Wednesday 16 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - PRASARANA TERBAIK UNTUK SEMUA

PRASARANA TERBAIK UNTUK SEMUA
Air
19. Peruntukan infrastruktur air (RM79.7 juta). Termasuk 14 inisiatif:
i. Projek Pemindahan Air Mentah Dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok (RM65 juta),
ii. Pembinaan 2 buah telaga tiub di iaitu di Kota Tinggi (RM1 juta),
iii. Penyelenggaraan kawasan tadahan Empangan Layang Hulu dan Layang Hilir (RM900 ribu),
iiii. Melaksanakan projek pemasangan sistem pemantauan kualiti air di Sungai Johor (RM1 juta),
v. Melaksanakan pelan pengurusan kawasan tadahan air (Water Catchment Management Plan) di Sungai Gembut, Kota Tinggi (RM600 ribu),
vi. Melaksanakan pemetaan udara menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV), dengan izin, di kawasan tadahan Empangan Linggiu dan cadangan Empangan Ulu Sedili Besar dengan (RM700 ribu)
vii. Perlaksanaan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM) di Sungai Johor (RM10 juta) – RM2 juta setahun.
viii. Pembenihan awan di kawasan tadahan air dengan kekerapan penerbangan sebanyak 10 kali dengan peruntukan (RM400 ribu)
ix. Projek pemasangan paip dari Outfall Sungai Johor ke Empangan Upper Layang (RM3.5 juta),
x. kerja-kerja pembaikan dan pemasangan peralatan pengukuran gegaran di Loji Rawatan Air Gunung Pulai (RM500 ribu)
xi. Kajian kebolehupayaan bagi pembinaan Empangan Pantai (Coastal Reservoir) di Muara Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Mersing (RM1.8 juta),
xii. Mewartakan Kawasan Tadahan (Enakmen Air 1921 – Pindaan 2014) dan Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Akta 298) - RM500 ribu,
xiii. Penyediaan Pelan Kecemasan Empangan (ERP) bagi Empangan Juaseh dan Lebam (RM800 ribu)
xiiii. Melakukan Kajian Kebolehupayaan Sumber Air Bawah Tanah dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - RM1 juta.
20. Penganjuran Johor Water Forum 2017 dan memperkasa forum ini sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai penasihat kepada Majlis Sumber Air Negeri Johor (RM300 ribu).
Peruntukan Kerajaan Pusat:
21. Projek Penyaluran Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM) berharga RM560 juta dengan peruntukan permulaan sebanyak RM5 juta.

22. Pembinaan Loji Rawatan Air Kahang (RM125 juta). Pembinaan satu saluran pemindahan air sementara yang menghubungkan Empangan Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong Timur (RM15 juta)
23. Menaik taraf Empangan Congok di Mersing dengan kos RM7 juta. (2017: RM3 juta).
24. Meningkatkan hasil melalui penguatkuasaan lesen jeti dan penambakan laut oleh Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ).
Pengurusan Banjir
25. Peruntukan Kerajaan Persekutuan (RM37.8 juta):
Kerja-kerja menaik taraf parit di Kampung Paya Pupuk dan Parit
Othman;
pembinaan Tebatan Banjir di Kampung Sialang Dalam;
projek pemuliharaan Muara Sungai Kesang;
penambakan pemecah ombak di Pengkalan Sri Menanti, Muar.
Rancangan Tebatan Banjir - Peruntukan Kerajaan Negeri (RM4.7 juta):
Kampung Sungai Lui, Segamat;
Kampung Melayu Sengkang, Kulai; dan
Mersing
Rancangan Saliran Bandar melibatkan daerah Johor Bahru, Segamat, Kulai dan Muar (RM13.5 juta).
Rangkaian Projek Rel Berskala Besar
26. Pembinaan landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru yang berharga RM9 bilion (Kerajaan Persekutuan, 2017: RM400 juta).
27. Projek Tren Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura. 70% pelaksanaan projek ini akan melibatkan Johor kerana ia akan melalui beberapa bandar utama di Johor dan dijangka mula dilaksanakan apabila persetujuan dicapai antara kedua-dua negara kelak.
Jalan Luar Bandar
28. Menambah baik penyelenggaraan jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung dan perabot jalan, seperti papan tanda dan ramp, lampu jalan serta pengukuhan bahu jalan melalui Sistem Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), (RM650 juta).
29. Pembinaan pelbagai jalan dan jambatan negeri (RM79.2 juta). Ia termasuklah:
• Jalan raya
i. Pembinaan jalan-jalan baharu di Jalan Sri Dayong ke Sejagong; dan laluan merentasi Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading di Batu Pahat; dan
ii. menaiktaraf Jalan Parit Ibrahim dan Jalan Parit Jawa di Pontian.
iii. Pelebaran Jalan Pagoh-Muar dengan menjadikannya laluan empat hala.
• Jambatan
i. ​Penggantian Jambatan Sungai Gunung Pulai di Kulai;
ii.​Penggantian jambatan sempit di Jalan Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, dan di Jalan Endau-Penyabong di Mersing;
iii.​Pelebaran persimpangan di Gelang Patah ke Pendas.
Bandar Pintar Iskandar (Iskandar Smart City)
30. Pembangunan projek Iskandar Malaysia Urban Observatori (IMUO) akan dibangunkan bagi merangka model pengurusan bandar, serta memantau pembangunan dan infrastruktur pintar seperti keadaan lalu lintas dan kualiti udara dan air (USD570 ribu oleh pihak UNDP dan RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan).