Dan disini admin ingin kongsikan bagaimana anda ingin memohon dan apakah syarat yang melayakkan anda untuk menjadi pemohon skim tersebut.
Syarat untuk anda melayakkan anda sebagai pemohon, anda haruslah terlebih dahulu mengisi borang RMMJ di laman sesawang www.eperumah.com . Setelah melalui proses seperti biasa dan anda didapati tidak layak mendapatkan pinjaman bank barulah anda layak memohon skim ini. Dan pendapatan isi rumah haruslah di bawah RM5,000.
Setelah permohonan pertama anda untuk mendapatkan pinjaman di tolak oleh pihak bank anda boleh rujuk kepada pihak AMBANK untuk mendapatkan skim pembiayaan RMMJ ini.
Kenapa setelah permohonan pertama di tolak baru anda layak?.
Ini kerana Kerajaan Negeri mahu yang benar-benar layak sahaja mendapat skim pembiayaan RMMJ ini. Sebagai contoh mereka yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti nelayan, petani dan sebagainya.
"Sebagai kerajaan kita perlu membantu rakyat bukan membebankan rakyat" Khaled Nordin. Dan hari ini MB Johor ini telah membuktikan kata-kata beliau itu.
Langkah-langkah untuk memohon.
- Isi permohonan membeli RMMJ di dalam portal www.eperumahan.com
- Setelah anda layak membeli hantar permohonan pembiayaan membeli rumah di mama-mana bank
- Apabila permohonan anda ditolak sila rujuk kepada pihak AMBANK untuk mendapatkan skim ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus ke Pejabat SUK Johor bahagian perumahan.