Wednesday 16 November 2016

BAJET JOHOR 2017 - PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN SUKAN BERTARAF DUNIA



Pembangunan dan Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia
Sektor sukan (RM32.16 juta), inisiatif-inisiatif berikut:
51. Program pembangunan jangka panjang yang dikenali sebagai Johor Gemilang 2020.
52. Suntikan dana RM505 ribu bagi tujuan mencungkil dan membangunkan bakat atlet muda.
53. Tawaran biasiswa pendidikan kepada 5 atlet berkelayakan di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap atlet berkelayakan akan diberikan biasiswa bernilai RM7 ribu setahun yang dipecahkan kepada RM3.5 ribu bagi setiap semester.
54. Pembangunan bola sepak khususnya di peringkat akar umbi (RM10 juta):
i. Program pembangunan bola sepak 17 tahun ke bawah di bawah Akademi Johor Darul Ta’zim, yang melibatkan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Borusia Dortmund (BVD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Di bawah program ini sebanyak 12 Pusat Latihan Daerah (DTC) telah diwujudkan bagi menempatkan para pemain yang terpilih, yang menjadi pusat latihan dan perlawanan persahabatan. Bagi para pemain terpilih pula, mereka turut diberikan pendedahan latihan dan perlawanan persahabatan di luar negara.
ii. Program Pembangunan Bola Sepak Belia (Bawah 19 Tahun), yang merupakan pasukan amatur yang menyertai Pertandingan Piala Malaysia FAM setiap tahun.
iii. Pembangunan Pasukan Bola Sepak Bawah 21 Tahun, yang merupakan pasukan amatur yang menyertai pertandingan Piala Presiden FAM setiap tahun.
55. Pembinaan Kompleks Sukan 'Lee Chong Wei International Sports City' (RM100 juta).
56. Pembinaan Stadium Sport City yang terletak di kawasan Mount Austin Johor Bahru (RM89 juta)
MENGUKUH AGENDA KEBOLEHSAINGAN MELAYU, BUMIPUTERA DAN ORANG ASLI
57. Program Kontraktor Patuh Syariah akan dijalankan bagi melatih 500 kontraktor Bumiputera secara kursus, peperiksaan dan persijilan (RM1.625 juta).
58. Program Pembangunan Komuniti Orang Asli bersama Yayasan PBT (RM300 ribu).
MENGUKUH KONSEP BANGSA JOHOR DAN MUAFAKAT JOHOR SEBAGAI JALAN PERPADUAN
59. Penjenamaan semula satu kawasan di Pusat Bandaraya Johor Bahru sebagai The Street Of Harmony atau Jalan Muafakat Bangsa Johor
(RM5 juta)