Masih terngiang-ngiang ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor merangkap Menteri Besar Johor semasa Konvensyen UMNO Johor 2016 kali ini. Namun bukan mudah untuk berubah atau diubah jika individu tersebut tidak mahu melakukan perubahan.
Beliau berkata, "Pendirian UMNO Johor mudah. Kita percaya, telah tiba masanya bangsa Melayu diselamatkan. Diselamatkan dari sikap dan cara berfikir yang tidak betul. Dari cara kerja yang tidak kompetetif dan tidak berdaya saing. Dari budaya suka meminta-minta.
Dan caranya ialah dengan mengubah pemikiran dan sikap orang Melayu ini.
Kerana, sekalipun UMNO ditolak dalam pilihanraya akan datang, tiada jaminan bahawa keadaan orang Melayu akan menjadi lebih baik. Jika sikap dan pemikiran sebegini ini tidak diubah. Tukarlah kepada apa parti sekalipun.
Dan kalau boleh diibaratkan. Seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez, BMW. Tetapi kalau pemandu itu adalah pemandu yang tidak cekap, yang lalai, yang tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.
Jadi, yang perlu ditukar, bukan kereta. Tetapi sikap dan cara pemandu itu.
Begitu jugalah dengan kita. Yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang".
Malah hari ini FreeMalaysiaToday juga mengeluarkan artikel bahawa perlu lebih ramai pemimpin seperti Khaled Nordin. Untuk artikel penuh rujuk di link ini.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/11/13/more-leaders-like-khaled-nordin-needed/