Friday, 29 July 2016

PENINJU KELAHIRAN JOHOR DAPAT TAJAAN RM4J

Farkhan Pemegang Tali Pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) adalah anak jati johor. Beliau telah melakar sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama menjuarai kejuaraan tersebut. Dan lebih manis lagi, kejuaraan tersebut telah dicapai melalui usahanya sendiri tanpa sokongan dari mana-mana pihak. 

Tertarik dengan semangat juang anak muda itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ) telah berbesa hati menaja kos latihan lanjutan Farkhan selama dua tahun di Amerika Syarikat dengan nilai tajaan sebanyak RM4Juta.

Semoga dengan tajaan ini, Farkhan akan dapat menjadi peninju profesional seterusnya akan mengharumkan nama Negegi Johor di mata dunia suatu hari nanti. Juga tidak musthil akan menjadi seperti peninju terkenal dunia iaitu Mohammad Ali.

Selamat maju jaya admin ucapkan kepada peninju muda dari Johor ini. Doa dari seluruh Bangsa Johor sentiasa bersama anda.

"Demi Bendera Johor, Demi Bangsa Johor"

Tuesday, 26 July 2016

SULTAN JOHOR KECAM PENYEBAR FITNAH

"Telah sampai ke perhatian saya bahawa wujud dan tersebarnya satu muatnaik yang tidak bertanggungjawab di laman media sosial bertajuk ‘Terkini Ringgit Jatuh RM4.4’.

"Saya ingin menegaskan bahawa tiada kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan oleh saya, mahupun pejabat saya dan saya memandang ia sebagai bersifat memfitnah, satu perlakuan yang mengaibkan, mencalar maruah dan patut dikecam." - Sultan Johor

Selanjutnya di www.jauhar.my

Friday, 22 July 2016

KERAJAAN JOHOR INGIN KONGSI LIMPAHAN PROJEK HSR BERSAMA RAKYAT

 Kerajaan Negeri Johor mahu sebahagian limpahan projek-projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dikongsi bersama rakyat negeri ini terutama pengendalian kerja selenggaraan dan operasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohamad berharap pengisian jawatan dalam bahagian operasi dan kerja penyelenggaraan sepanjang laluan HSR di Johor diberi kepada rakyat negeri ini.
Tiga stesen transit HSR dijangka dibina di Johor iaitu Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.
“Semua maklum HSR adalah projek mega yang memberi impak besar kepada sistem pengangkutan awam negara dan ia juga memberi kesan kepada penjanaan ekonomi serta peluang pekerjaan,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
“Pada peringkat Johor, projek ini melakar satu profil baharu kepada rakyat negeri ini. Ini akan lebih bermakna sekiranya lebih ramai rakyat Johor dilibatkan dalam projek berkenaan,” katanya.
HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka beroperasi pada 2026 membabitkan pembinaan landasan berkembar sepanjang 350 kilometer dan lapan stesen, tujuh daripadanya di Malaysia, selain penggunaan rel berteknologi termaju dunia dengan standard keselamatan bertaraf global.
Hasni yakin kerajaan persekutuan tidak akan mengetepikan pembabitan rakyat Johor, termasuk syarikat milik rakyat negeri ini dalam melaksanakan projek HSR walaupun ia mungkin tidak membabitkan aspek berkaitan pembinaan landasan kerana ia memerlukan kepakaran dan teknologi tinggi.
Katanya, pembabitan rakyat tempatan dalam pembinaan landasan transit Aliran Ringan (LRT) dan Projek Landasan berkembar boleh dijadikan contoh untuk projek HSR.
 Apabila siap kelak, HSR ini dijangka akan menjadi pilihan pengguna untuk ke Kuala Lumpur kerana masa yang perjalanan yang singkat dan harga lebih jimat berbanding menggunakan kapal terbang. Secara tidak langsung ini akan menambahkan ekonomi Ngeri Johor serta rakyat Johor di beberapa kawasan yang terlibat.

JOHOR LAHIR PELAPIS JAGUH BASIKAL NEGARA

Penantian 12 Tahun Johor untuk meraih emas pertama sukan berbasikal pada Sukan Malaysia (SUKMA) berakhir semalam, apabila Muhammad Shah Firdaus Shahrom memenangi acara 200 meter pecut.
Memetik laporan Berita Harian, pada aksi penentu pingat emas itu, Muhmmad Shah terlebih dahulu melintas garisan penamat pada kedua-dua perlumbaan penentuan juara bagi mengenepikan pelumba Selangor, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin.
Gangsa pula diraih oleh Muhammad Fadhil Mohd Zonis dari Selangor selepas mengatasi seorang lagi wakil Johor, Muhammad Khairil Nizam Rasol.
“Apa yang berbeza adalah saya terpaksa mengerah lebih banyak kudrat kerana terpaksa berdepan tiupan angin selain keadaan jalan yang agak kasar berbanding permukaan dalam veledrom.
“Detik ini yang saya tunggu-tunggu selepas Johor terpaksa menunggu 12 tahun untuk meraih emas dalam sukan berbasikal. Di Perlis, saya tidak berada pada tahap terbaik kerana cedera tangan tetapi kali ini saya kembali membalas dendam kekecewaan itu.
“Tetapi ini bukan penamat bagi saya kerana hari ini akan menyertai satu lagi acara 1 kilometer pecut,” katanya yang juga seorang daripada atlet berbasikal trek kebangsaan yang berlatih di Melbourne, Australia di bawah kendalian John Beasley.