Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bahawa satu kematian malam tadi sekitar jam12 tengah malam di Hospital Sultanah Aminah JB disebabkan kencing tikus (leptospirosis) dan kegagalan organ berfungsi.
Seorang remaja berumur 18 tahun, berasal dari Pekan Nanas, Pontian itu disahkan meningal setelah 3 hari berada di ICU HSA JB.
Dikatakan bahawa remaja tersebut ada pergerakan mandi di Air Terjun Gunung Pulai pada bulan April yang lalu. Pada awalnya beliau mengalami sakit perut, selesema, demam selama 3 hari dan lemah anggota badan.
Saya menasihati kepada semua pengunjung mana mana air terjun atau pusat reakreasi sekitar bulan April dan Mei ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital dan Klinik Kesihatan dengan kadar segera.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam proses penyiasatan dan mengenalpasti pergerakan si mati sebelum di masukkan ke hospital.
Saya akan memaklumkan sebarang perkembagan dari semasa ke semasa.
Sekian,
YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR