan berpengaruh, masih besar dan ramai. Tetapi adalah juga benar bahawa pengaruh UMNO sebagai sebuah pergerakan politik Melayu semakin susut dengan deras.

26. Kenapa ini berlaku? Apa yang belum dilakukan oleh UMNO, sehingga ia semakin pudar dan jauh dari nurani bangsa Melayu?

27. Semua orang boleh memberi pelbagai alasan. Pastinya ramai yang memilih untuk menyalahkan UMNO. Seolah-olah UMNO tidak pernah berbakti.  Tidak pernah melakukan apa-apa dan tidak ada sumbangan dan jasanya.

28. Benar, UMNO tidak lari dari silap. Benar UMNO itu jauh dari sempurna.

29. Tapi untuk menghukum UMNO itu gagal mengambil langkah dan tanggungjawab pada bangsa Melayu, adalah pandangan yang sangat tersasar dan tidak adil.

30. Maka kerana itu saya mengambil pendirian tegas mempertahankan UMNO.

31. Kerana saya sedar, masalah sebenar sebahagian orang Melayu ada DUA.

32. PERTAMA, masalah kebolehsaingan, kebergantungan dan lemahnya nilai berdikari mereka. Kedua, ketirisan dan salah keutamaan dalam tindakan afirmatif kita.

33. Bukan kerana UMNO tidak menjalankan tanggungjawabnya pada orang Melayu.

34. Kerana itu, saya kekal berjuang dalam UMNO untuk memperbetulkan keadaan ini.

35. Saya kekal dalam UMNO kerana ingin berlaku adil kepada UMNO kerana saya berasa bertanggungjawab untuk merubah sikap, melonjak kebolehsaingan dan menanam nilai maju pada sebahagian dari bangsa Melayu.

36. Saya tidak sama sekali memilih untuk kekal dalam UMNO kerana kedudukan dan cita-cita untuk terus menjadi pemimpin. Saya berasa terpanggil membetulkan ketirisan yang merugikan orang Melayu selama ni.

37. Saya berasa amat tidak bertanggungjawab jika saya meninggalkan UMNO tatkala orang Melayu mempunyai masalah sikap, pemikiran dan ketirisan seperti ini.

38. Dan malam ini saya mengajak semua pendukung UMNO Johor untuk bersama-sama memperbaiki keadaan ini.

39. Agar melalui usaha kolektif kita bersama, kita dapat mengusahakan pencerahan bagi membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing, berdikari dan kompetitif. Dan mereka kembali mendukung UMNO.

Tuan-tuan dan Puan-puan
40. Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

41. Begitu juga dengan pelbagai tindakan afirmatif yang UMNO telah perkenalkan untuk meningkatkan kebolehsaingan bangsa Melayu. UMNO akan mengekalkan semua ini.

42. Ini adalah ikrar dan mandat UMNO. Jangan risau. UMNO akan terus mempertahankannya dengan jujur dan ikhlas.

43. UMNO telah dan akan terus memberikan orang Melayu permulaan yang adil dan perlu.

44. Agar orang Melayu maju dan berjaya. Berdikari dan bersaing di persada perniagaan, pendidikan, dan industri dengan lebih hebat. Dan tidak perlu terus bersandar dan bergantung dengan bantuan UMNO dan  Kerajaan selamanya.

45. Mereka yang telah berjaya mesti berdikari, bergraduat dari terus menerima bantuan. Malah merekalah yang sepatutnya bangun, menyumbang pada Negara setelah berjaya. Atau setidak-tidaknya membantu orang Melayu yang lain.

46. Tetapi selepas semua apa yang UMNO lakukan ini, mereka masih dengan sikap meminta-minta, sikap kebergantungan dan pemikiran bahawa, dalam keadaan apa pun, UMNO itu ada dan UMNO terus berkewajipan membantu. Kerana mereka Melayu.

47. Pemikiran terkebelakang sebegini adalah satu masalah yang menyebabkan orang Melayu mundur. Masalah yang menyukarkan UMNO menjadi lebih progresif.

48. Walaupun selepas segala yang UMNO telah lakukan untuk orang Melayu. Kebanyakan dari orang Melayu masih gagal bersaing atas merit. Masih tidak mempunyai kompetensi yang kuat. Masih gagal mencipta kejayaan sendiri.

49. Banyak perniagaan orang Melayu umpamanya, hanya sekadar menjadi orang tengah. Tidak ada kepakaran sebenar. Tidak ada usaha sebenar. Malah tidak ada organsiasi yang kemas, yang boleh dibangunkan dengan lebih baik dan bertahan lama.

50. Anak Melayu yang kita bantu memasuki universiti, tidak memanfaatkan peluang menuntut ilmu dengan serius. Akhirnya, mereka bergraduat dengan pencapaian yang rendah, dan gagal mendapat tempat dalam pasaran kerja yang bermutu. Malah Kerajaan pula terpaksa membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk terus melatih mereka dengan pelbagai skim khas.

51. Lebih menyedihkan, bagi sebahagian yang telah berjaya, mereka masih tidak sedia menghadapi persaingan secara terbuka. Tetapi masih terus mengharapkan projek, kontrak dan kouta. Masih mengharapkan sokongan dan dukungan atas dasar menjadi Melayu.

52. Insaflah bahawa ini semua sangat membebankan UMNO dan Kerajaan. Ini semua juga menyebabkan ketirisan dalam usaha pengupayaan orang Melayu. Akhirnya, dana tidak mencukupi kerana yang perlu ditanggung semakin ramai. Apatah lagi, dalam keadaan kedudukan hasil negara yang semakin susut.

Tuan-tuan dan Puan-puan
53. Pendirian UMNO Johor mudah. Kita percaya, telah tiba masanya bangsa Melayu diselamatkan. Diselamatkan dari sikap dan cara berfikir yang tidak betul. Dari cara kerja yang tidak kompetetif dan tidak berdaya saing. Dari budaya suka meminta-minta.

54. Dan caranya ialah dengan mengubah pemikiran dan sikap orang Melayu ini.

55. Kerana, sekalipun UMNO ditolak dalam pilihanraya akan datang, tiada jaminan bahawa keadaan orang Melayu akan menjadi lebih baik. Jika sikap dan pemikiran sebegini ini tidak diubah. Tukarlah kepada apa parti sekalipun.

56. Dan kalau boleh diibaratkan. Seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez, BMW. Tetapi kalau pemandu itu adalah pemandu yang tidak cekap, yang lalai, yang tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.

57. Jadi, yang perlu ditukar, bukan kereta. Tetapi sikap dan cara pemandu itu.

58. Begitu jugalah dengan kita. Yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang.

59. Atas kesedaran inilah, UMNO Johor pada tahun ini memilih untuk membahaskan agenda Melayu Maju dalam konvensyennya.

60. Kerana bagi UMNO Johor, Melayu mesti diasuh berdikari. Dibenteras  pemikiran dan sikap terlalu bergantung pada hak dan bantuan. Sikap anti persaingan dan anti kemajuan mesti berakhir.

61. Jadi, senjata paling penting kita adalah dengan meyakinkan seluruh bangsa Melayu bahawa mereka mesti berubah.

62. Dan UMNO adalah wadah terbaik melakukan perubahan tersebut. Kerana UMNO sentiasa memilih jalan yang serius, jalan yang betul dan terbaik untuk orang Melayu.

63. Jalan yang selari dan menjawab keperluan orang Melayu. Bukannya menjadikan Melayu bangsa yang terus bernostalgia dengan hak dan keistimewaannya.

64. Melayu yang dalam istilah Tan Sri Shahrir Samad, berada dalam ekonomi dan persekitaran yang benar-benar merdeka.
Tuan-tuan dan Puan-puan;

65. Maka, untuk menjayakan agenda Melayu Maju ini, saya ingin sarankan DUA jalan.

66. PERTAMA, pendidikan berkualiti dan terbaik untuk Melayu.

67. UMNO mesti memperjuangkan pembaharuan radikal dalam pendidikan di negara ini. Kaedah paling penting untuk menjana kebolehsaingan bangsa Melayu ialah pendidikan terbaik. Pendidikan bermutu. Pendidikan abad ke 21.

68. UMNO tidak lagi perlu khuatir tentang cerita akses dan keciciran. Perkara ini sudah berjaya kita uruskan dengan cemerlang.

69. Lihat sahaja segala usaha luar biasa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk YB Dato’ Seri Hisham sendiri semasa beliau memimpin Kementerian Pendidikan.

70. UMNO telah memastikan di mana sahaja di Malaysia; termasuk di daerah paling terpencil, akan ada sekolah yang berfungsi dengan baik, dengan guru terlatih, dengan kemudahan yang cukup.

71. Kini, masanya adalah untuk kita beralih dan memecut ke fasa yang berikutnya. Fasa menggandakan mutu dan kualiti pendidikan. Yang sesuai dan menjawab tuntutan kompetensi abad ke 21.

72. Anak-anak Melayu harus mempunyai kemahiran untuk hidup, berfungsi dan berperanan mengikut keperluan abad ke 21.

73. Ertinya, kita memerlukan sistem pendidikan yang boleh menyediakan kemahiran dan pemikiran abad ke 21.

74. Telah tiba masanya pendidikan kita mesti dilaraskan dengan mutu termaju. Yang digerakkan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antarabangsa.

75. Kerana, akses pendidikan tanpa kualiti yang baik, ialah sistem pendidikan yang terkebelakang. 

76. Ia tidak akan menyediakan Malaysia yang berkemajuan. Akses tanpa kualiti, tidak akan menganjak Malaysia menjadi kuasa ekonomi berpengetahuan.

77. Lebih kritikal, akses tanpa kualiti, tidak akan berupaya melahirkan generasi Melayu yang terbaik. Yang boleh memastikan kebolehsaingan Malaysia.

78. Maka, tanpa pendidikan yang kualitinya setara dengan kepentingan abad ke 21, Malaysia akan tercicir dalam kancah persaingan global.

79. Lebih parah, bangsa Melayu akan pasti lebih terkebelakang.

80. Kerana itu, pada hari ini, UMNO Johor akan membahaskan isu pendidikan terbaik dan berkualiti ini. Dan mencari pencerahan.

81. Harapannya, melalui interaksi dengan mereka yang mahir dan pakar dalam hal ini, akan ada beberapa cadangan bernas yang akan UMNO Johor usul dan majukan untuk Perhimpunan Agung UMNO nanti.

82. Kedua, Islam mesti menunjangi kelahiran Melayu Maju ini.

83. Perkara ini saya usulkan hanya kerana satu sebab. Bahawa saya tidak boleh membayangkan Melayu tanpa Islam.

84. Islam tanpa Melayu, itu biasa. Namun, Melayu tanpa Islam, itu kejanggalan di luar kelaziman.

85. Islamlah yang selama ini, menjadi satu-satunya faktor yang telah membentuk keperibadian orang Melayu.

86. Menjadikan orang Melayu itu rasional, menolak animesme, berakhlak mulia dan berbudaya baik.

87. Dan, jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam pembentukan keperibadian dan peradaban Melayu, maka Islam juga harus terus penting dalam agenda melonjak pemikiran dan budaya terbaik bangsa Melayu.

88. Islam mesti menjadi inspirasi untuk orang Melayu menjadi semakin maju, semakin progresif, semakin berlumba-lumpa ke hadapan.

89. Yakinilah bahawa nilai-nilai Islam, penyelesaian Islam, fikrah dan cara hidup Islam, adalah satu kemajuan yang Tuhan ajarkan merentas zaman dan peradaban.

90. Islam bukan sekadar susunan hukum agama. Islam adalah cara kehidupan paling baik dan syumul.

91. Maka jika orang Melayu itu, yang memang dari lahirnya menjadi Muslim, tetapi gagal melihat Islam sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik, lebih maju dan lebih berdaya saing. Maka, pada mereka Islam itu hanya anutan yang tidak dijiwai.

92. Kerana itu, UMNO tidak lagi boleh mengungkapkan agenda agamanya hanya berkisar tentang menaik taraf mahkamah syariah atau gaji guru sekolah agama.

93. Naratif sebegitu terlalu kecil dan tidak pun menggambarkan potensi sebenar Islam.

94. Naratif baru yang perlu diketengahkan oleh UMNO ialah, bagaimana Islam dan ajarannya, boleh membantu melonjakkan bangsa Melayu dan Malaysia, menjadi sebuah masyarakat terbaik.

95. Bagaimana Islam, dapat meminjamkan nilai dan menjadi panduan menuju kemodenan. Bukan menjadikan Islam alasan menolak dan menjauhi kemodenan.

96. Bagaimana Islam, menjadi inspirasi untuk pemimpin kita menjadi lebih beramanah dan takut pada Penciptanya. Menghapuskan politik wang dan salah guna kuasa.

97. Bagaimana Islam, memeta jalan keluar kepada kemaslahatan bangsa. Menggunakan pelbagai pendekatan Islami seperti wakaf, hibah, zakat dan pelbagai lagi.

98. Bagaimana Islam, menjadi pedoman untuk kita mengurus ekonomi moden dengan bersandarkan prinsip tidak menindas, inklusif dan berkeadilan.

99. Dan bagaimana Islam, secara keseluruhannya akan menjadi faktor paling penting dalam anjakan pemikiran orang Melayu menjadi bangsa berkemajuan.

Yang Berhormat Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan,

100. Saya memilih untuk bercakap tentang TIGA perkara malam ini.

101. PERTAMA, cabaran terbesar UMNO ialah melakukan transformasi pemikiran dan agenda Melayu. UMNO mesti memacu segala usaha untuk membentuk Melayu Maju.

102. KEDUA Melayu Maju ini mesti dijayakan dengan pendidikan termaju, dengan kualiti terbaik. Jika UMNO gagal memberikan anak-anak Melayu pendidikan terbaik, UMNO gagal menyediakan orang melayu untuk bersaing di abad ke 21.

103. KETIGA, Melayu Maju ini mesti kembali kepada Islam dan nilai-nilai terbaik agama. Islam harus menjadi inspirasi untuk Melayu menjadi lebih berkemajuan dan berjaya.

104. Kenapa saya memilih ketiga-tiga perkara ini. Jawapan saya mudah.  Jika UMNO tidak menjawab persoalan jangka masa panjang ini, siapa lagi yang bertanggungjawab menjawabnya. Jika UMNO tidak memikirkannya, siapa yang akan memikirkannya.

105. Orang Melayu mendambakan pemikiran besar dan berani dari UMNO. Jika tiada pemikiran besar dan berani, tentang masa depan bangsa Melayu, maka UMNO tersasar dari misi utamanya untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu.

106. Apa yang saya utarakan sebenarnya, bertujuan menjawab masalah sebenar orang Melayu, yang wajar UMNO perjuangkan.

107. Seruan saya, jika UMNO ingin untuk berkelangsungan 70 tahun dan lebih lagi, UMNO mesti mengambil pandangan jauh. Jalan pintas, bukan cara UMNO.

108. Dan medan terbaik untuk UMNO membahaskan dengan tulus, misi besar sebegini, ialah perhimpunan seperti ini.

109. Insha Allah, UMNO Johor akan melakukan usaha lebih terancang selepas ini untuk menyebar luaskan Agenda Melayu Maju ini.  Agar ia didukung sepenuh jiwa oleh seluruh orang Melayu insyallah.

110. Akhirnya, sekali lagi terima kasih atas kehadiran pada malam ini.

111. Saya harap, kasih kita, cinta kita, ikhlas dan sayang kita pada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair ini akan terus subur.

112. Biarlah orang Melayu, hari ini atau dari generasi yang akan datang, setidak-tidaknya berbangga dengan kita. Kerana, masih ada dari kalangan bangsa mereka, yang benar-benar mengasihi orang Melayu. Dan memikirkan yang terbaik untuk mereka.
Sekian, Terima kasih.

Sunday, 6 November 2016

PEMBANGKANG SEMAKIN BIADAP

Baru-baru ini kita dapat lihat berberapa orang pemimpin pembangkang mempersoalkan Titah DYMM Sultan Johor berkenaan larangan sebarang demontrasi jalanan di Negeri Johor.

Gerakan ini dimulakan oleh Syed Shadiq yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia. Dia dengan lantangnya menyuarakan bahawa demontrasi jalanan itu adalah hak rakyat. Kenyataan ini dibuat dilaman facebook beliau yang kemudiannya menjadi viral.



Dan selang beberapa hari diikuti oleh seorang setiausaha pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang dan juga merupakan setiausaha Ketua Menteri Ke2 Pulau Pinang. Didalam kenyataan itu, beliau mempersoalkan kredebiliti Sultan Johor untuk melarang demontrasi itu diadakan di Johor. Dan memintak DYMM Sultan Johor menyemak beberapa akta yang kononnya Sultan Johor kurang jelas.



Sebagai rakyat Johor, admin amat jelas dengan titah yang dibuat oleh Sultan Johor itu. Jelas sekali bahawa Sultan Johor ingin melindungi rakyatnya daripada sebarang masalah yang bakal timbul jika sebarang demontrasi jalanan diadakan di Negari Johor. Seperti mana kita sebagai rakyat Johor tahu bahawa Sultan Johor amat menyayangi rakyatnya.



Jadi admin ingin menyeru semua Bangsa Johor supaya menolak mereka ini. Tidak salah jika berbeza idoilogi politik tetapi kedaulatan Raja Melayu harus dipertahankan dan menjadi keutamaan. Tidak mustahil jika meraka berkuasa nanti. Sejarah pada tahun 1994 dimana kuasa Raja-raja Melayu dikurangkan. Inni telah dilakukan oleh Tun Mahathir ketika beliau berkuasa.



Jika sebagai orang melayu tidak mempertahan institusi diraja pasti selepas ini tiada lagi yang akan hormat pada raja kita dan berani membantah titah mereka.

DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU.

SYARAT DAN CARA MOHON RUMAH BINA NEGARA

Kerajaan kini memperkenalkan program RUMAH BINA NEGARA. Program ini diwujudkan bagi membantu lagi golongan sasar untuk memliki rumah sendiri. Ini kerana rumah yang di tawarlan adalah serendah RM250.00 sebulan dah tidak memerlukan penyata gaji (slip gaji). Dan subsidi sebayak RM20,000 diberikan oleh kerajaan kepada yang layak.

Penambahbaikkan ini dibuat bagi memudahkan mereka yang bekerja disektor pertanian dan bekerja sendiri membuat permohonan. Bgaimanapun masih ada beberapa syarat yang perlu dipatahui.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat RISDA dan Pejabat UMNO terdekat.

Sila semak syarat digambar.




Unutk memohon sila click link dibawah atau rujuk ke Pejabat KKLW dan Pejabat RISDA berhampiran.
http://www.kklwhariini.com/single-post/2016/11/03/JOM-KETAHUI-SYARAT-PEMOHONAN-UNTUK-RUMAH-BINA-NEGARA

MB JOHOR SAMBUT BAIK TITAH SULTAN JOHOR


Bangsa johor itu dari dulu sentiasa berdiri teguh dibelakang kerajaan persekutuan membina sebuah negara bangsa yang merdeka walaupun Johor tidak pernah dijajah.

Idea pembentukan Bangsa Johor telah sekian lama wujud sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu lagi. Perlembagaan negeri Johor Undang undang Tubuh Kerajaan Johor tidak sama dengan negeri lain kerana negeri ini mempunyai berbilang kaum yang dianggap semua kaum itu adalah Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor. Johor itu sudah bersatu bukan sehari dua tetapi sebelum Malaysia merdeka lagi

kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.Rakyat bangsa Johor yang berbilang agama dan keturunan boleh hidup harmoni dan bersatu padu demi untuk kemakmuran dan keamanan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Lagu rasmi negeri diberi nama lagu "Bangsa Johor" mengesahkan bahawa idea awal pembentukan negara bangsa bermula dan bertapak di negeri ini.

Johor sebagai 'role-model' dan menjadi pencetus citra nasional dalam pelbagai bidang , budayanya, bahasa,sistem pendidikan, agama, keselamatan hubungan antarabangsa, kepimpinan politik undang undang Malayisa hingga wujudnya konsep Bangsa Malaysia yg dipopularkan Tun Sendiri

Bangsa Johor bukan pemecah belah, bangsa johor sentiasa menjadikan Muafakat sebagai Cara Johor dalam apa jua aspek kehidupan mereka. Tak perlulah orang luar mengajar kami bagaimana cara Johor mewujudkan kesatuan dikalangan bangsa Johor di negeri kami. dari zaman Atok Moyang kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia

Dalam era itu juga, konsep Bangsa Johor ini cuba dizahirkan juga dalam bentuk ekonomi apabila kerajaan negeri bekerjasama dengan pedagang cina melalui sistem Kangcu.Tanah Johor adalah tempat kita lahir. Kami, tak kira melayu, india, cina always regarded ourselves as Bangsa Johor.

Bersatu dan berkerjasama menjadikan tanah jauhar ini sebagai Kuasa Ekonomi Utama Negara.Dengan Perlaburan tertinggi, KDNK melebihi paras nasional kemasukan pelancong tertinggi. Adakah Johor tidak menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik dan harmoni??

Apakah semangat orang kelantan tidak membantu memajukan orang negeri mereka? Bagaimana pula istilah Sarawak untuk Sarawak yg dilihat lebih lantang menuntut hak mereka demi kemajuan negeri mereka dan Malaysia yang lebih inklusif?

Johor tetap jadi Johor
Muafakat Itu Berkat