Skim pembiayaan pembelian Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bakal dilancar bulan Ogos ini. Ini disebabkan kerajaan negeri Johor mendapati kebanyakkan pemohon gagal untuk mendapatkan pinjaman bank. Langkah ini diambil bagi membantu rakyat Johor unuk memiliki rumah pertama mereka.
Bagaimana pun ada beberapa syarat yang perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum anda layak untuk menyertai skim pembiayaan ini. Dan syarat utamanya sudah pasti anda perlu mendaftar terlebih dahulu di dalam e-perumahan. Jadi disini admin sertakan borang sedikit panduan bagai mana untuk mengisi borang e-perumahan. Semuanya dilakukan didalam talian online.
Bagi mereka yang yang sudah mengisi borang e-perumahan dan telah ditolak oleh pihak bank (gagal mendapatkan pinjaman). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di pejabat SUK Negeri Johor Bahagian Perumahan apabila skim ini dilancarkan kelak.
Sedikit perkongsian mengenai RMMJ
Berikut merupakan langkah-langkah permohonan rumah mampu milik Johor. Semuanya dilakukan secara dalam talian di erumah.johor.gov.my. Tiada orang tengah diperlukan dalam perkara ini.
Langkah 1
Individu/Pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun.
Langkah 2
Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi dengan tepat.
Langkah 3
Pilih mukim dan kategori rumah dan hantar permohonan.
Langkah 4
Hanya permohonan yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.
Segalanya bermula dengan usaha diikuti dengan rezeki.
Link : http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm