Monday, 14 November 2016

PEMBANGKANG TERUS CUBA BURUKKAN IMEJ TMJ

Salam Muafakat Johor.
Tujuan admin menulis artikel ini adalah untuk meluahkan rasa kesal terhadap pengguna Facebook yang bernama Otai Bersih. Ini kerana laman facebook berkenaan terus terusan menyebarkan berita twitter palsu tentang Tengku Mahkota Johor.

Seperti yang kita tahu TMJ telah menutup semua laman sosialnya pada tahun 2012. Dan TMJ hanya menggunakan Page Johor Southern Tiger sebagai laman sosial rasmi baginda. Jadi amat pelik jika tersebar sama ada twiter atau apa saja laman sosial lain yang berkaitan dengan TMJ. Dan lebih pelik lagi ramai yang masih percaya dengan agenda jahat pembangkang ini walaupun sebelum ini TMJ sendiri telah membuat pengumuman.
Tidak salah jika berlainan ideologi politik dan menjadi pembangkang. Tetapi perlulah menjadi pembangkang yang "bersih". Bukan menggunakan politik menghasut supaya RAJA, KERAJAAN dan RAKYAT saling membenci. Kerana ini akan hanya menyebabkan kehancuran san merugikan semua.

Jadi admin ingin menyeru semua rakyat Malaysia dan khususnya Bangsa Johor sendiri menolak bersih tetapi kita perlu juga tolak semua pemimpin pembangkang yang menjadi tulang belakang BERSIH.

Jika kita ingat balik di dalam titah TUANKU SULTAN JOHOR didalam perhimpunan bangsa johor baru-baru ini juga ada menyebut bahawa parit baru (PPBM) adalah parit politik yang memecah belahkan perpaduan. Harus di inngat parti politik tersebut adalah salah sebuah parti politik didalam pakatan pembangkang.

Admin juga ingin mengajak semua Bangsa Johor agar sama-sama 'report' akaun Facebook OTAI BERSIH. Kerana jika dibiarkan ianya akan menyebabkan nama baik TMJ tercemar bukan saja dimata rakyat Malaysia tetapi juga dimata dunia.
Jika kita sebagai Bangsa Johor tidak mengambil tindakan dan membela Istana Johor, siapa lagi akan lakukan.

Jom tolak BERSIH dan Pembangkang di Johor.

CAJ HOSPITAL KERAJAAN DIJANGKA NAIK 50% ?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.


Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.
Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

Saturday, 12 November 2016

BANGSA JOHOR PERLU HAYATI KONSEP MUAFAKAT JOHOR

 Konsep Muafakat Johor yang dibawa oleh Kerajaan Negeri harus difahami, dipegang, diamalkan dan dipertahankan oleh seluruh rakyat di negeri ini bagi menjayakan gagasan Johor Berkemajuan.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, antara perkara penting dalam konsep Muafakat Johor adalah kesanggupan bekorban, berkompromi dan berlebih kurang antara satu dengan yang lain.
“Kita mahu dalam konsep Muafakat Johor, setiap anak Johor sanggup berkorban, berlebih kurang dan berkompromi antara satu dengan yang lain kerana manfaatnya banyak dan ada untuk semua kaum.
“Muafakat Johor itu merupakan permuafakatan yang dibina atas dasar bertolak ansur, mendapat sesuatu dan pada masa yang sama melepaskan sesuatu.
“Kena faham apa itu makna muafakat ada kompromi ada tolak ansur ada dapat sesuatu, kene lepaskan sesuatu, masyarakat kaum lain ada dapat juga (bantuan) daripada Kerajaan Negeri, orang Melayu kene sokong, begitu juga kaum Melayu dapat sesuatu, kaum lain juga kena sokong,” katanya.
Jelas beliau, bagaimanapun pengorbanan itu bukan bermaksud mengorbankan segala-galanya yang ada pada sesuatu kaum.
“Setiap orang diminta membuat pengorbanan tetapi tidak ada seorang atau mana-mana etnik pun yang diminta mengorbankan semua sekali. Itulah yang dimaksudkan dengan Muafakat Johor pada hari ini, dalam usaha menjayakan Johor Berkemajuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program YDP Turun Padang, Muafakat Mesra Zon Mawar di Taman Mawar, hari ini. Mohamed Khaled berkata, konsep muafakat adalah kekuatan Johor dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa-masa yang mencabar selain membawa negeri ke tahap yang lebih baik.
“Kalau kita dapat lahirkan muafakat di semua tempat maka saya percaya kita akan dapat membina kekuatan.
“Kedua, kita perlu melonjak pencapaian kita. Johor berada pada asas yang baik dan kukuh tetapi tidak cukup, kita mesti lonjakkan pencapaian kita dan muafakat antara rakyat sangat penting,” katanya.
Ujar beliau lagi, konsep muafakat itu tidak boleh dipandang ringan dan mudah kerana jika ia tidak dihayati dan diamalkan boleh mencetuskan bencana kepada negeri. Katanya, jika tidak dihayati, perkara yang boleh mengancam permuafakatan antara kaum boleh berlaku tanpa mengira tempat dan masa.
“Kita perlu usahakan dan sarankan nilai muafakat ini sepanjang masa kerana kita tahu soal-soal yang boleh mengancam kerjasama dan muafakat antara kaum ini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa.
“Ada sesetengah tempat ia kuat dan kukuh, ada setengah tempat ia rapuh. Misalnya malam tadi berlaku di Endau, pergaduhan antara belia Melayu dan belia Cina. Jadi muafakat, perpaduan kerjasama ini tidak datang secara automatik. Kadang-kadang di sesetengah tempat ia rapuh. Atas sebab itu kita tidak boleh ambil mudah.
“Apabila sudah menjadi satu gagasan Kerajaan Negeri, setiap masa perlu menghayati dan sentiasa berusaha mencapai dan menjayakan perkara ini. Jika ambil mudah, boleh berlaku (pergaduhan) di kalangan masyarakat,” katanya.

Thursday, 10 November 2016

KONVENSYEN UMNO JOHOR 2016 : UCAPAN MB JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor
                 
Tuan-tuan dan Puan-puan

1. Pertamanya, saya berasa amat bersyukur kerana sekali lagi kita dapat bersama sempena Konvensyen UMNO Johor untuk tahun 2016. Dan tahun ini ianya bersejarah kerana dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO.

2. Marilah kita sama-sama mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO, ke Konvensyen UMNO Johor 2016 pada hari yang berbahagia ini.

3. Pastinya kehadiran YB Dato’ Seri Hisham sangat bermakna kepada UMNO Johor. Bagai sirih pulang ke gagang, Dato’ Seri Hisham adalah tokoh besar Johor.

4. Inilah tanah asalnya. Di Johor inilah keluarga besarnya berasal dan berbakti.

5. Dan UMNO inilah parti yang diasaskan oleh nendanya, Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar. Inilah juga parti yang pernah dipimpin oleh Almarhum ayahandanya, Tun Hussein Onn.

6. Kepada YB Dato’ Seri Hisham, UMNO Johor senantiasa mengalu-alukan kehadiran Dato’ Seri. Johor ini adalah medan politik tuan yang sebenar-benarnya.

7. Doa kami, agar Dato’ Seri dapat terus memberikan kepimpinan terbaik pada UMNO di peringkat Pusat. Insya-Allah kami di Johor akan terus mendukung siapa jua tokoh Johor di peringkat nasional.

8. Agar Johor senantiasa diwakili dengan berkesan sama ada dalam Majlis Tertinggi mahupun dalam Kabinet.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

9. Saya juga mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Yang datang dari seluruh pelusuk Johor.

10. Doa saya agar pertemuan kita kali ini, memanfaatkan parti, bangsa dan tanahair. Kerana inilah akhirnya tujuan sebenar kita berhimpun.

11. Kita ingin mendengar suara hati akar umbi parti. Memahami keluh kesah rakyat dan pendukung kita di seluruh Johor.

12. Kerana tanpa sumbang saran para wakil parti, UMNO ini tidak punyai apa-apa. Nadi sebenar UMNO adalah akar umbinya.

13. Dan jika akar umbi memilih untuk sekadar menjadi akar, dan tidak memberikan buah fikiran, maka UMNO hanya akan menjadi sebatang pokok tua. Yang hidup segan mati tak mahu.

14. Justeru saya percaya, para peserta telah gunakan medan dan pentas konvensyen ini sebaiknya di sebelah siang tadi. Semua pandangan yang cerdas dan bernas tersebut, Insya-Allah menjadi pedoman untuk kita memperbaiki parti, bangsa dan negara.
Hadirin hadirat para Perwakilan sekalian,

15. Tahun ini genaplah 70 tahun usia UMNO. Dalam tempoh yang panjang ini, sumbangan UMNO kepada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair, sangat luar biasa.

16. Biar dari perspektif manapun kita menilainya, tiada siapa yang boleh menafikan. Betapa selama UMNO memerintah negara dan bangsa ini, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan berjaya.

17. UMNO membidani kelahiran Malaysia moden. Dan kejayaan UMNO paling menyerlah ialah mambantu bangsa Melayu. Sangat konsisten dan berhasil. Malah, sangat radikal dan terlihat.

18. Dasar-dasar UMNO telah membebaskan Melayu dari kemiskinan dan kemunduran. Kadar kemiskinan negara kita waktu ini, hanya 0.6 peratus.

19. Jutaan Melayu kini menjadi kelas menengah semenjak UMNO memerintah.

20. Jutaan Melayu telah mendapat pendidikan, bergelar graduan dan berkemahiran tinggi.

21. Kini, ramai sekali Melayu yang telah menguasai perniagaan besar. Menjadi pengurus yang berjaya. Meneraju bank, mengepalai syarikat multinasional, menyertai pertubuhan antarabangsa, menggerakkan NGO, menghidupkan industri, menjadi tokoh agama. Namakan sahaja.

22. Tetapi, di sebalik semua hasil yang besar dan baik ini, mari kita mengambil masa dan bertanya dengan jujur. Adakah UMNO sebenarnya semakin berpengaruh dan diyakini di kalangan orang Melayu?

23. Adakah UMNO akan terus kekal menjadi pilihan orang Melayu untuk memerintah? Dan memenangi pilihanraya akan datang?

24. Saya pasti, dalam setiap sanubari kita, wujud pengakuan, bahawa dari sehari ke sehari, UMNO semakin jauh dari hati orang Melayu. UMNO sudah tidak berada dalam kedudukan seperti sebelumnya.

25. Benar UMNO masih berkuasa dan berpengaruh, masih besar dan ramai. Tetapi adalah juga benar bahawa pengaruh UMNO sebagai sebuah pergerakan politik Melayu semakin susut dengan deras.

26. Kenapa ini berlaku? Apa yang belum dilakukan oleh UMNO, sehingga ia semakin pudar dan jauh dari nurani bangsa Melayu?

27. Semua orang boleh memberi pelbagai alasan. Pastinya ramai yang memilih untuk menyalahkan UMNO. Seolah-olah UMNO tidak pernah berbakti.  Tidak pernah melakukan apa-apa dan tidak ada sumbangan dan jasanya.

28. Benar, UMNO tidak lari dari silap. Benar UMNO itu jauh dari sempurna.

29. Tapi untuk menghukum UMNO itu gagal mengambil langkah dan tanggungjawab pada bangsa Melayu, adalah pandangan yang sangat tersasar dan tidak adil.

30. Maka kerana itu saya mengambil pendirian tegas mempertahankan UMNO.

31. Kerana saya sedar, masalah sebenar sebahagian orang Melayu ada DUA.

32. PERTAMA, masalah kebolehsaingan, kebergantungan dan lemahnya nilai berdikari mereka. Kedua, ketirisan dan salah keutamaan dalam tindakan afirmatif kita.

33. Bukan kerana UMNO tidak menjalankan tanggungjawabnya pada orang Melayu.

34. Kerana itu, saya kekal berjuang dalam UMNO untuk memperbetulkan keadaan ini.

35. Saya kekal dalam UMNO kerana ingin berlaku adil kepada UMNO kerana saya berasa bertanggungjawab untuk merubah sikap, melonjak kebolehsaingan dan menanam nilai maju pada sebahagian dari bangsa Melayu.

36. Saya tidak sama sekali memilih untuk kekal dalam UMNO kerana kedudukan dan cita-cita untuk terus menjadi pemimpin. Saya berasa terpanggil membetulkan ketirisan yang merugikan orang Melayu selama ni.

37. Saya berasa amat tidak bertanggungjawab jika saya meninggalkan UMNO tatkala orang Melayu mempunyai masalah sikap, pemikiran dan ketirisan seperti ini.

38. Dan malam ini saya mengajak semua pendukung UMNO Johor untuk bersama-sama memperbaiki keadaan ini.

39. Agar melalui usaha kolektif kita bersama, kita dapat mengusahakan pencerahan bagi membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing, berdikari dan kompetitif. Dan mereka kembali mendukung UMNO.

Tuan-tuan dan Puan-puan
40. Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

41. Begitu juga dengan pelbagai tindakan afirmatif yang UMNO telah perkenalkan untuk meningkatkan kebolehsaingan bangsa Melayu. UMNO akan mengekalkan semua ini.

42. Ini adalah ikrar dan mandat UMNO. Jangan risau. UMNO akan terus mempertahankannya dengan jujur dan ikhlas.

43. UMNO telah dan akan terus memberikan orang Melayu permulaan yang adil dan perlu.

44. Agar orang Melayu maju dan berjaya. Berdikari dan bersaing di persada perniagaan, pendidikan, dan industri dengan lebih hebat. Dan tidak perlu terus bersandar dan bergantung dengan bantuan UMNO dan  Kerajaan selamanya.

45. Mereka yang telah berjaya mesti berdikari, bergraduat dari terus menerima bantuan. Malah merekalah yang sepatutnya bangun, menyumbang pada Negara setelah berjaya. Atau setidak-tidaknya membantu orang Melayu yang lain.

46. Tetapi selepas semua apa yang UMNO lakukan ini, mereka masih dengan sikap meminta-minta, sikap kebergantungan dan pemikiran bahawa, dalam keadaan apa pun, UMNO itu ada dan UMNO terus berkewajipan membantu. Kerana mereka Melayu.

47. Pemikiran terkebelakang sebegini adalah satu masalah yang menyebabkan orang Melayu mundur. Masalah yang menyukarkan UMNO menjadi lebih progresif.

48. Walaupun selepas segala yang UMNO telah lakukan untuk orang Melayu. Kebanyakan dari orang Melayu masih gagal bersaing atas merit. Masih tidak mempunyai kompetensi yang kuat. Masih gagal mencipta kejayaan sendiri.

49. Banyak perniagaan orang Melayu umpamanya, hanya sekadar menjadi orang tengah. Tidak ada kepakaran sebenar. Tidak ada usaha sebenar. Malah tidak ada organsiasi yang kemas, yang boleh dibangunkan dengan lebih baik dan bertahan lama.

50. Anak Melayu yang kita bantu memasuki universiti, tidak memanfaatkan peluang menuntut ilmu dengan serius. Akhirnya, mereka bergraduat dengan pencapaian yang rendah, dan gagal mendapat tempat dalam pasaran kerja yang bermutu. Malah Kerajaan pula terpaksa membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk terus melatih mereka dengan pelbagai skim khas.

51. Lebih menyedihkan, bagi sebahagian yang telah berjaya, mereka masih tidak sedia menghadapi persaingan secara terbuka. Tetapi masih terus mengharapkan projek, kontrak dan kouta. Masih mengharapkan sokongan dan dukungan atas dasar menjadi Melayu.

52. Insaflah bahawa ini semua sangat membebankan UMNO dan Kerajaan. Ini semua juga menyebabkan ketirisan dalam usaha pengupayaan orang Melayu. Akhirnya, dana tidak mencukupi kerana yang perlu ditanggung semakin ramai. Apatah lagi, dalam keadaan kedudukan hasil negara yang semakin susut.

Tuan-tuan dan Puan-puan
53. Pendirian UMNO Johor mudah. Kita percaya, telah tiba masanya bangsa Melayu diselamatkan. Diselamatkan dari sikap dan cara berfikir yang tidak betul. Dari cara kerja yang tidak kompetetif dan tidak berdaya saing. Dari budaya suka meminta-minta.

54. Dan caranya ialah dengan mengubah pemikiran dan sikap orang Melayu ini.

55. Kerana, sekalipun UMNO ditolak dalam pilihanraya akan datang, tiada jaminan bahawa keadaan orang Melayu akan menjadi lebih baik. Jika sikap dan pemikiran sebegini ini tidak diubah. Tukarlah kepada apa parti sekalipun.

56. Dan kalau boleh diibaratkan. Seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez, BMW. Tetapi kalau pemandu itu adalah pemandu yang tidak cekap, yang lalai, yang tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.

57. Jadi, yang perlu ditukar, bukan kereta. Tetapi sikap dan cara pemandu itu.

58. Begitu jugalah dengan kita. Yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang.

59. Atas kesedaran inilah, UMNO Johor pada tahun ini memilih untuk membahaskan agenda Melayu Maju dalam konvensyennya.

60. Kerana bagi UMNO Johor, Melayu mesti diasuh berdikari. Dibenteras  pemikiran dan sikap terlalu bergantung pada hak dan bantuan. Sikap anti persaingan dan anti kemajuan mesti berakhir.

61. Jadi, senjata paling penting kita adalah dengan meyakinkan seluruh bangsa Melayu bahawa mereka mesti berubah.

62. Dan UMNO adalah wadah terbaik melakukan perubahan tersebut. Kerana UMNO sentiasa memilih jalan yang serius, jalan yang betul dan terbaik untuk orang Melayu.

63. Jalan yang selari dan menjawab keperluan orang Melayu. Bukannya menjadikan Melayu bangsa yang terus bernostalgia dengan hak dan keistimewaannya.

64. Melayu yang dalam istilah Tan Sri Shahrir Samad, berada dalam ekonomi dan persekitaran yang benar-benar merdeka.
Tuan-tuan dan Puan-puan;

65. Maka, untuk menjayakan agenda Melayu Maju ini, saya ingin sarankan DUA jalan.

66. PERTAMA, pendidikan berkualiti dan terbaik untuk Melayu.

67. UMNO mesti memperjuangkan pembaharuan radikal dalam pendidikan di negara ini. Kaedah paling penting untuk menjana kebolehsaingan bangsa Melayu ialah pendidikan terbaik. Pendidikan bermutu. Pendidikan abad ke 21.

68. UMNO tidak lagi perlu khuatir tentang cerita akses dan keciciran. Perkara ini sudah berjaya kita uruskan dengan cemerlang.

69. Lihat sahaja segala usaha luar biasa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk YB Dato’ Seri Hisham sendiri semasa beliau memimpin Kementerian Pendidikan.

70. UMNO telah memastikan di mana sahaja di Malaysia; termasuk di daerah paling terpencil, akan ada sekolah yang berfungsi dengan baik, dengan guru terlatih, dengan kemudahan yang cukup.

71. Kini, masanya adalah untuk kita beralih dan memecut ke fasa yang berikutnya. Fasa menggandakan mutu dan kualiti pendidikan. Yang sesuai dan menjawab tuntutan kompetensi abad ke 21.

72. Anak-anak Melayu harus mempunyai kemahiran untuk hidup, berfungsi dan berperanan mengikut keperluan abad ke 21.

73. Ertinya, kita memerlukan sistem pendidikan yang boleh menyediakan kemahiran dan pemikiran abad ke 21.

74. Telah tiba masanya pendidikan kita mesti dilaraskan dengan mutu termaju. Yang digerakkan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antarabangsa.

75. Kerana, akses pendidikan tanpa kualiti yang baik, ialah sistem pendidikan yang terkebelakang. 

76. Ia tidak akan menyediakan Malaysia yang berkemajuan. Akses tanpa kualiti, tidak akan menganjak Malaysia menjadi kuasa ekonomi berpengetahuan.

77. Lebih kritikal, akses tanpa kualiti, tidak akan berupaya melahirkan generasi Melayu yang terbaik. Yang boleh memastikan kebolehsaingan Malaysia.

78. Maka, tanpa pendidikan yang kualitinya setara dengan kepentingan abad ke 21, Malaysia akan tercicir dalam kancah persaingan global.

79. Lebih parah, bangsa Melayu akan pasti lebih terkebelakang.

80. Kerana itu, pada hari ini, UMNO Johor akan membahaskan isu pendidikan terbaik dan berkualiti ini. Dan mencari pencerahan.

81. Harapannya, melalui interaksi dengan mereka yang mahir dan pakar dalam hal ini, akan ada beberapa cadangan bernas yang akan UMNO Johor usul dan majukan untuk Perhimpunan Agung UMNO nanti.

82. Kedua, Islam mesti menunjangi kelahiran Melayu Maju ini.

83. Perkara ini saya usulkan hanya kerana satu sebab. Bahawa saya tidak boleh membayangkan Melayu tanpa Islam.

84. Islam tanpa Melayu, itu biasa. Namun, Melayu tanpa Islam, itu kejanggalan di luar kelaziman.

85. Islamlah yang selama ini, menjadi satu-satunya faktor yang telah membentuk keperibadian orang Melayu.

86. Menjadikan orang Melayu itu rasional, menolak animesme, berakhlak mulia dan berbudaya baik.

87. Dan, jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam pembentukan keperibadian dan peradaban Melayu, maka Islam juga harus terus penting dalam agenda melonjak pemikiran dan budaya terbaik bangsa Melayu.

88. Islam mesti menjadi inspirasi untuk orang Melayu menjadi semakin maju, semakin progresif, semakin berlumba-lumpa ke hadapan.

89. Yakinilah bahawa nilai-nilai Islam, penyelesaian Islam, fikrah dan cara hidup Islam, adalah satu kemajuan yang Tuhan ajarkan merentas zaman dan peradaban.

90. Islam bukan sekadar susunan hukum agama. Islam adalah cara kehidupan paling baik dan syumul.

91. Maka jika orang Melayu itu, yang memang dari lahirnya menjadi Muslim, tetapi gagal melihat Islam sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik, lebih maju dan lebih berdaya saing. Maka, pada mereka Islam itu hanya anutan yang tidak dijiwai.

92. Kerana itu, UMNO tidak lagi boleh mengungkapkan agenda agamanya hanya berkisar tentang menaik taraf mahkamah syariah atau gaji guru sekolah agama.

93. Naratif sebegitu terlalu kecil dan tidak pun menggambarkan potensi sebenar Islam.

94. Naratif baru yang perlu diketengahkan oleh UMNO ialah, bagaimana Islam dan ajarannya, boleh membantu melonjakkan bangsa Melayu dan Malaysia, menjadi sebuah masyarakat terbaik.

95. Bagaimana Islam, dapat meminjamkan nilai dan menjadi panduan menuju kemodenan. Bukan menjadikan Islam alasan menolak dan menjauhi kemodenan.

96. Bagaimana Islam, menjadi inspirasi untuk pemimpin kita menjadi lebih beramanah dan takut pada Penciptanya. Menghapuskan politik wang dan salah guna kuasa.

97. Bagaimana Islam, memeta jalan keluar kepada kemaslahatan bangsa. Menggunakan pelbagai pendekatan Islami seperti wakaf, hibah, zakat dan pelbagai lagi.

98. Bagaimana Islam, menjadi pedoman untuk kita mengurus ekonomi moden dengan bersandarkan prinsip tidak menindas, inklusif dan berkeadilan.

99. Dan bagaimana Islam, secara keseluruhannya akan menjadi faktor paling penting dalam anjakan pemikiran orang Melayu menjadi bangsa berkemajuan.

Yang Berhormat Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan,

100. Saya memilih untuk bercakap tentang TIGA perkara malam ini.

101. PERTAMA, cabaran terbesar UMNO ialah melakukan transformasi pemikiran dan agenda Melayu. UMNO mesti memacu segala usaha untuk membentuk Melayu Maju.

102. KEDUA Melayu Maju ini mesti dijayakan dengan pendidikan termaju, dengan kualiti terbaik. Jika UMNO gagal memberikan anak-anak Melayu pendidikan terbaik, UMNO gagal menyediakan orang melayu untuk bersaing di abad ke 21.

103. KETIGA, Melayu Maju ini mesti kembali kepada Islam dan nilai-nilai terbaik agama. Islam harus menjadi inspirasi untuk Melayu menjadi lebih berkemajuan dan berjaya.

104. Kenapa saya memilih ketiga-tiga perkara ini. Jawapan saya mudah.  Jika UMNO tidak menjawab persoalan jangka masa panjang ini, siapa lagi yang bertanggungjawab menjawabnya. Jika UMNO tidak memikirkannya, siapa yang akan memikirkannya.

105. Orang Melayu mendambakan pemikiran besar dan berani dari UMNO. Jika tiada pemikiran besar dan berani, tentang masa depan bangsa Melayu, maka UMNO tersasar dari misi utamanya untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu.

106. Apa yang saya utarakan sebenarnya, bertujuan menjawab masalah sebenar orang Melayu, yang wajar UMNO perjuangkan.

107. Seruan saya, jika UMNO ingin untuk berkelangsungan 70 tahun dan lebih lagi, UMNO mesti mengambil pandangan jauh. Jalan pintas, bukan cara UMNO.

108. Dan medan terbaik untuk UMNO membahaskan dengan tulus, misi besar sebegini, ialah perhimpunan seperti ini.

109. Insha Allah, UMNO Johor akan melakukan usaha lebih terancang selepas ini untuk menyebar luaskan Agenda Melayu Maju ini.  Agar ia didukung sepenuh jiwa oleh seluruh orang Melayu insyallah.

110. Akhirnya, sekali lagi terima kasih atas kehadiran pada malam ini.

111. Saya harap, kasih kita, cinta kita, ikhlas dan sayang kita pada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair ini akan terus subur.

112. Biarlah orang Melayu, hari ini atau dari generasi yang akan datang, setidak-tidaknya berbangga dengan kita. Kerana, masih ada dari kalangan bangsa mereka, yang benar-benar mengasihi orang Melayu. Dan memikirkan yang terbaik untuk mereka.
Sekian, Terima kasih.

Sunday, 6 November 2016

PEMBANGKANG SEMAKIN BIADAP

Baru-baru ini kita dapat lihat berberapa orang pemimpin pembangkang mempersoalkan Titah DYMM Sultan Johor berkenaan larangan sebarang demontrasi jalanan di Negeri Johor.

Gerakan ini dimulakan oleh Syed Shadiq yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia. Dia dengan lantangnya menyuarakan bahawa demontrasi jalanan itu adalah hak rakyat. Kenyataan ini dibuat dilaman facebook beliau yang kemudiannya menjadi viral.



Dan selang beberapa hari diikuti oleh seorang setiausaha pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang dan juga merupakan setiausaha Ketua Menteri Ke2 Pulau Pinang. Didalam kenyataan itu, beliau mempersoalkan kredebiliti Sultan Johor untuk melarang demontrasi itu diadakan di Johor. Dan memintak DYMM Sultan Johor menyemak beberapa akta yang kononnya Sultan Johor kurang jelas.



Sebagai rakyat Johor, admin amat jelas dengan titah yang dibuat oleh Sultan Johor itu. Jelas sekali bahawa Sultan Johor ingin melindungi rakyatnya daripada sebarang masalah yang bakal timbul jika sebarang demontrasi jalanan diadakan di Negari Johor. Seperti mana kita sebagai rakyat Johor tahu bahawa Sultan Johor amat menyayangi rakyatnya.



Jadi admin ingin menyeru semua Bangsa Johor supaya menolak mereka ini. Tidak salah jika berbeza idoilogi politik tetapi kedaulatan Raja Melayu harus dipertahankan dan menjadi keutamaan. Tidak mustahil jika meraka berkuasa nanti. Sejarah pada tahun 1994 dimana kuasa Raja-raja Melayu dikurangkan. Inni telah dilakukan oleh Tun Mahathir ketika beliau berkuasa.



Jika sebagai orang melayu tidak mempertahan institusi diraja pasti selepas ini tiada lagi yang akan hormat pada raja kita dan berani membantah titah mereka.

DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU.

SYARAT DAN CARA MOHON RUMAH BINA NEGARA

Kerajaan kini memperkenalkan program RUMAH BINA NEGARA. Program ini diwujudkan bagi membantu lagi golongan sasar untuk memliki rumah sendiri. Ini kerana rumah yang di tawarlan adalah serendah RM250.00 sebulan dah tidak memerlukan penyata gaji (slip gaji). Dan subsidi sebayak RM20,000 diberikan oleh kerajaan kepada yang layak.

Penambahbaikkan ini dibuat bagi memudahkan mereka yang bekerja disektor pertanian dan bekerja sendiri membuat permohonan. Bgaimanapun masih ada beberapa syarat yang perlu dipatahui.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat RISDA dan Pejabat UMNO terdekat.

Sila semak syarat digambar.




Unutk memohon sila click link dibawah atau rujuk ke Pejabat KKLW dan Pejabat RISDA berhampiran.
http://www.kklwhariini.com/single-post/2016/11/03/JOM-KETAHUI-SYARAT-PEMOHONAN-UNTUK-RUMAH-BINA-NEGARA

MB JOHOR SAMBUT BAIK TITAH SULTAN JOHOR


Bangsa johor itu dari dulu sentiasa berdiri teguh dibelakang kerajaan persekutuan membina sebuah negara bangsa yang merdeka walaupun Johor tidak pernah dijajah.

Idea pembentukan Bangsa Johor telah sekian lama wujud sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu lagi. Perlembagaan negeri Johor Undang undang Tubuh Kerajaan Johor tidak sama dengan negeri lain kerana negeri ini mempunyai berbilang kaum yang dianggap semua kaum itu adalah Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor. Johor itu sudah bersatu bukan sehari dua tetapi sebelum Malaysia merdeka lagi

kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.Rakyat bangsa Johor yang berbilang agama dan keturunan boleh hidup harmoni dan bersatu padu demi untuk kemakmuran dan keamanan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Lagu rasmi negeri diberi nama lagu "Bangsa Johor" mengesahkan bahawa idea awal pembentukan negara bangsa bermula dan bertapak di negeri ini.

Johor sebagai 'role-model' dan menjadi pencetus citra nasional dalam pelbagai bidang , budayanya, bahasa,sistem pendidikan, agama, keselamatan hubungan antarabangsa, kepimpinan politik undang undang Malayisa hingga wujudnya konsep Bangsa Malaysia yg dipopularkan Tun Sendiri

Bangsa Johor bukan pemecah belah, bangsa johor sentiasa menjadikan Muafakat sebagai Cara Johor dalam apa jua aspek kehidupan mereka. Tak perlulah orang luar mengajar kami bagaimana cara Johor mewujudkan kesatuan dikalangan bangsa Johor di negeri kami. dari zaman Atok Moyang kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia

Dalam era itu juga, konsep Bangsa Johor ini cuba dizahirkan juga dalam bentuk ekonomi apabila kerajaan negeri bekerjasama dengan pedagang cina melalui sistem Kangcu.Tanah Johor adalah tempat kita lahir. Kami, tak kira melayu, india, cina always regarded ourselves as Bangsa Johor.

Bersatu dan berkerjasama menjadikan tanah jauhar ini sebagai Kuasa Ekonomi Utama Negara.Dengan Perlaburan tertinggi, KDNK melebihi paras nasional kemasukan pelancong tertinggi. Adakah Johor tidak menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik dan harmoni??

Apakah semangat orang kelantan tidak membantu memajukan orang negeri mereka? Bagaimana pula istilah Sarawak untuk Sarawak yg dilihat lebih lantang menuntut hak mereka demi kemajuan negeri mereka dan Malaysia yang lebih inklusif?

Johor tetap jadi Johor
Muafakat Itu Berkat

RAHSIA DAP YANG KITA TIDAK TAHU

Ini bukan fitnah tapi fakta. Orang Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba memperbodohkan Melayu supaya menjadi kaldai mereka.


1. DAP lahir dari PAP Singapura waktu PAP disepak dari Msia pada tahun 1965.

2. Lim Kit Siang pernah jadi setiausaha agung PAP (Lee Kuan Yew) waktu Singapura dalam Malaysia. Lee Kuan Yew yang memberi idea kepada Lim Kit Siang untuk teruskan perjuangan PAP yang pro Cina di Malaysia melalui DAP.

3. DAP ikut telunjuk PAP Singapura mengamalkan politik sosialis kononnya tapi pekat cauvinis Cina sebenarnya.

4. Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang.

5. Dasar utama Malaysian Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.

6. DAP tanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak keistimewaan Melayu, anti Raja-Raja Melayu, pluralisme dalam agama, dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yang tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.

7. Sebahagian besar ahli DAP, MCA, Gerakan dan MIC bukan Melayu lainnya yang berusia lebih dari 57 tahun (tarikh kemerdekaan negara) mendapat kerakyatan jus soli dengan mudah walaupun mereka tak tahu berbahasa Melayu, adat resam Melayu. Juga diberi kerakyatan secara percuma kepada Cina, India dan bangsa-bangsa asing termasuk para penjenayah juga. Inilah semangat toleransi pemimpin2 UMNO yang menyerahkan hak kerakyatan mudah kepada bangsa-bangsa pendatang.

8. Beberapa orang pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, pernah ditahan dibawah ISA dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Bayangkan, 12 tahun selepas mendapat kerakyatan dengan mudah, kaum Cina khasnya dan India amnya sudah menentang kuasa politik Melayu.


9. Agenda DAP menguasai kerajaan-kerajaan negeri yang maju di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia kerana disini kebanyakan penduduk di bandar adalah orang Cina. Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang BN di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Perak jatuh ke tangan DAP malangnya tak ada adun Melayu dalam DAP. MB Perak mesti seorang Melayu beragama Islam. Maka adun Pas dipilih untuk jadi keldai DAP. Dalam masa singkat (10 bulan) MB Pas telah bermurah hati memberi hak milik tanah Kampung Baru yang didiami orang Cina selama 999 tahun - suatu tindakan paling bodoh dari pihak Pas. Walaupun MB dari Pas namun yang berkuasa dikatakan exco DAP yang dikatakan anti Melayu, anti Islam itu.

10. DAP berjaya menguasai P.Pinang dan mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN di berbagai negeri dalam PRU 12 dan PRU 13 kerana perpecahan di kalangan Melayu akibat mainan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini
.
11. DAP menjadikan P. Pinang sebagai kubu kuatnya seperti mana PAP menguasai Singapura. Majoriti penduduk kaum Cina dan mudah bagi DAP melaksanakan berbagai dasar politik-ekonomi-endidikan- sosial-ugama dan lain-lain yang mengutamakan kaum Cina. Apa yang dilakukan di Singapura akan diikuti oleh DAP di P. Pinang.

12. Perlulah diingat sebahagian besar pimpinan DAP adalah kristian. Barangkali ada agenda kristianisasi Malaysia melalui berbagai muslihat "dakwah" kristian di kalangan orang Melayu untuk memurtadkan Melayu dengan harapan pada suatu masa nanti Malaysia bukan lagi dikuasai oleh Melayu Islam.

12. Memang ada rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu Islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.

13. DAP yakin ia boleh mengekalkan P. Pinang, menawan semula Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada PRU 14. Sebahagian besar pengundi Cina akan berpihak kepada DAP dan menolak MCA serta Gerakan.

14. DAP dengan kerjasama parti-parti politik bukan Islam dari Sabah dan Sarawak akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut sebahagian besar kerusi DUN dan juga Parlimen. Mereka yakin kalau separuh kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak jatuh ke pembangkang pada PRU 14, BN akan tumbang.

15. DAP tetap menolak hudud dan akan tentang gagasan "negara Islam" acuan Pas. Mereka sanggup menendang Pas kerana mereka yakin Anwarinas dalam Pas boleh menggugat golongan ulamak dan menyokong DAP serta PKR. Hanya Pas yang terhegeh-hegeh bergayut serban di bawah ketiak DAP dan PKR sekarang.

16. Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan memastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku, ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM. Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi-pengundi Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina.

Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati, dan jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.

SUMBER : http://www.penaminang.com/2015/02/apa-yang-orang-melayu-perlu-tahu.html?m=1

HARAPAN PEMUDA UMNO JOHOR

                

Konvensyen UMNO Johor yang bakal berlangsung pada 10 & 11 November ini, merupakan sebuah platform di dalam menyemarakkan lagi semangat juang ahli parti di dalam menghadapi PRU-14 yang akan datang.
Pergerakan Pemuda UMNO Johor berharap bahawa pada konvensyen kali ini juga digunakan sebagai satu batu loncatan di dalam mengatur, memperkasa dan mengkoordinasi pergerakan ahli parti di peringkat akar umbi bagi membentuk satu pasukan yang terbaik.
Kami juga berharap supaya konvensyen kali ini memberi ruang diskusi dan perkongsian yang baik sesama ahli di dalam memperkukuhkan lagi UMNO di Negeri Johor.
Pergerakan Pemuda UMNO Johor juga ingin menyeru kepada semua perwakilan supaya mengambil bahagian dengan lebih proaktif bagi melahirkan resolusi dan pandangan UMNO Johor menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung Nov 2016.
Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

Thursday, 3 November 2016

TITAH SULTAN JOHOR DI PERHIMPUNAN BANGSA JOHOR

           

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH  LAGI MAHA MENGASIHANI. SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM. SELAWAT DAN SEJAHTERA  KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD  SEMULIA MULIA RASUL,  SERTA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA SEKALIAN.

ALHAMDULLILAH, SYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA DAPAT SAYA HADIR DALAM MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DIANJURKAN BUAT KALI PERTAMA PADA HARI YANG BERSEJARAH  INI.

SEJAK SAYA MENAIKI TAKHTA KERAJAAN JOHOR,  PADA TAHUN 2010, ATAU 6 TAHUN YANG LALU, SAYA TELAH BANYAK BERTEMU DENGAN RAKYAT SAYA MELALUI PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR, DAN JUGA BEBERAPA MAJLIS LAIN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

NAMUN PADA HARI INI, SAYA BERASA AMAT TERUJA DENGAN MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DI ADAKAN INI, KERANA IA MERUPAKAN MAJLIS PERTAMA BAGI DIRI SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN NASIHAT KEPADA SEMUA RAKYAT SAYA, BANGSA JOHOR YANG HADIR DI STADIUM INI.SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN BERBANYAK TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGIN HIDUP DENGAN SELESA, AMAN DAN SEJAHTERA. NAMUN BEGITU, SETIAP MANUSIA ITU DILAHIRKAN DAN HIDUP DENGAN KEADAAN YANG BERBEZA-BEZA, SAMA ADA  PADA WARNA KULIT, KETURUNAN, AGAMA, ATAU BANGSA. 

OLEH YANG DEMIKIAN, KUNCI UTAMA YANG KITA PERLUKAN UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN HIDUP DALAM MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA  ADALAH PERPADUAN YANG ERAT. SERING SAYA KATAKAN, TIDAK ADA MANA-MANA NEGARA DI DUNIA INI YANG AKAN MAJU JIKA RAKYATNYA BERPECAH-BELAH.

ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA RAKYAT, TANPA MENGIRA KAUM ATAU KETURUNAN, UNTUK BERSATU HATI BAGI MEMBENTUK SEBUAH MASYARAKAT YANG HARMONI. SETIAP RAKYAT MESTI BERTOLAK-ANSUR, BANTU-MEMBANTU, DAN HIDUP BERMUAFAKAT. SIKAP IRI HATI ATAU CEMBURU DENGAN KELEBIHAN ORANG LAIN HARUS DIELAKKAN KERANA IA AKAN MEMBAWA KEPADA PERGADUHAN DAN PERPECAHAN.

MELIHAT KEPADA KEADAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA HARI INI, SAYA MERASAKAN PERPADUAN KAUM, MASIH BELUM DICAPAI SEPENUHNYA. ANTARA FAKTOR KEADAAN INI BERLAKU ADALAH  KERANA MASIH WUJUD SISTEM PENDIDIKAN YANG BANYAK ALIRAN, TERUTAMA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. LIHATLAH GENERASI HARI INI, HASIL DARI SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR YANG BERORENTASIKAN KAUM. BAGAIMANA MEREKA HENDAK BERSATU JIKA DARI KECIL LAGI MEREKA TELAH DIASINGKAN ?

SAYA JUGA HAIRAN MACAM MANA MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU. JIKA RAKYAT TIDAK BOLEH BERKOMUNIKASI DAN MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN, BAGAIMANA HENDAK HIDUP BERSAMA ?
OLEH ITU SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI SUPAYA KERAJAAN MENAMBAH-BAIK SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DENGAN MENJADIKAN SEKOLAH RENDAH HANYA SATU ALIRAN.
 
BAHASA KEBANGSAAN DIGUNAKAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR, BAHASA INGGERIS SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB,  BAHASA MANDARIN DAN TAMIL PULA DIJADIKAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN. PERUBAHAN INI HARUS DIBUAT DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, KERANA KANAK-KANAK YANG BERUMUR DI BAWAH 12 TAHUN, MUDAH UNTUK DIBENTUK. IBARAT KATA PEPATAH “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG”.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SALAH SATU CARA LAIN UNTUK MENYATU-PADUKAN RAKYAT ADALAH MELALUI AKTIVITI SUKAN. PASUKAN BOLA SEPAK J.D.T TELAH BERJAYA MENGERATKAN HUBUNGAN BANGSA JOHOR TANPA MENGIRA KAUM, KETURUNAN ATAU PANGKAT.
NAMUN BEGITU, ADA JUGA SEGELINTIR PENYOKONG YANG TIDAK BERDISIPLIN BERTINDAK MELAMPAU BATAS DAN MEROSAKKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM  SUKAN. 

ADA JUGA PENGGUNA MEDIA SOSIAL YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MELEMPARKAN KATA-KATA KESAT DI FACEBOOK KERANA SIFAT CEMBURU DAN IRI- HATI DENGAN KEJAYAAN PASUKAN J.D.T. SAYA BERHARAP PERKARA SEPERTI INI  DAPAT DIHENTIKAN. SETIAP PASUKAN ADALAH MUSUH HANYA SEMASA PERLAWANAN, DAN AKAN MENJADI KAWAN SELEPAS PERTANDINGAN. BEGITU JUGA DENGAN PENYOKONG, BERSORAKLAH KETIKA PERLAWANAN BERLANGSUNG DAN BERJABAT TANGAN SETELAH PERTANDINGAN SELESAI.
 
JIKA KITA BANDINGKAN  KEJAYAAN PASUKAN JDT TIGA TAHUN KEBELAKANGAN INI  BERBANDING 22 TAHUN YANG LALU, KITA AKAN LIHAT KEJAYAAN YANG BEGITU CEMERLANG TELAH DICAPAI DALAM MASA YANG SINGKAT. TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. SEGALA KEJAYAAN INI TIDAK AKAN DICAPAI TANPA SOKONGAN YANG BERTERUSAN DARIPADA PENYOKONG DAN PENAJA. TETAPI JANGANLAH KITA MENGHARAPKAN UNTUK MENANG SETIAP MASA.
SUDAH MENJADI ADAT PERLAWANAN  ADA KALAH DAN MENANG. DUNIA PUN ADA SIANG DAN MALAM, LAUT PUN ADA PASANG DAN SURUT. YANG PENTING, WALAU APA PUN YANG TERJADI  TERHADAP PASUKAN, SOKONGAN MESTI TERUS DIBERIKAN.  JANGAN HANYA BERSORAK KETIKA MENANG DAN MENGUTUK PASUKAN APABILA KALAH.

BARU-BARU INI, ADA SEORANG PEMIMPIN ATASAN YANG TELAH MELATAH TERHADAP KATA-KATA YANG DIKELUARKAN OLEH TUNKU MAHKOTA. DIA DENGAN ANGKUHNYA MENYERANG ANAK SAYA DAN MENDESAK TUNKU MAHKOTA MEMOHON MAAF SECARA BERTULIS KEPADANYA. SUKA SAYA INGATKAN KEPADA INDIVIDU TERSEBUT AGAR JANGAN TERLALU BERLAGAK. INI NEGERI JOHOR  DAN TUNKU MAHKOTA ADALAH ANAK SAYA, “CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN JUGA TERASA SAKIT”.

JIKA HENDAK MENEGUR, TEGURLAH DENGAN BAIK. PEMIMPIN JENIS APAKAH INI  KALAU TIDAK TAHU BERADAB?  SAYA AKAN MAKLUMKAN PERKARA INI KEPADA PERDANA MENTERI  KERANA INDIVIDU TERSEBUT ADALAH SEORANG MENTERI KABINET.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

DALAM DUNIA HARI INI, FITNAH DAN HASUTAN AMAT MUDAH DIBUAT DAN DISEBARKAN. SAYA MENDAPAT LAPORAN BANYAK ORANG MENGATA SAYA ATAU KELUARGA SAYA DI MEDIA SOSIAL. SAYA TAK BUAT LAPORAN TETAPI ORANG RAMAI YANG MELAPORKANNYA KEPADA PIHAK POLIS. SAYA PUN TAK KENAL ORANG YANG MENGUTUK SAYA. APABILA POLIS MENGAMBIL TINDAKAN, SAYA DENGAR DIA BERASA TAKUT DAN MUNGKIN RASA BERSALAH,  TERUS LARI KELUAR NEGARA. 

NASIHAT SAYA KEPADA SEMUA JAGALAH ADAB DAN  TUTURKATA DI MEDIA SOSIAL KERANA KENYATAAN YANG SILAP BOLEH MENGUNDANG PADAH. BAK KATA PEPATAH “KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.”
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN, TIDAK KIRA DI MANA KITA BERADA, KITA MESTILAH HORMAT KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK BERKUASA.

SUKA SAYA INGATKAN SUPAYA SETIAP RAKYAT MENGAMBIL TAHU  DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIBUAT SAMA ADA DIPERINGKAT PERSEKUTUAN ATAU PUN NEGERI. SEKIRANYA ADA PERASAAN TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN ATAU DASAR KERAJAAN, AMBIL-LAH TINDAKAN MENGIKUT SALURAN YANG BETUL.

AKHIR-AKHIR INI, SAYA LIHAT TELAH WUJUD SATU BUDAYA YANG TIDAK SIHAT DI NEGARA KITA, IAITU BUDAYA DEMONSTRASI JALANAN. TINDAKAN RAKYAT YANG BERKUMPUL DI TEMPAT AWAM, SAMBIL MEMBAWA SEPANDUK DAN MELAKUKAN AKSI YANG MENGHINA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU, ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN HANYA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN PERPECAHAN MASYARAKAT.

YANG PELIKNYA, SEORANG BEKAS PEMIMPIN NEGARA  YANG TERKENAL DI DUNIA  PUN SAMA-SAMA MENYERTAI DEMONSTRASI JALANAN. INI BUKAN TABIAT ORANG KITA.  SAYA JUGA TIDAK FAHAM  MENGAPA ORANG KITA TERIKUT-IKUT DENGAN CARA ORANG LUAR  YANG MENGHASUT  UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN.
INGIN SAYA TEGASKAN, DI NEGERI JOHOR, SAYA TIDAK AKAN BENARKAN MANA-MANA PIHAK MENGANJURKAN DEMONSTRASI JALANAN. KERANA IA AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM DAN MEMBERIKAN IMEJ YANG TIDAK BAIK.
OLEH ITU, SAYA INGATKAN  KEPADA SEMUA N.G.O. DI JOHOR DAN SEMUA BANGSA JOHOR SUPAYA JANGAN IKUT BUDAYA YANG SESAT INI.

JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN, SALURKAN-LAH MELALUI WAKIL-WAKIL RAKYAT YANG TELAH DIPILIH. DAN JIKA WAKIL RAKYAT GAGAL MEMBAWA SUARA HATI RAKYAT, MAKA PILIHLAH PEMIMPIN YANG BARU APABILA TIBA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SISTEM DEMOKRASI NEGARA TELAH DIAMALKAN SEJAK 60 TAHUN YANG LALU, APABILA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 DITANDATANGANI OLEH RAJA-RAJA MELAYU, DI MANA KUASA PENTADBIRAN DITURUNKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN  YANG DI PILIH OLEH RAKYAT.

NAMUN BEGITU, SAYA BERASA AMAT KECEWA APABILA ADA PEMIMPIN YANG TELAH DIBERIKAN KUASA, MENJADI SEMAKIN TAMAK DAN INGINKAN KUASA YANG LEBIH BESAR  SEHINGGA SANGGUP MENGHAPUSKAN HAK ORANG YANG MEMBERINYA KUASA DAHULU.

INILAH DIKATAKAN SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT, PEMIMPIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MEMBUAT BEBERAPA PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. TERUTAMANYA PADA TAHUN 1994 YANG TELAH MENJADIKAN YANG DIPERTUAN AGONG  SEBAGAI BONEKA YANG MESTI MENGIKUT TELUNJUK MEREKA. 

TINDAKAN MENGHAPUSKAN HAK YANG DIPERTUAN AGONG  ADALAH SAMA SEPERTI MENGHAPUSKAN HAK  RAJA-RAJA MELAYU YANG LAIN. SAUDARA-SAUDARI BOLEH SEMAK SENDIRI PINDAAN YANG TELAH DIBUAT  IAITU PADA PERKARA 40(1A). SIAPAKAH PERDANA MENTERI PADA KETIKA ITU?.

JIKA ITU SATU KESILAPAN, MAKA BETULKAN-LAH. TETAPI JIKA MEREKA BERASA SELESA  DENGAN KUASA YANG MEREKA PEROLEHI,  MAKA SAYA PERCAYA  PERKARA INI TIDAK AKAN DIBINCANGKAN.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

INGIN SAYA INGATKAN DI SINI  KEPADA ORANG LUAR  YANG DATANG DAN TINGGAL DI NEGERI JOHOR. NEGERI INI TERBUKA LUAS  UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA,  BUKAN UNTUK BANGSA JOHOR SAHAJA. OLEH ITU, APABILA DUDUK DI JOHOR, HORMATILAH UNDANG-UNDANG NEGERI  DAN TUNJUKKAN KESETIAAN KEPADA NEGERI INI.INGATLAH PEPATAH MELAYU ADA MENYEBUT “DIMANA BUMI DIPIJAK  DISITU LANGIT DIJUNJUNG.”

BELAJARLAH CARA DAN BUDAYA ORANG JOHOR. SEBAGAI CONTOH, ORANG JOHOR TIDAK MENGANGKAT SEMBAH KEPADA RAJA, TETAPI TAAT SETIANYA TIDAK BERBELAH BAHAGI DAN IKUTLAH CARA PAKAIAN ORANG JOHOR  IAITU BAJU MELAYU TELUK BELANGA.

DI JOHOR JUGA BANYAK MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP KERANA DI SINI BANYAK KAUM  YANG TELAH DATANG BERHIJRAH, SEPERTI ORANG JAWA, BUGIS, BANJAR DAN LAIN-LAIN. MUNGKIN SEBAB ITULAH  RAMAI ORANG YANG HENDAK BERKAHWIN  DENGAN ORANG JOHOR.  TAPI SAYA PILIH ORANG PERAK.
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN, GENERASI BELIA HARI INI ADALAH GOLONGAN YANG BERUNTUNG KERANA DAPAT MENIKMATI SUASANA HIDUP YANG SELESA  DAN PELUANG PEKERJAAN YANG BANYAK.

OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA BELIA MAT MOTOR SUPAYA BERUBAH, JANGAN HANYA DUDUK GOYANG KAKI DAN MENYUSAHKAN IBU BAPA.
SAYA TAHU TIDAK SEMUA MAT MOTOR YANG BERMASALAH, TETAPI KERANA DUA-TIGA YANG BUAT PERANGAI,  SEMUANYA MENDAPAT NAMA BURUK. IBARAT “NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.” 

PARA BELIA DAN GENERASI MUDA HARI INI, HARUSLAH BERUSAHA  UNTUK MENJADI MANUSIA YANG DISANJUNGI. ELAKKAN DIRI DARIPADA GEJALA YANG TIDAK SIHAT KERANA AWAK SEMUA ADALAH GENERASI MASA HADAPAN YANG AKAN MEWARISI BUMI BERTUAH INI.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SATU PERKARA YANG SERING SAYA TEKANKAN ADALAH ISU PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN KEBERSIHAN. SAYA TELAH MEMINTA KERAJAAN MEMBANTERAS ISU PENCEROBOHAN TANAH DAN MENGHENTIKAN PENGELUARAN LESEN PEMBALAKAN HUTAN.OLEH YANG DEMIKAN, SAYA MINTA KERJASAMA SEMUA RAKYAT UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU KERAJAAN DALAM MENGAWAL AKTIVITI PENEROKAAN TANAH DAN HUTAN    DARI TERUS BERLAKU. 

BEGITU JUGA DENGAN MASALAH KEBERSIHAN. SEMUA YANG DIPERTUA MAJLIS TELAH DIARAHKAN  UNTUK MENINGKATKAN MUTU KEBERSIHAN DI SEMUA KAWASAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP ORANG RAMAI  YANG MEMBUANG SAMPAH SESUKA HATI.TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA, BUKAN HANYA DIBUAT OLEH  KERAJAAN SEMATA-MATA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

SEJAK DARI DAHULU LAGI, NEGERI JOHOR TELAH MENJADI SEBUAH NEGERI YANG PALING MAJU DI TANAH MELAYU. INI KERANA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK DAN DASAR MESRA PELABUR YANG DI AMALKAN.ALMARHUM SULTAN IBRAHIM TELAH MENJEMPUT DAN  BEKERJASAMA DENGAN PELABUR DARI EROPAH, CHINA,  DAN JEPUN UNTUK MEMBUKA KAWASAN PERTANIAN DAN PERLOMBONGAN DI JOHOR. MALAH BAGINDA JUGA TELAH MENJELAJAH SEHINGGA KE EROPAH DAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEMPROMOSIKAN JOHOR. 

PELABUR-PELABUR ASING INI TELAH DIBERIKAN HAK ATAS TANAH YANG DIMAJUKAN, TETAPI TIDAK MEMBAWA BALIK TANAH MEREKA DI JOHOR KE NEGARA MEREKA. KAWASAN YANG TELAH DIMAJUKAN TERUS KEKAL MENJADI PENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR.

BEGITU JUGA DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAN PADA HARI INI  DENGAN MENGAJAK PELABUR DARI LUAR NEGARA UNTUK SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN SEKTOR HARTANAH DI NEGERI JOHOR. DAN KERAJAAN SENTIASA MEMBUKA PELUANG KEPADA MANA-MANA PELABUR LAIN UNTUK MEMAJUKAN NEGERI JOHOR, BUKAN SAHAJA DARI NEGARA CHINA.

OLEH ITU, SAYA BERHARAP AGAR RAKYAT JOHOR  MENGAMBIL PELUANG-PELUANG PEKERJAAN YANG DISEDIAKAN KESAN DARIPADA PEMBANGUNAN YANG PESAT DI NEGERI INI.  MALAH HASIL DARIPADA PEMBANGUNAN INI JUGA TELAH MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMBINA LEBIH BANYAK RUMAH UNTUK PENDUDUK TEMPATAN DAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN AWAM.

LIHAT SAHAJA KEMAJUAN YANG DIBUAT DI PASIR GUDANG INI, YANG DULUNYA SEPERTI TEMPAT JIN BERTENDANG, TETAPI SEKARANG SUDAH MAJU MEMBANGUN. ADAKAH RAKYAT MASIH MENAFIKAN KESAN PEMBANGUNAN YANG DIBUAT?
SAUDARA SAUDARI SEKALIAN, KITA SEMUA PASTI TIDAK LUPA DENGAN PERISTIWA KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH BARU-BARU INI. SAYA TURUT MERASA DUKACITA DENGAN BENCANA YANG BERLAKU SEHINGGA ADA YANG TELAH TERKORBAN.

NAMUN, APABILA DIMAKLUMKAN MENGENAI APA YANG BERLAKU SEMASA DAN SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT, SAYA MERASA BANGGA KERANA MEMPUNYAI RAKYAT YANG BERSATU DAN BERHATI MULIA. SEMUA KAKITANGAN HOSPITAL TELAH  BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU MENYELAMATKAN PESAKIT YANG TERLIBAT. BANYAK JUGA PIHAK TELAH TAMPIL MEMBERIKAN BANTUAN TENAGA, MAKANAN DAN KEMUDAHAN UNTUK MEMBANTU MANGSA YANG TERLIBAT.
MALAH JIRAN KITA SINGAPURA JUGA TURUT MENAWARKAN KEMUDAHAN HOSPITAL DAN WAD KEPADA PESAKIT YANG MEMERLUKAN.

INILAH SEMANGAT KERJASAMA DAN BANTU-MEMBANTU YANG MESTI KITA PERTAHANKAN, BUKAN SAHAJA KETIKA WAKTU SUSAH, MALAH KETIKA SENANG JUGA KITA MESTI BERSATU.

BERKAITAN DENGAN KEADAAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, SAYA TELAH MAKLUMKAN KEPADA MENTERI KESIHATAN YANG HOSPITAL ITU BUKANLAH KILANG SARDIN.  KERAJAAN MESTI MEMBINA SEBUAH HOSPITAL BARU YANG LEBIH BAIK  UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG SEMPURNA. JANGAN SUSAHKAN RAKYAT SAYA.

HOSPITAL SULTANAH AMINAH  MERUPAKAN  BANGUNAN WARISAN DI JOHOR, YANG MEMPUNYAI BANYAK SEJARAH.TETAPI MALANGNYA RUPA BENTUK BANGUNAN INI  TELAH BANYAK DIBUAT PENAMBAHAN DAN UBAH SUAI. SAYA BERHARAP BANGUNAN INI AKAN DIKEMBALIKAN  KEPADA REKA BENTUK ASAL PADA MASA AKAN DATANG. 

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

INGIN SAYA INGATKAN MENGENAI SATU PENYAKIT YANG SEDANG DATANG KE JOHOR AKIBAT SEJENIS VIRUS YANG AMAT MERBAHAYA. VIRUS INI LEBIH TERUK DARIPADA ZIKA KERANA TIADA PENAWARNYA. JIKA PENYAKIT JANTUNG, BOLEH MATI SERTA MERTA. VIRUS INI AKAN MEMBUAT PESAKITNYA  SENGSARA SEPANJANG HAYAT.

VIRUS YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH VIRUS PERPECAHAN. VIRUS INI DATANG DARIPADA PARTI POLITIK BARU DAN AHLI-AHLINYA MENJADI PENYEBARNYA.
VIRUS INI SANGAT MERBAHAYA KERANA IANYA SUKAR DIUBATI. APABILA MASYARAKAT  TELAH DIJANGKATI VIRUS INI, MAKA MUSNAHLAH KEHIDUPAN RAKYAT DAN KEMAKMURAAN NEGARA.
 
OLEH ITU SAYA BERHARAP RAKYAT MENJAUHKAN DIRI DARIPADA VIRUS INI. GUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN JANGAN SAMPAI MENYESAL KEMUDIAN HARI.
PEMBAWA VIRUS INI AKAN MENGHENTAM KERAJAAN SETIAP HARI DAN MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MEMBENCI PEMIMPIN. TETAPI KEBAIKAN YANG DIBUAT KERAJAAN SEMUANYA MEREKA BUAT TAK NAMPAK.

APABILA AGENDA ATAU HASRAT MEREKA TIDAK TERCAPAI, MEREKA AKAN BIARKAN MASYARAKAT HIDUP DALAM KEADAAN YANG MENDERITA. SAYA BERCAKAP SEBAGAI ORANG TUA ATAU SEORANG BAPA YANG CINTAKAN PERPADUAN DAN MAHU RAKYAT SAYA HIDUP DENGAN AMAN DAN DAMAI. SAYA TIDAK MAHU MELIHAT RAKYAT SAYA BERPECAH. SAYA BENCI KEPADA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI, MENGHASUT RAKYAT  UNTUK BERGADUH SESAMA-SENDIRI. APABILA PERPECAHAN BERLAKU, KEHIDUPAN RAKYAT AKAN MENJADI SUSAH. DAN PADA WAKTU ITU, JANGANLAH TOLEH KEPADA SAYA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

KEHIDUPAN YANG KITA KECAPI HARI INI ADALAH HASIL DARIPADA USAHA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN TERDAHULU.DAN SEGALA TINDAKAN YANG KITA BUAT HARI INI PULA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA WARIS DAN GENERASI KITA YANG AKAN DATANG. OLEH ITU, MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANAK CUCU KITA.

SAYA MELIHAT MASA DEPAN NEGERI JOHOR INI AKAN BERTAMBAH BAIK.TETAPI SEGALA-GALANYA TERLETAK KEPADA SIKAP RAKYAT YANG RAJIN BERUSAHA DAN BERSATU PADU, DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA HANYA BOLEH BERCAKAP DAN MEMBERIKAN NASIHAT. 

SAYA MERASA AMAT GEMBIRA DENGAN PROGRAM YANG DI ANJURKAN INI DAN MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.
AKHIR KATA, MARILAH KITA BERDOA  KEHADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA SEMOGA MENGURNIAKAN RAHMAT KEPADA SELURUH BANGSA JOHOR DAN SEMOGA NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TERUS KEKAL MEMBANGUN DENGAN AMAN DAN SENTOSA.

SEKIAN  WABILLAAHI TAUFIQ  WALHIDAAYAH  WASSALAAMU ALAIKUM  WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.

Wednesday, 2 November 2016

TABUNG WAKAF UNTUK RAKYAT JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan melancarkan Tabung Wakaf Rakyat Johor menerusi dana awal RM10 juta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada 8 November ini.
Tabung berkenaan yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Islam Johor (PIJ) dilancarkan pada hari kedua Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor (PWAJ) 2016 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadut berkata, tabung wakaf itu dibuka kepada kepada semua golongan dan hasilnya nanti akan dilaburkan untuk kemudahan dan keperluan hampir dua juta umat Islam di negeri ini.
        
“Agenda tabung ini antaranya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan kesihatan. Misalnya bidang pendidikan, kita akan bina sekolah-sekolah agama bersepadu, sekolah antarabangsa dengan kerjasama Universiti Al-Fateh, dari Turki.
“Selain itu kita berhasrat menghapuskan buta huruf dalam kalangan orang Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran PWAJ 2016 disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Md. Rofiki Samsudin dan Penolong Pengarah Wakaf MAINJ, Mustafahayuddin Abdul Khalim. Nooh berkata, daripada segi ekonomi pula, tabung itu memberi bantuan kepada orang Islam di Johor seperti program keusahawanan, program belia, program tajaan, program kemasyarakatan dan program sosio ekonomi. Selain itu katanya, dana tabung itu akan digunakan untuk membangunkan sektor hartanah dan aset berkaitan Wakaf PIJ seperti Taman Perbadanan Islam, rumah kedai, pusat sukan, pusat pendidikan, inkubator dan pusat perniagaan.
“Tabung ini juga akan digunakan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Islam. Begitu juga membina surau dan masjid.
Pelaburan bidang kesihatan pula untuk mencegah penyakit dan bantuan perubatan kepada orang Islam.
“Begitu juga pengeluaran produk kesihatan halal. Rangkaian klinik kesihatan wakaf. Umat Islam boleh menghulurkan sumbangan bermula dengan RM3 ke atas. Begitu juga syarikat swasta dan korporat yang diharap dapat menyumbang,” ujarnya. – Utusan Online

TAWARAN KERJAYA BERSAMA SKILL JOHOR

Sudah merata mencari pekerjaan tapi masih belum mendapat kerja lagi? Mahukah anda mendapat bantuan untuk mendapatkan pekerjaan? Bina kerjaya anda bersama Skills Johor! Segera daftar pada link di bawah!

            


http://www.skillsjohor.edu.my/graduate-employability-programme