SOLIDARITI KE ARAH KEMENANGAN BARISAN NASIONAL PADA PRU-14
Mengambil iktibar daripada keputusan PRU-13, pelbagai faktor kemerosotan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional yang mampu menggoncang keselesaan Barisan Nasional dalam menghadapi PRU-14. Sebagai contoh, tsunami sokongan kaum cina terhadap Barisan Nasional merosot sehingga hampir semua PDM majoriti kaum cina Barisan Nasional kalah teruk dan perkara ini amat membimbangkan. Selain itu, sokongan kaum Melayu urban juga dilihat merudum terhadap Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu.
Barisan Nasional memerlukan strategi berkesan bagi memenangi semula sokongan majoriti orang Melayu dan sebahagian kaum cina bagi menghadapi PRU-14 yang dijangka berlaku pada bila-bila masa mulai hari ini sehingga Mei 2018.
Terlakar sejarah krisis kepimpinan UMNO bermula 2015 sehingga mengheret penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Ogos 2016 juga merupakan satu tamparan kepada Barisan Nasional dalam meraih sokongan majoriti Melayu urban dan luar bandar.
Tunjang utama Barisan Nasional adalah parti keramat UMNO. Sebuah parti yang telah 7 dekad berjuang memastikan kedaulatan negara terpelihara sejak kemerdekaan tanahair kita yang tercinta. Malangnya dalam beberapa sitiuasi, UMNO dilihat seolah-olah bersendirian dalam menghadapi isu yang mencabar integriti Barisan Nasional itu sendiri.
Sidang perwakilan yang saya hormati sekalian, izinkan saya mencadangkan naratif Solidariti UMNO ke arah Kemenangan Barisan Nasional pada PRU-14. ia bukan sekadar naratif retorik yang enak didengar, tetapi kita perlu mengambil tanggungjawab yang besar terhadap solidariti ini. Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno Bahagian Sekijang ingin mengusulkan 4 strategi bagi memastikan naratif ini dapat diperkukuhkan bergandingan bahu kita sesama.
‘Winnable Candidate’
Sebelum ini berlaku pencalonan wakil rakyat yang tiada ciri ‘winnable candidate’ kerana banyak faktor luaran dan dalaman. Antara faktor utama yang boleh menggugat kemenangan Barisan Nasional adalah calon bukan anak tempatan dan faktor kuota BN sendiri. Hakikatnya pengundi hari ini lebih cenderung mengundi calon yang mereka kenal dan berpotensi membela rakyat. Justeru, Barisan Nasional perlu meletakkan calon wakil rakyat yang berpotensi memenangi hati pengundi seterusnya memenangi pilihanraya. Kini ramai calon anak tempatan yang lebih berpotensi berbanding calon luar yang dilihat bekerja bagai melepaskan batok di tangga.

Tindakan keras terhadap ahli yang mensabotaj parti ketika Kempen Pilihanraya
Banyak laporan telah dihantar ke peringkat tertinggi UMNO pusat terhadap salah laku ahli parti yang mensabotaj Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu. Kategori ahli yang sabotaj Barisan Nasional adalah mereka yang terang-terangan membawa bendera pembangkang dan berkempen untuk pembangkang. Kedua, mereka yang masih menjadi pencabut bendera dan kain rentang Barisan Nasional semasa pilihanraya kerana faktor saudara mereka menjadi calon pembangkang atau saudara mereka tidak terpilih menjadi calon Barisan Nasional. Ketiga, ahli UMNO yang terang-terangan mengutuk dan memfitnah Barisan Nasional di media sosial “Facebook” dan “Whatsapp”.

Dana yang setimpal dengan gerak kerja jentera
Seperti yang diketahui umum, jentera UMNO merupakan elemen terpenting dalam membantu kemenangan Barisan Nasional pada setiap pilihanraya. Sehubungan dengan itu adalah wajar barisan jentera diberikan balasan atau ganjaran yang setimpal bagi menghargai penat lelah dan usaha mereka. Disamping dapat meningkatkan semangat dalam menjalankan gerak kerja pilihanraya sama ada pada pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yang akan datang.

Penyesuaian Manifesto Barisan Nasional dengan kehendak setempat
Dalam usaha mendapatkan mandat dari rakyat. Barisan Nasional mesti merangka inisatif baharu dalam manifesto yang bakal dilancarkan. Berbanding sebelum ini yang mana manifesto yang diumumkan dalam setiap pilihanraya lebih bersifat sentral, sudah masanya manifesto baru dalam pilihanraya umum akan datang dirangka mengikut kesesuaian di setiap kawasan bertanding. Seperti sedia maklum, permasalahan di setiap kawasan adalah berbeza. Maka isu-isu tempatan hendaklah ditekankan bagi memastikan Barisan Nasional kekal relevan dengan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, sekretariat Barisan Nasional di peringkat bahagian perlu merencanakan manifesto tersebut mengikut keperluan setempat. Jangan kita mengambil mudah perkara begini kerana peluang pekerjaan dan pemilikan rumah adalah isu utama yang harus diperjuangkan di setiap bahagian. Justeru, BN setempat perlu memastikan pembangunan dan ikhtiar baru bagi membangun ekonomi setempat.

Para hadirin yang dihormati sekalian, kami memohon keterlibatan kesemua kepimpinan Barisan Nasional dari peringkat akar umbi sehingga ke puncak kepimpinan mengambil serius dalam naratif Solidariti UMNO ke arah Kemenangan Barisan Nasional pada PRU-14. Kami Pemuda Umno Bahagian Sekijang mohon mencadang.
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum WBT
USUL PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG
22.7.2017
Dibacakan oleh : Raja Hafiz Raja Daud, Exco Pemuda Umno Bahagian Sekijang
DITERIMA SEBULAT SUARA OLEH PERWAKILAN.