DYMM SULTAN JOHOR BERKENAN MENCEMAR DULI KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UMNO BAHAGIAN TG PIAI DAN DUN KUKUP.
Warga Pontian khususnya yang berada di dalam Bahagian Tg Piai dan DUN Kukup merasa amat terharu dan bersyukur di atas kesudian DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas kesudian berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO bahagian Tg Piai dan DUN Kukup pada 22 Julai 2017, Sabtu.
.
Kehadiran DYMM Tuanku Sultan pada jam 11.30 pagi itu disambut meriah oleh YB Hj Suhaimi bin Salleh, Ahli Dewan Undangan Kukup dan kehadiran DYMM baginda juga mengundang kejutan terhadap kira - kira 3,800 pengunjung yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya tersebut.
.
Menerusi komen dari laman Facebook YB Hj Suhaimi bin Salleh, ramai netizen berkongsi kegembiraan dan keterujaan di atas kehadiran DYMM Sultan ke majlis tersebut. Malah menurut Noor Atika Amdan, pengunjung yang hadir pada hari itu menyatakan bahawa beliau amat teruja kerana ini adalah pertama kali beliau bertemu dengan DYMM Sultan Johor secara langsung dan berharap agar dapat bersua muka dengan DYMM baginda Sultan di lain hari.
.
"Syukur Alhamdulillah. Dapat berjumpa dengan Tuanku Sultan Johor yang sudi hadir bertemu rakyat tanpa protokol dan secara mengejut. Itu menunjukkan bahawa rakyat Negeri Johor mempunyai sultan yang berjiwa rakyat", menurut Khairil Hafiz Rahamat ketika ditanya tentang perasaan beliau tentang kehadiran DYMM Sultan.
.
"Menjunjung kasih Tuanku kerana sudi meluangkan masa bertemu dengan rakyat di DUN Kukup. Satu kejutan yang sangat mengujakan. Tahniah kepada YB Suhaimi dan Datuk Md Othman Yusuf di atas penganjuran majlis yang hebat ini". Azizah Othman, salah seorang pengunjung ketika ditemu bual di dalam majlis tersebut.
.
Kehadiran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar disambut baik dan menjadi bukti kepimpinan dan kemajuan yang dibawa oleh kepimpinan di Bahagian Tg Piai dan DUN Kukup mendapat restu DYMM Sultan dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat di sana.
.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim.