Wednesday, 17 August 2016

LUAHAN HATI TMJ

Saya amat kecewa dengan kehadiran ke stadium.

Dulu semasa kita baru sama-sama bina kelab, saya nampak banyak potensi bahawa kelab ini boleh menjana kewangan. Dan apabila saya lihat dengan perangai penyokong, bila saya nak buat stadium 30,000-35,000, ramai bising kenapa kecil sangat?

Sedangkan pada perlawanan semalam pun tak sampai 7,000 orang yang hadir.

Ini bukan kali pertama tetapi sejak awal musim lagi saya sudah perasan. Perkara sama berlaku sejak tahun lepas. Kalau ada yang tidak boleh terima apa yang saya katakan, itu hal masing-masing. Tetapi kalau anda mahu kelab anda kuat, anda harus membantu sebagai penyokong. Jika hanya nak tunggu perlawanan tertentu baru nak hadir, baik tidak payah.

Berkenaan penjualan tiket online, JDT sudah hampir melaksanakan proses pembelian menggunakan kaedah tersebut bagi memudahkan penyokong pada masa akan datang.

Tetapi sekiranya selepas itu juga masih tidak penuh, saya rasa stadium baru nanti saya nak bina hanya untuk 10,000 orang sahaja.

Dan seperkara yang terakhir, saya tidak tahu berapa lama saya akan berada dalam dunia bola sepak kerana saya ada agenda-agenda lain tetapi kita tunggu dan lihat.

Buat masa ini apinya masih panas dan membara dalam hati saya, tetapi kita lihat dulu situasinya kerana saya masih banyak lagi misi dan visi yang hendak saya laksanakan untuk negeri yang saya cintai ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor