Monday, 1 August 2016

KERAJAAN SENTIASA ADIL DAN TELUS DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

Beberapa bulan lepas rakyat Johor dikejutkan dengan berita yang kurang baik apabila sungai yang membekalkan sumber air bersih kepada lebih 200 ribu pengguna telah dicemari bahan berbahaya (AMUNIA).

namun hasil kecekapan dan tindakan pantas pihak berwajib, perkara ini dapat di kawal dan di tangani dalam masa yang singkat. Ini sekali gus dapat mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk dan seterunya mengakibatkan kemalangan jiwa.

Selain itu siasatan pantas juga telah dapat mengesan pihak yang bertanggungjawab. Dan tindakan tegas telah diambil. Hasil siasatan mendapati beberapa syarikat GLC di bawah Kerajaan Johor telah menyebabkan pencemaran tersebut.

Namun begitu pihak kerajaan dibawah pimpinan MB Khaled Nordin tetap mengambil tindakan undang-undang tersahadap syarikat-syarikat tersebut kerana perkara ini melibatkan kesejaheraan rakyat.

Tindakan ini jelas meninjukkan bahawa kerajaan Johor amat tegas dan telus dalam pentadbiran khususnya bila melibatkan rakyat Johor tanpa memilih bulu. MB Khaled Nordin juga menegaskan bahawa sesiapa saja yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dari hukuman.